Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 1 November 2012

OH! MALAYSIA KU !




CUBA TEKA APA DALAM OTAK ORANG YANG BERDIRI DI ATAS JAMBANTAN
1 - - mamat dari tow truck    "... cilaka punya aksident macam mana nak tarik..."

2   - mamat pakai keyatap     "... ni mesti maabuk ni.... "

3   - mamat dengan kamera   " ....bestnya....dapat masuk fb ... lepas tu youtube...."

4  - mamat dengan handpone  "....shit.... line tak ada laaa...."

yang laian lain lain melihat pasti inilah yang dibual...

 "..... berapa number kereta nii... laaa tak nampaklaa...kau nampak ke.. kedai magnum jauh ke dari sini...."

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

NOTA:
tukar tiub mengucapkan takziah
kepada  pemandu yang gugur
semoga rohnya bersama ditempat
yang nyaman dan idah


Anggota penyelamat menaikkan sebuah kereta yang 
terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di George 
Town, Khamis. Kejadian itu mengakibatkan pemandu kereta 
itu meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan 
tersebut. Kereta tersebut dipercayai dipandu dari arah 
Butterworth ke George Town terbabas lalu melanggar 
tembok Jambatan Pulau Pinang dan terjunam ke dalam laut 
dalam kejadian awal pagi Khamis. --fotoTIEWNAMA


RADIO BANGSAR UTAMA

SABTU JAM 4 KITA KUMPUL DI SEREMBAN



PENGUMUMAN  MEGA DEMO  SABTU INI - IBU SEGALA DEMO
 
POLIS TAK BENARKAN HIMPUAN KEBANGKITAN RAKYAT - harakah daily

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, pihak polis sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu ini.

Katanya, alasan yang dibangkitkan berhubung pengisian borang permohonan tidak lengkap adalah perkara kecil dan beliau percaya pihak penganjur akan mengambil maklum perkara itu.

"Apa yang penting adalah tempat yang telah ditetapkan untuk perhimpunan tersebut telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan undang-undang dari sudut keselamatan.

"Isu pengisian borang yang tidak mengikuti peraturan adalah perkara yang kecil," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly semalam bahawa  himpunan yang dijadualkan Sabtu ini itu melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Saiful Azly berkata sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

Ini kerana borang permohonan dari penganjur tidak dapat diproses ekoran maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki undang-undang.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihak polis wajar membenarkan himpunan itu kerana ianya peluang untuk rakyat mendengar amanat daripada pemimpin mereka.

"Perhimpunan tersebut tetap diteruskan dan ia merupakan perhimpunan terakhir untuk rakyat dan pengundi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.

JAM 4 PETANG DEKAT TOL SENAWANG
KITA BUAT RAMAI
KITA TIBAI NAJIB DAN ROSMAH

KONTREKTOR MENUNTUT JANJI - MUHYIDDIN KELAM KABUT



KOMENTAR TUKAR TIUB
projek yang dicadangkan oleh muhyiddin
bertujuan untuk kayakan kroni
berita telah bocor bahawa ada sebahagian
dari kontrektor  yang dijanjikan dapat projek ini
telah banyak melabor duit
pada ketika ini mereka sedang menuntut
projek ini diteruskan

itu pasal muhyiddin sibuk ke hulu ke hilir
wal hal ini bukan jabatan pelajaran

orang hairan kenapa muhyiddin jadi pak sibuk?
jawabnya senang saje :
janji wajib ditepati

 AIR MELIMPAH RUAH DI SELANGOR
LANGAT 2: KEDEGILAN SELANGOR MENYUSAHKAN – mkini

Kerajaan Selangor tetap berdegil untuk meneruskan penggunaan teknologi penapis air membran bagi meningkatkan pengeluaran air terawat walaupun kerajaan persekutuan memutuskan pembinaan loji rawatan baru adalah lebih baik dan berdaya maju bagi penduduk di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Kerajaan persekutuan, disokong dengan bukti dan kajian terperinci memutuskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) jauh lebih baik daripada penggunaan teknologi penapis air membran yang cuba dicanang kerajaan Selangor selepas mendapat nasihat 'pakar-pakar mereka'.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mendapati pembinaan logi Langat 2 adalah lebih ekonomi dan berdaya maju dengan memindahkan air dari negeri Pahang ke Selangor daripada angan-angan kerajaan Selangor yang mengambil dan menggunakan sumber mentah dari sungai, tasik dan lombong di negeri itu.

Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata kalau kerajaan negeri Selangor bijaksana, mereka harus melihat penggunaan teknologi itu bukan jalan penyelesaiannya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...MALAON INI INGAT  SELANGOR INI PERLIS KE?.... kah kah kah..

kah kah kah... MALAON INI INGAT SELANGOR INI MELAKA KE?.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU MAT HASAN BOLEH SURUH HARAH.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU ALI RUSTAM PASTI IKUT TELUNJUK.... kah kah kah..

kah kah kah.... INI SELANGORLAAA... KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.... kah kah kah..

kah kah kah.... MEMANG TUJUAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT INI NAK BAGI UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION SUSAH..... kah kah kah..

kah kah kah.... LAGI BANYAK SUSAH LAGI BAIK .... kah kah kah..


NOTA:
kenapa lah
malikul sembab ini slooo sangat
cakap nak jadi PM
kenalaa cargas cargas cargas
kah kah kah

NAZRI KATOI LAGI - TEKSI ADA 600 BIJI



NAZRI KANTOI LAGI


SKANDAL WANG RM40 JUTA:
BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA, “CONFLICT OF INTEREST” DALAM PENYIASATAN TUDUHAN RASUAH RM40 JUTA

Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.


Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

(Sila rujuk Lampiran A)
Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:
1.      Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz
Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).

Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

2.      Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence
Lampiran C menunjukkan 4 gambar.
Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.

Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.

Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.

Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.
Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

3.      Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776
Lampiran D menunjukkan 5 gambar.

Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).

Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.

Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).

KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 NOVEMBER 2012

nak tengok semua gambar sila masuk:





DERHAKAKAH NAJIB RAZAK JUMPA SOROS?



KOMENTAR TUKAR TIUB
isu soros ini ditimbulkan lagi
ini sebenarnya adalah stareteji
untuk menibai najib razak

menimbulkan ajenda soros ini
bertujuan untuk ingatkan orang ramai
bahawa najib razak pun ada jumpa soros

tim  yang timbulkan ajenda soros ini
berkerja dengan licik tersusun
sekali pandang macam menyerang suaram
sekali pandang macam menyerang pakatan
tetapi disebalik serangan ini adalah tembakan terhadap najib

dalam mesyurat  kabinet pekara soros telah timbul
nasib baik najib berjaya memadamkan cepat
tapi ada yang tersenyum puas
sila teka sipa yang tersenyum itu? 

DEHAKAKAH INDIAN INI?
 
  
TERIMA DANA SOROS DERHAKA KEPADA NEGARA, DAKWA MP –minsider

KUALA LUMPUR, 31 Oktober — Ahli Parlimen (MP) mendakwa penerimaan dana atau sebarang kaitan dengan penyumbang dana daripada Open Society yang dimiliki George Soros adalah satu bentuk penderhakaan kepada Malaysia walaupun Perdana Menteri (PM),  Najib Razak sendiri pernah bertemu spekulator itu.

"Penerimaan dana daripada Soros ini akan timbulkan persepsi kepada masyarakat serta merupakan satu bentuk ancaman kepada demokrasi berparlimen dan raja.

"Ini adalah satu penderhakaan!" kata MP Jasin, Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hamzah semasa sidang Dewan Rakyat hari ini.
  
Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros.

“Ya, saya ada berjumpa dengan Soros. Ia hanya sekadar memenuhi permintaan beliau dan adalah satu kunjungan hormat yang biasa.

Selain itu, MP Umno tersebut juga menuduh Open Society sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menjatuhkan negara-negara di Timur Tengah yang dikenali sebagai "Kebangkitan Arab" (Arab Spring).

"Seperti yang dilakukan oleh mereka di negara Arab, Open Society ini juga mampu lakukannya di Malaysia.

