.

Khamis, 7 Mei 2015

KEMENANGAN BERMAKNA




Dr WAn Azizah
akan menjadi
ketua pembangkang
dalam sesi parlimen baru
tahniah!


NOTA
berita ini
disediakan pada
jam 7.01 petang
sebelum keputusan diterima
ini kerana gwa kena
buat kah kah kah
jam 8 malam ini

-----------

SEMUA BUDAYA LAWAN






PERMATANG PAUH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap segelintir penyokong dan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding pada PRK Parlimen Permatang Pauh yang bertindak agresif...

KAH KAH KAH

woit
dulu yang mulia TUN
kata demo bukan budaya kita
hari ini tun kata kalau
pemerentah zalim 
boleh hambat dengan demo
kah kah kah
SPR kata boo bukan budaya
kah kah kah
booo toooooh lah
jangan nak tipu
KAH KAH KAH



-----------

MAK CIK FELDA DITIPU LAGI




 KOMENTAR
negara kekurang duit
hutang makin bertambang
dari bukit kini mengunung

maka duit KWSP
mkak duit pencen'
maka duit TABUNG HAJI
dirembat untuk bayar hutang

penafian ini tidak ada makna
ini sudah jadi rahsia umum



Pengerusi nafi TH beli tanah mahal 1MDB

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan bahawa lembaga itu membeli tanah daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan harga yang melampau tinggi.

“Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin,” katanya di Twitter, bagi menjawab pertanyaan yang diajukan mengenai dakwaan tersebut.

Ia merujuk kepada tulisan satu blog bertarikh 5 Mei yang mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Blog tersebut mendakwa, salah satu daripadanya dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi), dan satu lagi, RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi).



KAH KAH KAH

woit
habis duit mak cik felda
duit menabung  ke mekah
duit mekah kena rembat
bayar utang najib rosmah
kah kah kah

KENA TIPU LAGI



------------

AWAS - JAGA RANCDANGAN JAHAT




JAGA JAGA LAMPU PADAM
tolong bawa torchlight spotlight arrie 2500k. takut2 nanti ada blackout. perhatikan fuse box, takut2 ada orang bawa lari fuse. perhatikan helikopter yg berlegar2, takut ada tong2 undi terjatuh. perhatikan petugas2 spr, takut2 ada bawa lari tong undi naik honda city. perhatikan pengiraan, takut 15 kertas undi pkr di staple dan dikira 10. dan undi bn 7 distaple dan dikira 10. 

perhatikan orang yang dekat dengan petugas, takut dihulurkan kertas undi hantu sebundle. ingat pengalaman dulu. mungkin ada petugas2 spr yang terlibat mengurus dan mengira undi telah dibeli dirasuah oleh bn. on SEMUA SELESAI - TUNGGU KEPUTUSAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 7:15 PM





-----------------

SEMUA SELESAI - TUNGGU KEPUTUSAN





UNDI TAMAT

P44 Permatang Pauh
undi selesai
kereta  motosikal
pemboceng pejalan kaki
berduyun duyun
menuju ITBN berapit
tempat mengira undi




