.

Khamis, 20 Oktober 2016

BALAK DAN BANJIR DI KELANTAN





Masa isu kampung berembang, kerajaan BN memberi jawapan yang hampir sama dengan jawapan pemimpin PAS ini. Semuanya dengan alasan, mengikut peraturan dan undang2.
Bedanya, itu isu kampung berembang yang melibatkan perkampungan orang melayu.
Kini, isu penduduk orang asal yang tempat sumber mereka mendapat rezeki semakin tiada.




--------------

SAMSENG LANUN






MAHFUZ KATA

NAJIB TAK PAKAI

OTAK? SOALAN

KURUN INI

APAKAH NAJIB

ADA OTAK?


MP Pokok Sena sifatkan kerajaan Najib dah jadi kerajaan kongsi gelap

Kenyataan Najib bahawa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST adalah suatu yang sangat lucu dan memalukan.
Ahli Parlimen Pokok Sena,  Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan mencukai rakyat dengan GST untuk memajukan negara menunjukan Najib menjadi PM yang tak perlu pakai otak untuk fikir bagaimana menjana kewangan dan menambah pendapatan negara selain dari menjadi penyeluk saku (pick pocket) rakyat.
"Kenyataan Najib tidak langsung bersifat 'pro rakyat'tetapi sebaliknya bersifat 'peras rakyat'.
"Najib dan kerajaan cuba untuk menakutkan rakyatkan kononnya ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Cukai GST katanya, bukan sekadar mekanisma untuk menghalang peniaga peniaga lari dari bayar cukai tetapi GST juga adalah cukai yang bertujuan untuk mengenakan cukai ke atas setiap rakyat yang tak layak dicukaikan
HUTANG NEGARA

BERGANDA2

NAJIB REMBAT

ROSMAH SEBAT

SAMPAI LUKUP
'




-------------

JANGAN SEBAR FITNAH



JANGAN SEBAR

FITNAH


Sampai bila mahu fitnah Abdul Hadi?
SHAH ALAM  - Pemuda Pas hari ini mengutuk keras pemberitaan sebuah stesen televisyen tempatan yang didakwa salah tafsir kenyataan sebenar Presiden Pas, Tuan Haji Abdul Hadi Awang.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan stesen televisyen itu yang memberi laporan salah terhadap Abdul Hadi dalam isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membelakangkan prinsip asas pemberitaan yang mementingkan kebenaran dan kebertanggungjawaban.

“Amat malang sekali apabila stesen televisyen itu telah memanipulasi pertanyaan Abdul Hadi dengan hanya menyiarkan sekerat sahaja tanpa menyiarkan sepenuhnya soalan tersebut dengan niat untuk menggambarkan kononnya GST disokong oleh Abdul Hadi.

KAH KAH KAH
ada seorang anak muda
di ketereh telah berkata
bahawa hadi ini
seorang yang bijak
seorang yang  pandai
banyak ilmu pengetahun
rajin membaca
tidak bebal
tidak bodoh
apa dia cakap dia kota
cakap boleh dipakai
mesyuarat tak pernah tak datang
parlimen tak pernah tak datang
tak pernah mungkir janji
kalau cakap nak saman
pasti dia akan saman
tak pandai kelentong
cakap tak kluk klik
cakap tak kasar
penuh budi bahasa
apakah ini satu fitnah
saje tanya 
takut  bersubahat
menyebar fitnah

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH


---------

BODOH LAGI BANGANG







MALAON INI

NAMANYA

BANGANG BEBAL

BIN  BODOH BIN

NGOK BIN JOBO

BIN IDIOT S/O

IMBECILE 

ASAL ORANG

MANA NI?


Speaker: Subjudis kerana bimbang pengaruhi kes di AS

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia berkata, keputusan tidak membenarkan soalan berkaitan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) atas alasan subjudis dibuat kerana bimbang ia mempengaruhi kes berkaitan di Amerika Syarikat.
Menurut Pandikar, perbahasan mengenai isu berkenaan dalam parlimen boleh digunakan walaupun perbicaraan itu dilakukan di luar negara.
"Dalam perbicaraan di Amerika kini, kalau mereka tidak panggil saksi, mereka boleh memetik apa yang disebut dalam parlimen, yang akan memberi pengaruh pada perbicaraan di Amerika

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

JAWABNYA SATU 

JUTA TURUN KE 

DARTARAN 

MERDEKA



--------------

TERGADAI TANAH MELAYU







JENG JENG JENG JENG JENG
FULUS ELEK



‘Kerajaan sudah kekurangan dana’

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Bajet 2017 yang akan dibentang esok, tidak bermakna memandangkan kerajaan tidak mempunyai wang.

