Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 16 Oktober 2012

TREN DAN FESHEN UNTUK JADI IKUTAN




INI ADALAH  BAKAL- BAKAL YANG TELAH MENDAPAT PENCALONAN







PENGUMUMAM DARI TUKAR TIUB

akhir tahun akan sampai
tt sedang menyusun senarai:

siapa yang cool
siapa yang ranggi
siapa yang trendy
siapa yang poseur

siapa yang gagalis

ngo mana yang rocks
ngo mana yang ricks
ngo mana yang bodek

parti politik mana yang cun
parti politik mana yang gaban

politikus  paling cool
politikus paling poyo

apa yang out
apa yang ini
apa yang feshen
apa yang skema

buku apa wajib  di baca
buku apa wajib di buang
musik apa yang wajib di dengar
album apa yang wajib dimiliki
fanzine mana yang cool

siapa minah cun tahun ini
siapa balak jambu tahun ini

kelab paling trendy
cafe paling cool
jalan paling hot
jalan palin kultural

wilayah mana terbaik untuk sewa bilik
wilayah mana banyak ganguan sudah nak tidoo
meninggi hari

siapa yang poyo!

siapa takut bini
siapa gagalis tegar

tahun ini tt akan menobatkan
gagalis sepanjang zaman

SILA HANTAR CADANGAN
ke: radiobangsarutama@gmail.com

rasuah dan tumbok rusuk
tidak akan dilayani

JUAL AGAMA , JUAL AIR LIUR DAN JUAL JIN BUKAN JUAL SELUAR JEAN





INI HANYA  BURUNG HANTU 

SURAT MAMAT SESAT
Tang mana dok kata Ust Haron Din mintak Hasan Ali kempen utk dia? Ada clarify dgn Ust Haron Din ka? Tang mana pulak Ust Haron Din kata dia boleh nampak jin?

 Boleh tangkap jin? Ada Ust kata ka? Tolong jgn jadi bodoh bila dgr Orang bodoh cakap. Pastu dok sebar. Dah la jadik bodoh, tak pasal 2 sebar fitnah. Taubat segera teman. on PUTAR ALAM - JUAL AGAMA DENGAN JUAL JIN
Anonymous
on 10/15/12

HANYA JUBAH HIJAU TAPI KETUANAN MELAYU
Seminggu-dua ni memang kuat berita ribut konon Haron Din boleh ambil tempat Mursyidul Am TGNA.Yang buat cerita kalut ni puak UG dalam PAS termasuk anak TGNA sendiri,Nik Abduh.Nakaei pun dah campur semangkok,dan ini menunjukkan permainan UMNO dan sekali lagi PAS dibawa bermain atas papan catur UMNO,puak UG jadi pencacai.Haron Din buat diam,baling batu sembunyi tangan. on JUAL JIN BOLEH - JUAL AGAMA PUN BOLEH
Anonymous

INI BUKAN HANTU

ANTI MAMAK EEE
Bro TT, Gua dah banyak kali bukak blog Lu, Gua tunggu ulasan Lu tentang dua link dibawah, Tapi Gua kecewa, Lu langsung tak komen kisah dibawah ni! Lu tolongla, ULASKAN sikit!.. Lu jgn buat Gua kecewa! 

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jaditempatlepakorangmuda/Article/index_html dan http://www.malaysiakini.com/news/211578?fb_comment_id=fbc_357061337716979_2098937_357089194380860 terima kasih, Gua Jembalang Purba on JUAL JIN BOLEH - JUAL AGAMA PUN BOLEH
Anonymous
on 10/15/12

SYURGA ITU ASALNYA DARI MANA?
1.ya la tu bhaii!!ko cermin la diri sendiri mengenai agama islam yang ko anuti yang diwarisi dari mak pak ko!!kojawabla sendiri mengenai amalan sembahyang, puasa,zakat dan lain-lain!! 

