Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 18 September 2009

MALAYSIA TODAY DI GUDDAM




BERITA GEMPAR


Laman Malaysia- Today-net yang di kendalikan oleh Raja Petra telah di guddam.

Ini kerana beberapa hari ini laman ini telah membocorkan rashia kelentong tentang skandal Projek Perniagaan Bebas Perlabuhan Klang.

Skandal ini melibatkan hampir 12 bilion ringgit duit rakyat.

Duit sebanyak ini membolehkan semua rakyat Malaysia yang Islam dan bukan Islam pergi naik haji sekali seorang.

Duit sebanyak ini boleh membuat satu hospital bertaraf antarabngsa di setiap ibu negeri.

Duit sebanyak ini dapat membeli alat dialysis untuk setiap masjid di setiap mukim di seluruh Malaysia.

Duit sebanyak ini - keping 50 ringgut - kalau di susun ke atas boleh telah melintasi Gunung Everest.

Kalau di susun ke selatan boleh sampai ke Tasmania.

Kalau di susun ke barat boleh sampai ke Grace Land ke makam Elvis Presley.

Kalau disusun ke utara boleh sampai ke tepi tangga rumah arwah Altatuya di Ulan Bator.

Kalau 12 bilion ini disusun -satu ringgut - satu persatu boleh mengililingi sekali dunia ini.

Kalau duit 12 bilion ringgit ini dijadikan duit siling 50 sen - ianya boleh disusun untuk membuat tembok satu Malaysia - tak perlu ada kapal selam.

Banyangkan ! Masih nak sokong gerombolan kah kah kah.




SELAMAT HARI RAYA DARI TIM TUKAR TIUB




SELAMAT BERHARI RAYA


Seluruh tim Tukar Tiub – pengarang, penyusun huruf, juru gambar, pemikir, penulis komidi dan pengiklan mengucapkan selamat hari raya.

Kepada semua pembaca tukar tiub yang akan pulang ke kampong sila jaga diri. Kalau memandu berjaga. Kalau memboceng bersedia.

Kepada semua yang selalu memberi komen teruskan lagi.
Kepada yang suka mengutuk TT cuba lagi.

Kepada awek cun yang belum ada balak sila jaga diri – ramai balak di kampong akan cuba beraksi.

Kepada balak solo yang terus gagal lagi – sila ketuk kepala lutut tiga kali dan minum air perigi.

Tukar Tiub akan relax makan rendang dan tapai dari petang hingga pagi tak henti henti.

Sesiapa tak minum air tapai raya tak menjadi.

p/s:

siapa yang tak puasa tahun ini
tahun depan boleh cuba lagi
jangan risau kukuh kan diri




RAYA LAGI SEHARI



MERCUN


orang nak enjoy
meletup letup
masa ini pulak dia nak jaga kesihatan
tetiba bukan main lagi nak jaga keselamatan

berapa ratus yang mati kena mercun?
lalu mercun di haramkan
kenapa motosikal dan kereta tak diharamkan
hari hari membunuh di jalan raya
hari hari
hari hari
mati bergelempangan di jalan raya
napa tak haram kan

ini betul betul nak potong stim
orang nak membising dia nak ambil duit rasuah


LEMANG DAN RENDANG

klasik
kalau lemang tak ada
kalau rendang tak ada
raya dibatalkan

TAPAI TAPAI TAPAI

nikmatilah tapai
sehat dan menyegarkan
nikmatilah sekarang
sebelum ada undang undang
untuk mengharamkam tapai

air tapai is good for you

RAYA NAK SAMPAI

kuala lumpur hujan
jelebu hujan
pulau pinang hujan
tempat lain mungkin juga hujan

last kopek untuk penjual kueh gagal
last kopek untuk peniaga di jalan masjid india gagal
last kopek untuk peniaga di batu road gagal
hujan bikin kacau

hujan ini degil
suruh pergi afrika nak nak
surh pergi india tak nak
asik asik nak turun ke sungai klang
nak turun masa orang nak enjoy

hujan ni betul betul potong stim
macam pegawai jawi
suka bikin kacau

BANJIR

kalau banjir best juga
kalau banjir petang ini
raya kansel ke?




