.

Rabu, 26 Oktober 2016

LAYARI SEKARANG RADIO BANGHSAR





 LAYARI 

SEKARANG

RADIO

BANGSAR

UNTUK WARGA K. LUMPUR
JEMPUT DATANG KE STUDIO
MENDENGAR  TEMUBUAL
DI 52c JALAN KEMUJA
BANGSAR UTAMA
UNTUK WARGA
DIMANA SAJA BERADA
BOLEH IKUT RADIO BANGSAR







-------------

BILA NAK AMBIL TINDAKAN




SAMPAI SEKARANG

TAKDA APA

MUKA NAJIB

KENA PIJAK



Bung: Apa dosa Rosmah, dia rampas harta awamkah?

Bung Mokhtar, yang menyifatkan perbuatan itu sebagai amat jahil dan biadap, merujuk kepada insiden ketika peserta BERSIH 4 meletakkan penyapu di gambar Rosmah dan Najib..
"Sebagai seorang pemimpin, kita harus menghormati.
Beliau turut meminta ketua polis negara mengambil tindakan terhadap mereka.



KAH KAH KAH

CAKAP BESAR

SATU HABUK

TAK ADA

MUKA NAJIB 

KENA KASUT

---------------

MALAM INI - RADIO BANGSAR






 MALAM ini

UNTUK WARGA K. LUMPUR
JEMPUT DATANG KE STUDIO
MENDENGAR  TEMUBUAL
DI 52c JALAN KEMUJA
BANGSAR UTAMA
UNTUK WARGA
DIMANA SAJA BERADA
BOLEH IKUT RADIO BANGSAR






--------------

KU LI JANTAN TAWARIKH



TAWARIKH TANAH MELAYU
Ku Li adalah satu watak dalam tawarih politik Tanah Melayu. Dia tak macam King yang lain yang main sabun atas karpet. Ku Li pada seluruh riwayat hidupnya berkubang di Wilayah Ulu, tempat jin bertendang, balak membatang .. balak yg akhirnye dikasi PAS pada Cina SingaPORE. 

Anak raja ini bergaul dengan Orang asal .. orang asal ini bukan sembarangan, mungkin telah wujud sebelum Adam lagi. Monyet, ungka, koro, cipan, tenok, rimau, gajah, pelandok di Gua Musang semuanya kenal anak raja ini .. begitulah lamanya Ku Li didalam hutan Ulu Kelantan. 

Pada 1987 kalau tidak kirne Chedet dgn nakalnya off kan lampu masa kira undi, dah tentu Ku Li jadi PM .. dah tentu Gua Musang jadi ibu negara. Ini bukan auta sebab gwa masa tu 1980 terlibat ngan kajian utk jadikan Gua Musang lebih besar dari Kota Bharu. 

Nasib tak bersama Ku Li .. dan dalam politik Ku Li tak sepintar Chedet yg ada darah keling, Kuli pon tak pandai main suwis lampu .. tapi kedua mereka ini jauh LEBIH BERSIH drp isteri Badak. Jom Bersih on YA AMPOOON KU LI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 10/25/16




-------------

GEROMBOLAN MAKIN RABAK







GEROMBOLAN

MAKIN RABAK

KU LI  MASIH

MAIN TEATER


‘Waktu menegur tamat, kini waktu keluar Umno’
 | October 26, 2016
Bekas ketua cawangan Umno berkata parti Melayu itu tidak boleh diselamatkan lagi seperti yang diharapkan Tengku Razaleigh.





PETALING JAYA: Sudah terlewat untuk ahli Umno mendisiplinkan pemimpin parti yang dilihat menyimpang daripada perjuangan parti itu, kata seorang bekas ketua cawangan Umno.
Naib Presiden Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Rushdan Mohamed mengulas kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menggesa ahli Umno bertegas mengingatkan pemimpin parti kembali menggerakkan negara mengikut visi pengasas negara.
“Masa menegur sudah berlalu, sudah terlambat. Sekarang waktu untuk ahli meninggalkan Umno,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata kritikan yang disuarakan sejumlah pemimpin akar umbi kepada pimpinan tertinggi, terutama  Najib , sebelum ini dibalas dengan tindakan disiplin.

YA AMPOOON

BILA KU LI

NAK MENCECAH

IBU DULI 

SAJE TANYA

RAMAI KANFUSE


-----------------

MUNCUL PEJUANG BANGSA..






