.

Rabu, 10 Disember 2014

NAJIB SUDAH MULA TAKUT





KOMENTAR
adakah usaha membodek ini
akan meredakan serang madey
terhadap najib
yang dianggap lembik 
yang dianggap bebal
yang dianggap manai


Cergaskan kerjasama Dasar Pandang ke Timur II
SEOUL -  Najib Abdul Razak berkata, Malaysia sedang berusaha untuk mencergaskan kerjasamanya dengan Korea Selatan melalui gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0).
    
Ini berikutan kejayaan Dasar Pandang ke Timur, yang menjadi asas perkongsian kukuh antara kedua-dua negara sejak lebih 30 tahun lepas.


KAH KAH KAH

woit
najib sudah takut
takut pada madey
ini dasar nak bodek
nak bodek madey

kalau pandang ke timur
ngapa ambil mat saleh
jadi CEO MAS
napa tak ambil jepun?
napa tak ambil korea?

kah kah kah
serangan madey 
akan lagi ganas
terpeleeook mat mongol

KAH KAH KAH







---------------

SALUT ANAK MUDA YANG BERANI





 KOMENTAR
salut!
salut anak muda yang berani
lakukan kemudaan kamu
akhirnya dunia ini 
adalah milik anak muda


'Terus berjuang, bukan meniaga tomyam'

Aktivis politik yang pernah hidup dalam buangan Hishamuddin Rais menasihatkan penulis blog kontroversi Alvin Tan dan aktivis Ali Abdul Jalil yang memperoleh suaka luar negara supaya meneruskan "kerja politik”.

Hishamuddin  berkata, kegiatan itu boleh dilaksanakan daripada luar Malaysia demi memastikan wujudnya kerajaan Malaysia yang lebih adil.


Beliau juga mengingatkan pemegang suaka politik itu bahawa mereka bukan “pelarian ekonomi” yang mencari kekayaan luar.

Sambil mengucap syabas kepada Alvin dan Ali, Hishamuddin menyarankan kedua-dua individu itu mencontohi langkah tokoh-tokoh penting dalam sejarah, termasuk Nabi Muhammad yang berhijrah ke Madinah.

"Mereka lari untuk meneruskan perjuangan bukan untuk cari kerja atau buka restoran tomyam,” katanya.

Hishamuddin mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi yang mengumpamakan Alvin dan Ali seperti bangau yang pulang ke belakang kerbau, selepas memohon suaka daripada Amerika Syarikat dan Sweden.

Tanpa menyebut nama, Zahid dipercayai merujuk kepada Hishamuddin apabila berkisah tentang seorang kawannya, pemimpin mahasiswa pada 1974 yang lari ke luar negara namun pulang ke Malaysia akhirnya.

'Jadilah internasionalis'

Sementara itu, mengimbau pengalamannya menetap di Belgium dan United Kingdom (UK), Hishamuddin berkata beliau sendiri terus terlibat mengecam “kezaliman” Malaysia melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Orang berjuang tidak ada sempadan tanah air,” katanya.


“Jadilah internasionalis, jadi warga dunia dan bawalah tradisi mulia perjuangan datuk nenek moyang kita dari Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau, Rashid Maidin, Chin Peng dan Abdullah Sidi."

Hishamuddin, seorang penulis politik juga senada dengan Zahid yang percaya bahawa kedua-dua anak muda itu akan kembali ke Malaysia suatu hari nanti “jika kerajaan yang lebih adil wujud”.

“Kerajaan (baru) ini pasti membolehkan mereka pulang," katanya.

Hishamuddin lari ke luar negara ketika berlaku penggunaan besar-besaran ISA ketika kemuncak gerakan mahasiswa tanah air pada tahun-tahun 70-an.

Beliau antara tokoh penting menggerakkan Demonstrasi Baling  ketika itu sebagai mengetengahkan kesengsaraan hidup petani di bandar kecil di Kedah itu.

Beliau pernah hidup dalam buangan di luar negara lebih 20 tahun.




---------

NAJIB PERLU DISOKONG






PERTAHANKAN NAJIB

Kepimpinan Najib Razak sedang dilihat bangang dan bebal. Najib dilihat lesu malah lebih lembik dari Abdullah Badawi. Abdullah dibuktikan saheh tidor ketika bekerja. Najib bukan sahaja tidor ketika bekerja malah Najib dilihat oleh warga dunia sedang tidur berjalan. Najib sedang membuktikan bahawa dirinya adalah Perdana Menteri yang paling tidak berguna.