---------------

BERITA BERGAMBAR P44




GUMBIRA

rioh gumbira
di kubang semang
tanpa
 gangguan geromboloan
Add caption

HANGAT

depan sekolah kebangsaan gaur
fru datang leraikan






---------------

AWAS ! SPR SEDANG MENYUSUN






KOMENTAR

adakah ini KEJUTAN
yang diumumkan
oleh zahid hamidi

awas!
spr sedang mengatur

Pengundi hantu didakwa mengundi di Permatang Pauh


Seorang pengundi berusia 70 tahun, mendakwa diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol walaupun tidak diberikan kertas mengundi kerana namanya dicatatkan sebagai sudah mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh hari ini.
Tan Soo Eng mendakwa diarahkan berbuat demikian ketika hadir ke pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jit Sin A & B di Jalan Berapit.
"Ini kali pertama namanya digunakan oleh orang lain untuk mengundi.
"Beliau tidak diberikan kertas undi tetapi diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol dakwat kekal," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang bercakap bagi pihak Tan.
Cheah berkata, Tan yang menetap di Kampung Baru Bukit Mertajam sudah mengundi sejak berusia 30 tahun dan insiden ini pertama kali berlaku kepada pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu.
Sementara itu, seorang pengundi warga emas berusia 61 tahun terperanjat apabila mengetahui namanya sudah digunakan untuk mengundi.
Faridah Zakaria, 61 tahun, cuba mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Liat kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Namun, beliau dimaklumkan namanya sudah dicatatkan sebagai sudah mengundi oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu menyerahkan kad pengenalannya.
"Saya terkejut sebab selama ini tidak pernah ada masalah.
"Mereka kata mereka akan siasat tapi mereka tidak boleh bagi saya mengundi," katanya kepada The Malaysian Insider.
Faridah kini menunggu kehadiran peguam untuk menemaninya ke sekolah itu untuk cuba membuang undi. – 7 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-pertama-pengundi-hantu-di-smk-tanah-liat-permatang-pauh#sthash.BsW3b89h.dpuf




--------------

P44 PERMATANG PAUH





KECOH
kecoh kecoh kecoh
di Sekolah Kebangsaan Tok Kandu
penyokong gerombolan bawa banner provokasi
berlaku pertelingkahan
botol batu kayu mula berterbangan
sam gemok dan nurul izzah sampai


MENGKUANG GUAR PERAHU
menejelang tengah hari
penyokog pakatan tenang
petugas masih tegoh  bersemangat
manakala petugas
gerombolam semakin kendur dan kurang















------------

PEMATANG PAUH HANGAT






PANAS  HOTT







depan sekolah menengah guar perahu
ada gaduh
fru datang - selesaikan

6 trak fru sedang 
menuju tanah liat

zohor masuk
semua penyokong pakatan
diingatkan wasapa
gerombolan sedang merancang
semua diminta bertenang
dan berwaspada



--------------

BERITA GUMBIRA





BERITA  GUMBIRA


seorang pak cik yang berumur
sedang beratur untuk mengundi
di sekolah kebangsaan penanti 

tetiba pak cik ini
mengeluarkan kad keahlian
united malay national organistion
dia menayangkan pada orang ramai


dengan kuat pak cik ini
melaungkan:
' pak cik dah keluar umno'

ini diambut oleh penyokong
yang bersorak sorai
menyambut laungan dan melaungkan:

'pak cik keluar umno
pak cik keluar umno...'







----------------

DUIT TABUNG HAJI DIREMBAT






TABUNG HAJI BUKAN TABUNG 
PENYELAMAT 1MDB: DS NAJIB DAN LEMBAGA TABUNG HAJI WAJIB NAFIKAN

Dokumen penglibatan Tabung Haji seolah sebagai tabung penyelamat 1MDB telah beredar di media sosial. Inti pati dokumen dapat difahami bagi menyelamatkan 1MDB dengan membeli 2 plot tanah di Tun Razak Exchange pada harga RM772 juta menggunakan dana pendeposit. 

Dokumen juga memaparkan Tabung Haji perlu membayar RM2,860 per square feet (RM194juta) bagi plot tanah pertama dimana kelulusan Menteri dalam masa kurang 2 minggu dan wang pembelian harus di bayar kepada 1MDB secara penuh pada masa SnP dimeterai.

Satu amalan yg ganjil.

Mengapa Tabung Haji perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah Kerajaan dengan wang pendeposit Tabung Haji?

Pada awalnya 1MDB hanya mendapat Plot 1 dengan harga RM 4 juta daripada Kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB. 

Untuk Plot 2, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.

Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri? Apakah pendeposit Tabung Haji bakal menjadi mangsa 1MDB dalam pelaburan berisko tinggi ini. 
DS Najib selaku Pengerusi Lembaga 1MDB dan Lembaga Tabung Haji wajib tampil menjelaskan perkara ini.

Sebagaimana yang saya cadangkan sebelum ini, ini masa yang sesuai untuk ditubuhkan Ombudsman bagi mengelak hal seperti ini berulang pada sebarang masa.

