Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 7 November 2012

KERANA INI IKITA WAJIB KE JALAN RAYA






BERJANJI DENGAN SYAITAN

(Dalam  babak akhir filem Rosemary’s Baby  kita melihat Mia Farrow seorang ibu telah  anak syaitan.   Sang Suami  telah memberikan isterinya untuk diperkosa oleh  satu kumpulan penyembah syaitan. Sang Ibu cuba mendapatkan bantuan dari polis, dari tuan doktor, dari jiran tetangga. Semuanya  gagal kerana  mereka ini semuanya adalah penyembah syaitan.)

Minggu lalu saya telah menulis tentang siapa musuh yang dilawan  dan cuba dikalahkan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan oleh   pemimpin Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan datang.  Untuk saya amat jelas, musuh mereka   bukan Barisan Nasional. Bukan parti United Malays National Organisation. Bukan Najib, Muhyiddin, Soi Lek atau  Taib Mahmud. Musuh mereka ialah  satu sistem pemilihan yang telah diwujudkan khusus untuk menipu Pakatan Rakyat.

 
Sistem pengundian yang  diwujudkan oleh Suruhnjaya Pilihan Raya ini  telah dirancang dan dibentuk dengan tujuan memustahilkan parti mana pun dari  berjaya mengalahkan  United Malays National Organisation. Ini bukan padang berat sebelah. Ini bukan  pengadil tumbuk rusuk.  Apa yang sedang dirancang lebih licik dari semua ini.

Mari kita kaji dan lihat  kawasan Lembah Pantai. Dalam PRU12   Shahrizat Jalil,  menteri kabinet Andullah Badawi telah dikalahkan oleh Nurul Izzah dengan kemenangan majoriti 2895 undi.  Ini satu kemenangan hebat untuk pendatang baru saperti Nurul Izzah. Hari ini Shahrizat Jalil bukan sahaja telah terpinggir malah  sedang disingkirkan oleh Raja Nong Cik yang mahukan kerusi Lembah Pantai.

Lembah Pantai telah dipilih oleh Raja Nong Cik kerana semuanya telah disusun dan dirancang dengan   baik oleh SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftran Negara (JPN) dan PDRM.   Dalam perancangan ini secara tetiba  13,486 pengundi baru telah mendaftar di Lembah Pantai.

Ini seolah-olah 21 tahun dahulu 13,486  pasangan warga kampong Kerinchi, Pantai Dalam dan Abdullah  Hukum telah bersegema pada malam dan hari yang sama. Hasilnya 21 tahun kemudian – anak-anak ini  semuanya  telah mendaftar untuk menjadi pengundi di PRU13 ini.  Apakah ini betul?

Jawabnya tidak. Kemasukan pengundi baru ini  ialah perancangan SPR yang licik.  Pengundi-pengundi Melayu dari Bukit Bintang , Seputeh - kawasan yang mustahil untuk dimenangi oleh United Malays National Organisation telah diloroh masuk  ke Lembah Pantai. Ini satu kerja lojistik yang berat justeru  memerlukan kerjasama rapat dengan JPN.

Tidak cukup dengan ini  - di Lembah Pantai ada 2000 pengundi pos. Pada tahun 2008 dahulu hanya ada 148 sahaja. Hantu manakah yang menjadi pengundi pos ini? Mereka ini ialah pegawai polis.  Apakah Lembah Pantai ini kawasan jenayah? Tidak. Bangsar yang ‘ chic’ dan ‘trendy’ termasuk ke parlimen  Lembah Pantai. Justeru, dari mana 2000 ekor Mat Kampau ini datang?

Jangan terperanjat. Jangan mengeleng-geleng kepala apabila saya nyatakan bahawa Rumah Pasong di Bukit Jalil yang 15 batu dari Lembah Pantai ini  juga dikira sebagai pengundi pos untuk Lembah Pantai. Bunyinya  lawak tetapi inilah hakikat perancangan  penipuan di Lembah Pantai.

Justeru,  pembaca jangan terperanjat apabila saya nyatakan:  15,000 lebih  pengundi baru ini  akan mengalahkan Nurul Izzah. Ini bukan kerana  si Nurul ini tidak berkemampuan. Atau dibenci oleh warga Lembah Pantai. Tidak. Nurul Izzah adalah seorang YB yang amat-amat popular dan disayangi oleh penduduk Lembah Pantai. Di Parlimen Nurul mengajukan pelbagai soalan dan dilihat bergerak cergas sebagai wakil rakyat.

Tetapi, Nurul Izzah akan dikalahkan kerana sistem pengundian yang diwujudkan khusus untuk menipu dan memenangkan calon United Malays National Organisation.

