.

Rabu, 18 Februari 2015

SELAMAT YAMSEENG







SELAMAT

yaammm  seeeeeeng 









-------------

SENDAT KETAT DAN HEBAT




PERKAHWINAN

 KURUN INI
lebih hebat
lebih ketat
lebih sendat
dari perkahwinan 
raja segala raja
ahmad reza pahlevi
dengan
puteri soraya





KITA BANGUN DAN LAWAN






KITA MENADUK
Tahun ini tahun kambing....kasih tanduk deras sikitlah itu tiang...setengah tiang berdiri tak indah permailah nengoknyer.....sirul dikambingkan...anwar dikambingkan...tiang negara dikambingkan....alang alang dikambingkan...mai kita tanduk ramai ramai tembok zalim ni....

kita test dia punya padu..meka pun tengah tunggu kena test tu....jom menanduk...kita tanduk sampai roboh....jangan main main dengan tanduk rakyat....terpelanting korang karang......kakkakakaka....MENANDUKLAH KAMU SEBELUM KAMU DITANDUK......jom lawannnnnn..... on JANGAN BUANG MASA
Publish | Delete | Spam
DD KAYBEE
at 4:32 PM
BUAT DI LEBUHRAYA
TT..mcm mana nak turun jln raya kalau ada byk sekatan jln raya? Aku cdg buat demo atas jln Hiway sajalah. Biar Hiway sesak lumpuh. Bila Hiway lumpuh ekonomi lumpuh dan akhirnya kerajaan pun lumpuh dan LINGKUP. Kalau buat demo kat Dataran merdeka..ekonomi negara tak boleh lumpuh. on JANGAN BUANG MASA
Anonymous
at 4:16 PM


TURUN JALAN RAYA
Betul kata pak syeikh tt.Surah Madet pasal janggut nabi semua orang tahu.tapi yang penting adalah fakta Pakatan Rakyat diketuai anwar mendapat 52%.kita adalah majoriti senyap bukannya gerombolan penyamun united malay ngok organisation.yang ditipu oleh utusan meloya adalah fakta gerombolan hanya dapat 47%.

Kerajaan sekarang adalah kerajaan haram,sesiapa yang makan gaji dengan kerajaan ala haramjadah adalah manusia bangsat bersekongkol dengan melayu pariah.najib tak boleh mendabik dada, jalan terbaik adalah TURUN KE JALAN RAYA SUPAYA BIK MAMA TAHU RAKYAT ADALAH TUAN DALAM NEGARA INI.Bukan Madet keling, bukan Daim, bukan kerajaan UMNgOk.kah...kah...kah.. on JANGAN BUANG MASA
Anonymous
on 2/18/15
BRAVEHEART
Here is the speech of William Wallace from "Braveheart": "I am William Wallace. And I see a whole army of my countrymen, here in defiance of tyranny! You have come to fight as free men. And free man you are! What will you do without freedom? Will you fight?" 

"Two thousand against ten?" - the veteran shouted.

 "No! We will run - and live!" "Yes!" Wallace shouted back.

 "Fight and you may die. Run and you will live at least awhile. And dying in your bed many years from now, would you be willing to trade all the days from this day to that for one chance, just one cahnce, to come back here as young men and tell our enemies that they may take our lives but they will never take our freedom!" on BANGUN DAN LAWAN




------------

JANGAN BUANG MASA



 

JANGAN BUANG MASA


Jangan buang masa. Anwar Ibrahim sedang dipenjara. Jadi - jangan buang masa.

Apa yang saya tulis kali ini adalah rakaman pengalaman untuk menjadi rujukan. Pengalaman itu adalah ilmu. Ilmu datang dari pengalaman yang terkumpul. Ilmu bukan datang dari mimpi. Bidang apa pun ilmu itu pasti ianya bukan datang dari betapa dibawah pokok pisang. Ilmu bukan datang dari suara jin atau pelesit. Ilmu adalah pengalaman terkumpul. Apabila pengalaman ini ditulis maka ianya menjadi ilmu rujukan.

