Jumaat, 5 Disember 2008

WANITA NAFI BERSUMPAH SOKONG RAFIDAH - MalaysiaKini



Seorang ketua Wanita Umno Johor menafikan mereka telah bersumpah dengan nama Allah untuk menyokong Tan Sri Rafidah Aziz mempertahankan jawatan ketua Wanita Umno.

Beliau juga menafikan dijanjikan wang tunai RM2,000 seorang setiap bulan sehingga Mac depan oleh Rafidah dalam satu pertemuan di rumah bekas menteri itu di Bukit Damansara semalam.

Para perwakilan Wanita di negeri itu juga didakwa akan menerima RM2,000 seorang setiap bulan demi memastikan sokongan kepada penyandang jawatan itu.


kah kah kah…. BERSUMPAH?.... kah kah kah…. INI IKUT PERANGAI SAIFUL… kah kah kah

kah kah kah….BERSUMPAH?......kah kah kah…INI IKUT MAT MONGOL ….kah kjah kah...

kah kah kah… semua nak rekrut tuhan…. semua nak gunakan agama…. kah kah kah…

kah kah kah…..semua nak tunjuk lebih putih dari putih…. lebih bersih dari bersih… lebih suci dari suci…kah kah kah …lebih breeze dari sabun breeze….kah kah kah….

…kalau nak rasuah…. ambiljelaaa duit tu… TAK PAYAHLAH REKRUT TUHAN….kah kah kah



PEKERJA KELAB GOLF ATANA KUANTAN BERPIKET – berita hairan



KUANTAN: Seramai 75 orang pekerja Kelab Golf Astana dan Country Club di sini yang disita awal pagi semalam kerana didakwa gagal menjelaskan tuntutan bayaran pinjaman berjumlah kira-kira RM30 juta berpiket bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan kelab itu.

Semua pekerja itu mengadakan piket di hadapan kelab berkenaan bagi mendapatkan penjelasan daripada pengurusan kelab berhubung status mereka dan memastikan terus kekal bekerja di situ.

Penyitaan kelab itu jam 1.30 pagi semalam oleh wakil Agro Bank, selepas memperoleh writ penyitaan mahkamah.

kah kah kah…. INI LAH PIKET PERTAMA SEBAGAI TANDA PERMULAAN ZAMAN MELESET…..kah kah kah…

kah kah kah… inilaha tanda bahawa ekonomi kita sedang merundum….. kah kah kah

inilah tanda tanda awal….pekerja kelab golf ini akan diingati sebagai PEMBUKA SEJARAH….pekerja yang hilang mata pencarian keluar berpiket untuk menafikan kenyataan: OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. OUR FUNDUMENTAL IS STRONG….. kah kah kah….



RM5B BUKAN UNTUK INDIVIDU – berita hairan



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan dana tambahan RM5 bilion yang diperoleh Valuecap Sdn Bhd (Valuecap), tidak akan digunakan untuk menyelamatkan individu yang mempunyai hubungan politik atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, sebagai sebuah syarikat, Valuecap diuruskan secara profesional dan beretika serta tiada sebarang campur tangan politik dalam keputusan pelaburannya.

"Saya ingin memberi jaminan khusus bahawa dana RM5 bilion itu disalurkan ke dalam pelaburan bernilai tinggi dan ia tidak akan digunakan untuk menyelamatkan sesiapa.

"Pihak yang sebelum ini melahirkan kerisauan kemungkinan dana tambahan itu akan disalahgunakan perlu menghentikannya kerana kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam soal integriti," katanya.

kah kah kah…. MEMANGLAH BUKAN UNTUK INDIVIDU…. ngook… kah kah kah..

memanglaaa duit 5bilion ringgit ini BUKAN UNTUK ZIANA ZAIN…..kah kah kah…

kah kah kah….5bilion ringgit ini UNTUK SYARIKAT…..UNTUK MENYELAMATKAN SYARIKAT …. ini betul… tak salah..kita tahu…

soalannya ….APA PASAL SYARIKAT INI GUNAKAN DUIT ORANG RAMAI?

soalannya ….APA PASAL DUIT ORANG RAMAI GUNAKAN UNTUK SYARIKAT?

kah kah kah …. MASA SYARIKAT INI BUAT UNTUNG TAK ADE PULA DIA BAGI DUIT UNTUK ORANG RAMAI….

kah kah kah….MASA SYARIKAT INI NAK BENGKRAP PANDAI PULAK AMBIL DUIT ORANG RAMAI….. kah kah kah….

ini yang orang ramai marah… kalau duit kepala hayah dia tak ada sapa nak komplin…. pegi mampuslaaa…

kah kah kah…janganlaa tipu melayu…. jangan bodohkan melayu…kah kah kah


KLIP VIDEO LINGGAM: JABATAN PEGUAM NEGARA ARAH BPR, POLIS SIASAT -mStar

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis menjalankan siasatan terhadap hasil laporan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video V.K Lingam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata BPR sudah menjalankan siasatan lanjut terhadap beberapa individu seperti disyorkan suruhanjaya itu daripada aspek kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Siasatan BPR tertumpu kepada dua perkara iaitu percutian Tun Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim Negara ketika itu) di New Zealand bersama V.K Lingam (peguam)dan perkara berhubung pelantikan hakim.


kah kah kah…. NAK SIASAT LAGI?.... berapa kali nak siasat… kah kah kah…

kah kah kah… banyak kes dah siasat…. sampai sekarang satu habuk pun taraak…kah kah kah…

kah kah kah… ingat tak dua minggu dulu kes UNGKA SAWAN terima duit…. satu habuk taraaaaaaaaak…. kah kah kah….

