Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 17 Jun 2009

EKONOMI LAH...BODOH !




APA DIA KERAJAAN PERPADUAN


Saya cukup senang hati melihat apa yang sedang berlaku di arena politik hari ini. Heboh heboh tentang kerjaaan perpaduan ini cukup baik untuk anak anak muda memahami politik.

Politik bukan agama.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa direbut untuk mendapat kedudukan. Kedudukan untuk mendapat harta benda. Ini hakiki. Jangan cuba di alih-alih atau ditutup-tutup dengan tabir dan langsir.

Manusia memerlukan makanan – makanan ertinya ekonomi.

BerPolitik ialah merebut punca-punca ekonomi.

Zambry merebut kuasa dari Nizar kerana ekonomi. Khalid merebut kuasa dari Toyo kerana ekonomi. Hassan Ali cuba merebut kuasa dari Khalid kerana ekonomi. Guan Eng merebut kuasa dari Tsu Koon kerana ekonomi.

Nasaruddin, Mustapha Ali dan Hadi ingin mendapat kuasa kerana melalui kuasa mereka akan mendapat peluang ekonomi.

Lee Kuan Yew datang melawat sambil menipu kerana ekonomi.

Mahathir ingin terus berkuasa kerana ekonomi.

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ingin mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional kerana ekonomi.

Semua ini ialah perebutan ekonomi. Ini samalah seperti Amerika berebut minyak dan gas dengan Russia. Ini samalah seperti Pakistan berebut tanah Kashmir dengan India. Ini samalah seperti Turkey berebut air dengan Syria. Air, gas, minyak dan tanah – adalah ekonomi.

Ekonomi ini ialah duit duit – harta – tanah – bangunan, perniagaan, lesen – semua ini harta yang menjadi rebutan dalam sistem ekonomi kapitalis. Atau untuk menipu Mak Cik Felda ekonomi ini di panggil ekonomi bebas. Tidak ada yang bebas dalam ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi kapitalis – sesiapa yang memiliki punca-punca ekonomi akan memiliki kekayaan dan kuasa. Dengan kuasa akan mendapat punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ertinya duit dan harta kekayaan.

Ini hakikat. Tak perlu kita berdulak dalik – aaahhh ..oooh ..eeeh lagi.

Agama ialah kepercyaaan. Kepercayaan ini berasaskan keyakinan. Ada yang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Ada yang yakin dan ada yang tidak yakin.

Keyakinan agama juga boleh beralih–alih mengikut kepentingan ekonomi. Dulu Hadi mengeluar FATWA HADI. Hari ini fatwa ini tidak dipakai lagi untuk disesuaikan dalam merebut kepentingan ekonomi terkini.

Sekali lagi dinyatakan : Dalam ekonomi kapitalis TIDAK ada agama. Ini tebukti dengan apa yang sedang berlalu sekarang. Malah dalam satu parti yang mengakui asasnya agama pun ada perebutan. Perebutan kuasa ini tidak ada sangkut paut dengan agama. Ini perebutan ekonomi.

Perebutan ini adalah SEHAT jika diakui sebagai perebutan untuk merebut ekonomi. Ianya TIDAK sehat jika ditakrif sebagai perebutan garis agama.

Agama, bangsa, nasionalisma – ini adalah senjata/alat untuk mengolah persetujuan orang ramai akan menyokong satu-satu gerakan. Apakah tujuan gerakan ini ? Untuk memiliki punca-punca ekonomi.

United Malays National Organisation berslogan Hidup Melayu- Ketuanan Melayu untuk menipu orang Melayu agar gerombolan mereka mendapat mengambil punca ekonomi yang dulunya di tangan British dan China. Mereka mahu harta kekayaan dijadikan hak mereka. Ini hakikat. Tak perlu kita berkelentong.

Heboh-heboh tiap-tiap hari di parlimen ilahlah manifestasi perebutan ekonomi. Najib membuat dasar kerana hendak membolot ekonomi. Anwar menentang dasar Najib kerana ekonomi. Disini tidak ada agama atau bangsa.