“Tidak syak lagi sejumlah besar wang akan diperuntukkan kepada kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Parlimen pasti akan meluluskan bajet itu kerana ia adalah bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang mempunyai majoriti di Parlimen.

“Tetapi rakyat tahu bahawa kerajaan telah tidak mendapat wang untuk memenuhi bajet. Mereka tahu bahawa kementerian dalam tempoh dua tahun yang lalu telah diberitahu bahawa wang itu tidak boleh didapati dan oleh itu mereka perlu membelanjakan kurang daripada apa yang diperuntukkan.

“Bajet ini sebenarnya tidak bermakna kerana kerajaan tahu ia tidak akan mempunyai wang,” katanya dalam status terbaru di blognya.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
JUAL HARTA

PADA CHINA

JUAL TANAH

PADA CHINA

TERGADAI

TANAH MELAYU

----------------

KES 1MDB MELEDAK DI AMERIKA






HARI HARI

AKHIR SAEKOR

ANAK BADAK

 

Leonardo DiCaprio to return any funds linked to Malaysian 1MDB fraud

Leonardo DiCaprio is aiding the investigation into a Malaysian embezzlement scam linked to his hit film The Wolf of Wall Street, according to his spokesperson on Tuesday.
The Hollywood star contacted the US justice department in July just after it filed a lawsuit to seize more than US$1bn in allegedly ill-gotten assets tied to Malaysian state investment fund 1MDB, including rights to the film, DiCaprio’s spokesperson said.
Allegations of a vast international scheme of embezzlement and money-laundering involving billions of dollars of 1MDB money began to emerge two years ago, rocking Malaysia’s political establishment.
The statement says DiCaprio is awaiting direction from the US justice department regarding any funds that may have supported his environmental foundation or 2013 film The Wolf of Wall Street.
The Oscar-winning actor released a statement through his representatives on Tuesday saying he will return any gifts or donations connected to the Malaysian wealth fund, pending a fraud investigation of that fund by the US and other countries.
“Both Mr DiCaprio and [the Leonardo DiCaprio Foundation] continue to be entirely supportive of all efforts to assure that justice is done in this matter,” the statement said. “Mr DiCaprio is grateful for the lead and instruction of the government on how to accomplish this.”


---------------

LAGI BERITA BAIK






INI BERITA

BAIK UNTUK

BERSIH5
KOMENTAR
pembaziraan yang maha sangat
rasuah berbilion bilion
rompakan dari dana projek
harga sengaja ditinggikan
akhirnya kerajaan muflis
akhirnya kerajaan bangrap

huntang negara makin tinggi
hutang negara makin banyak
inilah yang sedang berlaku

ledakan ekonomi akan sampai
ini hanya rintik rintik
bersedia berawas berjaga jaga



Kerajaan hapus subsidi, minyak masak naik harga bulan depan, kata persatuan

 | October 20, 2016
Di bawah program penstabilan minyak masak baharu yang akan mula dilaksanakan November ini, harga 1kg minyak masak peket plastik dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25.






PETALING JAYA: Harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan depan, susulan pemansuhan subsidi oleh kerajaan, kata Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma).
Persatuan itu dalam satu kenyataan yang dipetik Oriental Daily berkata, di bawah program penstabilan minyak masak baharu yang akan mula dilaksanakan November ini, harga 1kg minyak masak peket plastik dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25.
Program baharu itu dibahagikan kepada 2 peringkat, di mana peringkat pertama mulai 1 November ini sehingga 31 Disember nanti, manakala peringkat kedua mulai 1 Januari 2017 dan hanya minyak masak peket plastik akan menikmati subsidi kerajaan pada tahun depan.

REMBAT LAGI

HINGGA DUIT

ABIS LINGKUP

SUAMI REMBAT

BINI SEBAT

LINGKUP ABIS




---------------

POLITIK JALAN RAYA - HUKUM SYARAT SOSIAL






HUKUM & SYARAT SOSIAL 
POLITIK JALAN RAYA

Dalam tulisan yang  lalu saya telah membuka surah dan membawa pencerahan tentang sejarah politik jalan raya. Saya menulis tentang Revolusi Peranchis (1789-1799), Revolusi Bolshevik (1917) dan Revolusi Iran (1979). Saya juga menulis kejayaan politik jalan raya menjatuhkan rejim zalim Presiden Zainal-abidin di Tunis (2011),  General Suharto (1998)  di Indonesia dan Marcos di Pilipina(1989).
Dalam tulisan itu saya menerangkan bahawa politik jalan raya memiliki teori dan praktiknya untuk difahami. Saya ada menyebut tentang perlunya  wujud beberapa syarat dan hukum sosial untuk politik jalan raya berjaya.

Dalam tulisan kali ini saya ingin menerangkan sajelas mungkin apakah syarat-syarat dan hukum-hukum  sosial itu.

Sayugia diingati bahawa politik jalan raya tidak berdiri dalam ruang kosong. Politik jalan raya bergerak maju dalam bersama arus rentak politik yang sedang berlaku. 

Dalam setiap  detik dan masa para pemikir politik, para aktivis politik dan pemimpin parti politik wajib menyedari kemungkinan-kemungkinan yang menjanjikan dari politik jalan raya.

Dalam Revolusi Peranchis  kita menemui Robespierre, Danton dan Napoleon. Dalam Revolusi Bolshevik kita bertemu dengan Lenin dan Trotsky. Dalam Revolusi Iran kita melihat peranan Khomenei dan Ali Shariati.  Suharto dan Marcos tidak akan tumbang tanpa Parti Komunis Pilipina dan Parti Demokratik Indonesia.

Wajib diingati bahawa sosok sosok dan organisasi  ini memainkan peranan penting. Mereka membaca keadaan  dan suasana politik. Mereka memahami suasana politik. Mereka menterjemahkan suasana politik ini untuk mengolah persetujuan dan membawa orang ramai turun kejalan raya. Mereka adalah idealok pemikir politik jalan raya.

Justeru, syarat  utama yang memungkin kejayaan politik jalan raya berjaya ialah  wujudnya  satu suasana   politik yang masak untuk orang ramai mengampoh ke jalan raya. Suasana politik inilah yang melahirkan hukum sosial.

Hukum sosial yang maha penting ialah wujudnya kerbencian rakyat yang maha sangat  terhadap kerajaan. Kebencian rakyat kepada kerajaan ini akan dimanifestasi melalui kebencian orang ramai terhadap sosok-sosok, watak-watak utama kerajaan dan elit berkuasa. 

Jika kita melihat dan mengkaji Revolusi Bolshevik kita akan terbaca bagaiman warga Rusia hidup papa kedana tanpa roti dan gandum. Manakala Czar Nicholas dan elit politik Moscow hidup bermewah-mewah. Kita akan bertemu  dengan watak Czarina Alexandra yang hidupnya dikeliling oleh Bomoh Rasputin. Kesah Czarina ini menggunakan kuasa bomoh  diketahui oleh warga Moscow. Czarina ini menjadi ikon kebencian rakyat Rusia. Kini kesah bomoh Rasputin  telah menjadi fakta sejarah untuk bahan kajian ilmiah.

Memakai kuasa bomoh ini  samalah saperti desas desus Rosmah Mansor yang menggunakan khidmat bomoh dari India. Bezanya satu sahaja - Rasputin telah menjadi fakta sejarah. Manakala Guru Ji bomoh Rosmah masih dalam alam perbualan orang ramai dan belum menjadi fakta sejarah.

Watak-watak saperti  Marie Antoinette Pemaisuri Peranchis, Imelda Marcos, Ibu Tien dan Leila Ben Ali adalah sosok dan watak-watak yang amat dibenci oleh rakyat. Perempuan dan betina ini memainkan peranan yang penting dari dalam kelambu. Mereka dengan berselindung dibawah badan amal akan campur tangan dalam pengendalian perjalanan kerajaan.

Sejarah telah merakamkan bagaimana Ibu Tien dan Imelda Marcos perlu dirujuk untuk kelulusan segalan bentuk projek pembangunan. Ini untuk memastikan Sang Suami dan kaum keluarga mendapat potongan. Akhirnya Ibu Tien isteri Suharto   dikenali sebagai Ibu Tien Persen. 

Bagitu kuat sekali pengaruh betin-betina ini sehinggkan siapa jadi Menteri pun wajib mendapat persetujuan mereka.  Kalau di Malaysia dizaman sekarang telah muncul berita bahawa nama-nama siapa yang akan bertanding dalam pilihan raya juga wajib dipersetujui oleh Sang Bini. Malah ada sosok yang memasang niat untuk bertanding dalam PRU akan melobi Sang Bini.

Suasana kebencian ini amat amat positif untuk politik jalan raya. Kebencian ini  wajib digunakan  untuk mengolah persetujuan agar makin ramai lagi  warga yang akan bersama benci terhadap kerajaan yang sedia ada. Dalam konteks propaganda diera media baru - zaman internet - ajenda kebencian ini   amat senang untuk menjadi viral. 

Pada ketika ini rakyat Malaysia  sedang melihat Najib  dijerat oleh 1MDB. Kes 1MDB telah membuka ruang untuk memungkinkan politik jalan raya mengombak ampuh. 

Mengikut akhbar Wall Street Journal (WSJ) - kes ini adalah kes Rompak Terbesar Dalam Sejarah Dunia. Garis WSJ ini telah diguna pakai oleh akhbar The Guardian London, The Financial Times London dan pelbagai media dunia turut membuat laporan yang sama.

Kes Najib merompak duit 1MDB ini bukan lagi kes Malaysia. Ianya bertaraf dunia.

Justeru, kelas menengah berbahasa Inggeris, warga urban yang membaca dalam bahasa Inggeris kini rata-rata memahami apa itu 1MDB. Kelompok ini amat jelas membenci Najib dan Rosmah. Kumpulan ini melihat Najib dan Rosmah bertanggung jawab membawa malapetaka keatas keselesaan hidup mereka. 

Kumpulan urban ini  jelas  telah dapat diyakinkan dengan politik jalan raya.  Buktinya ialah kemunculan mereka berbondong-bondong dalam Bersih4.

Suasana Politik Benci ini akhirnya akan membawa kehilangan keyakinan orang ramai terhadap lembaga-lembaga daulah. Maknanya orang ramai tidak lagi  percaya kepada lembaga daulah saperti badan kehakiman,  lembaga kepolisan, lembaga  media, dengan lembaga  keagamaan dll.

Apa sahaja lembaga daulah akan dilihat sebagai sebahagian dari jentera yang memperkuatkan tipu helah untuk penerusan kuasa yang sedia ada. 

Dalam kes Malaysia kita lihat dengan jelas   terhakisnya keyakinan orang ramai terhadap lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hari ini rakyat Malaysia  tidak lagi yakin kepada SPR untuk mengendalikan pilihan raya dengan  bersih dan adil. SPR  dilihat berat sebelah.

Tahun demi tahun - PRU demi PRU - SPR kini sedang dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai jentera utama Najib. Najib dan United Malays National Organisation yang sedang nazak  kini sedang diberi talian hayat oleh SPR. 

Tipu helah yang sedang dilakukan hari ini oleh  SPR untuk memenangkan Najib ialah melalui persempadaan semula. Satu ketika dahulu ada juga warga kota , kelompok kelas menengah yang yakin dan percaya dengan lembaga SPR. Tetapi apabila dipaparkan senarai Persempadan Semula  - dengan sakelip mata  semua keyakinan terhadap  lembaga SPR habis lupus.

Telah jelas politik benci telah membawa hilang keyakinan orang ramai terhadap lembaga daulah. Hilang keyakinan ini semakin bertambah buruk. Buruk kerana ianya  sedang  dibantu pula oleh suasana ekonomi yang terus merundum. Kedudukan  dan suasana ekonomi amat-amat penting sebagai syarat sosial untuk mengolah politik jalan raya.

Suasana dan cuaca ekonomi hari ini amat-amat  diperlukan untuk membantu politik jalan raya. Kemerosotan ekonomi jika diolah dengan betul  pasti dapat menjemput orang ramai untuk turun ke jalan raya. 

Harga getah yang murah, harga kelapa sawit yang murah, kos kehidupan yang mahal, upah dan gaji yang tidak naik naik , penutupan kilang-kilang, pengangguran makin bertambah, kemasukan pendatang asing yang mengambil kerja anak tempatan - semua ini jika diolah dalam rima yang indah pasti boleh diterjemahkan untuk menghasut orang ramai turun ke jalan raya.

Berita pendapatan  Petronas  semakin merosot adalah berita baik untuk politik jalan raya. Berita ramai pekerja Petronas diberhentikan memang berita  sedih untuk kaum keluarga tapi berita baik untuk politik jalan raya. 

Hutang negara makin meninggi. Dalam masa yang sama nilai ringgit  berbanding dengan dolar dan mata wang  negara asing makin menurun. Dua pekara ini adalah kimia  yang tepat untuk berlakunya ledakan ekonomi saperti  tahun 1998. Ini bermakna semakin tersepit ekonomi negara semakin cantik politik jalan raya. 

Jangan sesekali dilupakan ledakan ekonomi tahun 1998 telah membuka politik jalan raya di Jakarta hingga Suharto jatuh tersungkur. Suasana ekonomi di Tunis telah membuka politik jalan raya yang menjatuhkan kerajaan Presiden  Zainal Abidin Ben Ali. Mogok roti di Cairo tahun 2008 akhirnya menamatkan rejim Mubarak pada thun 2011.

Di Kuala Lumpur ledakan  ekonomi tahun 1998 telah memulakan kembali budaya politik jalan raya. Anwar Ibrahim yang ditendang dari tampok kuasa telah membuka pintu politik jalan raya yang semakin berkembang hingga ke hari ini.

Pada satu ketika dahulu politik jalan raya dianggap BUKAN budaya politik Malaysia. Tapi hari ini   politik jalan raya telah menjadi budaya politik Malaysia. Ini hakikat. Ini fakta yang tidak dapat dinafikan. Jalan raya telah menjadi darah daging budaya politik  kita semua.

Hari ini konvoi Bersih telah memasuki minggu ke3. Konvoi ini sedang menggelodak  dari kampong ke desa - dari kota ke pekan - untuk menghasut anak semua bangsa turun ke jalan raya pada 18/19 November nanti.

Selebaran diagih kepada anak semua bangsa. Ceramah dan penerangan dijalankan diseluruh negara. Parti politik, Ngo dari pelbagai rupa dan bentuk sedang berkempen menghasut sebanyak mungkin  warga  tua dan muda untuk turun ke jalan raya. Turun ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur sebagai tanda bersetiakawan  dan menyokong 6 tuntuan BERSIH5.

Lalu persoalan timbul apakah Bersih akan berjaya membawa satu juta atau dua juta anak semua bangsa ke  Kuala Lumpur pada 19 November nanti?

Syarat dan hukum sosial yang telah saya tulis membuktikan  politik jalan raya sedang masak ranum untuk membawa satu perubahan. Apakah pada 19 November nanti kita akan dilihat  lautan kuning di seluruh kota Kuala Lumpur dan di Kuching dan Kota Kinabalu?

Kalau syarat  dan hukum sosial telah wujud apakah tuntutan Bersih akan dikotakan. Sekali lagi saya merakamkan bahawa mengolah persetujuan untuk  mewujudkan politik jalan raya bukan satu kerja yang senang. Justeru, kami melakukannya kerana ianya bukan kerja senang. Kami melakukanya kerana ianya satu kerja yang susah. 

Apakah lautan kuning di Kuala Lumpur akan membawa perubahan? Apakah ada lagi syarat dan hukum sebelum politik jalan raya berjaya? Jawabnya ada. Apa lagi syarat dan hukum yang diperlukan? Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


---------------

NASIONALISMA SABAH







INI SELARI

DGN TUNTUTAN

BERSIH5

MEMPERKASA 

SABAH SARAWAK


Matlamat Warisan dapatkan autonomi rakyat Sabah, kata Shafie
 | October 19, 2016
Presidennya berkata parti itu akan mengutamakan autonomi untuk rakyat Sabah kerana itu yang rakyat mahukan, iaitu perubahan.