MANA LEBIH BAHAYA PENYANYI KONSERT ATAU KAPAL TERBANG PENGEBOM




UNITED STATES AIR FORCE SEDANG BUAT KERJA JAHAT




KOMEN


Mana lebih bahaya jet pengebom atau konset.

Thunderbirds dari United States Force akan membuat pertunjukan ? Pertunjukan apa?

Pertujukan terbang terbangan untuk menghibur anak anak dan kakak kakak.

Awas! Waspada ! Thunderbirds ini adalah tim hubungan awam tentera udara Amerika.

Tentera Udara Amerika - United States Air Force telah mengembom – Libya, Iraq, Bosnia, Gerana, Panama, Afghanistan, Pakistan.

Ingat cara Jepun masuk dahulu – mula mula buka kedai pingan mangkok dan kedai gambar tapi Thunderbirds ini lebih licik – sambil terbang sambil mengambil gambar sambil menghibur.

Soalan – Kenapa parti/kumpulan kumpulan yang selalu heboh menentang konsert tidak menentang Thunderbirds?

Soalan – Mana lebih bahaya kapal terbang pengebom atau konsert Inul?

Soalan - Siapa yang membenarkan tentera udara luar ini masuk




SATU MALAYSIA KENA TIPU




NAJIB MESTI LETAK JAWATAN JIKA PENDEDAHAN MALAYSIA BENAR
– harakah daily

Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

“Najib perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

KAH KAH KAH


woit… MAHFUZ NI SALAH ORANG LAAA….. kah kah kah…

kah kah kah…. NAK MINTA ISTERI LETAK JAWATAN…. kah kah kah…

kah kah kah…. MUSTAHIL ISTERAI BERANI LETAK JAWATAN…. kah kah kah….

kah kah kah…. INGAT INI SUAMI AKAN SETUJU… kah kah kah…

nota:
zone bebas pelabuhan klang ini adalah contoh terbaik
kerja sama erat diantara cukong cina dengan gerombolan
melayu. inilah contoh dimana gerombolan melayu luluskan
projek agar cukong cina dapat buat duit.

tanah dibeli dengan harga paksa – kemudian di jual sekali
lagi berlipat ganda. perniagaan macam ini havard school
of economic pun tak dapat fikirkan. fikiran peniaga yahudi
di wall street pun tak sampai tahap ini.

satu malaysia kena kelentong kah kah kah




WASPADA !!!! TAKTIK DAN STRATERJI KUASA TENTERA AMERIKA




THUNFDERBIRDS BERAKSI DI MALAYSIA 3 OKTOBER
– berita hairan

Skuadron demonstrasi pertunjukan udara Angkatan Tentera Amerika (USAF), Thunderbirds, akan mempertontonkan persembahan formasi aerobatik dan penerbangan solo mereka yang menarik dalam lawatan mereka ke sini pada 3 Oktober ini.

Pertunjukan udara yang menampilkan pesawat Thunderbirds F-16 dan C-17 itu akan berlangsung di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

"Kedutaan Amerika dengan bangga ingin mengumumkan tentang lawatan USAF Thunderbirds ke Kuala Lumpur dengan kerjasama TUDM," menurut kedutaan Amerika di sini hari ini.

nota:
inilah cara masuknya tentera amerika. awalnya membuat
pertunjukan. ini untuk melalaikan warga satu malaysia.
anak adan ibu suka berhibur kah kah kah

cara kuasa imperial masuk ke negara negara dunia ketika amat senang:
mula mula main bola lepas itu sewa padang kemudian beli
banguanan kemudian beli padang kemudian tempatkan pemain bola
di bangunan kemudian bawa pak gard jaga padang bola dan bagunanan
kemudian latih tim bola tempatan untuk jaga padanng dan bangunan


