.

Jumaat, 25 Oktober 2013

KRONI SIAPA INI?






Dedah syarikat keselamatan pengawal bunuh pegawai bank

Harakahdaily25 Okt 2013
KUALA LUMPUR:Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, kelmarin


KRONI SIAPA INI?
NAMPAKNYA SAHIH TT ni Pemilik Syarikat Keselamatan Wanita Umno..Rujuk link dibawah Suspek IC Palsu Sabah....ada tulis Tawau.. ada kena mengena dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram Ke....pasai hadir dalam AGM UMNO sblm Insiden Lahad Datu ????? anf KENAPA lesen Syarikat di BATALKAN tetiba supaya sisiatan tak leh dibuat !!!?????

 http://suarainsan.net/ini-pemilik-syarikat-keselamatan-yang-terlibat-dalam-kes-tembak-pegawai-bank/ http://suarainsan.net/rahsia-sebenar-di-sebalik-tragedi-pegawai-bank-di-tembak-terus-tersebar/ http://securiforce.com.my/portal/index.php/profile-of-datuk-maznah-hamid/datuk-dr-maznah-hamid on MASIH ADA LAGI YANG TAK SEDAR?
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 10/25/13

---------

KES BUNUH SEMAKIN JELAS






Dedah syarikat keselamatan pengawal bunuh pegawai bank
Harakahdaily25 Okt 2013
KUALA LUMPUR:Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang



Rahsia Sebenar Di Sebalik Tragedi Pegawai Bank Di Tembak Terus Tersebar

Kini telah mepks1njadi perbualan secara terbuka dimana-mana saja bahawa pengawal keselamatan yang menembak mati seorang wanita Pegawai Bank AmBank di USJ Sentral, semalam dan melarikan sejumlah wang bekerja dengan syarikat yang dimiliki oleh seorang exco wanita UMNO Malaysia.
Securiforce Sdn Bhd … Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid. Jika kisah ini benar maka perlu pihak berwajib dan berkuasa yang mengeluarkan lesen dan permit syarikat keselamatan yang membolehlah para pengawalnya membawa dan menggunakan senjata api memberikan penjelasan sebab di percayai juga pengawal keselamatan berkenaan memiliki MyKad Palsu.
Rakyat ingin tahu akan kebenaran sehingga ke akar umbi tanpa ada sebarang percubaan untuk melindungi.

http://suarainsan.net/rahsia-sebenar-di-sebalik-tragedi-pegawai-bank-di-tembak-terus-tersebar/

Ini Pemilik Syarikat Keselamatan Yang Terlibat Dalam Kes Tembak Pegawai Bank

Gua masih lagi menunggu aper komen Maznah Hamid selaku pemilik Securiforce Sdn Bhd atas kejadian rompak dan bunuh yang berlaku di Ambank USJ semalam.
Menarik perhatian gua, dikhabarkan bahawa kad pengenalan suspek (pengawal keselamatan tersebut) adalah palsu dan tiada dalam rekod JPN.
Persoalannya sekarang ini ialah bagaimana seseorang pekerja kawalan keselamatan boleh terlepas dari tapisan keselamatan tambah lagi yang berkaitan dengan penggunaan senjata api.

--------

GERAKAN PANG LI TAI KAM



GERAKAN PANG LI TAI KAM

DARI FACE BOOK
BANTUAN SEGERA!!
Ada sesapa ada contact no Laksamana2 Bentan dibawah nih?

Khidmat mereka diperlukan untuk ke rumah Kamalanathan!!

"Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan menegaskan bahawa sekolah tidak dibenarkan menjalankan ibadah penyembelihan korban seperti yang dijalankan di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini" - malaysiakin


AHLI AHLI PANG LI TAI KAM
APA ITU 
GERAKAN PANG LI TAI KAM

1 - kain sutera tenunan siam
2 - rantai buatan china
3 - lecana buatan kedai china di san peng
4 - capal masjid india dari madras

TAPI APA DIA 
GERAKAN PANG LI TAI KAM
kah kah kah
kah kah
kah
SILA TEKA


--------

MASIH ADA LAGI YANG TAK SEDAR?