Kalau Najib ini kereta dia telah dianggap rahai.Mungkin tidak bernilai lagi di kedai besi buruk. Kalau Najib ini buah pinang dia telah dianggap kotai. Justeru bukan satu tindakan lucah untuk menganugerkan kepada Muhamad Najib bin Abdul Razak derajah kebesaran bertaraf PMM – Perdana Menteri Manai.

Tetapi walau pun PMM, saya TIDAK akan mencadangkan Najib diganti. Saya tidak akan melakukan 'apa-apa' untuk menyingkirkan Najib. Bukan kerana saya ada simpati dengan Najib. Siah Malaikat empat puluh empat. Kuur semangat. Siah paleh – tidak ada sempati langsung terhadap isteri..opps...suami Rosmah Mansor ini.

Saya mengambil sikap ini kerana belajar dari pengalaman. Ketika Abdullah Badawi menjadi PM, ramai Reformis, aktivis Ngo, blogger, pelajar, anak muda dan termasuk saya sendiri telah 'menduku' Abdullah Badawi. Pak Lah ( nama manjanya) telah dijadikan bahan gelak ketawa. Bapak mentua Khairy Jamaluddin ini telah dijadikan ikon lawak jenaka. Malah saya sendiri telah mementaskan komidi politik Tok Sloo dalam usaha untuk memperlekeh Abdullah Badawi.

Ketika Pak Lah diduku - Anak Lelaki Iskandar Kutty juga telah bersama menibai Pak Lah. Sejarah menunjukkan bahawa Anak Lelaki Kutty ini sendiri bertanggung jawab memilih Abdullah Badawi sebagai pengganti. Tetapi Anak Lelaki Kutty telah 'naik angin' apabila melihat cara Pak Lah menguruskan negara.

Tidak ada jalan lain maka Anak Lelaki Kutty telah menjadi Panglima Siber dan memimpin serangan dari pelbagai pelusuk. Akhirnya Pak Lah 'hilang nafas' dan meletakkan jawatan satelah bertubi-tubi disiku oleh Muhyiddin.

Melihat kembali babak sejarah ini – menilai apa yang telah berlaku saya berpendapat mengundurkan Pak Lah adalah satu kesilapan stratijik. Lebih baik dapat Sang Tidor dan Sang Manai terus memimpin. Saya tidak mahu menyerang Najib hingga jatuh tersembab bukan kerana takut dituduh menyerang 'orang cacat'. Tetapi pengalaman dengan Pak Lah adalah satu pembelajaran.

Kebelakangan ini Pahlawan Siber – Zam dan Kadir Jasin – sedang menyerang Najib. Ledakan demi ledakan serangan ganas juga datang dari Che Dead opss... ...Chedet. Zam bekas Menteri Penerangan manakala Kadir pula bekas Ketua Pengarang NST sedang berusaha gigih senja dan subuh untuk menyingkirkan Najib Razak. Mereka berdua ini seiring dengan Chedet telah memperlekehkan setiap langkah yang diambil oleh Najib Razak.

Semua yang dilakukan oleh Najib dilihat salah. Apa sahaja langkah Najib akan dilihat sebagai menjual hak kepentingan Orang Melayu. Betul ke Najib ini sedang menjualkan hak kepentingan Melayu?

Jawabnya: Betul.

Dari semenjak British mengundur diri dari mentabir Tanah Melayu – United Malays National Organisation telah menjualkan hak kepentingan Melayu satu persatu. Apa yang dilakukan oleh Najib ini bukan sesuatu yang baru.

Tunku Abdul Rahman bertanggung jawab menjualkan Singapura walhal pulau ini adalah sebahagaian dari Tanah Melayu. Ayah kepada Najib sendiri memberikan sebuah gunung bernama Genting kepada syarikat judi. Manakala Anak Lelaki Iskandar Kutty paling rakus dan ganas dalam usaha menjualkan kepentingan Orang Melayu. Bukan hanya memberi lesen judi kepada kroninya bernama Vincent Tan. Lebih dari ini.