Agama dan bangsa HANYA masuk dalam hitungan ini jika ianya boleh dijadikan ganja untuk mengolah persetujuan orang ramai – untuk mendapat sokongan.

Pas dahulu di kutuk oleh United Malays National Organisation. Gerombolan ini juga dahulu di kutuk oleh Pas. Ini dilakukan untuk mencari sokongan orang Melayu.

Hari ini gerombolan telah tidak mendapat sokongan Melayu lagi. Jika tidak ada sokongan mereka kalah. Jika kalah - mereka tidak ada kuasa. Jika tidak ada kuasa mereka tidak dapat kontrek dan projek.

Kontrek dan projek ialah ekonomi. Pusing-pusing akhirnya ekonomi juga.

Dalam Pas walau pun mengakui berasaskan agama kini telah terbukti bahawa ekonomi lebih kuat pengaruhnya dari agama.

Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan, Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin bekerja – maka mereka akan berjaya.

Berjaya disini ertinya ada duit. Duit ialah ekonomi. Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.

Orang yang malas, pencari kontrek, mencari komisen, jual projek – pastilah TIDAK suka dengan dasar - Ketuanan Rakyat. Mereka takut bertempur disemua bidang. Nak masuk universiti nak pakai kouta. Nak projek nak kouta. Nak cari kerja nak pakai kouta. Nak buat drama tv nak minta slot kouta.

Justeru ketika ini United Malays National Organisation memerlukan Pas untuk masuk ke dalam kandang mereka. Apa yang di janjikan ialah kedudukan politik. Kedudukan politik ialah kuasa. Dengan kuasa akan dapat punca ekonomi.

Ekonomi lagi.

Justeru jangan hairan – terutama anak anak muda - kita patut memahami bahawa yang sedang berlaku dihadapan mata kita ialah perebutan ekonomi. Semua yang berlaku ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau bangsa.

Perebutan ini ialah perebutan kelas elit yang kuasanya semakin terhakis. Kelas elit ini diwakili oleh United Malays National Organisation. Kelas elit yang hendak hilang kuasa ini sedang mencari ‘kawan’ dari Peking hingga ke Rusila. Ini pekara biasa dalam politik.

Apa yang maha penting untuk difahami ialah politik tidak ada sangkut paut dengan agama. Sekarang terbukti dengan jelas – serban atau kopiah – hanya pakaian ; bahawa agama hanya digunakan untuk mengolah persetujuan tidak lebih dari itu.(TT)



KAH KAH KAH !





NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN LEPAS JAWATAN



KOTA BAHARU 17 Jun — Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH…


kah kah kah... TOK GURU SUDAH MARAH... kah kah kah



MALAYSIA BERJAYA TERSENARAI





MALAYSIA BERSAMA 6 NEGARA AFRIKA PUSAT JUAL BELI ABDI
–mkini

Kerajaan Amerika pagi ini mengeluarkan ‘Laporan Jual Beli Manusia 2009’.

Kerajaan Amerika Syarikat telah mensenaraikan Malaysia sebagai pusat jual beli hamba abdi.

Hanya enam negara Afrika – Chad, Eriteria, Mauritania, Niger, Swaziland dan Zimbabwe memiliki taraf yang sama dengan Malaysia.

Malaysia telah gagal untuk mengubah perangai walau pun tahun 2007 telah dipindahkan dari senarai hitam ke negara yang sentiasa di beri perhatian.

Malaysia telah gagal membuat apa apa perubahan untuk memperbaiki taraf pekerja yang dijadikan hamba abdi, penyuludupan manusia dan jual beli manusia sebagai pelacur.

Malaysia adalah diantara 17 negara yang mungkin di kenakan sekatan ekonomi, tidak mendapat bantuan dan tidak dibenrkan berniaga dengan Amerika Syarikat.