Apabila kita baca buku – yang kita baca itu adalah pengalaman orang lain. Rumusan dalam buku itu adalah rumusan dari pengalaman Sang Penulis. Kita membaca untuk mengenal pasti pengalaman. Untuk kita jadikan ilmu rujukan.

Jangan buang masa berbincang pekara-pekara remeh. Contohnya - jangan mula hendak berfikir untuk mulakan kempen penerangan Kes Jubur Saifol. Jangan buang masa. Jangan sekarang ini baru hendak buat kempen penerangan.

Jangan buang masa dengan cadangan-cadangan bangang untuk membuat apa yang dikenali sebagai ' road show' untuk menerangkan kes Anwar.

Cadangan bangang ini biasanya datangnya dari Si Polan bin Si Polan dengan tujuan untuk dilihat sedang melakukan satu kerja politik untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buluh. Ini kerja bangang. Orang ramai telah tahu. Rakyat seluruh Malaysia telah tahu. Rakyat dunia pun tahu apa yang telah terjadi kepada Anwar Ibrahim. Jadi jangan buang masa.

Laporan berita dan analisa tentang kenapa Anwar dipenjara ini telah ditulis berjela-jela. Buku dan kitab telah banyak ditulis. Bergantang-gantang air liur telah terhampur menerangkan duduk pekara. Semua media dunia – BBC, ABC, CNN, ITN, CHANEL4, FOX dan dan dan telah melaporkan secara terperinci. Buka YouTube lihat kembali REFORMASI98. Semua ada. Justeru, jangan buang masa.

Selama 15 tahun Reformasi98 telah berjaya mempropagandakan bahawa kes liwat Azizan Abu Bakar – pemandu Wan Azizah – adalah satu konspirasi politik bertujuan untuk menjatuhkan Anwar. Kenapa Anwar wajib dijatuhkan pada tahun 1998?

Anwar wajib dipenjara kerana Anwar hendak menjatuhkan Mahathir Muhamad. Kenapa Anwar hendak jatuhkan Mahathir? Kerana dasar ekonomi Mahathir sedang mengkayakan kroni Mahathir sahaja. Kroni Mahathir TIDAK mahu berkongsi kekayaan. Ramai kroni dan penyokong Anwar tidak dapat apa-apa kerana dasar Mahathir Muhamad. Ini amat jelas. Jadi jangan buang masa.

Hakikatnya - Anwar dipenjarakan pada tahun 1998 kerana perebutan ekonomi. Politik ialah ekonomi. Jangan buang masa buat cerita moral. Jangan buang masa buat cerita agama. Jangan buang masa buat cerita janggut Nabi. Jangan buang masa untuk debatkan sembahyang siapa lebih afdal.

Anwar dipenjara pada tahun 1998 kerana ada berbilion bilion ringgit harta kekayaan negara yang sedang dirembat oleh kroni Mahathir. Buka mata dan ingat – ada berbilion bilion ringgit duit negara yang ingin dirembat oleh kroni Mahathir.

Justeru jangan buang masa dengan kesah Azizan yang kaki berbulu. Semua orang sudah tahu. Tilam. Ummi Hulfilda. Rahim Noor. Aziz Shamsuddin – hanyalah aji no moto dalam kes pemadu kereta yang bernama Azizan Abu Bakar.

Pada tahun 1998 – kami Generasi Reformasi98 TIDAK buang masa. Kami telah tahu apa yang kami wajib buat. Kami telah sedar jalan mana yang wajib kami ambil. Tidak ada huh tidak ada hah. Mahathir Muhamad wajib dijatuhkan. Parti United Malays National Organistaion wajib ditumbangkan. Ini jelas. Kami tidak buang masa dengan pekara remeh.