ORANG JAHAT

HANCUR NEGARA
KERANA 
ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY


 KOMENTAR TUKAR TIUB
selain dari mengundi berkali kali
pengenalan palsu juga
di gunakan untuk menipu
merompak
membunuh

ada  lagi sesiapa yang macam anak dara
yang tak tahu apa itu jantan
yang tak tahu apa itu kad pengenlaan palsu?

KERJA ANAK LELAKI KUTTY

Dedah syarikat keselamatan pengawal bunuh pegawai bank

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, kelmarin.

“Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Kedua, bagaimana penjenayah ini dapat diterima kerja dengan IC palsu? 

Apakah syarikat keselamatan berkenaan tidak tahu menyemak maklumat pekerja yang digajinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara? 

Bagaimana bayaran gaji dan KWSP dibuat? Apakah penjenayah itu mempunyai akaun KWSP?

Ketiga, yang paling membimbangkan ialah orang yang memiliki IC palsu ini diberikan kuasa dan kebenaran untuk memegang senjata api. Ini satu kejutan bagi rakyat Malaysia tatkala kejadian menembak masih menjadi-jadi.

Apakah rasional KDN untuk merahsiakan nama syarikat terbabit yang kini jelas menjadi satu ancaman kepada keselamatan rakyat kerana kecuaiannya?

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... HANYA SATU PERTANYAAN .... kah kah kah..

kah kah kah..ADAKAH INI SYARIKAT KRONI?... kah kah kah

INI KERJA ANAK LELAKI KUTTY

--------

HARI AKHIR TELAH SAMPAI



RAKYAT DUNIA 
BANGUN MELAWAN 

KOMENTAR TUKAR TIUB
bunyi berita ini ganjil
berita ini pelik

tapi inilah hakikat yang sedang berlaku
ini berita benar

inilah tanda tanda 
bahawa kuasa imperial amerika
sedang menuju runtuh

satelah lebih dari 200 tahuan
maka empire of  america merundum jatuh

bayangkan raja saudi telah berani menentang amerika
raja saudi ini di bantu
di sokong
di persenjatai
di jaga oleh kuasa imperial amerika
kini telah berani bersuara
ini ertinya amerika telah lemah

tapi waspada
amerika masih lagi
memiliki bala tentera  yang terkuat dalam sejarah alam
waspada!
tidak semudah itu sebuah empire
akan melupuskan kuasa

BACA SEKALI LAGI


Riyadh beri amaran kepada AS

Riyadh beri amaran kepada AS

(2) Komen
Doha: Hubungan Amerika Syarikat dan Arab Saudi berisiko menjadi tegang berikutan kekecewaan Riyadh dengan dasar luar Presiden Barack Obama terhadap Iran dan Syria....

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... MAT LANGAU DAH BERANI LAWAN TOWKAY... kah kah kah

----------

PENGUMUMAN DARI DAPUR JALANAN







TERIMA KASEH PADA PENDERMA
dapur jalanan telah menerima  banyak sumbangan
dari hamba hamba allah yang baik hati

ramai hamba allah
yang tidak diketahui
yang nama pun tak tahu siapa
mereka hanya memasukan duit
 ke akoun


dapur jalanan spkl collective
ke bank cimb
14-79-00-00-917-05-1
kepada mereka kami pantunkan
ada upeh ada ragi
kalau boleh nak lagi
kah kah kah

PENGUMUMAN
ahad ini sesiapa yang ingin memasak
sesiapa yang ingin membantu
sesiapa yang ingin bersama
sila pukul talipon dahulu
012-664-88-73
kami memasak  jam 3 petang
 di kelab bangsar utama
dapur jalanan
akan berada di jalan panggung
jam 6:00 petang
depan pejabat pos pertama di malaysia

JALAN PANGGUNG

----------

YAM AMPOOON YAN MAULANA



PEKAN 24 Okt. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang berselindung di sebalik nama kebebasan hak asasi manusia...




