.

Rabu, 3 Jun 2015

INI SUDAH BERAT





KOMENTAR
amat jelas 
najib sekarang tak ada sokongan
haron din dari pas pun
dah mula tibai



Haron Din: Ada perkara besar diselindungkan PM


GOMBAK - "Ada perkara besar berlaku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselindungkan oleh Najib T Razak," kata  Haron Din.
Jika tidak katanya, mana mungkin  Muhyiddin Yassin secara lantang boleh bersuara agar semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan itu dipecat serta-merta.
"Nampaknya semakin parah (1MDB), PM dan TPM sedang bertelagah tanpa dapat diselindung lagi. 
"PM nampaknya sudah berang dengan komen daripada TPM dengan menyatakan mana-mana menteri yang tak bersetuju dengannya polisi kerajaan menangani 1MDB, sila letak jawatan sekarang. 
"(Perkara) ini jelas merujuk kepada TPM," katanya ketika berucap pada perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-54 di sini, hari ini.
Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri meminta anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB agar meletak jawatan.
Mengulas lanjut, Haron turut menyindir Perdana Menteri berikutan jawapannya di Parlimen mengenai dana 1MDB dari Kepulauan Cayman yang dibawa balik ke sebuah bank di Singapura hanyalah satu penipuan semata-mata.
"Malangnya bank di Singapura menafikan tidak ada wang 1MDB yang masuk ke Singapura.
"PM menarik balik jawapan bertulis itu dan membetulkan balik dengan mengatakan bukan wang tunai yang dibawa dari Kepulauan Cayman ke Singapura tetapi aset yang dibawa," katanya lagi.

KAH KAH KAH
woit
ini sudah berat
ini sudah melimpah
haron din pun tercabar
jelas najib bersendirian

APA PUNYA BERAT

-----------

ADA FAKTOR AMAT BERAT





KOMENTAR
hakikatnya memang betul
lagi tepat 
tapi dalam kes najib letak jawatan
ada satu faktor yang amat berat
fakta rosmah mansor

sebenarnya umum mengetahui
najib razak dah lama bungkus
yang wujud ialah rosmah mansor


Najib diramal letak jawatan sebelum PRU14

 | June 3, 2015
Untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat. Jika tidak, sukar UMNO akan memperoleh sokongan.





PETALING JAYA : Najib Abdul Razak diramal akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu berdasarkan pengamatannya dan analisis terhadap penganalisis politik yang lain.
“Pengamatan saya dan beberapa terbitan buku penganalisis politik yang saya nilai. Kebanyakan penganalisis politik mengatakan untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
jika profesor
tak masukakan 
babak guri ji
babak bomoh 
maka analisa kantoi
kah kah kah

APA DIA GURU JI



-------------

NAJIB MAKIN PARAH





PAK DUKUN
Wah parah Najib ni ... sepurnama dulu Pak Dukun TT telekan dio kono penyakit dibawah sodar sobab tiap-tiap malam dihompap lori ompek tan. Sekarang ni dah jadi zombi plaak ... apo kono eeaa jang. Tulah dulu den dah posan jangan entot dongan jando Nogori Sembilan ... payah nanti ... lubang dahlah longgar dan LOHE ... tapi dibonarkan masuk takat suku jo ... nasib kaulah Najib. Tapi ... Caro ubekkan penyakit Najib ni sonang jo ... bolikan air doa Pak Ustaaz barang 10,000 botol ... 

mintak Penjinak Jin dan Datok Doktor Uztaaz Haji Lebai Fadilah Kamsan bacokan doa sekali lagi pado air tersebut (lantak diolah borapo kali pun ... borapo pun bayaran doa tersebut kito bayarlah). Lopeh tu mintak Raja Bomoh Malaya kito sediokan tangkal yang ado lambang UMNO ... jangan lupo persekitaran kawasan upacara baco doa ini musti dikawal rapi ... mintak lah Tuan Abd. Rani Kullop dan geng dio jago. Jangan lupo panggil Mamat khalid sebagai "Project Coordinator" sobab dio pakar filem zombi Malaysia ... on NAJIB SUDAH JADI ZOMBI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 5:23 PM