Dalam tulisan ini biar saya surahkan fakta fakta sejarah untuk membuktikan tentangwujudnya kerja-kerja politik bangang. Kerja kerja bangang yang tidak membawa apa apa faedah. Kerja-kerja bangang yang membuang masa.

Ketika ledakan REFORMASI98 terjadi Sangkaran Pillai a.k.a Chandra Muzaffar telah dilantik untuk menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional. Ketika ini Anwar telah setahun dalam penjara. Pada satu petang saya telah dipanggil ke Bukit Damansara – rumah lama Anwar – untuk berbincang apa yang perlu dilakukan untuk membebaskan Anwar.

Petang itu dari mulut Sangkaran Pillai muncul idea kempen untuk membasuh bendera Malaysia. Basuh bendera ini sebagai simbolik tentang Malaysia yang kotor. Inilah cadangan yang paling bangang yang pernah saya dengar. Tidak adalah yang kerja politik paling bangang dari basuh bendera.


Lalu persoalan timbul kenapa kempen basuh bendera ini cuba dianjurkan? Kenapa cadangan bangang ini muncul?

Untuk jawapannya - biar saya buka lagi satu fakta sejarah. Biar saya bersurah lagi. Kali ini bukan tentang Anwar Ibrahim. Ini berlaku ketika saya menjadi salah seorang Pemandu BERSIH2.0. Lapan Tuntutan Bersih telah dihebohkan. Rakyat telah diberitahu.Demo Bersih 1 dan Bersih 2 telah selesai. Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya – barua setia Parti Ketuanan Melayu – tidak ambil pot.

Lalu timbul cadangan agar aktivis Bersih mengikat riben kuning pada kereta. Ikat riben kuning pada pokok kayu. Ikat riben kuning pada pasu bunga. Jelas ini satau cadangan kerja bangang dari sebuah NGO yang dipimpin oleh Ivy Josiah yang menjadi kerabat Bersih.

Tetapi kenapa cadangan-cadangan bangang ini muncul?

Cadangan bangang ini muncul dari mulut ajen gelap atau ajen tidur atau orang suruhan United Malays National Oganisation. Mereka cuba mensabotaj gerakan massa. Tak percaya. Sila selidiki di mana Chandra Muzafar sekarang? Sila juga selidiki NGO yang cadang pasang riben kuning dapat duit dari siapa. Apa yang ditulis ini fitnah. Ini fakta.

Jangan buang masa untuk terus berlabon dan berbincang kali ini Anwar dipenjara kerana rancangan Najib atau rancangan Rosmah. Atau ini rancanagn Daim atau ini rancangan Mahathir.

Jangan buang masa bincangkan siapa Saifol dan siapa Mumtaz. Jangan buang masa untuk bincangkan sama ada hakim adil atau tidak. Tak perlu bincang siapa Shafiee yang diupah oleh Najib ke Paris untuk 'rayau-rayau' kes bunuh Altantuya.

Jangan buang masa. Semua ini tidak penting lagi kerana Anwar Ibrahim sudah masuk jil.

Pasang lilin depan penjara Sungai Buluh boleh lepas geram tapi akhir semua kerja ini adalah sia sia. Kerana ianya tidak akan membebaskan Anwar Ibrahim. Malah mungkin ada ahli-ahli PKR atau penyokong Pakatan akan melihat mereka telah melakukan kerja politik kerana telah membakar lilin di hadapan penjara Sungai Buluh.

Bakar lilin depan penjara ini agak tinggii tarafnya berbanding dengan basuh bendera atau ikat riben kuning. Tapi – awas - bakar lilin di depan penjara ini samalah saperti bakar lilin dalam hutan Belum. Tak memberi impak. Tak ada siapa yang tahu. Tak ada siapa yang melihat. Cik Gu penjara bekerja makan gaji. Kalau pun ada yang simpati – ramai tak ambil pot. Akhirnya ' bakar lilin ' ini akan cair dan padam sendiri.