Jika kurang yakin dengan apa yang saya labonkan tentang Lembah Pantai maka biar saya surahkan pula kawasan  YB Sivarasa dari Subang. Kawasan ini lagi pelik bin takjub.  Telah ada penambahan 30,000 pengundi baru. Ini bererti 30,000 warga Subang dengan penuh takzim telah berikrar untuk mengambil  bahagian dalam pesta demokrasi.   Jadi apa yang dihairankan?

Yang menjadi takjub bin hairan ini ialah disebelah kawasan Subang ialah kawasan Petaling Jaya Utara dimana warganya  tidak ramai yang  mendaftar untuk menjadi pengundi.  Di PJ Utara hanya  ada 5,000 penambahan pengundi baru berbanding dengan 30,000 kawasan disebelahnya.  Apakah warga di PJ Utara manai, malas dan sembab? Jawanya tidak. Pendaftaran pengundi baru di Subang ini jelas untuk menipu.  Rancangan jahat ini akan mengorban bukan sahaja Sivarasa malah Dr. Nasir dan  Elizebeth Wong juga akan terkorban sama.

Kemudian mari kita beralih ke kawasan  YB Charles  Santiago di Klang. Mengikut laporan YB Charles kepada Bersih 2.0, dikawasan ini tetiba terdapat 5,000 pengundi hilang entah kemana?  Pelik bin Melik kemana perginya 5,000 pengundi ini. Apakah mereka telah disambar  Geruda atau diculik oleh  UFO?

Jawabnya tidak. Nama-nama ini sengaja dihilangkan untuk memastikan Rodiah Ismail dari N41 Batu Tiga dan Dr. Rani dari N42 Meru akan bungkus. Mereka berdua ini adalah Adun dalam kawasan Parlimen   Charles Santiago.

Disini sekali lagi saya katakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan jatuh. Ini bukan kerana kerajaan Pakatan tidak popular. Atau kerajaan Pakatan Rakyat ini mengamalkan rasuah.  Sama saperti Nurul Izzah di Lembah Pantai – kekalahan ini disebabkan sistem penipuan yangh diwujudkan oleh SPR. Khalas.

Saya ingin  mencerah dan mengigatkan kembali para pembaca tentang 8 Tuntuan Bersih. Hingga ke hari ini hanya –pengunaan  dakwat kekal – yang dikatakan akan digunakan. Pengunaan dakwat ini pun dirancang  penuh dengan tipu muslihat untuk memastikan kertas undi akan kotor. Untuk memastikan banyak undi rosak. Semua disusun untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kalah.

Minggu  lalu orang ramai diberitahu oleh SPR bahawa akan diwujudkan – kerjaaan sementara – sesudah Parlimen dibubarkan. Ini langkah yang baik. Tetapi bukan ini  yang dituntut oleh Bersih.  Kenyataan SPR ini jelas untuk mendodoikan dan mengalih pandangan  orang ramai. Kelentong baru ini dibuat  untuk menutup sistem penipuan yang telah dipasang.

Kenyataan dibuat untuk melalaikan orang ramai dari 8 Tuntutan yang belum dilunaskan.  Ini bukan sandiwara. Ini  juga bukan lawak seram. Ini terang-terang   buat kerja tipu.

Muhyiddin Yassin telah juga  membuat kenyataan mengatakan bahawa semua Tuntutan Bersih telah ditunaikan. Muhyiddin ini sebenarnya  terberak dimulut dan bercakap di buntut. Muhyiddin berbohong. Muhyiddin sengaja terberak  di padang  sebagai usaha  membantu SPR.

 Kemudian berkali-kali Najib dan Muhyiddin berkata : kalau pilihanraya ini  tipu  macam mana di PRU12  - Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri.  Nampak sangat Najib dan Muhyiddin  masih lagi  terberak di mulut. Hujah terberak di padang ini  dijaja ke hulu ke hilir sebagai bukti bahawa SPR dan pilihanraya di Malaysia ini bersih dan telus.
  
Jawabnya cukup senang – dalam PRU12 dahulu – jika tidak ada penipuan maka Pakatan Rakyat akan mendapat kemenngan mutlak. Pakatan  akan menubuhkan kerajaan baru. Ini hakikat. Ini diketahui  orang ramai.

Justeru, sesudah melihat  keputusan PRU 12 dahulu, United Malayas National Organisation telah mengarahkan  dua orang ahlinya  yang menjadi Kepala SPR untuk menutup semua lubang yang mungkin memenangkan Pakatan Rakyat.  Undang-undang Kecil Pilihanraya telah diubah, peraturan baru telah diwuujudkan. Bukan untuk menambah baik pilihan raya tetapi untuk memustahilkan Pakatan Rakyat dari meccapai kemenangan.