Media Malaysia selalu menulis bahawa Malaysia cukup unik. Media Malaysia amat suka dengan Guiness Book of Record dan Malaysian Book of Record. Hari ini apabila Malaysia disenaraikan maka Malaysia wajib berbangga kerana telah tersenarai kah kah kah.

p/s: Jadi ke cadangan hendak membawa masuk amoi China sebagai pembantu rumah kah kah kah.



SIAPA YANG DI TIPU OLEH LEE KUAN YEW -




MEREKA INI MENENTANG PEMBUATAN JEMBATAN KE TIGA DAN MENJUAL PASIR :


Mereka dibawah ini telah mengeluarkan pandangan untuk menentang pembuatan jambatan ketiga dan penjualan pasir kepada Singapura.

MEREKA IALAH :

Ketua Pakatan Rakyat Yb Anwar Inrahim
Yb Shahrir Samad – Johor Bahru
Yb Khiry Jamluddin - Rembau
Yb Idris Haron - Tangga Batu

Malah Shahrir telah berkata :

“It’s bullshit. The government should address the many problems facing the existing bridge, like traffic congestions and so on, and not waste time on something totally unnecessary,” he said.

Yang menyokong membuat jembatan ketiga dan menjual pasir untuk menyenangkan Lee Kuan Yew hanyalah Rosmah dan isterinya kah kah kah.



INI BETUL TUGAS PARLIMEN





DEMO ANTI ISA DILANCAR DI PARLIMEN HARI INI


Kempen terbaru untuk menuntut kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen tengah hari ini, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Kempen itu bersempena usaha menganjurkan demonstrasi besar menentang akta tersebut yang digelar 'Himpunan Mahsuhkan ISA' yang dijadual 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.

"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," katanya di sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.



NAK MEMBODOHKAN MELAYU LAGI






PENJAWAT AWAM DILARANG GUNA MODEM UNTUK CAPAIAN TERUS INTERNET
- melayau

KUALA LUMPUR 16 Jun — Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Najib Razak.

Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya.

Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara online seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan ’chatting’ melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.

KAH KAH KAH…KAH KAH KAH..

kah kah kah… INI TAJUK BERITA NAK TIPU ORANG MELAYU..kah kah kah..

kah kah kah… KEPALA HANGGUK APA PENJAWAT AWAM?... kah kah kah..

kah kah kah….DI LARANG GUNA MODEM… KEPALA BANA APA MAKNANYA NI ?...kah kah kah…

kah kah kah… TAJUK BERITA INI SEPATUTNYA … KAKI TANGAN KERAJAAN DI LARANG PAKAI INTERNET… kah kah kah..

kah kah kah… PINTAR PINTAR PUSING PUSING KEPALA BANA APA?... kah kah kah…

kah kah kah… CAKAP LAH BANYAK KAKI TANGAN KERAJAAN MASUK MELIHAT LAMAN YANG MENYOKONG PAKATAN RAKYAT….kah kah kah…

kah kah kah… TAJUK BERITA INI NAK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU…kah kah kah…

kah kah kah… KAKI TANGAN KERAJAAN BANYAK MELAYU… KALAU GUNA INTERNET …. MEREKA MULA BERFIKIR…kah kah kah…

kah kah kah… KALAU MEREKA DAPAT TERUS DI BODOHKAN….BAIK UNTUK GEROMBOLAN…….kah kah kah



PERANCANGAN DUNIA BARU DARI YEKATERINBURG






INI KATA – LULA PRESIDEN BRAZIL BEKAS PEMIMPIN KESATUAN BURUH:



Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menggesa kesatuan buruh dan kaum buruh untuk mengambil kesempatan menyususn kerja ketika kapitalisma dalam krisis. Satu bentuk ekonomi dunia baru wajib dilahirkan.

'We cannot live with a financial system that speculates paper on top of paper, without generating one single job, without manufacturing one screw, one footwear or one necktie,' Lula.

LAPORAN BLOOMBERG MEDIA KAPITALIS :


June 16 (Bloomberg) -- Brazil, Russia, India and China are considering buying each other’s bonds and swapping currencies to lessen dependence on the U.S. dollar, Russian President Dmitry Medvedev’s top economic adviser said.