Jangan buang masa. Anwar Ibrahim sedang dipenjara. Jangan lok lek lok lek. Jangan kalih beralih. Jangan bincang tak habis-habis. Jangan bermesyurat tak putus putus.

Jawapan depan mata. Yang wajib dibincangkan ialah Hari apa? Jam Berapa? Dan Dimana? Bila apa? Hari apa? Jam berapa? Apa bendanya ini?

Jawabnya: Turun ke jalan raya.

Inilah teknik perbincangan Reformasi98. Para Reformis bukan membicangkan sama ada nak buat road show atau nak bakar lilin atau nak ikat riben. Apa para Reformis98 bincangkan ialah berapa ribu boleh turun berdemo. Berapa ramai boleh turun ke jalan raya. Berapa banyak yang boleh dikumpulkan.

Jangan buang masa Anwar Ibrahim sudah dalam penjara. Jadi, masanya telah sampai untuk turun ke jalan raya. Bila masanya? Masanya sekarang. Sekarang sentiasa masa yang tepat.

Kenapa perlu ke jalan raya? Inilah ilmu yang ditemui oleh Reformasi98. Tanpa jalan raya mustahil Mahathir akan udur. Tanpa jalan raya dari tahun 1998 hingga tahun 2001 –mustahil Perdana Menteri Mahathir Muhamad akan letak jawatan. Tanpa jalan raya mustahil ada kemenangan dalam tahun 2008. Tanpa jalan raya mustahil ada kemenangan dalam PRU13. Ini adalah pengumpulan pengalaman. Ini adalah ilmu politik yang muncul dari pengalaman.

Dalam kajian makmal jika sesuatu percubaa boleh diulang buat dan menghasilkan jawapan yang sama maka percubaan itu menjadi ilmiah. Jalan raya telah menjadi ilmiah sebagai kerja politik pada tahun 1998 hingga tahun 2013. Malah kerja politik ini terbuktri berjaya di Mesir, di Indoesaia, di Siam, di Filipina dan di Iran.

Politik jalan raya akan membuktikan bahawa kezaliman wujud dalam negara ini. Kerana adanya kezaliman maka ramai rakyat TIDAK puas hati. Kerana tidak puas hati rakyat turun ke jalan raya. Kalau tidak turun ke jalan raya ertinya tidak ada kezaliman. Semakin besar ombak jalan raya semakin ramai yang akan terpukau dan masuk bersama ombak ini.

Ini adalah hukum politik. Tidak ada sesiapa yang ingin dilihat ketinggalan dalam ombak perubahan yang akan di bawa oleh jalan raya.

Demo di jalan raya adalah sekolah politik yang tuntas. Pembelajaran politik tentang apa itu daulah, apa itu daulah terpendam, apa itu jentera daulah, siapa itu ajen daulah. Dengan sekelip mata para demonstran akan faham apa peranan mata-mata, peranan polis, apa peranan media, apa peranan mahkamah.Jalan raya ialah sekolah politik terunggul.

Dalam politik jalan raya juga akan terbogel dan ditelanjangkan politikus-tikus yang menyamar bising. Akan terbonggeng politikus suka masuk frame tapi kecut dan takut berpolitik di jalan raya.

Paling penting ribuan turun ke jalan raya ini akan membuktikan kerajaan Najib Rosmah adalah zalim. Ribuan dijalan raya ini akan menjadi berita dunia. Ribuan dijalan raya akan menjadikan Malaysia focus media dunia. Klip dan gambar media dijalan raya akan mempengaruhi pemimpin-pemimpian negara luar untuk terus memberi tekanan kepada Najib Rosmah.