Peraturan baru ini termasuklah melarang logo parti yang tidak bertanding dalam kawasan itu dipasang.  Menjauhkan lagi bilik panas dari tempat mengundi. Kalau dulu jaraknya hanya beberapa 50 meter kali ini 100 meter. Ini untuk memastikan pekerja parti  Pakatan Rakyat tidak  akan dapat melihat Mat Bangsa, Mat Indon atau Mat Burma masuk menyeludup mengundi.

Dalam  barong mengundi wakil parti didudukan bukan untuk melihat muka  dan meneliti kad pengenalan si Pengundi.  Kerusi dan meja mereka disusun untuk memastikan mereka hanya nampak punggung dan belakang pengundi.  Sekali lagi peraturan baru ini bertujuan untuk memastikan Mat Bangla, Mat Indon atau Mat Burma tidak dapat dilihat muka mereka.

Pasti para pembaca akan menjadi hairan dan bertanya : kenapa tidak buat laporan polis. Kenapa tidak ambil tindakan undang-undang?

Untuk menjawabnya saya bawa kembali kepada filem Rosemary’s Baby.   Si Ibu yang telah melahirkan anak syaitan telah pergi ke rumah pasong untuk membuat laporan polis. Sayangnya Tok Sarjan dalam balai pun adalah penyembah shaitan.  Si Ibu telah menalipon OCPD. Rupa-rupanya Tuan OCPD juga penyembah Syaitan. Lalu si Ibu lari mencari Tuan Doktor. Si Tuan Doktor ini juga dari kumpulan penyembah syaitan.

Pada ketika ini kedudukan Pakatan Rakyat  sedang di kelilingi oleh kumpulan Penyembah Syaitan.  Justeru membuat  laporan polis  tentang pengundi hantu tak ada guna kerana PDRM juga dibawah telunjuk syaitan. Pergi ke mahkamah untuk melaporkan pendatang haram ada kad pengenalan biru juga  tidak ada guna kerana mahkamah juga milik syaitan. Cuba mendapatkan data dari JPN  untuk membandingkan senarai pengundi  adalah kerja sia-sia. JPN juga adalah anak syarikat syaitan.

Kepala syaitan ini saperti kata Mahathir Muhamad ialah United Malays National Organisation sendiri. Ini syaitan yang kita kenali.  Kalau semuanya dimiliki syaitan dimana masa depan Pakatan Rakyat. Ada akan dijawab minggu hadapan. (TT)




NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dlam akhbar SUARA KEADILAN akhbar mingguan
sesiapa yang ingin melanggan
sila pukul talipon 03-22-72-40-45











GADIS SUNTI BERMATA JELI






GADIS SUNTI BERMATA JELI
Memang gitu TT,kalau kain tudung bermata jeli tu jatuh kebumi, berebut-rebut manusia di dunia ini ingin mengambil kain tersebut. Tapi bila betina madras cakap pasal agama, nak termuntah satu dunia dan jadi busuk dunia ni bau tahi betina ni dan tahi lembu,yang memang manusia pariah auta keling!

 Begitulah surah Tuhan yang kata dalam Koran, aku sediakan syurga dan neraka. Sesiapa nak masuk syurga, silakan tapi kalau sesiapa nak pilih masuk neraka pun boleh.Ikut pilihan masing-masing.

Tiada paksaan dalam islam. Tidak kira melayu, cina ka, india ka, atau lain-lain. Tapi kalau nak pilih juga neraka, pi mamposlah kau orang semua, kah..kah..kah.. on MELAYU MEMANG BEBAS BERUGAMA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/7/12



BUAT BAIK BUAT KEBAJIKAN
Betol tuh incek TT,... al-Quran ada sebut sesiapa sahaja yg beramal baik dan percaya kpd Tuhan, tidak kira samada dia penganut Yahudi ke, Kristian ke, atau apa sahaja, maka dia tak perlu bersedih.. Opps!!