Anak Lelaki Iskandar Kutty yang hari ini menjadi pejuang siber 'mengetok dan menghentam' Najib adalah pembawa mudarat paling ulung ke dalam negara ini. Dasar penswataan yang mengkayakan para kroni dan anak bini pemimpin Parti Ketuanan Melayu telah merosakkan fabrik susunan lembaga daulah negara ini. Media, lembaga kehakiman, lembaga keselamatan, lembaga pembelajaran – adalah diantara lembaga daulah yang telah diporak peranda oleh Mahathir Muhamad. Rasuah dan penyalah gunaan kuasa melimpah ruah dizaman Mahathir.

Satu bukti saheh dimana hak Melayu digadai ialah apabila tanah rizab Melayu semakin terhakis. Kesemua kepimpinan dan ahli-ahli Parti Ketuanan Melayu ini bertanggung jawab. Tetapi jenayah unggul ini dikepali oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty melalui Kanun Tanah Negara.

Ketika British mengundur tahun 1957 Perlembagaan telah menetapkan nisbah 50% tanah dinegara ini kepada Tanah Rizab Melayu. Hari ini yang tinggal antara 11% ke 12 % sahaja. Semenjak British berundur negara ini hanya diperentah oleh United Malays National Organisation. Justeru jika Bani Ketuanan Melayu menyalahkan DAP, atau PAS atau PKR atau MCA atau MIC atau Gerakan atau Orang Cina yang menjualkan tanah rizab Melayu maka mereka ini adalah gulungan Bani Melayu jenis Munfikin.

Kepimpinan Najib ini dari segi pandangan stratejik adalah kepimpinan yang paling molek untuk diteruskan. Najib wajib terus menjadi PM manai. Ini amat baik untuk Pakatan Rakyat dalam jangka panjang.

Saya berhujah sademikian kerana belajar dari pengalaman dan babak sejarah. Mahathir Muhamad secara bijak telah berjaya dicap sebagai Mahafiraun dan dijadikan ikon kezaliman. Ini satu kejayaan. Lihat bagaimana Mahathir – satelah Anwar dipenjara - terpaksa berjoget dan bertandak apabila para Reformis memukul gendang dalam laman web Reformasi.

Mahathir sedar jika dia terus menjadi PM, pasti PRU11 – parti Ketuanan Melayu ini akan bungkus. Secara licik Mahafiraun ini mengundur diri 2003. Pak Lah menjadi pengganti. Hasilnya : lihat pada tahun 2004 - United Malays National Organisation mengembang kembali dan mendapat kemenangan besar. Justeru jika Najib diganti dengan PM yang baru Parti Ketuanan Melayu ini akan bernafas kembali.

Anak-anak muda Reformis dan pejuang siber pada tahun-tahun 98 telah telah berjaya menyamakan Anak Lelaki Iskandar Kutty dengan Firaun. Ini kejayaan paling besar. Justeru hari ini tugas pejuang siber – tugas penyokong Pakatan Rakyat ialah menjadikan muka Najib Razak sebagai ikon bebal, bangang dan manai.

Semua bahan campuran telah sedia ada untuk membuktikan bahawa Najib ini seorang yang bebal, bangang dan manai. Contoh terbaik ialah apabila Si Bebal ini menjadi takut dengan Ibrahim Ali. Najib apabila menjadi PM telah cuba dilihat liberal dan demokratik. Najib telah berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan 1948. Tetapi kerana takut kerpada Ibrahim Ali akta ini TIDAK jadi dimansuhkan.

Sebenarnya Najib menjadi TAKUT ini bukan sesuatu yang baru. Penjawat Awam di Putra Jaya , pegawai tinggi kerajaan, para KSU, malah isteri para menteri kabinet Najib sendiri tahu bahawa Najib ini memang seorang yang penakut. Sosok yang amat-amat ditakuti oleh Najib ialah Rosmah. Ini bukan satu fitnah.

Kesah-kesah Najib diherdik oleh Rosmah ditempat awam telah menjadi cerita rakyat. Kesah Najib kena marah oleh Rosmah bukan suatu yang baru. Malah bukti terbaru boleh dilihat dalam rakaman YouTube bagaimana Rosmah telah menyiku Najib. Babak Najib kena siku ini berlaku dalam upacara resmi pertabalan Jokowi sebagai Presiden Indonesia.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah rempah ratus untuk mengikonkan Najib sebagai bebal, bangang dan manai telah wujud.

Marie Antoinette isteri kepada Raja Louis ke16 menjadi ikon kebencian kaum tani Peranchis. Permaisuri ini menjadi simbol kebencian rakyat dan membawa kepada keruntuhan sistem feudal Peranchis.