JUJUR IKHLAS

TANPA DEDAK

WAJIB TONTON


TEORI DAN PRATIK JALAN RAYA



MENYUSUN DAN MENGHASUT
 KE  JALAN RAYA

Mungkin ada pembaca yang terlupa bahawa BERSIH adalah organisasi yang ditelur, dieram dan menetas atas tapak tangan parti politik. Parti PKR, DAP dan PAS bertanggung jawab melahirkan Bersih pada tahun 2007. Ketika itu Bersih dipimpin oleh Syed Shahir - dari Parti Keadilan Rakyat. Sosok ini juga adalah pemimpin Kesatuan Buruh - MTUC.

Sejarah meramkamkan bahawa Bersih dilahirkan atas keperluan parti politik yang mahukan pilihan raya bersih dan adil dijalankan. Slogan dan tuntutan Bersih dari awal lagi ialah  pilihan raya yang adil dan bersih.

Satelah berpuluh tahun ditipu, diputar dan dikelentong oleh Surahanjaya Pilihan Raya (SPR)  parti politik mula mendapat pencerahan. Parti politik yang selama ini hanya terbabit dalam pilihan raya mula berfikar apakah ada jalan lain untuk mendapat kuasa selain dari pilihan raya?

Parti politik mula yakin  - mula melihat bahawa kemenangan United Malaya National Organisation bukan kerana parti ini kuat tetapi kerana perancangan licik SPR.

Selama berpuluh-puluh tahun SPR telah menyusun dan mengatur perjalanan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. SPR dengan pelbagai tipu helah yang licik telah berjaya menjalankan projek  memastikan kemenangan parti Ketuaan Melayu.

Parti-parti politik pembangkang telah digunakan sebagai ‘prop’ atau ‘ pelakun tambahan’ untuk memperlihatkan bahawa di Malaysia ini ada demokrasi. Demokrasi di Malaysia sehat dan subur kerana ada pilihan raya. Di Malaysia ada lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai bukti. Ini mantra United Malays National Organisation.

Sayugia dingatkan bahawa ahli lembaga SPR yang dikatakan dipilih oleh Parlimen itu sebenarkan adalah bengolan-bengolan yang ditunjuk dan dilantik oleh United Malays National Organisation. Ini kerana parti gerombolan yang berkuasa. Dengan kuasa ditangan mereka maka mereka memastikan kuasa ini tidak akan terlepas. 

Cara terbaik dan teruji sepanjang zaman untuk terus berkuasa ialah melantik ‘geng sendiri’ untuk menjalankan pilihan raya. Ini samalah saperti Imam melantik Tok Kadzi dan Tok Kadzi melantik Imam. Khalas.

Kalau kita membaca tentang SPR - bunyinya memang sedap. SPR adalah sebuah lembaga  yang bebas mengendalikan pimilihan ahli parlimen dan ahli dewan negeri  di Malaysia. Tetapi   bukti  semakin menonjol  bahawa SPR hingga ke hari ini ini adalah budak suruhan gerombolan United Malays National Organsition.

Adalah mustahil - tidak masuk akal - ahli-ahli lembaga SPR yang dilantik oleh United Malaya National Organisation akan berani melawan towkay. Ini tidak pernah terjadi. Malah mustahil ada lembaga-lembaga daulah yang bebas  dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia.

Apabila kita telah memahami  semua hakikat ini maka ada lagi beberapa syarat dan hukum yang wajib kita difahami. Hukum dan syarat ini amat-amat penting untuk difahami sebelum  mengambil garis politik jalan raya.

Sebelum saya menghuraikan apakah syarat dan hukum itu adalah wajib  untuk saya menerangkan beberapa latar belakang dan fakta untuk memahami  dengan tuntas konsep dan teori politik jalan raya.

Pertama: Wajib disedari bahawa parti United Malays National Organisation walau pun mengklim memiliki 3 juta ahli sebenarnya adalah sebuah parti politik yang semakin kosong dan lompong.  Gembar gembur 3 juta ahli ini adalah karut. Ini samalah saperti anjing yang terus menyalak untuk menakut-nakut kita.

Hakikatnya parti Ketuanan Melayu ini menang dalam pilihan raya  bukan kerana sokongan rakyat. Bukan kerana ada organisasi massa. Bukan kerana ampoh dengan penyokong. Bukan kerana mendapat dan memiliki simpati dari orang ramai. Tidak. Tidak. Tidak.