kah kah kah… ingat tak kes EUROCOPTER dan LAPORAN PAC ke parlimen….kah kah kah..

kah kah kah... cakap tiga hari akan beri laporan…. kah kah kah….

kah kah kah...sampai kecut dan layut…. satu habuk taraaaaaaaaaaaak…. kah kah kah…

woit … ini nak siasat lagi ?…. janganlaaa bodohkan melayu… cukuplaaa… hentikan… hentikan projek membodohkan melayu…. kah kah kah




RASUAH POLITIK WANG : EXCO NEGERI SEMBILAN DITUDUH KALI KEDUA - mStar



PETALING JAYA: Seorang Ahli Exco Negeri Sembilan didakwa terlibat kali kedua dalam isu politik wang pada pemilihan jawatan tertinggi bahagian itu, bulan lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dengan membuat laporan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR), berhubung pemberian sekeping cek RM1,000 yang dipercayai berkaitan amalan rasuah politik.

"Rasuah politik melibatkan exco berkenaan adalah kali kedua yang berjaya kita kesan, sebelum ini melibatkan seorang Ketua Puteri.

Semasa membuat laporan di pejabat BPR cawangan Seremban, Ishak turut mengemukakan salinan cek persendirian yang dikeluarkan exco berkenaan sebagai bukti sokongan.

kah kah kah…. SUDAH ADA DUA LAPORAN?..... kah kah kah….

kah kah kah…..satu habuk pun taraaaaak tindakan…. kah kah kah…. ini satu contoh lagi….. sampai berapa banyak laporan baru ada tindakan…. kah kah kah….

kah kah kah ....nak tunggu sampai bik mama turun jadi 170 kg ke ?…. kah kah kah

kah kah kah…. betul betul NATO = NO ACTION TALK ONLY…. kah kah kah



SIAPA JUAL TANAH MELAYU ?



PENDUDUK SERBU TAPAK PENGAMBILAN PASIR - melayau


BALING 4 Dis. - Sekumpulan penduduk dari dua kampung di sini bertindak menyerbu tapak pengambilan pasir di Sungai Ketil dekat Kampung Landak, Kupang dan menggesa kerja-kerja penyedutan pasir dihentikan kerana mereka bimbang berlakunya kejadian hakisan di perkampungan berdekatan.

Tindakan itu dilakukan oleh lebih 20 penduduk dari Kampung Landak Paya dan Kampung Padang China yang khuatir kerja-kerja pengambilan pasir akan menyebabkan berlakunya hakisan dan bimbang kampung tersebut akan 'lenyap'.

Malah menurut mereka, kerja-kerja pengambilan pasir di sungai berkenaan menyebabkan jambatan yang menjadi laluan penduduk hampir roboh manakala jalan di pinggir sungai berkenaan telah rosak.



PASIR DI LARANG EKSPOT - melayau


JOHOR BAHRU 4 Dis. Semua jenis pasir darat, laut dan sungai dari negeri ini tidak boleh dieksport termasuk ke Singapura, tegas Pemangku Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor, Obet Tawil.

TAK TAHAN DENGAR LETUPAN HARI HARI - melayau


KOTA TINGGI 4 Dis. Kira- kira 800 penduduk di Kampung Datuk Abdul Ghani Othman di Teluk Ramunia dekat sini berasa amat tertekan dengan aktiviti meletup batu di kuari dekat beberapa bukit berhampiran kampung mereka sejak sekian lama.

Penduduk mendakwa, aktiviti itu yang dijalankan tanpa pengawasan dan pemantauan pihak berkuasa menjejaskan kehidupan harian malah merosakkan harta benda mereka.


HENTIKAN PENGAMBILAN PASIR DI TELUK RAMUNIA - melayau


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kecewa pihak berkuasa kerana kurang memberi perhatian kepada aduan penduduk mengenai kegiatan perlombongan besar-besaran di Teluk Ramunia.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan destinasi pasir itu dihantar dan mengambil tindakan tegas jika didapati ia dieksport ke Singapura.


ADUN DAKWA TIDAK PERNAH TERIMA ADUAN - melayau

JOHOR BAHRU 4 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Surat, Datuk Harun Abdullah berkata, beliau tidak pernah menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah yang dihadapi ekoran kerja- kerja mengorek pasir di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu lebih dua penggal, tiada seorang pun penduduk Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman dan Sungai Rengit membuat aduan bahawa mereka menghadapi masalah ekoran kerja mengorek pasir itu.

"Tiada seorang pun pernah mengadu kepada saya, biarpun masalah kecil berhubung dengan kerja-kerja mengorek bukit bagi mendapatkan batu granit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

kah kah kah…. INI BETUL BETUL JUAL TANAH MELAYU…. kah kah kah…

kah kah kah…. syarikat kroni mana yang jual tanah melayu ini… kah kah kah…

kah kah kah…. INI DIA KETUANAN MELAYU YANG JUAL TANAH MELAYAU…. kah kah kah….

kah kah kah…. penduduk dengar bisisng tiap hari…. munkee adun ni TAK ADA DENGAR APA APA…. kah kah kah…. cuba pergi siasat…. sapa ada saham jual tanah melayu ini….. kah kah kah….

kah kah kah… BERAPA MANYAK SUDAH MASYUUUUK…. kah kah kah… sampai tak terdengar letupan tnt…. kah kah kah