Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 30 Januari 2009

KUGAN MAKA KAMU DIMATIKAN LAH


Kugan maka kamu pun dimatikanlah
Lalu kamu di kebumikan

Kita tidak pernah berjumpa
Tidak ada apa yang mempertemukan kita
Aku juga tidak tahu di mana rumah kamu
Siapa ibu kamu
Dimana sekolah kamu
Apakah kamu telah bertunang

Aku hanya melihat tangisan tangisan di muka-muka akhbar
Merekalah yang menangis
Tangisan yang menjerat hati aku
Panas lah air mata di pipi
Panas lagi kulit yang dilalui

Kereta kuning yang membawa kamu ke perkuburan
Dengan pokok pisang dan mayang kelapa
2000 orang menghantar kamu
Kau sendiri pun tidak tahu
Mata-mata dan mata di sana sini
Mengalirlah si air mata itu

Pedro maka kamu pun dimatikanlah
Lalu kamu di bawa ke gereja
Maka kamu pun di sembahyangkan
Semuanya kelihatan hitam

Aku hanya melihat wajah kamu didalam youtube
Bogota kota kamu tidak pernah aku jejaki
Aku tidak tahu kenapa muda kamu terputus cepat sekali
Maka menagislah kawan-kawan kamu di lorong-lorong favella
Semalam mereka berlabon tentang kamu
Ketika mayat kamu di gereja
Lilin lilin itu terbakar
Datanglah hendaknya mariam yang air matanya mengalir
Melihat kaki Isa berdarah terpaku


Blako aku baca berita kamu dimatikan tergantung
Dalam bilik bilik sempit di kota perth
Dinding dinding sempit ini menyesakkan nafas kamu
Dunia kamu tidak lagi seluas gunung jarra
Mata kamu tidak memandang seluas padang nallabor yang panas
Tidak ada suara kokobara
Sahutan dingo hanya tinggal dalam ingatan
Maka kamu pun dimatikanlah

Al-Walid
Pagi itu berita sampai di laman web
Ketika itu aku baru sahaja selesai minum kopi
Telah enam minggu kamu hilang
Ibu mu ke hulu ke hilir
Seribu kali ibu mu bertanyakan pada si badwi penungang kaldai
Seribu kali ibu mu berdoa dari masjid ke masjid

Di pandang pasir mana kamu menghilang
Di negev atau di hebron
Tidak mungkin kamu tenggelam di laut mati

Pagi itu sesudah aku minum kopi
Maka mayat kamu yang telah dimatikankan pun sampailah

Ya Walid
Apakah tangan kamu di ikat
Dan dada kamu di curahi air panas

Ya ali ya hussein ya hassan
Ya isa ya krishna ya mariam
Yahwe om segala om
Jauhilah nakba dari kami

Dari sentul ke brickfeild
Dari negev ke hebron
Dari nallabor ke bagota
Daging daging yang tidak bernyawa
Paru paru yang tidak berudara

Kugan maka kamu pun dimatikanlah
Kugan maka gambar kamu pun dilihatlah
Kugan kita tidak pernah berkenal sapa
Kugan nakba kamu adalah nakba kita semua

Kugan kamu pun selamatlah di kebumikan
Kugan ketahuilah apabila kamu dimatikan
Jasad kamu di perut bumi sedang meruntuh nakba dunia




DEMO SABTU DI SOGO - JALAN TAR - 3.00 PETANG


PELANCARAN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP) - SABTU 31 JAN 09 / 3PM / SOGO




Bersempena dengan program khas Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang akan berlangsung pada hari Sabtu 31 Januari 2009, pada jam 3.00 petang bertempat di Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semua rakyat digesa hadir menyokong para tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat agar menyampaikan bantahan kepada kerajaan BN.

Perhimpunan ini bakal menyaksikan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa yang mewakili institusi bahasa, akademik, profesional serta parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR Tian Chua.




MARAH NYAMUK , KENAPA KELAMBU DIBAKAR - mStar



KUALA LUMPUR: Wanita Umno tidak bersetuju terhadap cadangan supaya pergerakan itu serta Pemuda dan Puteri dan juga Biro Putera Umno dibubarkan dengan alasan bagi membanteras amalan politik wang.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kewujudan sayap parti tidak harus dikaitkan dengan amalan politik wang, kerana mereka yang terbabit adakalanya bukan dalam kalangan anggota sayap parti Umno.