Kekuatan gerombolan Ketuanan Melayu ini  bergantung kuat dengan jentera daulah atau ajensi-ajensi kerajaan. Jentera daulah saperti lembaga kepolisan, lembaga  kehakiman, lembaga agama, lembaga pendidikan.  Gerombolan ini juga dibantu kuat oleh pelbagai ajensi  kerajaan saperti  Kemas,  Jasa, RTM, Jakim, Jais, Jawi. Ajensi-ajensi ini dibayar  gaji oleh  cukai rakyat tetapi secara jahat bekerja untuk memastikan gerombolan Ketuanan Melayu ini akan terus bekuasa.

Ajensi-ajensi kerajaan ini akan bersekongkol bersama lembaga SPR untuk menipu dan membelit perjalanan pilihan raya untuk memastikan parti Ketuanan Melayu ini terus menang. Justeru - kepala taik yang mengepali penipuan pilihan raya ini ialah lembaga SPR.

Hakikatnya United Malays National Organsiation telah lama nazak. Lihat perkembangan politik tahun  2016 dengan kemunculan Parti Bersatu dan parti Warisan Sabah. Dua buah parti ini adalah pecahan dari United Malays National Organisation. 

Kemunculan Bersatu dan Warisan Sabah adalah sambungan dari pepecahan  United Malays National Organisation pada tahun 1998. Anwar Ibrahim ditendang makan muncul Parti Keadilan Rakyat.

Warga Malaysia wajib sedar a bahawa dalam PRU 12 dan PRU13 - parti DAP, PKR dan PAS bukan melawan atau menentang parti United Malays National Organisation. Dalam semua pilihan raya yang ditentang dan dilawan parti pembangkang ialah lembaga daulah dan semua ajensi kerajaan.

Fakta ini  wajib sentiasa diumumkan kepada orang ramai. Fakta ini amat amat penting untuk dihayati sebelum mengambil garis politk jalan raya.

Syarat utama untuk kejayaan politik jalan raya ialah wujudnya satu barisan yang ampoh. Penyusunan yang ampoh. Telah wujud kesatuan fikrah. Telah wujud satu keberahian  anak semau bangsa - bangsa semua agama - untuk menumpaskan yang rejim zalim. 

Perhatikan bagaimana semenjak 1965 hingga 1998 - warga Indonesia telah menyusun dan menggarap sambil mencari jalan untuk menjatuhkan Suharto yang dinobatkan oleh CIA  melalui rampasan kuasa.

Lihat juga bagaimana warga Iran  telah menyusun dan mengatur perjuangan melawan Shah Reza Pahlevi semenjak CIA menjalankan rampasan kuasa terhadap Mohammad Mosaddegh Perdana Menteri   Iran pada tahun 1953. Kejayan  Revolusi Iran hanya berjaya pada tahun 1979.

Proses mentapaikan kemarahan rakyat mengambil masa. Proses menyusun dan memberi pencerahan mengambil masa. Proses menggalang perserikatan - united front - yang maha luas bukan satu kerja yang senang. Iannya wajib dilakukan kerana menggalang peserikatan yang maha luas dengan satu tujuan adalah kunci kejayaan politik jalan raya. 

Pada ketika ini lanskap politik kita sedang berubah. Penggalangan perserikatan barisan bersatu sedang berjalan lancar.  Awalnya kita melihat Deklarasi Rakyat (DK) ditanda tangani oleh pelbagi sosok yang pada satu ketika dahulu adalah musuh politik. 

Ketika Deklarasi Rakyat ditanda tangani ada kumpulan dan sosok politik yang kurang sedar bahawa DK ini hanyalah permulaan. Suara menentang dan mengkritik DK didengar. Ini kerana sosok dan kumpulan ini belum masak pemahamam politik mereka tentang teori united front dan teori politik jalan raya.

Akhirnya berlaku ledakan kemunchak DK dalam usaha penggalangan barisan bersatu. Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahiam bertemu di mahkamah. Pertemuan ini adalah satu babak sejarah yang maha penting. Dua musuh ketat  telah berjabat salam dan bersedia untuk bekerjasama dengan satu tujuan - menjatuhkan Najib Rosmah. 

Pertemuan Mahathir dan Anwar pada 5 September 2016 di Mahakamah Jalan Duta membuktikan secara ilmiah teori united front atau barisan bersatu.

Apakah semuanya telah tuntas untik kita semua ke jalan raya?

