Isnin, 20 September 2010

SATU LAGI SKANDAL GEROMBOLAN !!!




KENYATAAN MEDIA
20hb September 2010

Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM610 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?

Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan. Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.

Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi? PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).

Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia. Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

TIKUS MENIKUS




KAMALNATHAN YB HULU SELANGOR
MEMBERI CERAMAH DI SURAU






ISU MASJID: MAIS DIDAKWA AMAL DOUBLE STANDARD
– minsider

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kerana mengamalkan sikap “double standard” berhubung isu tidak membenarkan orang bukan Islam daripada memasuki ruang solat masjid dan mendakwa institusi agama tersebut telah melanggar etika dan arahan yang dikeluarkan sebelum ini.

“Ini jelas menunjukkan sikap double standard oleh Mais kerana sebelum ini mereka kata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat dan ia meliputi semua termasuk wakil rakyat serta ahli politik.

“Tapi bila membabitkan wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN), Mais seolah-olah tutup sebelah mata dan membenarkan wakil rakyat itu memasuki ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider.

Beliau menyifatkan Mais sebagai “alat politik” Umno-BN kerana tidak mempunyai pendirian dalam isu tersebut.

“Ini adalah politik yang diamalkan Umno-BN, nampaknya Mais seperti lembu yang dicucuk hidung sehingga sanggup mendengar apa sahaja arahan yang dikeluarkan.

“Malah apa yang saya terkejut Mais juga telah melanggar etika dan arahan yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya lagi.


KAH KAH KAH…

woit… MAIS NI APA?.... kah kah kah..

kah kah kah… MAIS INI TIKUS KAN.... kah kah kah..

woit… KENAPA TIKUS NI TAK LAPOR TENTANG UZTAZ KAMAL PADA RAJA GOPAL…. kah kah kah..

kah kah kah… RAJA GOPAL TAK MURKA…kah kah kah..

kah kah kah… KAVITA SINGH APA CERITA …….. kah kah kah…

PENYAMUN PENYAMUN MULA BERGADUH BEREBUT HARTA PERANG




PENYAMUN TARBUS




SELANGOR SANGAT TERUK – TOYO TAK MINAT JADI MB LAGI
-mkini

Khir Toyo berkata beliau tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor. Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, sekiranya mereka berjaya merampas semula negeri itu.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... NAK JADI MACAM MANA... MAT EZAM YANG AKAN JADI MB... kah kah kah..

kah kah kah... TIMBALAN MB ... LOKMAN ADAM... kah kah kah..

TUNGGU DAN NANTI




TEKAN JANGAN TAK TEKAN





PEKILANG TENTANG NIAGA RINGGIT DI LUAR NEGARA – mkini

Cadangan untuk meniagakan ringgit di luar negara boleh menarik "wang panas" jangka pendek serta aliran masuk dan aliran keluar spekulatif, satu senario yang berlaku semasa krisis kewangan Asia
1997/98.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) berkata dengan memperdagangkan ringgit di luar negara, wang panas dan aktiviti spekulatif untuk "menyebarkan berita yang menaikkan nilai ringgit" boleh mempengaruhi paras rizab antarabangsa dan menjejaskan ekonomi sebenar.

"Bagi pelabur serius, regim tukaran asing yang stabil dan mencerminkan asas ekonomi sebenar adalah lebih penting. Kebebasan untuk menghantar balik keuntungan dan menerima pembayaran sama penting," katanya.

FMM berkata demikian sebagai mengulas laporan yang menyokong ringgit yang kukuh dan meniagakan mata wang negara di luar negara.

Menurut persekutuan berkenaan, kestabilan regim tukaran asing adalah penting untuk semua pelabur dan ekonomi jangka panjang.

"Kestabilan ringgit dan kebebasan untuk menghantar dividen dan modal yang menarik pelaburan jangka panjang termasuk pelaburan langsung asing adalah penting.

"Kita perlu mengingatkan diri kita tentang apa yang dialami semasa krisis kewangan 1997 yang mengajar negara bahawa spekulasi yang tidak dikawal dan aliran masuk wang panas memberi kesan bukan hanya secara langsung terhadap pasaran kewangan tetapi juga terhadap aktiviti dalam ekonomi sebenar," kata FMM.