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... KEDAH LAWAN KELANTAN NANTI SIAPA MENANG?... kah  kah kah..

kah kah kah...NEED I TO LAUGH MORE  YANG ARIFF?... kah kah kah..

woit...KAH KAH KAH... kah kah kah.

kah kah kah...I  REST MY CASE YANG ARIFF.... kah kah kah

-----------

ISA DI TERUSKAN LAGI




KENYATAAN MEDIA : 24 OKTOBER 2013

DEMI KEADILAN HARI INI DAN MASA DEPAN,
AYUH KITA TOLAK POCA 2013.  

Prevention of Crime Act (Amendment and Extension) 2013 atau POCA 2013 telah diluluskan oleh Parlimen pada 2 oktober lalu. 133 ahli parlimen Barisan Nasional bersetuju dengan pindaan tersebut berbanding 66 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju.

Dengan lulusnya pindaan terbaru ini, maka kita akan menyaksikan akan ada rakyat Malaysia yang ditangkap tanpa waran dan tanpa bukti. Individu tersebut akan direman sehingga 39 hari untuk disiasat tanpa dibenarkan bertemu peguam. Selepas 39 hari, individu itu boleh dikenakan perintah tahanan lanjutan selama dua tahun, kononnya untuk mencegah individu berkenaan daripada melakukan jenayah.

Tangkap tanpa waran, kurung tanpa bicara, bukankah ini persis seperti ISA?. Maka Menteri dan Kerajaan Malaysia tidak perlu menafikan jika rakyat melabelkan POCA 2013 sebagai ISA 2.0

HILANG HAK MEMBELA DIRI DI MAHKAMAH

Persoalannya, bermula daripada ditangkap sehinggalah dikenakan tahanan 2 tahun, seseorang itu tidak langsung diberi peluang untuk membela diri di mahkamah. Tanpa dibuktikan bersalah, sesorang itu terus dihukum tanpa dibicarakan. Bagaimana jika orang yang ditahan itu benar-benar tidak melakukan kesalahan yang dituduh keatasnya? Dimana ruang untuk orang tersebut membela diri? Apakah wajar seseorang itu dihukum hanya berdasarkan siasatan sebelah pihak iaitu pihak Polis, sedangkan orang yang dituduh dinafikan hak untuk membela diri di Mahkamah.

Kita perlu faham bahawa setiap rakyat memiliki hak untuk dibicarakan di Mahkamah sekiranya dituduh bagi suatu kesalahan. Hak ini termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.  Hak ini juga diperuntukkan secara esklusif dalam banyak dokumen Hak Asasi Antarabangsa seperti Perkara 10 Universal Declaration of Human Rights dan Perkara 11 International Covenant on Civil and Political Rights.

Bahkan dalam Islam juga terdapat kaedah Fiqh iaitu Al Aslu Bara Atu Az Zimmah yang bermaksud seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh hakim di Mahkamah. Kaedah ini bertepatan dengan prinsip asas undang-undang iaitu ”Innocent Untill Proven Guilty” yang menjadi teras kepada sistem keadilan diseluruh dunia. Tidak kira sebesar mana pun kesalahan yang dituduh, seseorang itu perlu diberi ruang untuk membela diri di Mahkamah. Sekiranya disabitkan bersalah, maka seseorang itu perlu menerima hukuman seberat mana pun yang dikenakan ke atasnya.

POCA 2013, KEMBALI MENGHALALKAN ARBITRARY DETENTION (TANGKAPAN SESUKA HATI)

Menteri Dalam Negeri dalam satu pendedahan yang dibuat Malaysiakini mengatakan, motif penahanan 2 tahun tahanan lanjutan adalah bagi menahan suspek bagi kes jenayah yang tidak cukup bukti atau tidak ada bukti. Kenyataan ini merupakan satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab bagi seorang Menteri. Kenyataan ini juga bermaksud Menteri Dalam Negeri menghalalkan tangkapan sesuka hati yang bercanggah dengan semangat kebebasan diri yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.  