Kemarahan jalan raya ini wajib diteruskan kerana Pakatan Rakyat mendapat mandat adalah 52% untuk mentadbir Malaysia. United Malays National Organisation hanya mendapat 47% sokongan. Gerombolan Ketuanan Melayu berkuasa kerana mereka menipu dalam pilihan raya. Di jalan raya gerombolan Ketuanan Meayu tidak akan berjaya menipu.( TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang berniat melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:

 03 -92-2130-45

-----------

KENDURI KAHWIN





KENDURI
bila kenduri kahwin ini?
masa kenduri bertunang
 pakai duit kerajaan
kenduri kahwin   pasti
pakai duit rakyat

SOALAN HAKIKI
berapa bilion akan dibelanjakan
berapa buat kapal terbang 
akan ditempah khas
untuk bawa tamu
berapa banyak hotel di kuala lumpur
akan dipenuhi oleh tamu

cukup kah 7 hari 7 malam
berkenduri kendara?
atau
44 hari 44 malam
mengikut
 adat istiadat raja melayu

SOALAN HAKIKI
sempatkah kenduri 
berlangsung
sebelum najib dan rosmah
ditendang keluar


-----------

BANGUN DAN LAWAN





KERANA KITA
Dua kali kena c4...dua kali kena A bomb...dua kali kena rotan...dua kali terminum racun...dua kali acident...tak pandai pandai lagi kita ni...apa punya bangsa lah kita ni tak reti melawan..melawan sampai mati....


apa punya bangsa malaysia lah kita ni..haprak..nampak gambar ni tak tahu malu kah kita...apa punya bangsa siallah kita ni bila manis berebut..pahit datang semua berundur...

oi malaysian...walaupun anwar bukan nabi...tapi dia kena sebab dia bising nak membela kitalah bangkai...tak reti melawan sampai mati ke kita ni...haprak..baik matilah dari kita boleh mimpi malam ni tanpa rasa bersalah...baik matilah......dia bising sbab dia tau dia betul...untuk siapa dia bising Pasal kita lah... bangsa sial 60 tahun tak reti melawan....lawanlah sampai mati ...jom..... on BERAT MATA MEMANDANG
Publish | Delete | Spam
Je pense.dunk je suis
on 2/11/15

UNDUR NAJIB UNDUR




-------------

HUTANG 1MDB





KOMENTAR
inilah satu contoh sosok melayu
yang sedar akan makna 1MDB 
makna hutang 1MDB 
yang berbilion bilion
sedar bagaimana melayu
cuba dibodohkan oleh saekor keeling



















CEO 1MDB cuba bodohkan rakyat – Khairuddin

 | February 16, 2015
Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang?
PETALING JAYA: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy cuba memperbodohkan rakyat melalui kenyataan yang mengelirukan.
Beliau berkata, CEO 1MDB itu selalu memberikan kenyataan yang memutarbelitkan fakta dan bukan menjawab persoalan yang dibangkitkan.
“Ianya amat mudah dan senang. Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang? Di manakah duit 1MDB berada masa kini? ” soalnya dalam kenyataan media kepada Free Malaysia Today.

KAH KAH KAH

woit
mana perkasa
mana ngo melayu islam
mana jaringan melayu
mana mufti dan imam
mana mu zakar rah
kenapa tak bersuara
kenapa tak heboh
berbilion bilion ilang
kenapa  senyap

K-POP heboh
usik anjing heboh
coklat heboh
valentine heboh

adakah 1MDB ini
tak tergigit dek kepala

APA PUNYA KEPALA


--------------

MUHYIDDIN BERSEDIA





KOMENTAR
muhyiddin yassin pernah berkata
'saya melayu dulu kemudian malaysian'
' malay first then malaysian'

tapi kini muhyiddin telah berubah
kenyataan semkin dilihat sebgai
pemimpin negara berbilang bangsa

muhyiddin sedang menyediakan diri
untuk mengambil alih dari najib

mahathir mahu najib berhenti
sacepat mungkin kalau boleh akhir bulan
maka tidak dapat tidak muhyiddin
adalah ganti najib

dulu muhyiddin diserang kayap
dulu dilaporkan muhyiddin sakit
kini dilihat sehat dan bersedia

laporan berita dibawah ini
adalah tanda tanda soheh
yang muhyiddin  sedang bersedia


Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia masih gagah berdiri sebagai negara contoh hubungan kaum yang harmonis berbanding negara lain yang sentiasa bergolak walaupun tidak terdiri daripada rakyat berbilang bangsa.