KUALA LUMPUR: Autonomi untuk rakyat Sabah menjadi tumpuan utama Parti Warisan Sabah (Warisan), kata  Shafie Apdal.
Presiden Warisan itu berkata pembangunan di Sabah di bawah pentadbiran BN pada masa ini jelas tidak seimbang.
“Sudah tentu (akan utamakan autonomi untuk rakyat Sabah). Itu apa yang rakyat Sabah mahukan, iaitu perubahan.
“Ketika ini pembangunan tidak seimbang. Ada sekolah yang masih guna kayu, tidak ada akses Internet,” katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.

NASIONALISMA

SABAH MAKIN

JELAS MAKIN

TERANG MAKIN

BERKEMBANG
---------------

JAKIM OOO JAKIM






TOP DOG

BUKAN

ANJING DIATAS

DOGGIE JUGA

BUKAN ANJING









KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bergerak seiring peredaran masa dan memperluaskan pengetahuan mereka dalam pelbagai topik, kata  Bung Moktar Radin.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, Jakim perlu belajar makna di sebalik sesetengah jenama produk, sebelum membuat kesimpulan terburu-buru.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, adalah pelik menukar “hotdog” kepada nama lain kerana “hotdog” bukannya anjing panas.
“Pandangan mereka boleh menyebabkan negara kerugian wang kerana pelancong dari seluruh dunia melawat Malaysia.
“Mereka akan meminta ‘hotdog’, tetapi ia tiada lagi kerana nama sudah lain.
“Nama ‘hotdog’ dan ‘root beer’ tidak pernah ada masalah. Ia tidak patut menjadi masalah sekarang,” katanya kepada FMT di lobi Parlimen, hari ini.

HOT ROD

BUKAN 

BESI PANAS

USTAZ JAKIM

BELUM RASA




---------------

FORUM MALAM INI






MALAM INI

FORUM HARTAL

KG KERINCHI

APA JADI KES RASUAH KJ?





 f.b





Mentang2lah dah kutip cukai GST sampai RM57.27 bilion, nak mintak plok RM500,000,000 (500 juta) !!!
Kes songlap RM100 juta kat #KBS tu apa cerita !!!
NAMPAK TAK...
Ratus jutaan ringgit lesap kat kementerian, rakyat pulak yg jadi mangsa bayat GST..
Inilah kerajaan setan penyangak.



--------------

MARI BERSETIA KAWAN






MARI SAMA

BERSETIA 

KAWAN



 SALAM  DARI BERSIH

Pada awal pagi tadi, kereta kepunyaan anak Pengerusi BERSIH 2.0, Pn Maria Chin disimbah cat merah di perkarangan rumah beliau. 

Sejak hari pertama tarikh himpunan aman BERSIH 5 diumumkan, serangan- serangan jijik, kotor dan ganas ini dilakukan terhadap Maria dan keluarganya.

Malah, dua hari yang lalu, Maria Chin dan 3 anaknya bersama dengan Ambiga Sreenevasan dan Mandeep Singh turut diugut bunuh. 

BERSIH 2.0 menyeru semua pihak untuk menyatukan tenaga untuk menolak keganasan politik ini.

Pn Maria Chin bersama dengan anaknya sedang melakukan satu laporan polis mengenai kejadian awal pagi ini.

Pada petang ini, BERSIH 2.0 akan ke Bukit Aman untuk menyerahkan satu memorandum mengenai kesemua kejadian  yang telah berlaku.

Semua di jemput untuk berkumpul di pintu utama Bukit Aman pd:

Tarikh : 20 Oktober 2016 (Hari ini)
Masa: 4 petang
Tempat: Pintu Utama, Bukit Aman

Tolong sebarkan informasi ini dan turun bersolidariti.

"Satukan Tenaga, Malaysia Baru"

19 November - Kuala Lumpur

Terima kasih,
Mandeep Singh
BERSIH 2.0





------------------