Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 3 Mei 2010

RAJA GOPAL JANGAN TIPU MELAYU




INI BUKAN KAVITA SINGH - INI JASBIR SINGH DARI INDIA




NIK AZIZ PERTAHAN MASJID BOLEH DIGUNKAN TUJUAN POLITIK – msinsider

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa masjid boleh diguna untuk tujuan berpolitik.

Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membidas sesetengah individu yang tidak mahu menerima realiti itu dengan menyifatkannya sebagai “bodoh”.

“Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), ini lah sikap orang yang amal politik suku agama suku,” katanya ketika menyampaikan ceramah di kampung Kubang Batang, Wakaf Baru dekat sini.

Katanya, penyampaian khutbah dalam sembahyang Jumaat adalah sebahagian daripada politik Islam yang juga membawa maksud ceramah.


KAH KAH KAH

kah kah kah.... BODOH !..... kah kah kah

nota:
raja saudi dimunculkan oleh british
untuk jaga minyak
ahmad reza pahlevi raja iran
naik tahta keran cia – untuk jaga minyak
di mesir, iraq. libya, syria – semua raja bungkus


dalam kefahaman islam mana ada raja

raja gopal pun tak ada


kavita singh mungkin ada… kah kah kah


LAGI KES UMNO JUAL NEGARA - TAK SERIK LAGI ORANG MELAYU




KENYATAAN MEDIA YB SENATOR DR SYED HUSIN ALI
03 MAY 2010 DI DEWAN NEGARA


Usul tergempar untuk membahaskan isu penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei.

Saya telah memohon kepada Yang Di Pertua Dewan Negara untuk membenarkan saya mengusulkan satu kes berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1).

Usul yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei, oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebelum pesaraan beliau.

Penjelasan yang telah diberikan oleh Tun Abdullah dan Petronas adalah tidak memuaskan, oleh yang sedemikian Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hendaklah memberi penjelasan mengenai penyerahan tersebut. Saya cadangkan penjelasan ini dibuat dalam bentuk kertas putih. Isu ini adalah mustahak untuk dibahaskan kerana melibatkan bukan sahaja soal pendapatan Negara, tetapi juga soal kedaulatan Negara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mendedahkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion) malah didedahkan juga bahawa kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M – (kini dikenali sebagai CA1, dan CA2) tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Kawasan tersebut mengeluarkan 500,000 tong minyak bernilaiUSD12.4 Juta sehari.

Perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan tersebut tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Penyerahan 'Blok L' dan Blok M', dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

Perkara tersebut melibatkan kepentingan negara dan kedaulatan negara, dan harus dibahaskan dengan segera. Penjelasan terhadap isu ini amat penting dan perlu disegerakan kerana melibatkan soal kedaulatan Negara dan mungkin juga melibatkan soal keselamatan Negara.”

nota:
tunku jual singapura kepada lee kuan yew
madey jual hak pedaratan kapal terbang amerika pada casper weinberger
najib jual negara kepada zionis apco
dollah tidoo tak tahu apa satu
habis semua lingkup kah kah ka


LAGI PROJEK TIPU MELAYU




HABIS NEGARA KENA JUAL






السلأم عليكم ؤرحمة اللة ؤبركاتة

Ke Majlis

Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA


Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

PENYERAHAN SEMPADAN LAUT MENGANDUNGI DUA MEDAN MINYAK BLOK L DAN M KEPADA BRUNEI DARUS SALAM - POHON PENJELASAN.
___________________________________________________________________________

Saya yakin YAB sudah mengikuti laporan media mengenai isu sempadan perairan Malaysia yang telah diserahkan kepada Brunei - seperti kenyataan akhbar bekas Perdana Menteri pada Juma'at lalu.

Bersekali dengan penyerahan sempadan laut ini, dua medan minyak yang kaya yang dulunya milik negara kita, juga dengan sendirinya menjadi milik Kerajaan Brunei.

Dua blok minyak itu dulunya adalah milik Petronas dan Petronas telah pun menganugerahkan konsesi kawasan ini untuk pengeluaran kepada Petronas Carigali dan Murphy Oil sejak 2003 dan berkuatkuasa bulan April tahun ini, perjanjian konsesi berkenaan terpaksa ditamatkan.

Isu yang lebih besar dan memerlukan penjelasan awam yang segera dari Kerajaan pimpinan YAB ialah bagaimana Kabinet Malaysia pada 11 Februari 2009 boleh bersetuju dengan pelepasan kedaulatan Malaysia ke atas wilayah berkenaan.