KAH KAH KAH

woit
dulu malikul
diserang kayap
kayap ini bukan kanser
kayap  hanya kurap
sekarang malikul 
tambah montok
kah kah kah

UNDUR NAJIB UNDUR




-------------

NAJIB KENA TERAJANG







KOMENTAR
apa makna berita ini?
apa implikasi berita ini?
ramai mungkin terlepas pandang

berita ini adalah tanda tanda
yang soheh bahawa hari hari
akhir  najib telah sampai

ananda akan membayar hutang 1MDB
jika hutang tidak dibayar
maka ekonomi malaysia akan meledak
bila ekonomi meledak runtuh
malaysia menuju jahanam
ini hakikat ini fakta

penyokong tegar najib tahu hal ini
penyokong tegar pakatan tahu hal ini
warga yang mengikuti kes hutang 1MDB
sedar akan potensi ledakan ini

justeru
tidak mustahil 
sebelum duit bertukar tangan
tuan empunya akan meminta syarat

apa syarat itu?
tidak mustahil syarat
untuk dapat duit 2 bilion itu
ialah: najib mengundur diri

apakah ini mustahil?
apa ini mimpi?

sila tanya
dengan jujur
siapa sebenarnya si ananda ini?

NOTA
ini berita baik 
ini juga berita tidak baik
untuk pakatan rakyat


BURUK
najib dan rosmah ialah harta pakatan
untuk digunakan sebagai propaganda
agar rakyat benci kerajaan
jika najib dan rosmah undur
muhyiddin akan naik
ini akan memberatkan kerja pakatan

BAIK
ini permulaan runtuhnya
united malays national organisation
kes anwar diselesai
anwar akan bebas











1MDB bayar hutang RM2 bilion dengan 

wang Ananda Krishnan, kata sumber

Syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar hutang RM2 bilion semalam dengan wang hartawan T Ananda Krishnan, enam hari sebelum bank menggerakkan peningkatan risiko kegagalan atau “event of default” (EOD), kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan melalui pegawai bank yang dekat dengan kes ini, bank menerima wang petang semalam, beberapa jam selepas Ananda bersetuju untuk menyelamatkan syarikat itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/1mdb-bayar-hutang-rm2-bilion-dengan-wang-ananda-krishnan-kata-sumber#sthash.mTgBdbdK.dpuf


  • 1MDB bayar hutang RM2 bilion dengan wang Ananda ...

    www.themalaysianinsider.com/.../1mdb-bayar-hutang-...
    Translate this page
    5 days ago - Syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar hutang RM2 bilion semalam dengan wang hartawan T Ananda ...
  • 1MDB Pinjam RM2 Billion Dari Ananda Krishnan Bayar ...

    greenboc.blogspot.com/2015/.../terkesima-1mdb-pinjam-rm2-billion-dari.h...
    Feb 1, 2015 - Dilaporkan bahawa 1MDB terpaksa berhutang RM2 bilion dari AnandaKrishnan untuk membayar hutangnya kepada Maybank dan RHB yang ...
  • 1MDB Pinjam RM2 Billion Dari Ananda Krishnan Bayar ...

    kakiping.com/.../terkesima-1mdb-pinjam-rm2-billion-...
    Translate this page
    [TERKESIMA] 1MDB Pinjam RM2 Billion Dari Ananda Krishnan Bayar Hutang Bank. Dilaporkan bahawa 1MDB terpaksa berhutang RM2 bilion dari Ananda ...

  • KAH KAH KAH

    woit
    kalau berhutang
    mesti ada janji
    kah kah kah
    apa janji itu?
    kah kah kah
    nak duit kena undur
    kah kah kah


    SUARA ANAK MUDA
    undur najib undur


    ------------