Isnin, 6 Julai 2009

CERITA CERITA ORANG BIASA



CERITA SATU


Selalunya kalau aku telah bosan menulis atau membaca maka aku akan masuk ke kubur. Tidak adalah nikmat yang paling indah dalam hidup di kota ini melainkan masuk ke kubur. Sebenarnya – aku tidak pernah memilih kubur ini – kubur ini telah sedia wujud sebelum aku diwujudkan. Dari apa yang aku diberitahu umur kubur ini telah melintasi lebih 200 tahun. Bayangkan berapa ramai warga kota kita ini sedang berehat disitu.

Aku yang hidup pun selalu datang meleser untuk sama beristirihat dengan yang sedang mati.

Pernah satu ketika dahulu – ketika aku di sekolah menengah – pada masa itu ada kematian di kampung – aku sudah lupa siapa yang mangkat. Aku – anak lelaki - telah ditugas pergi ke perkuburan – membawa air teh panas dan biskut tawar untuk si penggali kubur.

Bila aku sampai si penggali - Pak Ali dan anaknya telah selesai menggali. Lubang bumi, enam kaki dalam – enam kaki panjang dan tiga kaki luas - tersiap. Tanah liat merah bertimbun. Inilah harta akhir milik manusia seluruh alam sesudah berkubang berhempas pulas menimbun tambah harta hidup. Aku perhatikan, liang lahat telah juga dibuat oleh Pak Ali – satu dudut menghadap kiblat tanda makam penganut agama Islam.

Sambil mengulung rokok daun dan minum tea manis dengan biskut tawar kami bersembang. Lalu aku meminta kebenaran untuk masuk ke dalam liang lahat. Aku di benarkan. Itu kali pertama aku memasuki liang lahat. Pak Ali kini telah arwah dan anaknya telah mendewasa, berkeluarga dan berpindah ke kampong lain yang tidak jauh dari kampong aku. Tugas menggali kubur telah diwarisi oleh anaknya. Hingga ke hari ini bila aku bertemu dengan anak Pak Ali maka dia akan bercerita tentang kesah aku masuk ke liang lahat.

Banyangkan pula - dipinggir kota kita ini ada rahsia tersurok - bumi seluas 300 hektar sedang dihuni oleh batu-batu nesan – pokok-pokok liar, pohon kelapa, pohon sawit, pokok pisang dan kemboja merah, puteh dan kuning. Jalan-jalan kecil yang menyambung satu wilayah dengan yang lain melintasi lembah dan bukit, anak-anak sungai , ikan-ikan liar, kolam ikan, kuil, kandang kambing, anjing-anjing liar – burung dan rumput rampai.

Setiap kali aku ke kubur ini aku akan mendengar heboh sorak sorai nyanyian burung melagukan kegembiraan dan merayakan mayat-mayat yang sedang berehat. Musik burung yang tidak pernah teratur. Ini mengingatkan aku kepada Fredrico Fellini dengan filem Orchestra Rehearsal - sebuah okestera yang telah kehilangan konduktornya.

Satu petang – agak lama dahulu aku berjalan di kubur lalu aku bertemu dengan Dia seorang lelaki yang sedang duduk di gigi kubur. Motosikalnya tercacak tidak jauh dari tempat dia duduk. Di bontot motosikalnya tergantung kopi susu dalam bungkusan plastik. Alat penyedut air terpelecok diikat sama di dalam bungkusan kopi.

Lalu aku mencangkong sama. Kami bersembang. Dia – lelaki ini - peminat suara nyanyian burung terkukur. Bukan peminat suara Jack Brel atau Edith Piaf. Dia memintai suara burung terkukur.

Tidak jauh dari tempat kami duduk ada saekor merbuk terikat di bumi. Burung ini kepunyaan Dia. Burung ini sedang dididik untuk berbunyi, berlagu, menjerit dan bersiul. Sekolah ilmunya di padang rumput kubur ini. Gurunya adalah burung-burung terkukur liar yang berterbangan di kawasan padang kubur. Sambil terbang sambil berbunyi. Suara di udara ini ini hendaknya akan disahut oleh si terkukur yang terikat di bumi. Maka mereka berlagu. Mungkin jatuh cinta. Mungkin jatuh berahi dengan suara. Mungkin datang anggkuh untuk menyerang. Jika anggkuh menyerang maka yang bebas terbang ini terperangkap.

