Isnin, 5 Januari 2009

BERITA P36 - KT

KELAB PENYOKONG PAS

Pada jam 6.30 petang Isnin tadi Tian Chua telah melancarkan Kelab Menyokong Pas untuk pengundi yang bukan ahli Pas.

Hampir 400 orang Tionghua telah hadir dalam pelancaran Kelab ini di Kampong Tiong
berhampiran dengan Kampong Cina KT.

Sokongan masyarakt Cina cukup menyergarkan untuk Pakatan Rakyat. Pengundi Cina telah berani keluar untuk menunjukkan sokongan mereka.

Antara yang hadir dan berucap ialah Anwar Tan dan MB Perak - Nizar MUhamad.


ANUAR TAN

Anwar Tan dalam ucapannya telah menimbulkan soal kong kalikong Wan Farid bersama anak kesayangan Dolah Badawi yang bernama Patrik Badawi.

Menurut Anwar Tan mereka berdua inilah yang 'mengsonglap' projek-projek di Terangganu.

Dengan gelak ketawa para pendengar telah di beritahu peranan Patrick Badawi dalam hal 'kelentong' moonsoon cup.

Monsoon Cup ialah satu projek silap mata dimana duit Pertonas dapat masuk ke dalam poket Patrik Badawi tanpa disedari oleh warga Terangganu.


MB PERAK

Nizar Muhamad telah bercakap dalam bahasa Tionghua dan menerangkan beberapa dasar
kerajaan Pakatan di Perak. Nizar juga telah memberitahu bagaimana Najib Razak cuba
mengagalkan projek pemberian tanah oleh kerajaan Pakatan kepada warga Perak.

Menurut Nizar gerombolan United Malays National Organisation di setiap pilihanraya telah berjanji untuk memberikan geran.

Tetapi selama 50 tahun satu habuk pun taaaarak.

Pemberian hak milik tanah ini ialah dasar dalam Minifesto Pakatan Rakyat justeru kerajaan Perak tidak akan berganjak dari cita-cita untuk memberi tanah kepada mereka yang berhak.


POLIS

Seramai 9,000 polis sedang berkeliaran di Kuala Terangganu.

Dari mana polis-polis ini datang tidak pula jelas. Apa yang jelas mereka berada di KT.


HELIKOPTER


Pada jam 8.30 malam tadi ketika saya selesai makan malam sebuah helikopter mula berligar-ligar.

Apa tujuan helikopter ini tidak jelas. Heli ini telah menyuluh ke jalan raya.

Seorang kawan yang sama makan semeja telah berkata ' mungkin heli ini sedang mencari bra Bik Mama yang tercicir....'



HOTEL FELDA


Seperti biasa sekolah yang sudah hampi rahai akan di resmikan sekali lagi.

Pagi tadi Najib Razak telah meresmikan untuk kali ke dua hotel Felda di Kuala Terangganu.

Pada ketika ini diberitakan ghurka gerombolan sedang mencari-cari masjid pula untuk di resmikan.


TALIPON BIMBIT TUTUP

Dari sumber dalaman telah diberitahu bahawa esok semua talian untuk talipon bimbit akan di matikan selama 3 jam.

Ini untuk memastikan jika ada penipuan berlaku maka rakyat Malaysia tidak akan dapat mengetahui hal ini.




PENYAMPAI BERITA PELAKON BEBAS - berita hairan



KUALA LUMPUR: Penyampai berita stesen televisyen swasta, Farahrizan Abdul Razak, 23, dan pelakon wanita sambilan yang ditahan bersama 24 yang lain kerana disyaki menyertai pesta dadah pada malam tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.