Seperti disebutkan dalam kenyataan Tun Abdullah, ia adalah 'overlapping area'. Jika ianya 'overlapping area' sebagaimana kawasan-kawasan lain seperti JDA dan CAA, mengapa Malaysia dengan mudah melepaskannya? Jika kawasan lain tidak kita lepaskan kedaulatannya, mengapa yang ini kita lepaskan?

Adakah Malaysia tidak yakin bahawa kita mempunyai hak ke atas kawasan perairan ini dan adakah Malaysia telah mengkaji dengan teliti bahawa tuntutan kita ke atas kawasan ini memang tidak kukuh?

Jika kita tidak mempunyai hak ke atasnya sama sekali, bagaimana Brunei boleh mengizinkan kita terlibat sama dalam perkongsian pengeluaran bagi kedua-dua blok itu dalam tempoh empat puluh tahun?

Mengapa pula sebelum ini kita telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Murphy Oil jika kita tidak yakin ia adalah milik kita?

Bukankah selama ini kawasan ini dalam perairan kita dan tiba-tiba kita tidak mempunyai asas yang kukuh untuk terus memilikinya?


2. Selepas keputusan Kabinet dibuat dan langkah menandatangani perjanjian dengan Brunei dilakukan pada 16 Mac 2009, mengapa rakyat Malaysia tidak dimaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menyerahkan perairan bersekali dengan medan minyak itu?

Mengapa tidak juga ada penjelasan Parlimen dibuat?

Rakyat Malaysia hanya mendapat tahu kedudukan ini melalui kenyataan Murphy Oil kepada NYSE selepas konsensinya dibatalkan.

YAB sendiri tidak pernah berterus terang dengan keputusan ini dan tidak mengambil langkah menjelaskannya kepada umum sampai hari ini.

Mengapa ia harus disembunyikan jika fakta-fakta tuntutan tidak menyebelahi kita dan kita tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyerahkan wilayah ini kepada Brunei?

Jika sebaliknya, iaitu kita sememangnya mempunyai fakta kukuh ke atas tuntutan ini dan penyerahan ini hanyalah kerana keputusan politik semata-mata, rakyat berhak untuk tahu apakah sebab politik mendesak sehingga keputusan seperti itu dibuat.

Adakah ia semata-mata untuk menyenangkan hati Perdana Menteri waktu itu dan seluruh Kabinet menerima keputusan ini walau pun ianya merugikan negara?

Jika sebiji pulau kecil sebesar Batu Putih kita perjuangkan hingga saluran terakhir, mengapa wilayah sebesar dan sekaya itu kita lepaskan sebegitu mudah?

Apakah asas-asas yang dterima untuk Kabinet memutuskan sedemikian?

3. Rakyat Malaysia juga berhak untuk tahu apakah tawaran gantian kepada Murphy Oil atau sebarang ganjaran atas penamatan konsensi berkenaan?


Sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan, isu ini sungguh memilukan kami rakyat Malaysia. Pilu bukan sahaja kerana hilangnya wilayah kita dengan sebegitu mudah, malah timbul keraguan terhadap tahap tanggungjawab pemimpin negara, bahkan tahap kemampuan mereka membuat keputusan untuk kepentingan negara dengan wajar dan tepat.

Sekian. Wassalam

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”


DATO’ HJ HUSAM BIN MUSA
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Kelantan

2 Mei 2010.

BIAR MEREKA TIDAK DAPAT PERGI KE LONDON DAN PARIS




KAPAL SELAM MEMBAWA BALA DAN BALA




Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat

BERKENAAN SIASATAN MAHKAMAH PERANCIS TERHADAP SKANDAL URUS NIAGA PEMBELIAN KAPAL SELAM BERJUMLAH RM 4.7 BILION

29 April 2010

Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa Suaram ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.

Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.

Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita - polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.

Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:

Apakah peranan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu? Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?

Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?

Apakah Nazim Tun Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?

Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Tun Razak dan Bala?

Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.

Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?

Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?

Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?

Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?

Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?

Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.


nota:

siasatan ini akan memastikan
nama nama yang terlibat ini
akan dipanggil untuk memberi keterangan.
seperti ariel sharon yang dituduh sebagai
penjenayah di mahkamah beligium telah tidajk berani
datang ke brusells.

dalam kes malaysia nama razak baginda, najib razak, isteri
razak baginda , rosmah mansor - pasti akan di minta
oleh mahkamah peranchis untuk memberi keterangan.

raja petra telah sedia ada di eropah untuk membantu sisatan.

padan muka tak dapat shopping kah kah kah..

padan muka... ingat terlepas malaysia selamat... kah kah kah

ZIONIS TEMBAK ARAB DI GAZA - APCO BAWA TEKNIK INI KE PDRM



LAGI KEGANASAN POLIS






POLIS SERBU PROGRAM BELIA SELANGOR , SEORANG PELAJAR CEDERA
-malaysiakini

Seorang pelajar kolej cedera malam tadi kerana didakwa ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.

Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

KAH KAH KAH..

woit…. POLIS TAK ADA KERJA LAIN KE?.... kah kah kah..

woit… SERBU… TEMBAK…. SEPAK … TERAJANG…. kah kah kah..

woit…. JANGAN LUPA… GANJI ITU DUIT CUKAI DARI ORANG RAMAI… kah kah kah..

woit... KALAU ORANG RAMAI HABIS KENA TEMBAK MATI... SIAPA NAK BAYAR GAJI POLIS... kah kah kah..

kah kah kah... TAK KAN NAK MAKAN DUIT RASUAH SEPANJANG HIDUP.... kah kah kah...

woit... SEMENJAK ISREAL MASUK PDRM INI...TEKNIK ZIONIS MAKIN MENJADI JADI... kah kah kah

GST = GASAK SAMPAI TERBURAI




ORANG RAMAI MENUNGGU - GASAK SAMPAI TERBURAI





CADANGAN KURANGLAN TAMPARAN GST


Ketika penunjuk perasaan berhimpun di Kuala Lumpur bagi menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hari ini. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) pula sedang mempertimbangkan kaedah terbaik bagi melaksanakannya.

Menurut ahli majlis tersebut Danny Quah - yang juga profesor daripada Sekolah Ekonomi London (LSE) - majlis tersebut mencadangkan pengurangan cukai pendapatan dan korporat untuk mengurangkan kesan GST.

Kami cadangkan pengurangan satu peratus daripada cukai korporat dan cukai pendapatan setiap tahun untuk tempoh tiga hingga lima tahun lagi, pada masa yang sama dilaksanakan cukaibroad-based seperti GST," katanya.

KAH KAH KAH….

woit… TAK PAYAH LAAA NAK KAJI KAJI…. kah kah kah…

woit… SEMUA INI NAK TIPU MELAYU…. kah kah kah…

woit… BUAT LAH GST INI…. kah kah kah..

kah kah kah… ANAK MUDA SUDAH LAMA TUNGGU…. kah kah kah..

kah kah kah.... ANAK MUDA GIAN NAK TURUN KE JALAN RAYA... kah kah kah..

woit... NAK BERDEMO GASAK SAMPAI TERBURAI.... kah kah kah

PROJEK MENIPU MELAYU LAGI



NAJIB MAHU SIASATAN KES AMINULRASYID DIJALANKAN SECRA TERBUKA DAN TELUS
- minsider

Najib Razak mahu siasatan berhubung insiden remaja berusia 15 tahun Aminulrasyid Amzah, yang mati akibat terkena tembakan polis pada 26 April lepas, dijalankan secara terbuka dan amat telus.

“Kita tidak boleh bersikap mempertahankan diri kerana orang ramai mahukan jawapannya. Saya pasti polis akan memberi kerjasama penuh (dengan siasatan itu) bagi memuaskan hati keluarga mangsa, yang ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

KAH KAH KAH…

woit… KENAPA DENGAN AMINULRASYID…. kah kah kah..

woit… KENAPA PEMBUNUHAN ALTANTUYA…. SENYAP SAJE… kah kah kah..

woit… KENAPA KES BUNUH RAZAK BAGINDA …. HAKIM NEGARA TIDAK MERAYU…kah kah kah..

woit…. TAPI KES MAHASISWA TUNJUK PERSAAN HAKIM NEGARA MERAYU… kah kah kah..

woit... HAKIM MERAYU ... HINGGA MAHKAMAH TINGGI... NAK BUANG PELAJAR...kah kah kah..

woit... RAZAK BAGINDA BUNUH... KENAPA TIDAK MERAYU ULANG BICARA...kah kah kah..

woit…. JANGAN TIPU MELAYU… MELAYU DAH LAMA KENA TIPU…. kah kah kah