"Marah nyamuk (kenapa) kelambu harus dibakar... hanya segelintir anggota Umno terlibat dalam gejala politik wang, jadi mengapa 'kelambu' yang berusia lebih 50 tahun menjadi tong
gak kekuatan Umno mahu dibakar?" katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


kah kah kah…. KENAPA KELAMBU DI BAKAR ? .. kah kah kah…

woit… jangan buat-buat tak tahu…. kah kah kah…dah jadi kelambu cina…. kah kah kah…

woit… MUNKEE NI KENCING ATAS TILAM….. kah kah kah….

kah kah kah... munkeee ni tak sedar air lior basi meleleh atas bantal... kah kah kah

kah kah kah….HAPRAK BAU TILAM …. ITU PASAL KENA BAKAR KELAMBU…. KENA BAKAR KATIL...kah kah kah... KENA BAKAR RUMAH.... kah kah kah





PEMUDA, PUTERA DEMO DI MENARA DATO ONN, MT BERMESYUARAT – berita hairan



KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno mula bermesyuarat dengan sekumpulan ahli Pergerakan Pemuda dan Putera mengadakan 'demonstrasi' membantah syor agar kesemua sayap parti itu dibubarkan bagi mengatasi masalah gejala politik wang.

Kira-kira 50 orang berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Disiplin Disiplin sudah nyanyuk, jangan halang hak parti".

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir kira-kira pukul 8.40 malam untuk mempengerusikan mesyuarat.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat MT beliau melancarkan sistem pendaftaran keahlian Umno atas talian di lobi Menara Dato Onn.



kah kah kah…. DEMONSTRASI BUKAN BUDAYA KITA ?.... kah kah kah….

kah kah kah….DEMONSTRASI BUDAYA BARAT?...... kah kah kah…

woit…. DULU SIAPA CAKAP MACAM INI ?.... kah kah kah

kah kah kah…. SEKARANG SUDAH PANDAI BERDEMO . kah kah kah…ini sudah cun... kah kah kah

woit…. macam ini lah…. KALAU TAK BERSETUJU TURUN TUNJUK PERASAAN. kah kah kah…



AJK UMNO : SAYA DIPAKSA BOGEL DEPAN PEGAWAI SPRM – MalaysiaKini



Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.


kah kah kah…. kesian… kesian….apa sudah jadi… kah kah kah

kah kah kah… DIPUKUL SEPANJANG EMPAT HARI ?.... kah kah kah…

woit… NASIB BAIK TAK ADA PENYAKIT ASMA… KALAU TIDAK … kah kah kah…



SPRM DI DAKWA KASAR KETIKA SIASAT KES RASUAH POLITIK
– berita hairan


KUALA LUMPUR: Sekumpulan kira-kira 50 ahli Umno berkumpul di pintu masuk Menara Dato Onn malam ini bagi membantah kekasaran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan siasatan berhubung kes rasuah politik dalam parti.

Kumpulan itu mendakwa SPRM bertidak kasar ketika menjalankan siasatan terhadap ahli Umno yang dikatakan terbabit dengan politik wang.

Jurucakapnya, Zuraidi Abdul Rahim, berkata mereka mempunyai bukti ada pegawai SPRM membelasah ahli Umno yang disoal siasat dan sudah menyerahkan memorandum kepada Majlis Tertinggi (MT).


woit … apa sudah jadi…. sprm ni opis kat mana?..... kat brickfeild ke… kah kah kah..

woit…. kalau opis kat brickfeild mesti jaga-jaga …. nanti kena asma…. kah kah kah




UMNO PERLU PERUBAHAN DRASTIK – MUHYIDIN - bernama


KUANTAN, 29 Jan - Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno memerlukan perubahan drastik dan segera dalam usaha mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

Muhyiddin berkata imej Umno bukanlah seburuk seperti yang digambarkan ketika ini sebaliknya perjuangan parti itu sebenarnya masih berlandaskan perjuangan membela nasib bangsa, agama dan negara.

"Mungkin kerana penyebaran dalam media begitu rupa, berita baik tidak dikeluarkan. Umno sebenarnya masih cergas membantu masyarakat, (tapi) itu tidak diberi pengiktirafan, cerita tidak elok diperbesarkan.

"Saya tidak kata kita tidak ada kelemahan, memang ada ahli yang menjejaskan parti seperti terbabit rasuah politik, tapi gambaran keseluruhannya tidaklah sebegitu. Jadi persepsi pemikiran rakyat terhadap Umno perlu diperbetulkan," katanya.



kah kah kah… PERUBAHAN DRASTIK ?.... kah kah kah…

woit ….. YANG DRASTIK IALAH MAT SEMBAB LAWAN MAT MONGOL…. kah kah kah…

kah kah kah…. INI YANG RAKYAT SEDANG TUNGGU TUNGGU…. BARU PERTARONGAN HEBAT….. kah kah kah..

woit… SATU LAGI YANG DRASTIK… kah kah kah… BUBARKAN SAJE GEROMBOLAN….kah kah kah…

woit…. MAT SEMBAB… POLITIK MEMANG PERSEPSI…. kah kah kah…. NGOOK sangat tak faham….kah kah kah…

woit… tak kan nak salahkan media buat laporan……. media ini siapa punya…. kah kah kah..