Husam Musa
7/5/2015




---------------

MALAM INI KAH KAH KAH





KAH KAH KAH

malam ini jam 9:00
di pj live arts
jaya one
seksyen 17

PETALING JAYA




--------------

LELAKI KURANG SIUMAN HILANG





HILANG

LELAKI KURANG SIUMAN
DILAPOR HILANG


LELAKI KURANG SIUMAN
Kaum keluarga lelaki yg kurang siuman berharap sekiranya sesiapa brjumpa sikurang siuman ini tolong serahkan kat penternak babi. Keluarga lelaki telah memaklumkan silelaki tersebut mengidap sawan babi sejak kecil lagi. on LELALAKI POINTER HILANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/6/15

Sarcasm..... Kah kah kah on LELALAKI POINTER HILANG
Anonymous
on 5/6/15



------------

TEKINI PERMATANG PAUH



PERMATANG RAWA

semakin parah - puak gertombolan buat kacau
tapi tidak jelas dari arah mana

AMK diminta datang rayu undi 
di  SMK GUAR PERAHU
gerombolan makin agresif
mereka jaga pintu masuk mengundi
sila mai buat ramai


-----------

DARI PERMATANG PAUH


SETAKAT JAM 10 PAGI

16324 ( 22.91%) 
dari 71252  telah mengundi

------------

TIDAK SEMUA SOKONG HADI




KOMENTAR

jika hadi dilawan
walau pun hadi menang
maknanya TIDAK semua
ahli pas sokong hadi

malah pada ketika ini
ada nama nama lain
dalam pencalonan juga
memberi makna bahawa
hadi TIDAK disokong
oleh semua ahli dan bahagian

ini politik
dalam politik persepsi penting
persepsinya hadi tempang






Ahmad Awang tunggu surat rasmi 

sebelum setuju cabar Hadi

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang berkata beliau akan hanya menyatakan pendiriannya bertanding jawatan presiden parti pada muktamar bulan depan selepas menerima surat rasmi pencalonannya, lapor Sinar Harian.
Ahmad berkata beliau mahu terlebih dulu memastikan calon yang akan bertanding dalam jawatan itu, yang kini disandang Abdul Hadi Awang.
"Kita tunggu dan lihat dulu. Sekarang saya masih tidak boleh kata sama ada sedia atau tidak untuk bertanding. Saya hendak tunggu dapat surat rasmi dulu
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-awang-tunggu-surat-rasmi-sebelum-setuju-cabar-hadi#sthash.iZmNn0RG.dpuf




-----------

LIDAH PENGARANG










DARI LIDAH PENGARANG
warga dan pengundi P44-pematang pauh
sedang beratur membuang undi
ramai dalam perjalan pulang dari luar
pulau pinang diistiharkan cuti
untuk membolehkan  warga P44
mengundi dengan  selesa

apa makna dan tanda P44 ini?

calon pakatan rakyat ialah dr wan azizah
calon ini dipilih dengan tujuan
untuk mengingatkan warga melaysia
untuk mengingatan warga dunia bahawa
kerusi P44 ini adalah 
kerusi anwar ibrahim
anwar ibrahim sedang dipenjara

boleh kah pilihan raya kecil ini dipercayai?
di malaysia ini kalau mengundi
boleh mengubah apa apa
mengundi akan diharamkam
hukum ini jelas

kurang yakin dengan kenyataan ini?
ini hujahnya:
P44 permatang pauh kosong
lebih awal dari P0.91 rompin
tetapi yang mengudi dahulu ialah rompin

kenapa rompin mengundi awal?
kenapa ini  dilakukan?

harus diyakini bahawa SPR
hanyalah alat mengula gula pengundi
alat daulah untuk memastikan
parti ketuanan melayu terus menang

justeru prk di P44 dan P0.91 rompin
dirancang dan diatur dengan licik

dalam strateji SPR
didahulukan rompin dengan niat
kemenangan rompin akan
memberi tempias kepada permatang pauh
spr merancang demikian 
kerana rompin kubu kuat
united malays national organisation
ini kawasan P0.91 pasti menang

tarikh mengundi di permatang pauh
sengaja dilakukan pada hari bekerja
KHAMIS 7 mei sengaja dipilih
kerana tarikh ini sesudah cuti panjang