Sabar dahulu. Kalau kita membaca Sejarah Melayu kita akan sampai ke babak dimana Melaka akan diserang oleh Portugis. Ingat apa yang dilakukan oleh Panglima Perang dan para hulubalang yang akan mengempur Portugis. Mereka membaca kitab-kitab pejuangan para sahabat Nabi untuk mendapat memperkukuh semangat juang.

Kita juga wajib membuat pekara yang sama. Yang saya maksudkan bukan membaca kitab perang di negara Arab tetapi membaca sejarah  politik jalan raya Revolusi Bolshevik, Revolusi Iran, pengalaman gerakan menjatuhkan Marcos, Suharto dan yang terbaru politik jalan raya yang berjaya menjatuhkan Zinal Abidin Ali dan Mubarak di Mesir.

Mengenali dan memahami pengalaman-pengalam orang terdahulu amat penting. Pengalaman mereka wajib kita jadikan panduan. Wajib kita jadikan guru untuk mengajar kita silap dan salah dalam  mengurus politik jalan raya.

Ilmu pengetahuan dari dari pengalaman yang terkumpul. Pengalaman yang terdahulu dari kita adalah sekolah yang terbaik.
Apakah ada lagi yang diperlukan? Jawabnya pasti ada. Untuk politik jalan raya mencapai kejayan kita wajib ada organisasi yang menganjur dan menyusun. Apakah Bersih ini bukan satu organisasi?  Bukankah Bersih sedang menyusun Besih5 sekarang? Apakah Bersih tidak dapat membawa kejayaan politk jalan raya?

Betul Bersih adalah satu organisasi  yang sedang menysusn Bersih5. Memang benar Bersih telah berjaya menyusun  himpunan yang amat besar dalam sejarah Malaysia. Bersih ada beratus NGO yang telah menanda tangani kesetiaan untuk menjadi kaum kerabat Bersih. Berpuluh ratus NGO kini berpayung dibawah bendera Bersih.

Saperti yang telah saya katakan  politik jalan raya ini bukan satu yang senang. Ianya satu yang susah. Kerana ianya susah maka saya mencampuri Bersih. Apakah  lagi yang diperlukan untuk politik jalan raya berjaya? 

Memang ada lagi yang kita perlukan. Pekara ini amat penting untuk kejayaan. Pekara ini ialah organisasi yang bersedia untuk merebut kemenangan. Apa makna merebut kemenangan? Tunggu minggu hadapan. (TT) 



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45










---------------------

SEMUA DARI AKAL MANUSIA





TAHNIAH

KERANA TELAH

SEDAR BAHAWA

SEMUA INI

DARI FIKRAH 

AKAL MANUSIA

YANG MUNCUL

HASIL DARI

MEMBUAT 

MENGELUAR

MEMPRODUSE



Syariah: Ada beza wahyu dan tafsiran manusia, kata aktivis Islam

 | October 26, 2016
Pengarah IRF berkata terdapat perbezaan antara apa yang boleh dianggap daripada Tuhan dan tafsiran manusia.
PETALING JAYA: Para sarjana Islam perlu bersuara mengenai undang-undang syariah yang berdasarkan tafsiran manusia, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.
Ini kerana terdapat perbezaan antara syariah yang diwahyukan dan undang-undang Islam yang berdasarkan pemahaman dan tafsiran manusia.
Menggunakan rang undang-undang (RUU) syariah Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai contoh, Farouk berkata, ia harus dibuka untuk perbahasan kerana ia adalah “secara asasnya adalah tafsiran manusia”.
“Ia pada asasnya adalah tafsiran manusia, jadi mereka bukan tuhan dan mereka bukan suci. Kita perlu mampu memahami perbezaan 2 aspek ini – sama ada daripada Tuhan atau apa yang ditafsirkan berdasarkan pemahaman sendiri,” kata Dr Farouk kepada FMT.


ANGAN ANGAN

KHYALAN JUGA

ASASNYA DARI

YANG WUJUD

YANG SEDIA ADA






-----------------

KENALI SIAPA PENYAMUN





TAHUKAH 

KAMU SIAPA 

PENYAMUN?




--------------

PEJABAT PKR KUANTAN DISERANG









f.b



Tindakan pengecut simbah cat di Pejabat Fuziah Salleh dan Sim Chon Siang malam tadi. Jangan ingat kami takut. Kumpulan Bersih Pahang tidak akan gentar. Lawan tetap lawan! 





