Nah ! Pelbagai makna hidup kita ini.

Lalu Dia bercerita tentang sejarah dan salasilah terkukur dan balam. Dia berkuliah panjang. Terkukur dari Johor bunyinya lebih merdu dari yang lahir di Negeri Sembilan. Terkukur di Pahang amat susah untuk di perangkap. Di Kedah banyak tetapi terlalu jauh untuk dijerati. Awas! Yang terjual di kedai mungkin bukan terkukur liar – mereka mungkin terkukur industri.

Nah ! Aku mendengar kyusuk seperti seorang anak muda sedang mendengar surah tentang rebah bangun lelaki dan betina pada malam pertama sesudah berkahwin.

Oh ! Bagitu indah sekali bumi ini. Bagitu banyak rempah rampai - bermacam-macam jenis manusia atas bumi ini. Rencah dan pelbagai bentuk minat manusia. Si Dia meminati bunyi terkukur.

Lalu aku pun memasang telinga untuk belajar menikmati bunyi si burung. Demi Zeus aku katakan – aku begitu pekak – tidak dapat melihat nikmat syahwat laungan terkukur. Dimana berahinya tidak dapat aku temui. Siulan si Murai boleh aku nikmati. Dendang Kelicap menyedut bunga dapat aku nikmati. Belatok menukul pohon kelapa senang hati aku mendengari. Tetapi terkukur – demi Zeus – entah dimana indahnya.

Tapi dalam hidup ini – tidak semua akan dapat kita fahami – tidak sewajibnya kita memahami semua – tidak mungkin – mustahil - ini lah tanda bahawa kita manusia. Inilah sifat kita - tanda bahawa kita tidak mungkin memahami semua yang wujud. Inilah keindahan alam – terpencar-pencar – terpisah-pisah – tetapi kita terkumpul dalam satu sangkar yang kita namakan kehidupan.

Dia bercerita lagi – rumah keluarganya di Segambut. Selalu datang ke kubur ini kerana inilah kawasan luas – dalam kota - yang berumput rampai. Kawasan ini adalah tarikan utama untuk terkukur liar. Dulu Dia- ketika muda dan ranggi - memiliki warong ikan di pasar Chow Kit. Kini anaknya yang berjualan ikan. Umurnya – entah berapa – akulah lelaki akhir yang tidak dapat memberika ukuran umur nafas manusia.

Dia bercerita - minatnya terhadap terkukur muncul hampir lima tahun dahulu. Setelah bosan dengan ikan dan ketam kini dia beralih dengan terkukur. Dia memiliki empat ekor terkukur- bersangkar di rumah. Yang aku lihat terikat di bumi ialah sang burung yang baru di temui. Kini sang burung seperti anak kecil sedang dididik dan diajar untuk berlagu dan berdendang. Satu hari nanti Dia berharapkan suara sang burung ini akan menghentikan air sungai – akan mematikan gerak awan dan akan dinobat semesta alam.

Sesudah kuliah selesai aku meminta diri untuk terus berjalan ke dalam kubur. Lalu aku terfikir – ada orang mendapat nikmat dari melihat kepala keretapi – ada yang dapat nikmat melihat kapal terbang – ada yang dapat nikmat melihat kapal laut – ada yang mengumpul stem, kad talipon, kotal manchis, barang lama dan seribu satu macam hobi.

Ketika aku membesar aku mengumpul getahmaiann, kotak rokok, tutup botol – tapi semuanya aku tinggalkan bila aku bertemu buku. Dalam perjalanan hidup ini tidak ada yang perlu dihairankan – semua ini kita lakukan agar kita dapat merayakan kehidupan.

Aku mendaki bukit lalu aku melihat seluruh Kuala Lumpur. Demi Zeus – kota ini bagitu indah dilihat dari puncak bukit.

Di atas bukit yang paling tinggi aku tegak berdiri. Telinga aku mendengar deru angin. Kepala aku memandang arah ke kiri - lalu terlihat bangunan talikom. Perlahan-lahan kepala aku begerak – Bukit Pantai, Stesen Lrt Bangsar, Dua Hotel di KL Sentral, Kubah Masjid, Hotel Altantuya, Menara MayBank, Bangunan Petronas, Times Square, wilayah Pudu, Sungai Besi, lebuh besar Terowong Bodoh, lapangan terbang – dan kereta begerak-gerak seperti kotak manchis – bila aku menoleh ke bawah yang aku lihat ialah taburan makam yang berbatu dan bersimen.

