.

Khamis, 23 April 2015

GERAKAN TUKAR KERAJAAN








Bukan menghasut kalau minta kerajaan tukar pemimpin, kata Mahathir

Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Putrajaya menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk mengekalkan kuasa ialah langkah yang tidak betul, selepas beberapa pindaan ke atas akta itu dilihat menekan dan menutup mulut pengkritiknya.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, undang-undang tersebut yang digubal semasa zaman penjajah tidak sewajarnya digunakan ke atas mereka yang mengkritik kerajaan termasuk mereka yang meminta kerajaan ditukar.
"Jika anda (kerajaan) menggunakan undang-undang tersebut untuk kekal berkuasa contohnya, saya rasa ia tidak baik," kata Mahathir
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bukan-menghasut-kalau-minta-kerajaan-tukar-pemimpin-kata-dr-mahathir#sthash.8bYv9tiO.dpuf


KAH KAH KAH

woit
hapuskan akta hasutan
hapuskan najib
hapuskan kerajaan
tukar kerajaan
KURUSKAN ROSMAH

-----------------------

RAiS YATIM MASUK MENIBAI







KOMENTAR








apa makna berita ini?
berita ini amat penting

tidak lama dahulu
ismail sabri dalam usaha nak bodek najib
telah bocorkan bagaimana
SPR dengan persempadanan semula
telah digunakan oleh mahathir
untuk meneruskan kuasa

kali ini rais yatim
telah membocorkan wujudnya
2000 orang pegawai yang dibayar
untuk menyebar propaganda gerombolan

justeru
tt adalah tepat apabila
menulis bahawa yang dilawan
dalam pilihan raya bukan
united malays national organisation
tetapi jentera daulah
parti ketuanan melayu sedang nazak



Bekas menteri penerangan tuding jari pada Kementerian Komunikasi gagal jawab isu


Bekas menteri penerangan, Rais Yatim, menyalahkan Jabatan Penerangan dan bahagian penerangan Umno yang dilihat gagal menjelaskan persoalan yang dilontar kepada perdana menteri, mutakhir ini.
Menurut penasihat sosio-budaya kerajaan itu, pendekatan lapuk Umno dalam menangani isu di luar parti tidak lagi berkesan.
"Umno menggunakan pendekatan tradisional berdepan dengan isu luaran parti.
"Penerangan Umno kini sudah tidak berkesan dan lesu sedangkan penerangan kerajaan pula tidak mampu meredakan suasana lantaran isu-isu yang dijawab dianggap tidak memuaskan majoriti," katanya seperti dilaporkan ASTRO Awani.
Jelasnya, Jabatan Penerangan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, tidak lagi memanfaatkan sepenuhnya pegawai mereka yang dibayar gaji untuk menerangkan isu semasa kepada rakyat.
"Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu.
"Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan," katanya seperti dipetik di dalam laporan itu.
Tanpa huraian lanjut, Rais turut menyifatkan yang Najib kini sudah tidak boleh bergantung harap dengan orang di sekelilingnya dan Umno kini "dihinggapi penyakit lama".
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-menteri-penerangan-tuding-jari-pada-kementerian-komunikasi-gagal-jawa#sthash.hcqGiBP3.dpuf

KAH KAH KAH

woit
nampak najib makin tersepit
bayangkan sang perogol pun
dah berani tibai
bila pokok dah goyang
bangla pun berani mengencing
kah kah kah
AKAN LINGKUP

---------------------

NAJIB REMBAT BILION BILION







42 bilion

Mahathir  said the government had invested RM1 million in 1MDB at its inception, and the fund went on to borrow from various sources, leading to its RM42 billion debt. 



Najib mesti undur kerana ‘kehilangan’ 

dana 1MDB, kata Mahathir

Dana yang tidak dapat dikesan dari perbelanjaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menunjukkan wang itu kini "hilang" dan ketidakmampuan  Najib Razak menerangkan perkara itu membuatkan beliau tidak layak menerajui negara, kata  Mahathir Mohamad.
Menulis lagi di blognya dalam usaha menyeru Najib meletak jawatan, bekas perdana menteri itu juga membayangkan wujud unsur rasuah dan kecurian dalam dana 1MDB, mengatakan duit yang hilang itu "tidak sama dengan kerugian yang dialami".

"Kerajaan mungkin rugi duit melalui pelaburan yang tidak menjadi. Kita akan tahu di mana wang itu hilang.
"Tetapi, apabila sejumlah besar wang yang hilang, mereka yang diamanahkan menguruskannya mesti bertanggungjawab atas kehilangan itu.

"Kehilangan ini ialah mengenai wang yang tidak lagi dapat dikesan. Ini boleh jadi kerana rasuah atau kecurian," tulis Mahathir dalam blognya chedet.cc hari ini

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-mesti-undur-kerana-kehilangan-dana-1mdb-kata-dr-mahathir#sthash.BDvKtrWV.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
anak razak ni
dah rembat duit
bukan kecil anak
bukan juta juta
dah rembat 42 bilion ringgit

GILA PUNYA  PM

------------

KUMPULAN TEATER BUKAN TEATER




TOK AMPOO

TIKET 

HABIS TERJUAL


PELAKON

PELAKON TOK AMPOO
malam pembukaan di markas tarbiah melewar
pakai baju biru ialah blak
kini menjadi amin iskandar di malaysian insider
pakai songkok ialah mat kedah
kini guru agama dan aktivis pas di kedah
pakai jaket bedak puteh arwah
ada misai dan janggut rahmat harun
mata tertutup ialah kambing kini fadil
baju t merah namanya bal
yang sorang lagi gwa lupa - maaf


BIK MAMA &

MINAH LEMBU



TEATER BARU

BELI TIKET 

SEKARANG

pj live arts
jaya one  - seksyen 17
petaling jaya
pukul talipon

03-228-98-49




------------------

SAMAN JANGAN TAK SAMAN




KOMENTAR
najib dan rosmah
diburuk dan dihina di indonesia
yang memburukkan ialah TEMPO
majalah besar indonesia

langkah terbaik ialah saman
saperti saman najib pada HARAKAH
kalau tak saman
ertinya fakta TEMPO
ada;ah tepat dan benar

NOTA
apakah ini kerja
anwar ibrahim juga?
kah kah kah


Sebuah majalah Indonesia menyiarkan artikel mendedahkan "gaya hidup mewah"  Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor, dua hari selepas melakukan lawatan kerja ke republik itu.
Laporan Tempo bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri" melaporkan tentang barangan yang dibelanjakan Rosmah termasuk beg tangan jenama Birkin dan barang kemas.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/majalah-indonesia-dedah-gaya-hidup-mewah-najib-rosmah#sthash.tFzRqs2G.dpuf

Malaysia mahu penjelasan editor majalah Indonesia dedah hidup mewah Najib, Rosmah



Malaysia akan memberikan penjelasan kepada majalah mingguan Indonesia berhubung laporannya yang mendedahkan 'gaya hidup mewah'  Najib Razak dan isteri  Rosmah Mansor, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Memetik kenyataan Duta Besar Malaysia ke Indonesia  Zahrain Mohamed Hashim, pihaknya mahu berjumpa dengan editorial Tempo bagi menjelaskan isu itu yang disifatkannya sebagai tidak tepat.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-mahu-penjelasan-editor-majalah-indonesia-dedah-hidup-mewah-najib-r#sthash.mdm9BZmQ.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini sudah baik
ini sudah ter best
ini sudah unggul
perang telah merebak
kah kah kah
majalah indonesia 
sudah mulai tibai
ini tanda tanda
SAMAN SAMAN SAMAN


-------------------

SATU LAGI PUNAT MUNCUL







SATU LAGI

PUNAT





Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman menyatakan pengundi yang mengundi calon menolak hukum hudud adalah haram dan berdosa. Menurut Badrul,




KAH KAH KAH
woit
mana boleh beli buku
mana boleh dapatkan
kitab kitab tulisan
ustaz ini
saje nak tanya
ustaz ni mesti hebat
kerana boleh halal
dan haramkan macam macam
entah entah on9

APA PUNYA HEBAT



-----------

MEMANDAI MANDAI



PANDAI MEMANDAI
Nur Jazlan: PM dikeliling penasihat pandai memandai Diterbitkan Apr 22, 2015 4:24pm Dikemaskini Apr 22, 2015 4:27pm -+ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikelilingi penasihat "pandai memandai" yang sebenarnya lebih memetingkan perut masing-masing berbanding mempertahankan beliau daripada serangan.

 Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, lebih menyukaran Najib ialah, pemimpin yang mempertahankan anak bekas perdana menteri itu tidak memiliki kredibeliti dan pengalaman. 

Keadaan itu, kata Nur Jazlan, menyebabkan segala hujah yang dikemukakan untuk mempertahankan Najib dapat dipatahkan dengan mudah. "Di sinilah letaknya perbezaan utama Tun Dr Mahathir dan Najib sebagai Presiden Umno dan perdana menteri kerana pada zaman Najib, beliau tidak mempunyai barisan menteri kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat," katanya. on SELAMATKAN MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/22/15







------------

PERTANYAAN MENUNGGU JAWAB





KOMENTAR
najib diingatkan sekali lagi
agar menjawab pertanyaan:

1- siapa beri arahan  sirul bunuh altantuya
2- siapa upah sirul dan azialh bunuh altantuya



Seorang lagi ahli Parlimen Umno gesa 

Najib jawab  Mahathir 

 Najib Razak perlu segera menjawab semua dakwaan yang dibangkitkan  Mahathir Mohamad, kata seorang lagi ahli Parlimen Umno hari ini, menyatakan kegagalan perdana menteri berbuat demikian akan memudaratkan parti.
Ahli Parlimen Pulai  Nur Jazlan Mohamed, yang juga pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata hari ini, Najib tidak sepatutnya menunda menjawab soalan Mahathir atau mengabaikannya sehingga pilihan raya umum akan datang
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/seorang-lagi-ahli-parlimen-umno-gesa-najib-jawab-dr-mahathir#sthash.xohd98Hk.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ini anak arwah tok mat
yb muda yang berani
yb jadi harapan negara
berani puntau mat mongol
berani timbau mat mongol

TERUSKAN LAGI

--------------

TERUSKAN SERANGAN








KOMENTAR
mustahil najib akan bubar parlimen
mustahil ada pru segera
malah pemilihan dalam
united malays national organisation akan tanggguh

ini cara terbaik selamatkan diri

NOTA
mahathir akan menerus
serangan hendap



Nur Jazlan: Bubar parlimen demi Umno

Najib boleh "membersihkan" tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentabdirannya dengan mengadakan pilihan raya lebih awal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC)Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, Najib Razak boleh mengambil jalan singkat membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru.



KAH KAH KAH

woit
hang ingat 
mat mongol bodoh
sampai kiamat
tak akan bubar parlimen
mat mongol nak terus
jadi PM sampai kotai
tak caya tunggu

APA PUNYA TUUR


---------------

PERANG DISAMBUNG LAGI








KOMENTAR
jangan harap
mahathir akan berhenti
jangan simpan harapan
mahathir akan tidsk menyerang

mahathir hanya berhenti
sesudah najib lungkup

Muhyiddin perlu singkir Najib

 | April 20, 2015
Muhyiddin boleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO sebagai bantahan kepada Najib untuk meletak jawatan






PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO,  Muhyiddin Yassin diminta mengambil tindakan lebih berani selepas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak sendirian dalam menyuarakan kebenaran.
Kenyataan yang dibuat pada Ahad dianggap sebagai isyarat bahawa beliau sudah hilang kepercayaan kepada   Najib Tun Razak.
“Muhyiddin bukan lagi setakat menghormati hak  Mahathir dalam mengkritik dan menanyakan soalan sebagaimana yang pernah disebutnya sebelum ini, tetapi sudah meletakkan dirinya bersama-sama dengan apa yang diperjuangkan oleh bekas Perdana Menteri itu,” komen Shahbudin Husin dalam blognya.


KAH KAH KAH

woit
agaknya bila?
sesudah atau sebelum
bulan puasa

KAH KAH KAH


---------------

PIDATO MERDEKA RAKYAT





MERDEKA RAKYAT


Gabungan Merdeka Rakyat akan mengadakan Pidato Merdeka Rakyat untuk merasmikan deklarasi gabungan merdeka rakyat yang mengandungi 7 tuntutan kebebasan. Pidato ini akan disampaikan oleh pimpinan mahasiswa, aktivis muda dan belia serta wakil NGO.

Butirannya seperti berikut:

Tarikh                   : 28 April 2014 (Selasa)
Masa                    : 8.00 malam
Lokasi                   : Pusat Kebudayaan LLG

GABUNGAN MERDEKA RAKYAT




--------------------