SILA GANTIKAN : tim bola dengan tentera
SILA GANTIKAN: padang bola dengan pengelakan tentera
SILA GANTIKAN : pak gard sebagai tentera
SILA GANTIKAN TIM BOLA TEMPATAN : pemimpin yang menjadi barua amerika.

p/s: kerana pertunjukkan ini bukan konsert rock maka pemuda pas tidak bersuara atau berdemo.
konsert lebih senang difahami tetapi bila strateji imperialis agak terbelit kepala
untuk memikirkan kah kah kah




PEMIMPIN INDIA SETIA PADA BANGSA




SELIPAR: MAHATHIR SEDIH DI KECAM UMNO
- malaysiakini

Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya.

"Nazri dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

KAH KAH KAH….

woit… MESTILAH TAK MARAH PADA MIC…. kah kah kah..

woit… INI TANDA KESETIAAN PADA BANGSA SENDIRI… kah kah kah..

woit… CONTOHI LAH MUNKEE INI… kah kah kah..

kah kah kah… ABANG ADIK…. NAK MARAH APA…kah kah kah…

kah kah kah…. DATANG SATU TONGKANG….SATU KABILAH… kah kah kah

nota:
nazri aziz hang kencing kat mana?
jangan kencing tepi tembok
itu tempat madey ludah sireh kah kah kah





SATU LAGI FATWA AL –MALIKUL




CONTOHI KUMPULAN MTD BAGI TOL PERCUMA : MUHYIDDIN
- melayau

Syarikat konsesi lebuh raya perlu mengikuti langkah Kumpulan MTD untuk memberi tol percuma kepada pengguna lebuh raya kerana ini akan membantu mengurangkan beban pengguna dan melancarkan perjalanan, kata Muhyiddin Yassin. “Terserah kepada syarikat konsesi, mereka boleh ikut langkah MTD...belum terlewat lagi. Saya tidak tahu mungkin mereka sedang bincang agaknya.

“Kalau lain-lain syarikat konsesi yang ada di negara kita mengambil langkah yang sama, tentu bukan sahaja dapat kurangkan belanja tetapi kita semua akan dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan tidak terperangkap dalam kesesakan yang biasanya mengambil masa yang lama,” katanya.

nota:
kalau semua lebuh raya bertol ini dimiliki oleh kerajaan
bukan sahaja boleh percuma pada hari raya
malah ianya boleh turun harga sepanjang tahun.
kenapa tidak dimilik negara semua lebuh raya.
jadikan harta negara. harta negara - kalau untung duit masuk
ke dalam dana negara bukan ke dalam poket tuan pemilik saham.

perniagaan swasta jika dia rugi dia bagi pada kerajaan – orang ramai –
masa untung pemilik saham kaya raya. hentikan kerja bodoh ini
milik negarakan punca punca ekonomi.




DULU DUA INDIA GADUH SEKARANG DUA RAJA GOPAL GADUH




PERANG BESAR DUA KELUARGA DIRAJA
–mStar

Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Insiden tersebut pernah dilaporkan di portal internet dan hangat diperkata di dalam blog.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan

nota:
ini macam satu scene yang ditulis oleh
mario puzo dalam ayahtuhan. tapi siapa
nak main brando? sapa nak main micheal?
tak kan bik mama nak jadi don?

pelik? betul betul pelik – satu tahun kes ini
kenapa tak ada tangkapan. kalau vigil
pasang lilin beratus fru datang. kalau nak lempar
selipar pada madey musa hasan nak siasat.

kalau mat punk melepak di bukit bintang cepat
kena tahan. kalau anak muda duduk relak relak
di taman ada saja yang nak menangkap. ini ada
sepitol pun satu habuk taraaak.

ada satu idea: buat laporan yang menibai ini ialah ahli
pakatan rakyat. kalau nak cepat lagi tuduh yang bawa sepitol ini
ialah adun pakatan. jamin trak polis akan sampai kah kah kah