2.ko pun dah umuq senja bhaii!!tunggu masa je nak masuk neraka atau syurga bhaii!!ko sendiri boleh agak berdasarkan amalan ko selama ni bhaiii!! 3.ko ada cermin bhaiii!!apa lagi!ko tenguk la wajah ko sekarang!!ko sendiri boleh agak ko akan keneraka atau syurga!cdrmin tak pandai tipu bhaii!!tak macam diri ko!!terutama dalam bab-bab agama nii!! on JUAL JIN BOLEH - JUAL AGAMA PUN BOLEH
Anonymous
on 10/15/12

HANTU DAN JIN
ha berlagak berani lah tu. kang dah terkena gangguan makhluk halus. baru kau tahan malu minta tolong harun din. on JUAL JIN BOLEH - JUAL AGAMA PUN BOLEH
DX
on 10/15/12

BAWA HANTU DALAM BAS
Dato' Haron Din sendiri tak pernah mengaku nampak Jin..tapi yg taksub dgn beliau yg pandai2 menambah "kehebatan" beliau itu...beliau cuma menolong melalui doa sebagai seorang ulamak yg keberangkalian utk makbul adalah tinggi..itu sahaja...anak beliau sendiri adalah seorang doktor perubatan... 

dulu heboh cerita Dato' Haron Din "negotiate" dgn Jin utk pindah dari satu universiti ke kawasan lain..dan Jin2 ni dipindahkan dgn naik bas...itu semua cerita karut..Jin adalah makhluk halus dan boleh ke mana2 dgn pantas..tak perlu nak naik bas pun...tapi org Melayu memang suka menokok tambah cerita... Dato' Haron Din mmg pun operate jantung di USA tahun ini..bukannya rahsia pun..ramai yg tahu...doa sahaja tanpa usaha adalah "bangang" namanya... on JUAL JIN BOLEH - JUAL AGAMA PUN BOLEH



PERLU KE JALAN RAYA SEKALI LAGI
8 TUNTUTAN TIDAK DI TUNAI

SHAHRIZAT YANG DILEMBUKAN KEMUDIAN DISEMBELIH








KOMENTAR TUKAR TIUB
shahrizat adalah mangsa perang 
perang dalaman klik klik gerombolan
perang sesama sendiri
berbunuh sesama sendiri

shahrizat dijadikan mangsa kerana raja nong chik
mahukan kerusi pembah pantai

INI BUKAN LEMBU INI EZAM



carannya cukup senang:

bocorkan segala maklumat nfc kepada rafizi
rafizi kemudian bawa ke media
beri lagi maklumat
satu persatu
sampai bill dobi shahrizat pun 
ada dalam tangan rafizi

maklumat cukup tepat
maklumat cukup saheh

siapa beri maklumat ini?

tanya dan jawab sendirilah



TINDAKAN UNDANG-UNDANG SIVIL KE ATAS NFC TIDAK MENJAMIN KUTIPAN RM250 JUTA DANA AWAM

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:

1.       Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;

2.       Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;

3.       Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;

4.       NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.


Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi” (“personal guarantee”) terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.

Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan “jaminan peribadi” atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.

KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

16 OKTOBER 2012


PERLU SEKALI LAGI KITA TURUN KE JALAN RAYA
kelihatan 8 tuntutn bersih tidak dipedulikan
justeru  rakyat wajib sekali lagi 
turun ken jalan raya
\

TOWKAY LENDIR AKHIRNYA JADI SELIPAR BURUK





KOMENTAR TUKAR TIUB
ini adalah pengajaran untuk pegawai polis
ini adalah pengajaran untuk pegawai kerajaan

jangan sedia jadi barua
jangan jadi barua ahli politik
jangan bodek gerombolan
jangan bodek pakatan

buat kerja ikut buku

dulu musa hasan telah digunakan oleh madey
dulu musa hasan cukup hebat
lendir sana
 dadah sini
fulus berduyun duyun masyuuuk

sekarang sudah jadi selipar buruk
dulu jadi selipar penting
orang pakai sana sini
kemudian jadi selipar jamban
akhirnya jadi selipar buruk
ini lah nasib saekor barua
inilah nasib tukang bodek

inilah pengajaran untuk semua



MUSA TARIK BALIK SAMAN – ADA KONSPIRASI, KATA ANWAR : minsider

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Ketua pembangkangAnwar Ibrahim meluahkan rasa lega dengan penarikan kes saman terhadapnya oleh bekas ketua polis negara,  Musa Hassan tetapi berkata keputusan itu membuktikan wujudnya konspirasi dalam pendakwaan liwat dan kes mata lebam ke atasnya pada 1998 yang lalu.

TOWKAY TILAM LENDIR




Musa pada pagi ini menarik kes saman yang difailkannya atas alasan telah mencapai persetujuan di luar mahkamah dengan peguam defendan hasil perbincangan antara kedua-dua pihak sebelum berlangsung perbicaraan hari ini.

“Saya bersyukur dan puas hati dengan penarikan kes saman ini.