 TT mungkin tak tahu hal ini... TT perlu belajar tentang ini dlm al-Quran dengan seseorang. Jangan salah faham bukan dengan Kavita Singh, tetapi dengan Irshad Manji... kah,kah,kah,kah... on MELAYU MEMANG BEBAS BERUGAMA




HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT - 12 JANUARI DEPAN


10 RIBU KALI  
RAMAI DARI DEMO INI





PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

bersedia untuk turun ke kuala lumpur
sila ambil cuti
sila tempah hotel
sila tempah tiket bas
tiket keretapi
tiket kapal terbang

sejuta kita berhimpun di kuala lumpur
menuntut hak kita
bersih dengan lapan tuntutan
gmi - mansuh kan isa
himpunan hijau - batalkan lyans /pengerang/bukit koman
smm - belajar percuma
dan dan dan....

semua turun dengan kemarahan
semua turun dengan tuntutan
semua bangkit melawan

kita ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya

satu juta adalah kita membuat sejarah 


NOTA:
ini himpuan lebih besar dari besar
ini himpunan lebih mega dari mega
ini himpunan ayah babak dan ibu datuk nenek kepada demo

sejuta kita membuat sejarah


SEJUTA KEMUNCAK HIMPUNAN 

KEBANGKITAN RAKYAT 12 JANUARI – keadilan daaily

KUALA LUMPUR 5 November: Timbalan Presidan PAS, Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat menyertai kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil 12 Januari depan.

Pengarah Program Himpunan Kebangkitan Rakyat itu mensasarkan sejuta rakyat akan bersama-sama pada himpunan yang bakal mencatat sejarah.

“(Ia adalah) perhimpunan seluruh rakyat yang menyokong tuntutan Bersih dan akan disertai tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (Royalti petroleum Kelantan), Oren (Felda) atau apa-apa warna sekalipun.

“Kalau kita tidak boleh duduk dalam stadium, kita himpun di luar stadium,” katanya disambut sorakan bersemangat lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Seremban Sabtu lalu.




YA AMPOOOON JAGAN HINA RAJA GOOOOPAL





RAJA GOPAL ATAU RAJA MANIAM

SEMUA TAK PENTING

YANG PENTING TARIKH INI

KITA MENGOPAL KAN RAJA GOPAL



YA AMPOOOON

tukar tiub dat sms:

jom bersolidariti untuk ahmad abd jalil
yang sedang ditahan polis  kerana mengkritik
sultan johor. esok 8 malam di dataran merdeka
sebarkan!

sila teka siapa yang hantar pesanan ringkas ini?
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

sapa lagi :
peguam paling cool
peguam paling cun
peguam mamat yang sedang kena seksa ini

jangan lupa bawa lilin
jangan lupa datang buat ramai



POLIS SIASAT THE MALAYSIAN INSIDER 

– HINA SULTAN - minsider

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Polis Johor telah memulakan siasatan jenayah fitnah terhadap The Malaysian Insider dan Malaysiakini berhubung liputan mengenai tangkapan minggu lepas terhadapseorang lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor di laman sosial Facebook beliau.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azizan Anan, berkata siasatan itu berikutan dua laporan polis yang dilakukan oleh polis negeri terhadap artikel yang disiarkan oleh kedua-dua portal berita mengenai penangkapan itu, lapor Berita Harian hari ini.

"Tentang penangkapan itu, The Malaysian Insider dan Malaysiakini menerbitkan artikel mengenai penyiasatan dan tangkapan pada Sabtu dan Ahad lepas.

"Berikutan penerbitan, polis Johor membuat dua laporan mengenai artikel dan penyiasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan," beliau dipetik berkata dalam akhbar harian Melayu itu.

ACP Azizan berkata, penulis artikel dan semua yang dinamakan dalam laporan akan dipanggil untuk siasatan.

Seksyen 500, Kanun Keseksaan, yang menggariskan hukuman untuk fitnah, menyatakan bahawa “barang siapa menfitnah seseorang hendaklah di seksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya”.

Ahmad Abd Jalil, juru ukur kuantiti berusia 27 tahun, telah ditahan oleh polis di pejabat beliau pada malam Jumaat lalu di bawah Akta Hasutan kerana tulisan di Facebook yang didakwa menghina Sultan Johor.

The Malaysian Insider melaporkan penangkapan dan peristiwa-peristiwa berikutnya tentang penahanan beliau pada hari Sabtu, memetik maklumat dari peguam Ahmad, Mohd Zakwan Adenan dan adik-beradik yang enggan dinamakan.

Pada hari Ahad, portal berita ini melaporkan mengenai kejadian itu, kali ini memetik bapa Ahmad Abd Jalil Abd Rahman, yang menyatakan ketakutan keluarganya atas keselamatan anaknya di bawah reman polis.

Semalam Abdul Jalil memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis menahan semula anaknya, Ahmad Abd Jalil selepas seorang majistret Johor membebaskannya dari reman tiga hari, dengan memberitahu keluarga bahawa mereka bertindak atas perintah dari “orang atas” (pegawai atasan), dakwa seorang ahli keluarga.

“Ahmad dibebaskan secara sah oleh majistret. Akan tetapi polis mahu membawa beliau semula ke IPK. Kami berkeras mahu Ahmad pulang bersama kami. Polis masih…?” kata Abd Jalil Abd Rahman, dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider.

IPK merujuk kepada “ibu pejabat polis kontigen”, dimana lelaki berusia 27 tahun di ditahan selama beberapa hari.

The Star semalam melaporkan pemangku ketua CID Johor, ACP Abd Aziz Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan di Facebook pada 21 Oktober menggambarkan Sultan Ibrahim tidak layak untuk memimpin negeri tersebut.

Menurut laporan tersebut lagi, Ahmad turut disiasat dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia.



APA DI TARIKH INI?

JENG JENG JENG - AKAN MELETUP TAK LAMA LAGI




KOMENTAR TUKAR TIUB


yakinlah bahawa agenda pembunuhan
altantuya ini akan meletuo sekali lagi

najib razak yang terlibat dalam kes bunuh




ini aikan digemparkan tak lama lagi

sabar dan tunggu
nanti dan lihat




APA DIA YANG DI TUNGGU?

untuk ketika ini
itu saja yang dapat diheboh heboh kan
tapi yakinlaaa
agenda altantuya ini akan meletup


TAKLIMAT SCORPENE : PEGUAM 

PERANCHIS KE PARLIMEN BULAN INI - mkini

PASIR GUDANG 5 November: Dua peguam Perancis, Joseph Breham dan William Bourdan akan hadir ke negara ini dalam masa terdekat untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.


Ia dimaklumkan peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Fadiah Nadwa Fikri pada Ceramah Perdana Jelajah Le Tour De Scorpene malam tadi.

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan urusan visa mereka, setelah itu kami akan umumkan tarikh kehadiran mereka seberapa segera sebelum sidang Parlimen berakhir bulan ini,” katanya di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Fadiah berkata, kehadiran kedua-dua peguam itu penting untuk menjelaskan situasi sebenar berhubung kes rasuah Scorpene dan misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu di mahkamah Perancis.

“Penjelasan harus diberikan ekoran pelbagai spekulasi yang dicipta Umno BN dan media seliaan mereka berhubung perbicaraan kes ini.

“Kehadiran mereka di Parlimen Malaysia sebagai peguam yang mewakili Suaram amat diperlukan untuk memberi taklimat serta penerangan kepada Ahli Parlimen berhubung isu Scorpene,” katanya disambut sorakan gempita.


JANGAN LUPA


MELAYU MEMANG BEBAS BERUGAMA



KOMENTAR TUKAR TIUB

jangan terperanjat
memang dari dulu lagi melayu 
memang bebas beragama

ramai melayu di filipina beragama kristian
ramai melayu di indonesia yang beragama hindu
ramai melayu di siam beragama buddha

hanya kebelakangan ini saje 
melayu tidak lagi ada kebebasan untuk beragama
ini tidak sangkut paut dengan agama
ini untuk tujuan politik

ini sebahagin dari politik pembodohan orang melayu
ini strateji untuk memastikan melayu menyokong
united malays national organisation

pada tahun1966 ada seorang sarjan askar melayu
lelaki berasal dari kedah
dia secara terbuka meninggalkan islam
dan menganut agama buddha
bukan saje itu
dia pergi ke bangkok untuk belajar menjadi sami

dia meninggalkan tunangnya yang bernama aishah
berita keluar dalam akhbar utusan
jika tak percaya sila rujuk arkib negara

NOTA:
kalau ada minah
kalau ada mamat
dah diberitahu tentang  neraka
dah diberitahu tentang syurga 
dah diberitahu tentang bidadari bermata jeli
masih juga berdegil
pergi mapoooslaaaaa






Melayu bebas beragama: Anwar didesak beri penjelasan

DENGKIL 6 Nov. - Wanita UMNO hari ini mendesak Anwar Ibrahim memperjelaskan dakwaan bahawa pakatan pembangkang akan memberi kebebasan beragama kepada semua termasuk orang Melayu jika menang pilihan raya umum ke-13.


Ketuanya Shahrizat Abdul Jalil berkata maklumat itu juga mendakwa agama bayi tidak akan ditulis pada sijil kelahiran, sebaliknya mereka boleh memilih agama masing-masing apabila berumur 18 tahun.

"Jadi saya nak tanya Anwar selaku Ketua Pembangkang, adakah ini benar," katanya.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

apakah agama orang yang meerembat duit rakyat
sebanyakm 250 juta ringgit

JANGAN LUPA