-----------

NAJIB SUDAH JADI ZOMBI





KOMENTAR
najib kalau ikut hati sendiri
telah lama blah
telah lama letak jawatan
tapi najib bukan najib
najib kini zombi
najib kini bangkai bernyawa
yang hanya mengikut cakap tuannya
hanya mengikut kata rosmah mansor

masalah najib sebagai perdana menteri ini
bukan lagi masalah parti ketuanan melayu
buka lagi masalah melayu
ini telah menjadi masaalah negara 

1MDB hanya satu menifestasi ekonomi
masalah yang lebih besar 
ini masalah kepimpinan negara

najib TIDAK lagi memimpin
najib tidak memberi arahan
najib tidak meneraju
ini amat amat memberhayakan negara

kes 1MDB ini hanya satu kes
yang akan meledakan negara
pasti ada yang lain
yang akan melanggar

ahli parti ketuanan melayu
pemimpin veteran parti ketuanan melayu
pemimpin tengah parti ketuanan melayu
pemimpin tinggi parti ketuanan melayu
pemimpin tertinggi parti ketuanan melayu
sedar akan peranan rosmah
mereka bercakap sesama sendiri
tapi TIDAK menemui jalan keluar

negara malaysia kan hancur
jika najib terus berkuasa
kerana yang berkuasa ialah rosmah
kenapa rosmah mansor bahaya
kerana apabila rosmah membuat keputusan
rosmah TIDAK ada perhitungan politik
kerana rosmah mansor bukan orang politik

NOTA:
ingat apa yang berlaku
terhadap khalid ibrahim


Kadir: Rosmah tak akan benar PM berundur

Tokoh wartawan,  A Kadir Jasin menolak cadangan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah agar seseorang perdana menteri dipilih secara terus oleh pengundi.

Kadir berkata, perlembagaan negara tidak membenarkan perdana menteri dipilih dengan cara itu dan itu bukanlah satu masalah.

"Masalah kita bukan dengan perlembagaan, (masalah itu) bukan mengenai jawatan PM.

"Masalahnya, kita ada  Najib Razak sebagai PM kita, yang tidak mahu meletak jawatan kerana percaya beliau masih dapat sokongan majoriti...

“Beliau tidak akan dibenarkan untuk menyerah dan meletak jawatan oleh orang di sekelilingnya, terutama isterinya Rosmah Mansor),” kata Kadir.


KAH KAH KAH
woit
kita semuan dalam bahaya
negara tanpa pemimpin
rakyat dalam kapal
kapten sudah kena bomoh
kapten suadahj jadi zombi
kah kah kah

APA SUDAH JADI

-------------

HARI KE 78





FACE BOOK

Hari ke 78
Atas ingatan Muktamar PAS yang berlangsung sekarang saya catatkan ini:
Bila difikirkan balik, lansung tiada kekesalan di hati atas apa yang berlaku dan telah dilakukan.

Tanggal dalam lingkungan 4hb Februari 2009 bila mula desas-desus Kerajaan PR Perak akan dirampas oleh Regim Barisan Nasional, kami sekeluarga adalah antara rakyat Malaysia yang tidak senang duduk dan marah.
Kami tinggal di Kuala Lumpur. Suami saya bekerja. Pulang dari kerja kami bergerak ke Ipoh membawa bersama anak kami Asiah Latif . Berkumpul bersama-sama rakyat yang lainnya di rumah Menteri Besar Perak ketika itu.
"Mahu mempertahankan kerajaan pilihan rakyat Pakatan Rakyat."
Sebuah kerajaan Harapan Rakyat.
"We will do anything to help." Saya masih ingat pesanan ringkas saya dihantar kepada YB Chang Lih Kang ADUN Perak.
Selesai majlis ceramah malam itu kami pulang semula ke rumah di Kuala Lumpur dengan tekad esoknya Jumaat kami akan kembali ke sana. Berkumpul di Masjid Ubudiyyah bagi membantah perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar Perak menggantikan DS Nizar Jamaluddin.
Kami dengar pengumuman pada malam tersebut ketika berkumpul di rumah MB Perak. Walau tak diarah kami tetap punya semangat untuk membantah.
Bila difikirkan balik apalah daya kita untuk melawan, namun dalam hati kami tidak mahu biarkan kezaliman itu menimpa dan dibiarkan saja. Kami rasa mesti bangun melawan bila ada peluang.
Sedikit pun kami tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku hingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat. Kecuali lompatnya beberapa orang ADUN yang berjaya dibeli kerajaan BN.
Kami tidak ada hajat atau niat untuk mendapat apa-apa ganjaran dunia dari apa yang berlaku.
Apa yang kami harapkan,
Cukuplah sekadar menunaikan amanah dari janji yang ditaburkan.
Cukuplah dengan mengembalikan apa yang diberi rakyat kepada rakyat yang memerlukan.
Dalam mengenang mangsa Bencana Demokrasi Perak 6 Februari 2009-18 Mac 20015-2 Oktober 2015.

-------------

LAUT CHINA SELATAN TEGANG




KOMENTAR
minggu ini berita
suasana tegang berterusan
di laut china selatan
sayangnya media milik
parti ketuanan melayu
taidak melaporkan berita ini

kita wajib bersedia
jika perang meledak 
atau berlaku bentrokan

tahu dan sedar
lebih baik dari tak tahu
dan tidak sedar








Australian Government “Actively Considering” Dangerous Provocation in South China Sea

The Wall Street Journal reported last month that the Pentagon was drawing up plans for warships or military aircraft to enter the 12-mile territorial zone around a Chinese islet. The Australian article makes clear that Washington could be contracting out this reckless venture to Canberra, which has a track record of functioning as an attack dog for the US on foreign policy in the Middle East and Ukraine.

According to the Australian, the plans involve a P-3 surveillance aircraft that could possibly take off from the Butterworth air force base in Malaysia. Alternatively, “within a few months” an Australian warship on a port visit to the Philippines or Vietnam could “incidentally” breach “what Beijing considers its territorial waters.” Although the Australian warship HMAS Perth is currently in the South China Sea, the P-3 flight “is likely to happen more quickly ... as it is much easier to arrange at short notice.”


-----------

DURIAN DARI SIAM







BAHAYA
durian yang diimpot dari siam
telah dimasukkan bahan kimia
jauhkan dari membeli
buah-buahan dan makanan dari siam



Peringatan,
Jgn mkn buah durian Siam, ini adalah kerana Peniaga2 dari Thailand dah celup buah durian dgn ubat racun utk tahan lbh lama, ianya mengandungi toksik dan meresap ke dlm buah durian trsbt.

http://wanmalekwannoh-abelekrm.blogspot.com/




-------------

SIAPA YANG VIRALKAN





KOMENTAR
kerajaan najib
cuba melawan berita 
dalam alam siber
adalah kerja terbaik
kerana ianya akan mengviralkan
berita tersebut
dari tah tahu jadi dah tahu

'Jam tangan mewah milik suami pegawai SPRM

Barangan berbentuk beberapa utas jam tangan mewah yang dilaporkan hilang selepas rumah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipecah masuk, adalah milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas pegawainya itu kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan.

Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat mangsa, menerusi media sosial, katanya.

"SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari beliau melapor diri untuk bertugas," kata Rohaizad.

Menurutnya, pegawai itu telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian ini kelmarin dan dalam laporannya, beliau telah menyenaraikan barang-barang yang telah dilarikan pihak yang memasuki rumah beliau.

