S. Tselvin, 58, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.

Wanita itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan apabila memilih syarikat Fort Mark Sdn. Bhd. milik anaknya, R. Pravin bagi kerja-kerja penambahbaikan Portal Nursing di Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan, Putrajaya antara 13 dan 15 Oktober tahun lalu.

Projek tersebut didakwa ber­nilai RM12,300 dan ketika keja­dian, anaknya masih belum lagi menubuhkan syarikat berasaskan teknologi maklumat (IT) itu.