Kita lihat juga peranan Imelda Marcos yang menimbulkan kebencian rakyat Pilipina hingga mereka berjaya menghalau Presiden Marcos dan Imelda lari. Kita lihat juga peranan Ibu Tien isteri Suharto. Paling baru kita membaca bagaimana rakyat Tunisia amat benci kepada Leila Ben Ali isteri kepada Presiden Zainal Abidin.

Add caption
Perempuan-perempuan ini semuanya menjadi ikon boros, suka bershopping dan tidak ada kerja lain selain dari mengumpul harta. Sebelum rakyat bertempik marah dan benci kepada Presiden atau Perdana Menteri - kemarahan dan kebencian awal ditujukan kepada perempuan-perempuan ini.

Saya cukup yakin dengan straterji tidak menumpilkan Najib. Tetapi menobatkan Najib sebagai ikon bebal, bangang dan manai.

Langkah pertama yang wajib dilakukan ialah mengikuti taktik yang telah diguna pakai oleh anak muda di Indonesia, di Pilipina dan di Tunisia. Mereka mula menyerang ' perempuan ' yang ditakuti oleh jantan-jantan ini.

Baru-baru ini orang ramai terbaca berita bagaimana Rosmah Mansor telah meminta bantuan 'pejuang siber' upahan United Malays National Organisation untuk mempertahankan Rosmah dari serangan dalam alam maya. Ini satu petanda baik. Ini maknanya menyerang Rosmah dalam Face Book, dalam blog dan dalam tweet bergetah dan menyengat.

Kita juga melihat bagaimana sebelum dan ketika Perhimpuanan Agong United Malays National Organisation yang baru berlangsung – muka Rosmah Mansor tidak lagi meleleh liar dalam media. Ini kerana ramai ahli Parti Ketuanan Melayu ini juga benci dan menyampah melihat muka Rosmah.

Hakikatnya Najib takut kepada Rosmah. Hakikatnya Rosmah pula ialah 'asset' atau 'harta' Pakatan Rakyat. Bayangkan jika Rosmah berjurus, langsing, lampai, manis , tidak boros dan berbudi bahasa pasti kerja politik kita susah. Pasti payah untuk mengolah persetujuan orang ramai agar membenci United Malays National Organisation.

Mahathir Muhamad, Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin adalah musuh rakyat dan musuh Pakatan Rakyat. Mereka sedar Najib sedang membawa bahaya kepada Parti Ketuanan Melayu dan wajib disingkirkan. Kerana itu apa yang musuh kita suka jangan kita lakukan. Kita lakuan sebaliknya. Kita sokong Najib terus menjadi PM. Dan Rosmah terus menjadi Rosmah Mansor. (TT).

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45



--------------

ANALISA CAP AYAM







KOMENTAR
isu pendatang haram
isu pendatang tanpa izin
isu kad pengenalan tipu
isu udi berkali-kali
isu harga barang
isu hak asasi
isu rasuah
isu kezaliman

sebenarnya semua
isu ini
tidak akan
mempengaruhi 
keputusan PRU

ini kerana sistem pemilihan itu
telah diwujudkan untuk memastikan
united malays national organisation
terus menang terus berkuasa

yang dilawan oleh pakatan rakyat
bukan parti ketuanan melayu
dan kuncu kuncu dalam barisan nasional

parti ketuanan melayu telah ditolak 
orang ramai dan pengundi
telah memilih pakatan rakyat

yang menjadikan parti ketuanan melayu
ini terus berkuasa ialah sistem pemilihan
yang diwujudkan melayu SPR

pada ketika ini rancangan licik
sedang diatur oleh SPR
untuk memastikan parti ketuanan melayu 
ini menang dan terus berkuasa
rancangan ini di panggil:PERSEMPADANAN SEMULA


Umno bakal tewas di Sabah jika tiada tindakan konkrit menyusul laporan RCI, kata penganalisis -