"Ia akan timbulkan kebencian di kalangan rakyat kepada pemerintah dan kemudiaannya berlakulah penggulingan kerajaan," tambah beliau.

ANAK BERANAK SEMBAH SOROS
 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... INILAH BAIKNYA HATI BUDI PAK CIK SOROS..... kah kah kah..

kah kah kah....KALAU TAK ADA PAK CIK SOROS.... RAKYAT TAK BENCI PADA GEROMBOLAN.... kah kah kah...

kah kah kah.... HANYA PAK CIK SOROS YANG BOLEH TIMBULKAN KEBENCAIAN RAKYAT PADA KERAJAAN.... kah kah kah

kah klah kah...ALHAMDULIAH SYUKUR NIKMAT... PAK SOROS MEMBAWA RAHMAT.... kah kah kah

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG KENG JENG

kah kah kah... TAPi NAJIB PUN SEMBAH SOROS.... kah kah kah..

kah kah kah...MADEY PUN SEMBAH SOROS..... kah kah kah

kah kah kah... YANG TAK SEMBAH SOROS HANYA MUHYIDDIN.... kah kah kah

Radio Bangsar Utama



NOTA:
najib jumpa soros apa tujuan
minta ampooon kerana bunuh altantuya ke?
kah kah kah

GAMBAR KLASIK TT DENGAN MINAH CUN







LEPAS TEMU BUAL DI RADIO DI TEMU BUAL OLEH TT

minah cun ini memang ramai peminat
malam kelmarin hit radio bangsar melonjak
minah ini telah meninggalkan tangga cik gu bard
minah ini telah melintasi mat bunga rozamin
minah cun ini masih di bawah pak samad
minah cun ini masih di bawah mat sabu
Radio Bangsar Utamaminah cun ini masih di bawah rafizi

apa ertinya lonjakan di radio bangsar malam tadi?
maknanya kalau turun demo memang cool dan chic
maknanya kalau cun dan berdemo memang banyak peminat
maknanya ramai pendengar radio bangsar kaki demo
jangan lupa....
ada banyak gagalis mendengar radio bangsar kah kah kah

NOTA:
radio bangsar sedang cuba mencari 2 orang lagi
minah cun ikon bersih3
sesiapa kenali sila hubungi radio bangsar

SILA TEKA DI MANAKAH INI ?





UNTUK MAJUJAYA WAJIB TUBUHKAN BPJBJR


SOALAN KURUN INI

macam mana jatuh dari bangunan
seluar dalam boleh koyak ?

ANUGERAH DATUK KEPADA PENGARAH SPRM PAHANG DITANGGUH - mkini

EKSKLUSIF:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menggelegak' berhubung anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' kepada pengarah SPRM Pahang, walaupun beliau sudah dua kali dikenakan tindakan kerana dakwaan salahlaku dan kini menghadapi siasatan ketiga.

Beliau dijadual menerima anugerah 'Darjah Indera Mahkota Pahang' yang membawa gelaran 'Datuk', kata satu sumber yang ingin tahu mengapa beliau boleh terlepas proses saringan yang dibuat ke atas mereka yang dicalonkan untuk menerima anugerah darjah kebesaran.

Bagaimanapun, berikutan pertanyaan berterusan daripada Malaysiakini sejak dua hari lepas, portal berita ini telah dimaklumkan lewat semalam bahawa anugerah tersebut telah "ditangguhkan".

Menurut sumber tersebut, SPRM ditugaskan untuk menyaring semua mereka yang dicalonkan menerima darjah kebesaran di peringkat negeri dan persekutuan bagi memastikan mereka tidak terlibat - atau disyaki - melakukan salahlaku termasuk rasuah dan kegiatan jenayah.

Pada akhir tahun 1990-an, sebagai contohnya -  Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ia dikenali sebagai SPRM sekarang - telah mengenal pasti dua individu yang sedang disiasat berhubung kes rasuah, semasa raptai majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Melaka.

"Jadi bagaimana nama Moh Samsudin boleh terlepas saringan tersebut sedangkan namanya terdapat dalam senarai yang disiarkan dalam akhbar pada 24 Oktober dan sekali lagi pada Sabtu lepas?" kata sumber tersebut.

Apatah lagi, calon tersebut adalah dari kalangan pegawai SPRM sendiri.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... TAK DISANGKA SANGKA .. kah kah kah....

kah kah kah.... MACAM TAK BOLEH PERCAYA ... kah kah kah...

kah kah kah...MACAM MUSTAHIL DALAM SPRM ADA PEGAWAI YANG RASUAH.... kah kah kah...

kah kah kah....  INGATKAN HANYA ADA PEMBUNUH SAHAJA DALAM SPRM.... kah kah kah..

woit... RUPA RUPANAY SPRM INI HEBAT...kah kah kah..

kah kah kah.... PEMBUNUH ADA ... PERASUAH ADA.... kah kah kah....

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit... WAJIB TUBUHKAN LAGI SATU BADAN NAMANYA  BPJBJR -SPRM.... kah kah kah..

kah kah kah... BADAN PANTAU JANGAN BUNUH JANGAN RASUAH – SPRM... kah kah kah


FILEM PALING COOL TAHUN INI 
FILEM PALING MENGHASUT TAHUN INI
 KINI DALAM PASARAN
HUBUNGI RADIO BANGSAR UTAMA UNTUK MEMDAPAT
CD FILEM 






YA AMPOOOOOON





SENYUM PAGI KHAMIS
sedang mencari gambar
teriba terjumpa gambar ini
lalu merasa  gempak
lalu merasa seram sejuk hendak ke pulau pinang
lalu teringat rasa laksa pulau tikus
lalu teringat macam macam
lalu merasa nak kenching
lalu merasa nak makan pisang
lalu berniat nak cari kerdas muda

didapor sentiasa ada 
satu balang petai rebus
yang disimpan dalam minyak zaiton

apakah hukumnya  makan petai dengan minyak zaiton?



APALAH NASIB  AKU 
KETURUNAN JAKUN





TEMPUR SEMAKIN RANCAK - TIPU SEMAKIN GALAK






NOTA:
pru13 akan sampai
united malays national organisation
sedang merancanga untuk merampas selangor
sekarang kita lihat bertalu-talu serangan dilakukan

- projek kondo di batu caves dikatakan projek anti hindu
- projek ini diluluskan oleh kerajaan selangor
wal hal ini projek kerajaan khir toyo

PKNS di serang bertalu-talu

YAYASAN SELANGOR dikatakan jual harta tanah
dibawah ini adalah penerangan YS tentang duduk perkara


 


PEMBANGUNAN TANAH YS TELUS

Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.

Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah). Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300juta ("in cash and kind").

Pihak kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut. Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat Negeri Selangor.

Ini amat berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 – 5% sahaja daripada GDV. Ini terbukti daripada pembangunan tanah di Persimpangan Jalan Raja Muda/Jalan Tun Razak, Kg. Baru apabila YS hanya mendapat sebuah bangunan bernilai RM54 juta, sedangkan GDV projek tersebut adalah sekitar RM1.8 billion. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pembangunan tanah di Petaling Jaya, Klang dan Kelana Jaya.

Semua projek kini adalah melalui proses tender terbuka, sedangkan pada zaman BN dahulu ia dijalankan secara rundingan terus (direct negotiation). Disebabkan pulangan yang amat rendah dan proses rundingan terus, pihak kami berpendapat kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Semua kepincangan proses pembangunan hartanah YS pada masa dahulu akan melalui proses “forensic audit” tidak lama lagi. Pemilihan Auditor kini sedang ditender secara terbuka.

Tuduhan-tuduhan kononnya pihak pengurusan tertinggi YS atau Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan dan berhasrat untuk menjual tanah milik YS adalah fitnah semata-mata. Kami menganggap tuduhan liar tersebut hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan image Kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, pihak kami ingin mengingatkan kalangan tertentu supaya tidak menyamakan proses tender kini yang dikendali secara telus/terbuka di YS, dengan proses pembangunan secara "runding terus" semasa zaman BN tidak lama dahulu.

ILHAM MARZUKI
Pengurus Besar
Yayasan Selangor