Mereka dibebaskan sementara menunggu hasil ujian air kencing kedua dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).


kah kah kah.... jamin 100% bebas.... jamin tak masuk pusat serenti.... kah kah kah...

kah kah kah.... hairan?.... kah kah kah.... jangan hairan.... boleh bayar... air kencing boleh bertukar... kah kah kah...

kah kah kah.... tak percaya cuba lihat nanti... kah kah kah....atau pun macam kes sharifah aini nak kena bunuh.... sampai hari ini tak ada jawapan... kah kah kah..

kah kah kah.... yang selalu masuk pusat serenti hanyalah yang miskin... mat rempit tak ada duit.... mat pet... kah kah kah...

woit... malaysia boleeeeeh ... semua boleh air kencing pun boleh ganti.... kah kah kah




TINDAKAN KOSONGKAN PREMIS TADIKA DIANGGAP KEJAM -melayau


KUALA LUMPUR 4 Jan. - Tindakan kerajaan Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) supaya mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu adalah perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, ia sekali gus menunjukkan wajah sebenar pakatan pembangkang yang selama ini mendakwa memperjuangkan sebuah negara kebajikan.

Tegasnya, kerajaan Perak tidak sepatutnya mempolitikkan isu pendidikan hingga turut melibatkan kanak-kanak dan menyusahkan ibu bapa.



kah kah kah ... kah kah kah.... kah kah kah.... semua orang tahu kemas ini bukan mengajar tadika .... kah kah kah

kah kah kah.... kemas ini jadi ajen gerombolan united malays national organistaion... kah kah kah...

kah kah kah.... cik gu kemas di bayar gaji duit rakyat.... tapi buat kerja untuk gerombolan.... kah kah kah...

woit... patutlaaa di ubah suai.... nak buat kerja parti... keluarkan duit parti.... kah kah kah





ISA MASIH RELEVAN, MAJORITI RAKYAT MAHU IA DIKEKALKAN - melayau

SHAH ALAM 5 Jan. — Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) masih lagi relevan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat dengan majoriti rakyat mahu undang-undang pencegahan itu dikekalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

“Kalau itu yang dikehendaki oleh rakyat, suruh kita mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, kita akan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi mengikut kita punya kajian, majoriti rakyat mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dikekalkan,” katanya semasa Majlis Bicara Tokoh: “Masih Relevankah ISA” anjuran Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan, Shah Alam Free Speech di sini malam tadi.


kah kah kah.... relevant?.... kah kah kah....

woit... munkee ni betul betul bengap.... cuba tengok undi bulan march dulu....kah kah kah

woit.... undi untuk pakatan lebih banyak untuk gerombolan.... ini ertinya rakyat menolak ISA kerana salah satu dasar Pakatan ialah
menghapuskan ISA..... munkeee ni bodoh... bila pulak munkee ni buat kajian... ngooook.... balik arablaaa jual batu akek....

woit... kalau berani buat referendum.... baru tahu ada sokongan atau tidak...kah kah kah...

woit... dalam gerombolan pun mereka tidak sokong ISA - MCA tak sokong... GERAKAN tak sokong... yang sokong hanya MIC... dan...

parti Pundek Pundek Pundek (PPP).... kah kah kah...




RAKYAT MISKIN PERLUKAN PEMBELAAN - MUHYIDDIN - melayau

KUALA TERENGGANU 4 Jan. - Pengumuman mengenai pelbagai projek pembangunan yang bakal dilaksanakan kerajaan bukan 'gula-gula' kepada para pengundi sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu seperti didakwa pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, usaha itu perlu dilaksanakan kerana rakyat negeri ini terutama yang miskin masih memerlukan pembelaan dari segi pembangunan.



kah kah kah..... rakyat miskin?.... ada rakyat msikin.... kah kah kah...

woit... rakyat jadi miskin kerana orang macam mat sembab ni yang rembat duit rakyat.... kah kah kah..

woit... projek projek 1 juta jadi 20 juta.... mark up harga... ini budaya gerombolan.... tu pasal rakyat jadi msikin...

woit.... mat sembab di johor dulu berapa banyak harta rakyat sudah di rembat?.... kah kah kah...jangan buat buat lupa...
jangan buat buat alim nak tunjuk anak tok guru.... poraaaaaah



KUALA TERANGGANU - MAKAN JADI MAKANG

BERITA

Melintasi Marang ada polis membuat rintangan jalan untuk melihat siapa yang akan masuk ke KT.