Tanpa sebarang tindakan konkrit menangani isu pendatang asing tanpa izin di Sabah, Umno bakal kehilangan kuasa di negeri itu, kata penganalisis susulan laporan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin.
Pemerhati berpendapat, penduduk negeri itu yang sebahagian besarnya tidak puas hati dengan kebanjiran pendatang asing yang mengubah demografi penduduk dan keseimbangan agama, menjadi marah susulan laporan RCI itu.
Keputusan itu nyata tidak memuaskan hati banyak pihak, sebaliknya menyemarakkan kemarahan kerana mereka mengharapkan ada pihak yang akan dipertanggungjawabkan, sama ada individu mahupun pihak kerajaan itu sendiri, kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan. 
Seorang lagi penganalisis Dr Arnold Puyok berlata, isu RCI Sabah akan terus menghantui BN kerana rakyat mahukan penyelesaian untuk selamanya.
"BN perlu menanganinya dengan berkesan. Kepimpinan perlu tegas. Lakukannya atau kehilangan lebih banyak kerusi," kata pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UMS) itu.

KAH KAH KAH
woit
ini penganalisa
cap ayam
atau cap kualai
penganalisa cap ayam ini
wujudkan ilusi
buat mimpi
timbulkan harapan

sebenarnya:
mustahil gerombolan kalah
mustahil pakatan menang
kalau pilihan raya
boleh mengubah apa apa
dah lama PRU diharamkan

pasal apa susah 
henndak faham

APA PUNYA TUUUR




-------------

KELAS FALSAFAH - MALAM INI










MALAM INI

10/12/14

jam 9:00 - UBU

karl marx


 KARL MARX - 1843 -1881

pemikir dan ahli falsafah german

pandangan tentang ekonomi, kaji masyrakat

dan 

sosialisma



RADIO BANGSAR 
membuat siaran langsung








------------

KENAPA TAK BOLEH?








Idea keluar Malaysia tidak boleh diterima

Apa yang penting ialah memohon Kerajaan Persekutuan membimbing Sarawak supaya lebih banyak pembangunan agar setaraf dengan semenanjung.


SIBU: Timbalan Presiden Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), Paul Igai berkata, idea membawa Sarawak keluar daripada persekutuan Malaysia tidak boleh diutarakan.
Beliau berpendapat, perlu ada perbincangan mengenai formula terbaik yang memberi manfaat kepada Sarawak.
KAH KAH KAH
woit
hanya satu soalan
kenapa tak boleh
terima?
kenapa tak boleh
diutarakan?
kalau diutarakan 
tak dibenarkan
boleh tak di selatankan

APA PUNYA TUUUR


-------------

APA DIA SATU 90?







SATU


------------

TANDA TANDA AWAL






KOMENTAR
ini adalah tanda tanda awal
bahawa krisis ekonomi akan sampai
ini tanda tanda awal
kerajaan telah tak ada duit
ini tanda tanda awal

ledakan ekonomi akan berlaku

ini tanda tanda awal
untuk mereka yang masih
yakin ekonomi negara kukuh


Bernama TV akui tak mampu bayar gaji

Pihak pengurusan Bernama TV (BTV) akhirnya mengakui bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya.

Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing hari ini.


"Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak syarikat," menurut surat daripada ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya (kiri), yang dilihatMalaysiakini.


KAH KAH KAH

woit
ini pasti diuruskan
oleh melayu
ngapa tak ambil 
orang cina
atau orang indian
atau macam MAS
ambil MAT SALEH

APA PUNYA TUUUR






------------

YANG BANGANG DAN BEBAL





Menteri: Liberalisme paling banyak hina Islam

Fahaman liberalisme dan pluralisme dilihat antara bentuk penghinaan terhadap agama Islam paling banyak berlaku kebelakangan ini, persidangan Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Jamil Khir Baharom berkata kerajaan mengenal pasti bentuk penghinaan itu berdasarkan laporan daripada Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)





KAH KAH KAH

woit
yang banyak hina agama
bukan liberalisma
tapi orang bodoh
yang banyak hina islam
ialah mereka yang
mengakui ONLINE
dengan tuhan

APA PUNYA TUUUR



-----------

ROSMAH MANSOR BADAK









SAYA AKAN PERTAHANKAN UCAPAN DI MAHKAMAH

Saya telah menjawab surat tuntutan (demand letter) yang dihantar oleh  Najib  Razak dan Rosmah Mansor pada hari ini melalui peguam saya, YB N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.

Surat jawapan itu ada disertakan bersama.

Saya tegas bahawa ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara. Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Najib Razak menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak.

Saya kini menunggu writ saman Najib Razak dan  Rosmah Mansur untuk mengambil tindakan selanjutnya.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

9 Disember 2014







------------