KAH KAH KAH..

woit…. PEKILANG JANGAN RISAU…. kah kah kah..

kah kah kah… PEKILANG JANGAN TAKUT…. kah kah kah..

kah kah kah… PEKILANG BOLEH TERUS TIBAI KAUM BURUH…kah kah kah..

kah kah kah…. PEKILANG BOLEH TERUS BAGI GAJI MURAH… kaha kah kah..

kah kah kah…. TUNGGU KENYATAAN DARI MAT MONGOL… kah kah kah..

kah kah kah… MAT MONGOL AKAN CAKAP : BELUM MUKTAMAD LAGI…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK CAYA TUNGGU DAN NANTI…. kah kah kah


nota:
mat mongol
sudah jadi
mat tak muktamad kah kah kah



JEMPUTAN DARI ZUNAR DAN MB PERAK





MARI BERSAMA ZUNAR DAM MENTERI BESAR PERAK JUMAAT INI




MENTERI BESAR PERAK AKAN BERSAMA

Salam saudara/saudari,

Dijemput hadir ke majlis pelancaran buku terbaru saya CARTOON-O-PHOBIA pada jam 8 malam 24 September ini (jumaat) di Selangor Chinese Assembly Hall seperti yang dinyatakan di atas. Ia akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin. Harap juga saudara saudari dapat membeli CARTOON-O-PHOBIA sebagai sokongan kepada saya:

1. Untuk membantu dana bagi melawan KDN di mahkamah yang dijangka
bermula Oktober depan.

2. Untuk memastikan 'reformasi kartun' yang dimulakan oleh saya
dan konco-konco dapat diteruskan.


* Untuk membeli secara online sila ke link ini:

http://blog.cartoonkafe.com/?p=302

atau

http://www.gerakbudaya.com/products-page/new-release/cartoon-o-phobia-a-collection-by-zunar/

* Untuk sebagarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat saya: 03

22-72-40-45 atau email kepada cartoonkafe@gmail.com.


Sekian terima kasih,
Zunar (zunar49@gmail.com)


SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU





MAHAFIRAUN MENANGIS
KERANA TELOR PECAH






PELABUR BERHATI- HATI APBILA PEMBANGKANG BURUKKAN KERAJAAN : AHMAD HUSNI
- berita hairan

Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kesan kepada pelabur asing kerana mereka lebih berhati-hati terhadap suasana sosial di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah pembangkang membangkitkan isu perkauman dan agama di kalangan masyarakat berbilang etnik menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-ramai.

Katanya, kegelisahan masyarakat dibimbangi akan bertukar kepada konflik antara etnik dan pelabur mengambil-kira risiko berkenaan sebelum membelanjakan wang mereka di negara ini.
"Prinsip demokrasi di negara kita, selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.

"Pelabur asing memang mengambil-kira risiko sosial yang akan mereka tanggung jika melabur di negara yang tidak stabil dari segi sosial ini," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.

KAH KAH KAH

woit… PELABUR MANA NAK DATANG…. KALAU PM TERLIBAT KES BUNUH… kah kah kah..

woit… INI BUKAN KES BUNUH YANG DI TIMBUL PAKATAN RAKYAT… kah kah kah..

woit… PELABUR MANA NAK DATANG… RASUAH TINGGI… YANG RASUAH BUKAN PAKATAN RAKYAT…. kah kah kah..

woit… PELABUR MANA NAK DATANG…. BUAT BANGUNAN…. BANGUNAN RUNTUH…. kah kah kah…

woit… PELABUR MANA NAK DATANG…. SEMUA DASAR BELUM MUKTAMAD…. kah kah kah..

woit…. PELABUR MANA NAK DATANG… TAKUT DENGAN BERAHENG… kah kah kah…

woit… PELABUR TAK NAK DATANG…. KERANA ADA TIGA PERDANA MENTERI DI MALAYSIA…. kah kah kah..

kah kah kah.... TAK PASTI MAN PM YANG BETUL BOLEH BUAT KERJA.... kah kah kah

kah kah kah…. NAK MELABUR KENA RASUAH TIGA PM…. kah kah ka

baca ini lagi :


RASUAH CULAS PUNCA PELABUR TAK MINAT
– harakah daily

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan cuba memberi gambaran serba indah tentang ekonomi negara biarpun hakikat adalah sebaliknya.

Beliau merujuk Laporan Bank of America Merill Lynch yang mendapati Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana.

Kedudukan Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke-10, dan kini di kedudukan tercorot.

"Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala kedudukan negara menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara.

"Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembab ini," katanya lagi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


KES KLASIK MELAYU TIPU DAN JUAL MELAYU




BUKAN SAHAJA RASUAH - HUTANG BUAT BENDERA PUN TAK BAYAR !



500 MAHASISWA MELAYU CEMERLANG MUNGKIN PULANG - melayau

Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian.

"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?
"MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini.

Menceritakan mengenai kemelut pelajar berkenaan, Hasan berkata, pada 29 Mei lalu, Pengerusi Kongres Ekonomi Melayu, Ibrahim Ali telah menyerahkan memorandum pelajar berkenaan kepada Najib Razak.

"Pada mulanya kita difahamkan bahawa tindakan telah diambil, tetapi malangnya kita dimaklumkan oleh pelajar berkenaan bahawa mereka masih belum mendapat biasiswa.

"Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung kemudian ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum tetapi tidak berpeluang melakukannya, sebab itulah kes ini diserahkan semula kepada MPM," katanya.

Sehubungan itu, MPM sekali bertanyakan kepada kerajaan sama ada ingin melayan kes tersebut atau mengabaikannya begitu sahaja.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas enggan menyelesaikan perkara itu, maka MPM tidak mempunyai pilihan melainkan akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut.

"MPM sedia memanjat pagar istana, jika tiada pilihan lagi untuk mengadu dan meminta Majlis Raja- Raja mengarahkan kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar itu," katanya

KAH KAH KAH

woit…. INI KES CUKUP SEDIH… kah kah kah..

kah kah kah… INI KES CUKUP BODOH… kah kah kah..

woit... INI KES CUKUP SENANG SELESAI.... kah kah kah..

woit… TANYA GEROMBOLAN KENAPA BAZIR DUIT BELI KAPAL SELAM ?... kah kah kah..

kah kah kah… DUIT RASUAH BELI KAPAL SELAM BOLEH TAMPONG SATU UNIVERSITI UNTUK SATU TAHUN… kah kah kah..

kah kah kah… TANYA GEROMBOLAN… APA GUNA KAPAL TERBANG RUSIA YANG TAK TERBANG TERBANG…. kah kah kah..

kah kah kah…. TANYA GEROMBOLAN…. APA GUNA BELI KERETA KEBAL… KITA BUKAN NAK PERANG…. kah kah kah…

nota:
kalau duit tidak dibazir
beli kapal selam
beli kereta kebal
beli jet pejuang
tidak ada masaalah tak ada duit
semua universiti belajar percuma

PERNIAGAAN RAJA GOPAL TERANCAM




DATUK DATUK SEDANG SANTAI





KERAJAAN PERLU AMBIL TINDAKAN KE ATAS DATUK, DATUK SERI – PEMUDA MIC – mStar

Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendakwa kononnya telah dianugerahi gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' serta menipu golongan yang tidak bersalah, kata Pemuda MIC.

Ketuanya T.Mohan berkata kerajaan juga perlu mewujudkan pangkalan data berpusat yang mengumpul semua gelaran yang dianugerahi kepada masyarakat oleh kerajaan persekutuan dan negeri, termasuk Wilayah Persekutuan.

Pangkalan data berpusat itu akan membolehkan orang ramai menyemak penyandang gelaran di negara ini, dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa pihak yang diragui perwatakannya, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Sabtu.

Mohan mengulas laporan akhbar mengenai seorang daripada peguam yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi, bukanlah bergelar 'Datuk'.

KAH KAH KAH

woit… DULU SENANG SAJA… HANYA POLIS DI PANGGIL DATUK…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU NAK KIRA DATUK YANG MENIPU … MESTI BANYAK…. kah kah kah..

kah kah kah… ADA DATUK JAGA AYAM…kah kah kah..

kah kah kah… ADA DATUK JAGA CHINA DOLL… kah kah kah..

kah kah kah.. ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG JAGA AYAM... kah kah kah..

kah kah kah… ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG JAGA CHINA DOLL…. kah kah kah..

kah kah kah…ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG BAWA PENDATANG HARAM…. kah kah kah..

kah kah kah… ADA DATUK YANG JAGA DATUK YANG BAWA DADAH MASUK…. kah kah kah…

woit… OOOO MAK DATUK…. BUKAN MAIN BANYAK… kah kah kah..

nota:
ni belum kira lagi
datuk dari sulu
datuk dari dari jambi
datuk dari bagan datuk kah kah kah

nota:
kalau hapus datuk
raja gopal nak jual apa kah kah kah