"Ini termasuk jam tangan mewah dan laporan polis yang beliau buat telah diviralkan menerusi media sosial sejak pagi tadi," kata Rohaizad dalam kenyataan kepada Bernama.



Laporan itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna laman itu.

"Siasatan awal mendapati suami beliau seorang ahli perniagaan dan pemilikan harta ini adalah sah dari segi undang-undang. 

"Malah, oleh kerana beliau baru sahaja melapor diri semalam, pengisytiharan harta wajib juga belum dilakukan," kata beliau.

SPRM memandang serius dakwaan dan tohmahan sesetengah pihak kononnya pegawai-pegawai SPRM memiliki harta di luar kemampuan dan SPRM turut memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan laporan polis kes itu menerusi media sosial, katanya.- Bernama


KAH KAH KAH
kah kah kah
gwa tak tau pun berita ini
gwa tak jumpa
tapi laporan bernama ini
bagi gwa tahu
sekarang lagi viral
kah kah kah

APA PUNYA TEKNIK



--------------

DAH KENA DIKIR





FACE BOOK


POLITIK DIKIR BARAT IKUT SAHAJA TUKANG KARUT
Sesungguhnya, politik orang Melayu kini di wabaki sindrom "Politik Dikir Barat". Bila Tukang Karut berkata kata, maka ahli ahlinya akan terpaksa mengulangi setiap senikata yg sama. Andai ada ahli yg cuba mengubahnya, maka akan tersingkirlah ahlinya dari kumpulan Dikir Barat itu.
Dato Dr Siddiq Fadhil
Presiden Wadah Pencerdasan Umah (Wadah),
Di Kuliah Tafsir Maudhu'i
Kolej Darul Hikmah, Kajang
30 Mei 2015




Tak boleh sokong presiden buta tuli seperti Umno, kata ketua pemuda PAS

3 Jun — Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menjelaskan beliau menyatakan sokongannya kepada presiden parti dengan menterjemahkan idea ke dalam bentuk tindakan walaupun pada mulanya meragui idea itu. Merujuk  Abdul Hadi Awang sebagai "tok guru", Suhaizan…


--------------

ADA RUPA TAK?






DICARI



The brother of Selangor Umno chief  Noh Omar was arrested in Kundasang, Sabah, last night for investigations into the shooting of a mechanic, The Star Online reported today.
Mohd Jusnaidi Omar, 44, also known as Mat Malaya (pic), is a suspect in the shooting of the mechanic at a air-conditioner workshop following a fight on May 6, the English daily said.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/noh-omars-brother-arrested-in-sabah-over-shooting#sthash.IthEN2jV.dpuf

KAH KAH KAH
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

-------------

NAJIB DAH NAK TUMBANG





KOMENTAR
satu malaysia mahu lihat
apakah najib berani
membuang ahli kabinet
yang mengkritik najib
yang marah kerana kes 1MDB






Hishammudin tidak lagi menyokong Najib – Shahbudin

 | June 2, 2015
Berdasarkan persetujuan bersyarat yang dikemukakan menerusi Twitternya, Hishamuddin jelas tidak lagi bersama atau senada dengan abang sepupunya itu.






PETALING JAYA : Persetujuan untuk meletak jawatan Menteri Kabinet secara bersyarat menunjukkan  Hishammuddin  Hussein tidak lagi menyokong  Najib  Razak.
Menurut bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin, peletakan jawatan bersyarat itu menunjukkan Hishamuddin tidak lagi bersama atau senada dengan abang sepupunya itu.
“Apakah Hishammuddin kini melihat Najib sebagai pohon yang hampir tumbang dan beliau perlu menunjukkan pendirian yang sealiran dengan kehendak rakyat dan tidak lagi totok kepada sepupunya itu bagi mengelakkan masa depannya turut berkubur sama

KAH KAH KAH
woit
apa sudah jadi
sepupu tibai sepupu
ini amat baik
ini amat molek
perang makin meluas

APA PUNYA PERANG


--------------