Jumaat, 1 Januari 2010

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU DARI TIM TUKAR TIUB



ANAK MUDA - BERANI BERJUANG BERANI MENANG



KOMENTAR DARI TIM TUKAR TIUB

Kita telah meninggalkan 2009. Tahun 2010 ini adalah tahun yang akan membawa kemelut dan krisis ekonomi runcing bukan sahaja untuk negara kita malah untuk semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis sedang nazak. Pil-pil menahan kesakitan telah diambil untuk meneruskan buat sementara sistem ekonomi yang ganas lagi zalim ini. Bertrilion dolar telah digunakan membeli koyok untuk menampal sistem kapitalis yang sedang sakit.

Hakikatnya - sistem ekonomi kapitalis sedang dibaham barah lebihan produksi - hinggakan tidak ada kimotheraphy yang akan dapat membantu.

Produksi yang berlebihan ini sedang menghambat dan menekan. Barangan yang hasilkan dari kilang dan pabrik kini melambak-lambak. Tekanan demi tekanan – melalu pelbagai pejanjian dan protokol - telah digunakan oleh Bank Dunia, IMF dan WTO terhadap negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia.

Kaum pemodal antarabangasa sedang menggunakan Bank Dunia, WTO dan IMF untuk memaksa pasaran dibuka seluas mungkin agar modal dapat merembat bahan bahan mentah dan barangan buatan syarikat multinational dapat dilambakkan ke pasaran negara negara dunia ketiga.

China pendatang baru kelihatan semakin gopoh dan rakus mencari bahan mentah dan membuka pasaran. Lihat disekeliling kita – lambakan produk CCL – cheap chinese labour – sedang mengancam industri tempatan. China yang telah murtad dari sistem sosialis kini telah mula menjadi peniaga senjata. Ini tidak pernah berlaku ketika China mengamalkan sistem ekonomi sosialis.

Semua ini membawa tanda-tanda bahaya kepada umat dunia.

Kuasa imperial Anglo-Amerika – musuh rakyat sedunia – sedang menjalankan perang di Iraq dan Afghanistan. Perang kolonial ini bertujuan untuk merampok semua telaga minyak dan gas di kawasan timur tengah.

Dalam masa yang sama bahan bakar petrol semakin berkurangan. Satu demi satu negara pengekspot minyak kini menjadi negara pengimpot minyak. Minyak di Malaysia sendiri kian merosot dan pada tahun 2014/16 kemungkinan minyak akan mula kering di telaga-telaga minyak kita. Keadaan ini akan menghambat United Malays National Organistaion.

Dalam masa yang sama perebutan kuasa untuk mengawal agihan kontrek dan punca punca dana semakin sengit. Ekonomi yang merundum ini akan menjadikan punca-punca dana berkurangan dan sempit.

Dua garis politik – garis Najib dan garis Muhyiddin – semakin jelas dapat dilihat. Dalam masa yang sama anak anak syarikat gerombolan seperti PPP, MCA, MIC dan Gerakan – sedang beramuk dan bercakaran sesama sendiri.

Semua ini adalah tanda-tanda bahaya untuk warga Malaysia.

Bahang api perkauman akan terus ditiupkan untuk memastikan kuasa yang ada ditangan United Malays National Organistion akan terus kekal.

Tahun 2010 ini adalah tahun susah. Harga barangan dan kos sara hidup akan meninggi. Ini tidak setampil dengan tangga gaji dan upah harga memburuh. Anak anak muda akan mula memasuki pasaran buruh dan mereka akan berhadapan dengan hakikat bahawa peluang kerja semakin berkurangan.

Ekonomi yang berasaskan tenaga buruh impot yang murah kini sedang memakan diri kita sendiri. Hampir tiga juta buruh murah ini sedang menafikan hak warga untuk menuntut tangga gaji yang lumayan dan berpatutan dengan kos sara hidup. Tidak ada warga Malaysia yang akan sanggup tidur 12 orang dalam satu bilik.

Justeru semua warga Malaysia wajib berwaspada dan jangan terperangkap dengan propaganda perkauman. Juga berwasapada jangan terperangkap dengan agenda keagamaan.

Satu Malaysia wajib bersedia untuk bangun melawan untuk melahirkan sebuah Malaysia untuk anak semua bangsa.
(TT)




BERGUMBIRA LAH SATU MALAYSIA – SEMUA SUDAH KENA TIPU !



TUAN EMPUANYA KILANG JUGA YANG JADI KAYA RAYA





HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP – ISMAIL SABRI
- bernama

KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.

18 Jan – KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK – berita hairan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Ada kemungkinan harga gula tidak dinaikkan berikutan kelembapan ekonomi dunia. Kementerian mengambil kira pelbagai perkara sebelum membuat keputusan apatah lagi kita mahu elak membebankan rakyat.