Menahan seseorang selama dua tahun hanya kerana Polis gagal mendapatkan bukti yang mencukupi merupakan perbuatan yang tidak bertamadun.  Menteri sepatutnya lebih memahami hak orang yang ditahan seperti yang terkandung dalam Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah yang mewajibkan pihak Polis memaklumkan orang yang ditahan tentang sebab dia ditahan. Namun dengan menghalalkan tangkapan sesuka hati, bermakna hak ini akan dicabuli kerana seseorang itu boleh ditahan tanpa sebab dan bukti yang kukuh.

APAKAH PENGALAMAN HITAM 60 HARI BEKAS TAHANAN ISA AKAN BERULANG?

Sepanjang ISA berkuatkuasa, banyak cerita mengenai penyeksaan yang dilakukan pihak Polis terhadap orang yang ditahan. Bahkan sehingga Disember 2011, iaitu selepas Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA, Gerakan Mansuhkan ISA masih menerima aduan mengenai seorang tahanan dari Iraq yang diseksa semasa dalam tempoh 60 hari pertama di bawah ISA.

Saya percaya penyeksaan ini tidak akan berlaku sekiranya orang yang ditahan diberikan hak untuk diringi Peguam semasa disoalsiasat. Sekiranya merujuk kepada seksyen 9(5) POCA 2013, terdapat klausa yang menafikan hak orang yang ditahan untuk ditemani Peguam semasa soalsiasat dijalankan. Maka peruntukan ini dikhuatiri akan memberi ruang kepada penyeksaan ala ISA akan berulang.   

POCA 2013 TIDAK MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA POLIS.

Saya percaya, POCA 2013 tidak akan memberi sebarang nilai tambah kepada kecekapan dan keberkesanan pihak Polis menjalankan tugas. Yang akan berlaku hanyalah tangkapan sesuka hati atas nama membanteras jenayah. Yang akan berlaku hanyalah penafian hak untuk dibicarakan atas nama menjaga keamanan. Yang akan berlaku hanyalah pengunaan POCA 2013 secara agresif bagi menutup kelemahan pihak Polis melalukan kerja asas seperti Crime Monitoring dan Intelligent Procurement.

Disebalik Negara-negara maju lain mencipta solusi yg lebih mesra hak asasi untuk menangani jenayah, Malaysia pula melangkah ke belakang dengan kaedah yang tidak pro hak asasi. Saya ingin mengambil contoh usaha Pentadbiran Amerika Syarikat dalam menangani jenayah yang semakin meruncing. Berbanding Malaysia, Pentadbiran Clinton pada era 90-an mengambil langkah drastik dengan mereformasi sistem kepolisan bagi menambah kecekapan Polis menjalankan tugas.

Antara yang boleh dilakukan ialah meningkatkan jumlah pihak Polis yang bertugas di kawasan awam dan menaiktaraf kelengkapan pejabat Polis. Langkah ini diambil bagi memastikan masyarakat sentiasa ditemani pihak Polis di kawasan yang berisiko. Polis juga perlu diberikan kelengkapan yang mecukupi seperti kereta peronda dan motosikal bagi memastikan rondaan awam tidak tergendala akibat masalah teknikal.  

Selain itu Kerajaan juga harus berusaha mengurangkan birokrasi arahan dengan memberi kepercayaan penuh kepada Pegawai Polis di lapangan menjalankan tugas tanpa campur tangan pihak atasan. Di Malaysia kita sudah pasti sering mendengar alasan “Kami ikut arahan orang atas” yang diberikan oleh pihak Polis dalam menghalang perhimpunan aman atau protes jalanan. Saya kira inilah birokrasi yang perlu dihapuskan. Pegawai Polis yang bertugas perlu diberi kepercayaan penuh untuk bertindak secara professional tanpa kongkongan melampau pihak atasan. Perkara yang sama pernah disuarakan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan apabila beliau mendedahkan bagaimana Menteri sering campur tangan dalam urusan pihak Polis.