Amal Zon Semambu Provokasi jahat sudah bermula. Memang tidak matang dan tidak sejahtera. PAS mengutuk perbuatan tidak beradap ini dan menuntut semua pihak supaya berpolitiklah secara matang
LikeReply251 mins
Lim Veiyee Warna merah tu Jamal & geng punyalaa........
LikeReply140 mins
Limkimpor Lim Lawan tetap lawan
LikeReply38 mins
Isa Bin Ahmad Isma Sama mcm boss mereka telurnya dh kecut bila tgok baju kuning
LikeReply138 mins
Limkimpor Lim Barani belakang aje

-----------------

MAKAN DEDAK SAMPAI SENAK








TEMBOLOK

PENUH DEDAK

TAK DAPAT

BERSUARA

Khalid Samad

bidas Nik Abduh 

bela kerajaan zalim
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abduh Aziz yang didakwa membela pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri.
Pengarah komunikasi Amanah itu mengingatkan Nik Abduh yang juga ketua pemuda Pas serta pemimpin lain parti Islam itu agar tidak dilihat bersama dengan pemerintah yang zalim sebaliknya menzahirkan penentangan terhadap mereka.
“Nik Abduh, Tantawi (Nasaruddin Hassan) dan yang lain wajar ingat, mereka sebagai wakil parti yang bernama Parti Islam sepatutnya mereka menjaga nama baik Islam, memimpin penentangan terhadap pemimpin kleptokrat, bukan membelanya.
SATU LAGI

NAK GI GERMAN

NAK BELAJAR

BAHASA GERMAN






---------------

RAKYAT DUNIA BERJAGA JAGA






RUSIA

KEMBALI KUAT

KINI BANGUN

MELAWAN 

IMPERIALIS

AMERIKA

Russia's Big Guns Go to War

The two largest ships of the Russian Navy, the nuclear powered  battlecruiser Pyotr Velikiy (099) and the aircraft carrier 'Admiral Kuznetsov' (063) are now in the English Channel, steaming toward the eastern Mediterranean. Their mission is to establish a 1,500 km naval exclusion zone outside the coast of Syria and to sink any US carrier strike group willing to challenge them. 
NATO says the 'Kuznetsov' is on a mission to “bomb rebels in Aleppo”. This is true only as much that this is a combat mission; not a summer cruise, a training exercise, or just showing the flag. In fact, this is the first time any Russian or Soviet aircraft carrier has seen combat. 
Quote: "Russian warships off the coast of Norway are carrying fighter bombers that will likely reinforce a final assault on the besieged Syrian city of Aleppo in two weeks, a senior NATO diplomat said on Wednesday citing Western intelligence," reports Reuters.
The Russian battle group, once it is assembled in the Mediterranean may be the largest European naval formation to see combat since the Battle of Jutland in 1916. Wikipedia
Most likely the battle group will include several nuclear attack submarines, of the 'Akula' and 'Oscar' classes. Wikipedia
Their mission is to stop the planned American war on Syria and to prevent the US Navy from launching airstrikes or  Tomahawk cruise missiles at the Syrian Arab Army or the Russian forces in Syria. This is a repetition of the situation in August 2013, this time with an even larger Russian naval presence.
Soviet capital ships were designed to sink American aircraft carriers. Their main weapon is the P-700 Granit supersonic anti-ship missiles carried on the 'Pyotr Velikiy', the 'Kuznetsov', and the 'Oscar' class submarines. Wikipedia

If the Russian force is threated, they will be supplemented by 'Tupolev Tu-22M' strategic bombers carrying 'Kh-15 and Kh-32' anti-ship missiles with operational ranges of 300 km and 1,000 km respectively. The bombers may be deployed to Syria or the Hamadan Air Base in Iran. 
The US is now openly preparing for war against Syria. Their previous attempt in August 2013 failed because of the Russian naval presence outside Syria. The events were mostly kept secret from the Western audience. 
The standoff was first described by Israel Shamir in October 2013: “The most dramatic event of September 2013 was the high-noon stand-off near the Levantine shore, with five US destroyers pointing their Tomahawks towards Damascus and facing them - the Russian flotilla of eleven ships led by the carrier-killer Missile Cruiser Moskva and supported by Chinese warships.
Apparently, two missiles were launched towards the Syrian coast, and both failed to reach their destination.” 






--------------