“Industri gula membabitkan pengeluar serta pemborong juga memberikan jaminan tidak menaikkan harga gula pada waktu terdekat dan akur terhadap keputusan kerajaan yang dijangka diumumkan empat minggu lagi,” katanya.

GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK – berita hairan

Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

KAH KAH KAH…

woit… BETUL TAK …HARGA GULA AKAN NAIK… kah kah kah…

woit… CARA MENIPU INI CUKUP SENANG… kah kah kah..

kah kah kah… MULA MULA SURUH KANG KONG TULIS TENTANG BAHAYA GULA...kah kah kah..

kah kah kah...KEMUDIAN BUAT BERITA YANG GULA TAK ELOK UNTUK KESIHATAN…. kah kah kah..

woit… KEMUDIAN NAIK KAN HARGA GULA…. kah kah kah..

nota:
kalau betul hendak menjaga kesihatan rakyat
kenapa hospital di swastakan?
kenapa hoppital kena bayaran?

cakap nak jaga kesihatan rakyat !

sekarang ini ambulan pun di sawastakan.
ini kerja gila. kalau kemalangan siapa nak hatar
ke hospital. ini lah dasar kapitalis.
ini bukan menanggok di air keruh.
ini menangkap ikan dalam pinggan kah kah kah




SYABAS KERAJAAN PAKATAN SELANGOR



HENTIKAN PERANGAI INI - BAWA KERPAI SENDIRI BILA KE PASAR




HARI TANPA BEG PLASTIK DI SELANGOR MULAI 9 JANUARI

Kempen 'hari tanpa beg plastik' di Selangor bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa, akan berkuatkuasa setiap Sabtu mulai 9 Januari depan.

Keputusan tersebut telah diluluskan oleh mesyurat exco kerajaan negeri.

Kempen tersebut telah dilancarkan oleh exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong yang juga pengerusi jawatankuasa tetap hal ehwal pengguna, pelancongan dan alam sekitar pada 20 Disember lalu.

nota:
inilah contoh kerajaan pakatan rakyat.
ini contoh kerjaan yang sedar terhadap bahaya plastik
inilah bukti pakatan rakyat mendidik orang ramai terhadap alam sekitar.
inilah beza anatara pakatan rakyat dengan barisan gerombolan.

kempen ini wajib disebar ke seluruh negara.

gerombolan hanya cari kontrek dan jual tender kah kah kah




PENIPUAN DI HARI PETAMA TAHUN 2010



KESIAN : APAKAH DOSA KERUSI INI - TERUS TERSEKSA




EKONOMI NEGARA AKAN LEBIH KUKUH PADA 2010 -NAJIB

Malaysia akan mencatat pertumbuhan lebih kukuh dan positif pada tahun 2010 dengan inisiatif jangka panjang dan jangka pendek yang akan diperkenalkan oleh kerajaan, kata Najib Razak.

Dia berkata, kerajaan berharap defisit fiskalnya akan dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun depan.

KAH KAH KAH…

woit… BUKAN KAH MUNKEE INI PERNAH BERKATA : OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM….kah kah kah..

woit… BUKAN KAH MUNKEE INI PERNAH BERKATA: OUR FUNDUMENTAL IS VERY STRONG…. kah kah kah..

woit… BUKAN KAH MUNKEE INI PERNAH BERKATA: MY HUSBAND IS VERY HEAVY…. kah kah kah..



KALAU DI NAFI MESTI BETUL



INI BUKAN TANDA JALAN KE RUMAH SHAHRIZAT




FELDA HOLDINGS NAFI BERLAKU PENYELEWENGAN KUASA - melayau

Felda Holdings Bhd. menafikan berlaku penyelewengan kuasa dalam pemberian kontrak yang ditawarkannya seperti yang didakwa oleh Kelab Belia Graduan satu Malaysia.

Syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menegaskan, sebarang prosedur perolehan dan proses audit di dalam Felda Holdings Bhd. perlu melalui syarat yang ketat dan telus.

Malah, syarikat itu sanggup memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mengenai dakwaan itu memandangkan perkara berkenaan telah dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KAH KAH KAH…

woit…. KALAU SUDAH NAFI ERTINYA DAKWAAN ITU BETUL… kah kah kah..

woit…BILA ADA LAPORAN AKHBAR MENAFIKAN ERTINYA PERKARA ITU BETUL BERLAKU… kah kah kah..

woit… LUPA?... BUNG MOKHTAR MENAFIKAN ?.... kah kah kah…

woit… LUPA?...MUNKEE NAFI GULA NAIK HARGA?... kah kah kah…

woit…LUPA?... MAT NGANTUK NAFI ADA BINI BARU?... kah kah kah…

woit… LUPA?... SHARIZAT NAFI DIA MASIH ANAK DARA… kah kah kah…