Nah – di puncaknya ini – jika Yap Ah Loy dan Tengku Abdulah bangun dari kubur - dan melihat Kuala Lumpur – mereka akan terperanjat dan mati sekali lagi. Atau mungkin Yap Ah Loy dan Tengku Kudin akan menjadi Dia untuk sama-sama meminati suara merdu terkukur dan balam. TT



BILA BODOH BERTEMU BANGANG !




NAJIB UMUM KRA DAN KPI DALAM MASA TERDEKAT
–berita hairant


Najib Razak berkata beliau akan mengumumkan Bidang Keputusan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) negara yang akan menjadi keutamaan kerajaan bagi tempoh beberapa tahun akan datang, dalam masa terdekat.

"Ini adalah satu pendekatan yang akan memberi nafas baru dalam usaha kita membawa negara ke tahap yang lebih berjaya lagi," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

KAH KAH KAH

Woit…INI KERA APA NI ? …kah kah kah..

Woit..INI KOPI APA INI ?…kah kah kah…

Woit… JABATAN PERDANA MENTERI - JADI JPM – INI BETUL…kah kah kah

Kah kah kah…MACAM MANA - BIDANG KEPUTUSAN UTAMA - JADI KRA? … PAUT JADI BTU..kah kah kah..

Kah kah kah…MACAM MANA - PETUNJUK PRESTASI UTAMA – JADI KPI?..PATUT JADI PPU …kah kah kah..

Woit…BODOH …MANA PUNYA SEKOLAH NI ?...kah kah kah..

Woit.. KENAPA BANGANG SANGAT ... kah kah kah..

Kah kah kah… INI MESTI NAK BODOHKAN ORANG MELAYU… NAK KELIRUKAN ORANG KAMPONG…kah kah kah…

Kah kah kah… CAKAP KETUANAN MELAYU… TULIS MELAYU PUN TAK TAHU…kah kah kah…



TAIK KERING




GUAN ENG TIDAK PATUT SALAH KAN KERAJAAN PUSAT
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon, menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerana sering menyalahkan kerajaan Pusat atau kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini memerintah negeri itu, setiap kali gagal menangani suatu isu di negeri berkenaan.

"Dia selalu salahkan saya. Apa juga yang dia tidak boleh buat, dia salahkan kerajaan (BN) yang dahulu (di Pulau Pinang).

KAH KAH KAH…

Woit…MESTILAHAA INI BERAK KERING MUNKEE INI….kah kah kah…

Kah kah kah… MUNKEE INI JUAL TANAH ORANG KAMPONG….MASA ADA KUASA…kah kah kah…

Kah kah kah… MUNKEE INI JUAL DENGAN HARGA MURAH….kah kah kah..

Kah kah kah…MUNKEE INI JUAL TANAH TANPA PERSETUJUAN ORANG KAMPONG….kah kah kah…

Kah kah kah...INI MESTI JUAL PADA KRONI.....kah kah kah..

kah kah kah..CUBA SIASAT SAPA ADA SAHAM DALAM SYARIKAT PENTAMUN ITU..kah kah kah..

Kah kah kah… MUNKEE NI YANG BUAT TAIK… ORANG LAIN KENA BERSIH….kah kah kah..

Woit… BANYAK KES TAIK KERING … DI SELANGOR… DI KEDAH… BUKA FAIL… JUMPA TAIK KERING BINI NAJIB OPPPS…. BN

Kah kah kah... CUKUPLAA... JANGAN BODOHKAN SATU MALAYSIA...kah kah kah



SEPULUH RIBU LAWAN DUA RIBU -




MANEK URAI : PERNCALONAN BERMULA 10 RIBU IRINGI PAS
- harakahdaily

Terkini|Manek Urai, 6 Julai (Hrkh) - Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.

PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU – PAS DUKU BN

KUALA KRAI: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara calon BN dan Pas.

BN menampilkan bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, manakala Pas diwakili peniaga, Mohd Fauzi Abdullah.