“Tetapi persoalan yang timbul sekarang ini ialah wujudnya bukti konspirasi dan rekaan cerita terhadap pendakwaan saya pada 1998 lalu,” kata Anwar di luar mahkamah.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TOWKAY LENDIR  SUDAH SEDAR.... kah kah kah..

kah kah kah... KINI TOWKAY LENDIR  TELAH KESAORANGAN.... kah kah kah..

kah kah kah...DULU MASA JADI  BARUA... CUKUP  HEBAT.... kah kah kah..

kah kah kah... KERJA ANGKAT TILAM KE HULU KE HILIR..... kah kah kah...

kah kah kah... PADAN MUKA.... kah kah kah



JAM 9:00 MALAM DI RADIO BANGSAR UTAMA - RADIO MENGHASUT





PARTI RAKYAT MALAYA



DR. ROHANA ARIFFIN 


MALAM INI JAM 9:00 MALAM
temu bual dengan dr.rohana ariffin
tentang :
gerakan wanita
perjuangan buruh wanita
perjuangan parti rakyat 
politik dan analisa terkini


RADIO BANGSAR UTAMA
hanya radio bangsar berani langgar
laporan jelas
hanya radio bangsar berani menghasut
hanya radio bangsar
bangun melawan

NAJIB JUMPA SOROS ZUL NORDIN JADI MARAH




KOMENTAR TUKAR TIUB
zul nordin tidak ada pilihan
hanya ini cara untuk mendapat kerusi
hanya dengan cara bodek najib
baru ada kemungkinan dapat kerusi

 NOTA:
siapa kenal zul bisul
tolong ingatkan yang 
si zul bisul masih ada hutang
dengan puan ainon muhamad
puan ainon minta 15,000 ringgit



PEMIMPIN BESAR  PEMUDA MIC JERLUN

PERKASA BUAT KETETAPAN. SOKONG , BANTU UMNO BN - meloya


IPOH 15 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengambil ketetapan untuk menyokong serta membantu memenangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Zulkifli Noordin berkata, keputusan itu diambil setelah melihat senario politik semasa yang menyaksikan kedudukan Islam dan orang Melayu di negara ini diserang bertubi-tubi oleh golongan tertentu dengan mendapat bantuan asing.

Kita akan bantu UMNO dan BN mendapatkan semula mandat daripada rakyat. Kita akan berusaha membantu UMNO dan BN bukan setakat menang dengan majoriti tetapi mendapat semula majoriti dua pertiga daripada rakyat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... NASIB BAIK ADA ZUL BISUL.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU TIDAK HANCUR BANI MELAYU.... kah kah kah...

kah kah kah... BANI MELAYU SEDANG DI SERANG OLEH SOROS... kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH        

woit... NAJIB RAZAK NI SEBELAH SAPA?..kah kah kah...

kah kah kah... BERSAMA SOROS ATAU BERSAMA  BANI MELAYU?... kah kah kah..

kah kah kah.... APA BINCANG DALAM BILIK GELAP DENGAN SOROS... kah kah kah




NAJIB AKAN DI PANGGIL KE PARIS UNTUK SOAL SIASAT





KOMENTAR TUKAR TIUB
kes kapal selam ini sedang berjalan di paris
hakim mahkamah paris sedang menjalankan siasatan
salah seorang dari tujuh orang yang akan dipanggil
ialah najib razak  yang juga menteri pertahanan
ketika jual beli kapal selam ini dijalankan

adalah juga difahamkan
ayah kepada arwah altantuya 
akan juga dipanggil oleh mahkamah

juga dipanggil sama ialah
p balasubramaniam mata mata gelap
yang diupah oleh razak baginda untuk menjag altantuya

NABI BANI MELAYU
najib baru sahaja di angkat oleh senatak ezam
najib kini diangkat sebagai nabi untuk bani melayu
kah kah kah


SAMM - SUARAM Jelajah Negara Terang Isu Scorpene

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda akan bekerjasama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah ke seluruh negara menerangkan Isu Skandal Scorpene, iaitu pembelian Kapal Selam negara yang melibatkan bukan sekadar kehilangan bilion wang negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Pembelian yang melibatkan komisyen (rasuah) yang tinggi ini turut terkait dengan beberapa kes sensasi negara yang lain. Pada masa itu  Najib Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara langsung dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut. Suaram telah membawa kes ini untuk dibicarakan di Peranchis. Panik dengan perkembangan itu regim penguasa telah menyerang Suaram kononya sebagai sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima dana asing. Malah regim cuba membina persepsi dengan memberikan beberapa maklumat mengelirukan untuk memberikan gambaran bahawa tidak ada apa yang berlaku di Peranchis berkenaan tindakan perundangan berkaitan jenayah rasuah pembelian kapal selam tersebut.