Antara perkara lain yang boleh dibuat ialah mereformasi sistem laporan Polis. Jika dahulu masyarakat terpaksa pergi ke balai Polis untuk membuat laporan Polis, namun perkara itu perlu diubah kepada Polis boleh menerima laporan di tempat awam dengan menyediakan sistem laporan yang dipermudahkan melalui borang aduan. Perkara ini juga sering menjadi masalah kepada rakyat Malaysia apabila individu yang ingin membuat laporan perlu ke balai Polis untuk membuat laporan. Keadaan tambah sukar apabila Polis sering mengambil masa yang lama untuk merekodkan aduan. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu kecekapan Polis dalam menjalankan tugas.

Selain itu, antara komposisi penting reformasi Polis yang boleh dicontohi daripada pentadbiran Clinton ialah peningkatan gaji Polis. Melihat kepada kadar emolumen Polis di Malaysia, maka tidak harian jika terdapat pihak Polis yang kurang motivasi dalam bertugas. Dengan Kos kehidupan yang semakin meningkat, kemudian terpaksa berhadapan dengan risiko keselamatan yang tidak menentu, maka sudah pasti kadar gaji pokok yang bermula 1,100 ringgit sebulan adalah terlalu rendah. Kadar ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan kadar gaji Polis di Singapura yang bermula dengan kadar pokok 1,700 Dolar sebulan. Sedangkan secara nisbahnya, seorang anggota Polis di Singapura hanya mengawasi 132 orang berbanding seorang anggota Polis di Malaysia yang perlu perlu mengawasi 500 orang.

Hakikatnya, reformasi sistem kepolisan yang dilakukan oleh Pentadbiran Clinton ini telah berjaya mengurangkan kadar jenayah di Amerika Latin melebihi 50 % bermula tahun 1992 sehingga tahun 2000. Ini membuktikan, tanpa undang-undang drakonian, jenayah masih dapat dibendung melalui pemerkasaan pihak Polis.

AYUH, SOKONG KEMPEN RAKYAT TOLAK HUKUM TANPA BICARA

Kempen ini telah dilancarkan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) pada 19 September yang lepas iaitu sebelum pindaan POCA 2013 diluluskan di Parlimen. Kempen ini dianjurkan bagi memberi pendidikan kepada masyarakat Malaysia mengenai Hak Untuk Dibicarakan (Right to Trial) yang merupakan salah satu prinsip hak asasi yang menjadi milik eksklusif setiap insan.  Kempen ini juga pada mulanya diadakan sebagai bantahan kepada Kerajaan Malaysia yang dilihat mahu mengembalikan semula undang-undang tahan tanpa bicara. Namun kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 telah diluluskan parlimen dengan mengandungi kuasa tahan tanpa bicara.

Antara aktiviti yang dijalankan di bawah kempen ini ialah pementasan Teater Bilik Sulit yang telah dijalankan di beberapa lokasi seperti Kuala Lumpur, Batu Pahat dan Tampoi Johor. Pada 9 November depan teater ini akan dipentaskan di Kepala Batas sebelum ke Bukit Mertajam pada 10 November.

Selain pementasan teater, SUARAM juga akan menjalankan aktiviti edaran risalah dan flashmop bagi menerangkan kepada masyarakat mengenai Hak Untuk Dibicarakan dan mendedahkan mengapa rakyat perlu menolak undang-undang drakonian seperti POCA 2013.

SUARAM juga ada menyediakan bahan bercetak yang mengandungi informasi tentang Hak Untuk Dibicarakan dan maklumat mengenai undang-undang drakonian yang wujud di Negara ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi SUARAM di talian 03-7784 3525 atau melayari laman sesawang www.suaram.net.

Sekian.

Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab
Peyelaras
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)


---------