Mahathir Muhamad yang dikatakan ingin kembali aktif dalam politik anatrabangsa telah gagal mengajukan borang apabila masa tamat penamaan diumumkan pagi ini kah kah kah.




APA DIA APARTEID





HISHAMUDIN BERI ADUN DAP SKUDAI AMARAN
-mStar

KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Skudai, Dr. Boo Cheng Hau yang sekali lagi menyamakan konsep bumiputera dengan dasar aparteid Afrika Selatan.

Boo yang juga Ketua Pembangkang di DUN Johor didakwa mengeluarkan kenyataan itu dalam ucapannya pada majlis pidato Persatuan Cina dan disiarkan akhbar bahasa Mandarin Selasa lalu.

KAH KAH KAH…


Kah kah kah… PASAL APA TAK BOLEH PANGGIL APARTEID ?...kah kah kah…

Kah kah kah… DULU DI AFRIKA SELATAN … KULIT PUTEH JADI TUAN PADA KULIT HITAM …kah kah kah…

Kah kah kah… INI DI PINGGIL KETUANAN KULIT PUTEH – WHITE SUPREMACIST….kah kah kah..

Kah kah kah… DI ISREAL BEKAS PRESIDEN AMERIKA JIMMY CARTER PANGGIL ZIONIS ISREAL PENGAMAL APARTEID…. kah kah kah…

Kah kah kah… INI KERANA DASAR KETUANAN ZIONIS ISREAL…kah kah kah…

Kah kah kah… APA BEZANYA DENGAN KETUNANAN MELAYU ?…kah kah kah…

Kah kah kah... RORAK SIKIT AMBO DAN DENGAR...kah kah kah..



PAS AKAN KALAH DI MANEK URAI KERANA ISU BEG




MANEK URAI : 6,000 PELAJAR DAPAT UNIFORM, BEG SEKOLAH
–malaysiakini

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.

"Muhyiddin telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… ADA LAGI KEMPEN CARA INI…BEST BETUL…kah kah kah…

Kah kah kah…BILA NAK BUAT CABUTAN LOTERI PROJEK MACAM DI KUALA TERANGGANU….kah kah kah…

Kah kah kah…BILA NAK BUAT UNIVERSITI DI MANEK URAI…kah kah kah..

Kah kah kah… BILA NAK BUAT STADIUM DI MANEK URAI….kah kah kah…

Kah kah kah… BILA NAK BUAT OLYMPIC DI MANEK URAI…kah kah kah…

Kah kah kah…. BILA NAK BUAT LONDON DI MANEK URAI…kah kah kah…

Kah kah kah… BUAT LAH JANJI.... BARU BEST BERKEMPEN….kah kah kah..

Kah kah kah… BARU ADA OOOOMMMMP …kah kah kah..

Kah kah kah... TIPU LAAA MELAYU... BIAR PROFESOR KANG KONG MARAH....kah kah..



LAWAN LAGI




TOL: PROTES TERBARU PENDUDUK CHERAS
-malaysiakini

Selepas hampir setahun, penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) hari ini sekali lagi berdemonstrasi membantah jalan tol ke kawasan perumahan mereka.

Kira-kira 50 penduduk berhimpun sekitar jam 9.30 pagi untuk mendesak kerajaan membuang tol yang menjadi isu selama ini.

Mereka mendakwa, operato tol Grand Saga Sdn Bhd telah mengaut keuntungan yang mencukupi dari kutipan tol dan sepatut memulangkan jalan tersebut untuk digunakan secara percuma oleh penduduk di situ.

Protes Mei tahun lalu mencetuskan insiden buruk ketika polis meleraikan perhimpunan penduduk terbabit. Beberapa orang tercedera termasuk wakil rakyat pembangkang.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… INI MESTI SYARIKAT KRONI….kah kah kah…

Kah kah kah… SYARIKAT TUTUP JALAN… PAKSA PENDUDUK AMBIL JALAN TOL…kah kah kah…

Kah kah kah…INI BUKAN MACAM DI AFRIKA SELATAN KE ?....kah kah kah…

Kah kah kah… INI BUKAN MACAM DI ISRAEL KE?... kah kah kah…

Kah kah kah….INI BUKAN APARTEID KE ?.... kah kah kah…

Kah kah kah... ZALIM KEPADA RAKYAT BUKAN APARTEID KE ?... kah kah kah...