Media menjadi halangan utama maka SAMM dan Suaram akan terus turun memberikan penerangan kepada rakyat. Siri jelajah fasa pertama kali ini mensasarkan seluruh rakyat khususnya di pinggir dan luar bandar memahami isu skandal ini yang sebenarnya bukan sahaja merugikan tetapi membahayakan negara.

Risalah khas akan dilancar untuk memberikan penerangan mudah kepada rakyat terbanyak sasarannya ialah memberikan kesedaran kepada rakyat dan menjadikan isu Skandal Scorpene sebagai isu utama ketika PRU yang bakal menjelang. Untuk itu semestinya perlu ramai penceramah yang memahami dan mampu menyampaikan isu ini dengan baik.

Untuk itu aktiviti di setiap siri jelajah akan ada Program Taklimat Tertutup yang akan mengumpulkan penceramah tempatan terdiri dari Pimpinan PR dan NGO. Taklimat 2 jam ini akan dikendalikan oleh team Peguam Scorpene yang akan membentangkan semua dokumen dan fakta berkaitan Scorpene. Peserta juga akan dibekalkan dengan 'kit ceramah' berkaitan Skandal Scorpene yang mengandungi dokumen - dokumen sulit bukti penting skandal tersebut. Sesi soal jawab dijadualkan sejam untuk menjadikan peserta yang terdiri dari penceramah tempatan benar - benar faham mengenai skandal ini dan mampu menyampaikan dengan baik selepas itu. Sasaran kami ialah 250 penceramah dalam 3 siri fasa pertama ini.

Malamnya pula akan ada 'rapat umum' Ceramah Penerangan Skandal Scorpene yang akan menampilkan pasukan peguam Scorpene termasuk Cynthia Gabriel sendiri selain nama - nama penceramah besar yang lain. Akan dilancarkan risalah khas penerangan mudah mengenai scorpene juga akan dipersembahkan juga tayangan layar besar yang akan mempaparkan bukti-bukti bagi menjawab segala tuduhan dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Jelajah fasa pertama ini akan dibuat dalam 3 zon utama di semenanjung Malaysia.

21 Oktober 2012

Taklimat Tertutup Skandal Scorpene
12 tengahari - 2.30 petang di Yayasan Aman, Penanti
*terbuka kepada semua penceramah pimpinan parti politik dan NGO di Zon utara terhad 65 orang sahaja dan siapa yang berminat sila email butiran nama penuh, jawatan parti / NGO, no telefon kepada chegubard@gmail.com.

Ceramah Umum 'Pelancaran Jelajah Skandal Scorpene'
9.00 mlm - 12.00 tgh malam, di Padang Awam Teluk Air Tawar, Tasek Glugor
*lokasi ini dipilih kerana diluar kawasan bandar dan signifikanya ia hampir kem tentera yang cukup rapat dengan isu pembelian senjata ini. Semua dijemput hadir.

4 Nov 2012 - siri Zon Selatan di Johor

10 Nov 2012 - siri Zon Pantai Timur di Pahang

Mohon kerjasama pihak media progresif dan semua untuk menyebarkan maklumat ini. Kita lawan mereka dengan fakta dan hujah. Kita sedarkan rakyat keperluan bangkit menyelamatkan negara. Tekad SAMM untuk membantu SUARAM melahirkan sebanyak mungkin penyampai yang menguasai skandal scorpene dan mempersembahkan bukti dan fakta berkaitan skandal scorpene kepada rakyat.

Sekian.

cheGuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan


Henti politikkan isu kapal selam - meloya 

KOTA KINABALU 14 Okt. - Kementerian Pertahanan berikrar tidak akan membenarkan mana-mana pihak berterusan mempolitikkan perolehan kapal selam negara dengan menabur fitnah sehingga bukan sahaja menjejaskan imej Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bahkan nama baik negara.

 Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu khususnya pembangkang dan pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu harus dihentikan segera kerana aspek pertahanan negara bukan bahan dagangan politik.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada semua pihak tidak sesekali mempertikai keupayaan kapal selam negara dan merendahkan kemampuan anak kapal dengan menjadikan perkara tersebut isu pilihan raya demi kepentingan politik sempit.