SPR berstrateji
sesudah cuti panjang ini
pasti akan MENGURANGKAN pengundi luar
dari pulang mengundi
ini niat dan strateji jahat SPR

jika kurang majoriti 
saperti prk di TELOK INTAN
maka dengan licik dan senang
penipuan akan berjalan

hari bekerja sengaja dipilih
untuk memastikan pengundi akan
tidak selesa dan pengundi berkurangan

hari khamis sengaja dipilih
hari tengah-tengah minggu
untuk menyusahkan pengundi luar pulang
besar kemungkinan syarikat
atau boss tempat kerja 
TIDAK benarkan cuti
terutama sesudah cuti
1 Mei dan hari VESAK

jelas
semua dirancang untuk memastikan
permatang pauh akan dirampas kembali
oleh parti ketuanan melayu

jika P44 dirampas kembali:

1 - PKR menghadapi krisis
2 - PAKATAN goncang
3 - kempen mahathir terajang najib gagal
4 - rancangan ku li sikir  najib gagal
5 - kempen GST gagal
6 - najib kukuh

jika P44 dimenangi pakatan

1 - wujud Ketua Pembangkang baru
2 - anwar ibrahim tidak dilupakan
3 - kempen jahat gulungan hadi gagal
4 - PAKATAN bertambah kompak
5 - peranan PASMA teruji
6 - gerakan mahathir singkir najib diteruskn
7 - ku li membuat langkah
8 - muhyiddin dan zahid membuat langkah
9 - hari hari akhir najib rosmah makin dekat



---------

ANAK NAK BERANCUK




KOMENTAR
pegawai yang  yang beri kenyatan
kalau pun nak bodek
buatlah betul betul
jangan sampai najib rosmah terhina

kalau semua dibayar oleh 
pihak pengantin lelaki
nampak sangat bayaran
untuk berancuk
bukan kenduri berkahwin


'Adat kahwin mana satu, Bugis atau Minang?'

Tokoh wartawan  A Kadir Jasin membangkitkan soal adat mana yang digunakan keluarga perdana menteri apabila keluarga pengantin lelakinya menanggung kos kenduri kedua-dua belah pihak.

“Mohon maaflah kalau saya keliru adat Melayu mana yang keluarga perdana menteri guna sehingga pengantin lelaki tanggung kos kenduri di kedua-dua belah pihak.

“Adat Melayu Bugiskah? Adat Melayu Minangkah? Atau adat orang Kazakh yang telah dibugis dan diminangkabaukan? ” soalnya.



KAH KAH KAH

woit
ini bukan adat melayu
bukan adat bugis
bukan adat minang
ini adat kaki kapor
anak ank berancuk
pakai duit kerajaan
nak enjoy luar negara
jual anak kena ancuk
mana ada kelas

APA PUNYA CEKAI





----------------

PENYOKONG HADI KENA HALAU






FACE BOOK


PENDUDUK KG KUBANG SEMANG HALAU PROVOKASI PENYOKONG HAJI HADI BUAT ONAR DALAM PERMATANG PAUH - Oleh Zulaikha Zulkifli
Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "Pro-Ulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh. Kira-kira jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya berkumpul di simpang tiga berhampiran stesen Petron Kampung Kubang Semang.
Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".
Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.
Kemudian seorang lelaki menjerit ke arah kumpulan itu dengan berkata: "Jangan buat kacau di kampung kami. Hangpa (kamu) semua bukan pengundi di kawasan ini.” Selepas itu, berlaku tolak-menolak apabila lelaki tersebut cuba untuk merampas sepanduk kumpulan terbabit.
Keadaan bertambah kecoh apabila sekumpulan penduduk kampung yang berada di kedai makan di seberang jalan turut mengerumuni kumpulan tersebut dan menghalau mereka. Salah seorang lelaki tersebut kemudian mengambil pembesar suara daripada Azmi sebelum membalingnya ke lantai. Azmi kemudian meminta kumpulannya berundur dan pergi ke tempat lain selepas melihat penduduk kampung semakin berang dengan kehadiran mereka. - 6 Mei 2015







---------------