Marang tidak berapa juah dari KT.

Dua kilometer dari KT ada berpuluh puluh lori polis. Dimana-mana kelihatan pondok polis.


CUACA


Cuaca pagi tadi di Dungun, Marang, Cukai , Kemaman cukup enak. Ketika ini cuaca di KT cucup nyaman
kalau ada awek atau balak lagi cun. Berangin dan panas seperti pantai Lido di Itali.


BERITA TANGKAPAN

Malam tadi Ketua Timbalan Angkatan Muda Keadilan Sdr. Fariz Musa dan empat ahli AMK telah di tahan.

Mereka sedang menaikkan poster arwah Altantuya Shaaribu.

Mereka ingin memberitahu penduduk KT bahawa arwah Altantuya telah mati dengan letupan C4.

Penduduk KT juga ingin di beritahu bahawa Najib Razak ialah bekas kekasih arwah Altantuya gadis cun dari Mongolia.

Altantuya juga ialah berkas kekasih Razak Baginda.

Razak Baginda ialah penasihat politik Najib Razak.

Najib Razak suami kepada Rosmah Mansor akan datang ke Kuala Terengganu pada petang ini.

Najib akan memberikan cek berjumlah 3 juta ringgit kepada Sekolah Rendah Cina Chung Hwa Wei Sin di KT.
Ini adalah salah satu usaha terdesak gerombolan United Malays National Organisation untuk meraih simpati pengundi Cina.


MAKAN TENGAH HARI


Tengah hari tadi saya telah makan tengah hari di sebuah restoran Cina. Saya telah membeli ikan tenggiri di pasar Dungun.
Saya telah menjadikan sushi ikan ini. Ini kerana ikan ini baru sahaja naik dari laut. Segar dan cukup baik untuk dimakan mentah.

Setelah makan saya bersembang dengan tuan empunya restoran dan para pekerja.
Mereka semuanya berlorat Terangganu. Makan jadi Makang.
Ikan jadi Ikang.

Dari perbualan ini saya difahamkan restoran ini semuanya akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.
Mereka tahu tentang kes Altantuya dan kesah keterlibatan Najib Razak.


TIAN CHUA DAN ANWAR TAN
Pada pukul 6 petang ini Anwar Tan dan Tian Chua akan mengadakan satu jamuan terbuka di Kampong Tiong.

Anwar Tan ialah Exco kerajaan Kelantan. Tian Chua ialah cellmate Tukar Tiub.

Jamuan makan malam ini adalah anjuran masyarakat Cina satempat. Kelihatan bahawa sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan
semakin kuat.


WARTAWAN


Wartan semakin ramai sampai. Tim MalaysiaKini diberikan berkubang di rumah editor Mkini - Wan Fathi anak tempatan.

The Edge di beritakan berkubang di seri Malaysia.


MAKANAN

Masih belum merayau-rayau. Tapi kopi kedai Cina di Kampong Cina boleh tahan.

Apa yang pasti ialah keropok lekor tidak akan dimakan kerana banyak aji-no-moto.

Pelik tetapi benar - minuman pagi di Dungun ada jual Nasi Minyak. Tetapi warga tidak banyak kelihatan obese.


TERKINI


Baru saya di beritahu oleh Exco AMK bahawa 5 ahli AMK yang sedang ditahan masih lagi belum dibebaskan.

Mereka di tahan di IPD Kuala Terangganu. ( Kalau mengikut lorat Terangganu mereka di tahang di IPD Kola Ganu).

Perundingan masih berjalan.


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
5 Januari 2009

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menahan Ketua AMK Terengganu, Sdr Fariz Musa dan lima lagi ahli Skuad AMK Terengganu yang sedang menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Penahanan Fariz yang juga Tmbalan Ketua AMK Pusat jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal oleh BN yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang menghairankan ialah,apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam? Apakah calon BN, yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan sebelum beliau melepaskan jawatan untuk dinamakan sebagai calon PRK Kuala Terengganu esok?

AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu.Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?

AMK mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu? Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.

AMK juga ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak. Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia