Selasa, 6 Januari 2009

TERKINI !! MAHAFIRAUN TEMBAK CALON GEROMBOLAN


MAHAFIRAUAN TEMBAK WAN FARID



Mahafiraun telah membocorkan kepada umum bahawa Wan Farid ialah macai setia Dolah Badawi.

Wan Farid bukanlah calon yang tepat mengikut pandangan Mahafiraun.

Mahafiraun berbuat demikian kerana dia berharap calon gerombolan ini akan kalah. Apabila kalah maka Dolah Badawi tidak berkemungkinan lagi untuk terus menjadi PM.

Berita-berita yang mengatakan bahawa Dolah Badawi akan meneruskan tugasnya
sebagai PM masih tersebar luas.Ini berikutan dengan sambutan hangat, lebih dari 100 orang telah datang menyambut Dolah yang pulang dari Iran, dua minggu dahulu.



NAJIB KATA PRK P036 BUKAN TENTANG DIA


Najib mula merasakan mood kalah sedang datang.

Dengan cepat Najib telah membuat kenyataan bahawa PRU P036 bukan dugaan untuk kepimpinan dirinya.

Najib merasa calon gerombolan amat susah untuk mendapat kemenangan, justeru dia membuat kenyataan ini.




TERKINI!! TERKINI!!!


LIMA BEBAS



Jam 1.15 pagi KT. Lima ahli AMK baru sahaja di bebaskan.

Mereka telah ditahan hampir 20 jam.

Salah seorang dari yang ditahan Aminuddin Ahmad, 29 tahun telah memberitahu TT bahawa
dia telah ditahan pada jam 5 pagi lalu di depan HSBC Jalan Bandar.

Pihak polis telah mengambil 6 kali kenyataan dari beliau.

Mereka berlima hanya dibebaskan hingga ke jam 2.00 petang esok. Esok sebelum jam 2.00 mereka diwajibkan datang melapor diri ke balai polis.



TERAKHIR DARI P036 -KT

AIR KENCING PULAK


Pada jam 2.20 lima ahli AMK termasuk ketua AMK Terangganu telah di bawa ke mahkamah magistrate
KT.

Mereka telah dibebaskan dengan jamin mulu oleh magistrate.

Selepas itu OCPD KT telah mengarah mereka berlima ini ditangkap kembali untuk pemeriksaan air kencing.

Siasatan pihak polis kelihatan terarah kepada apakah strateji gerak gempur AMK dalam PRK P036 ini.Pihak polis
kelihatan amat ingin tahu akan rancangan kempen AMK.

Pihak polis ingin tahu berapa ramai ahli AMK yang akan datang. Dan bila Anwar Ibrahim akan sampai.Semuanya tidak
ada sangkut paut dengan kes poster Altantuya.

Lima yang ditahan itu masih belum dibebaskan.


ANWAR IBRAHIM



Anwar Ibrahim akan turun ke KT pada 6hb ini. Anwar akan berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Satu ceramah perdana akan diadakan. Tempat masih belum dipastikan.