.

Khamis, 26 Julai 2018

MERAKAM SEJARAH - PROJEK SAILING MAHATHIR




 
MERAKAM SEJARAH

PROJEK SAILING MAHATHIR

Dalam dewan Sheraton sibuk sibuk sibuk. Ada tiga ruang. Satu untuk pucuk pimpinan. Satu dewan tengah yang luas untuk para YB dan penyokong. Disini juga dijadikan dewan makan juga untuk teh dan kopi. Satu lagi dewan – kecil sadikit dari dewan makan - dimana terpampang skrin besar untuk menonton keputusan PRU14. Saya mundar mandir. Dari skrin ini saya perhatikan saluran tv ini kerap dialih alih kerana ramai kurang sabar menunggu keputusan. Ketika ini sabar bukan komoditi yang laris.

Bila saja diumumkan keputusan saya terdengar sorak gegak gempita. Ini ertinya calon Pakatan Harapan telah menang. Dalam jam 10 malam semakin jelas Pakatan Harapan ialah kerajaan baru. United Malays |National Organisation , Najib dan Rosmah telah lungkup.

Saya amat yakin ketika ini para gedebe dan malaon di RTM atau TV3 pasti hilang pedoman. Tidak tahu apa yang wajib diumumkan di kaca tv. Pengerusi SPR hilang dari skrin tv. Penasehat Najib pasti gelabah. Ini berbeza dengan suasana kami di Sheraton. Kami semua terseringai senyum melihat tv. Kami terus bersalaman sesama sendiri. Entah siapa yang saya salami saya pun tak kenal tapi hakikatnya – semua gumbira.

Di ruang skrin besar tv ini terdapat ramai pekerja parti dengan komputer. Mereka sedang menerima keputusan dari sana sini melalui komputer. Teknoloji oh teknoloji. Semua pantas dan tuntas. Hanya keputusan dari Sabah dan Sarawak agak lambat dan samar.

Saya berligar sambil mengambil gambar. Dalam fikrah saya – ini adalah detik-detik yang sama saperti Sepuluh Hari Mengoncang Dunia – tulisan John Reed tentang Revolusi Bolshevik 1917. Tapi ada beza. Di Moscow bulan Oktober 1917 sejuk dan lapar. Di Dewan Sheraton pada 9 Mei 2018 suhu enak dan makanan melimpah.

Untuk para wartawan dan pengamal media mereka menunggu dalam dewan dan tingkat yang lain.

Awal petang Rabu 9 Mei 2018 saya telah memastikan lori besar bersama skrin telah dipasang betul-betul dihadapan Emcorp Mall. Semua sistem pembesar suara teratur. Lewat petang orang ramai – penyokong Pakatan Harapan telah mula datang ke padang. Di padang Amcorp saya tauliahkan kepada dua sosok anak muda yang amat saya yakini kerja dan tugas politik mereka. Sorang bernama Jonah dan seorang lagi bernama Kecik.

Dalam budaya gerakan kiri atau dalam perjuangan angkat senjata – nama samaran wajib digunakan. Justeru dunia hanya mengenal nama Che, Tito, Amado Guerrero, Abu Ammar atau Abu Nidal. Dibelakang nama samaran ini ada nama asli yang lain. Ini dilakukan untuk keselamatan. Tapi sekarang dengan kerajaan baru – saya rasa kita semua sudah selamat - maka nama dua anak muda ini boleh diumumkan. Jonah ialah Khairul Anwar dan Kecik ialah Fitri. Mereka berdua ini terlatih dari Universiti Bangsar Utama. Mereka memainkan peranan yang penting dalam detik-detik peralihan kuasa ini.

Delegasi ke Istana Negara telah bergerak. Mereka membawa surat yang akan disampaikan kepada Agong. Isi surat ini jelas – menobatkan Mahathir Muhamad sebagai Perdana Menteri ke 7 dan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan. Surat ini telah ditanda tangani oleh Muhyiddin Yassin, Mat Sabu , Dr Wan Azizah dan Tan Kok Wai.

Kami di dewan Sheraton menunggu. Masa berjalan melintasi jam 11. Berita sampai mengatakan bahawa Agong masih belum muncul. Bah! Kemana pulak Agong ini hilang. Mustahil Agong ini meleser ke Chow Kit. Apa pulak yang hendak dicari oleh Yang DiPertuan Agong kita di Chow Kit malam-malam buta ini. Lewat malam yang berkeliaran di Chow Kit pastilah Mat Pet. Mustahil Agong kesana. Baginda pasti berada di Istana Negara. Hakiktnya berita yang mengatakan Agong tidak ada dalam Istana pasti berita palsu.

Berita lek lok dari Istana Negara ini menimbulkan suasana tegang antara kami-kami di Sheraton. Persolan hakiki timbul lagi. Apakah Najib akan menggunakan Majlis Keselamatan Negara? Apakah Najib akan menggunakan Sosma? Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang berfikrah sademikian. Awal-awal lagi Ketua Polis Negara telah mengumumkan senarai lebih 3000 sosok yang berpotensi menimbulkan huru hara sesudah pengundian dijalankan.

Suasana menjadi tegang kerana wujud satu kumpulan orang ramai dilaporkan sedang berhimpun di Putra Jaya. Kawat kawat berduri telah dipasang. Mereka di Putra Jaya terkeluar dari kawalan war room Pakatan Harapan. Malah war room langsung tidak mengetahui siapa mereka ini. Dari mana mereka datang. Siapa memimpin mereka.

Saya berligar dan terserempak dengan Bro Sam. Sosok ini adalah sosok penting yang memainkan peranan dibelakang tabir. Sam tahu apa yang sedang berlaku. Jika ada sosok yang 'incognito' bermaian dibelakang tabir Sam-lah orangnya. Saya mengenali Sam semenjak era Deklarasi Rakyat - satu tahun yang lalu. Sam ini adalah sosok muda yang amat-amat diyakin oleh Mahathir Muhamad. Ketika kempen Jelajah berjalan saya terserampak dua kali dengan Sam. Satu  di Perak dan satu kali lagi di Melaka.

' Bro... macam mana sekarang?...' Soalan yang amat luas dari saya untuk memulakan labon.

' Kita .. dah menang..' Ringkas dan jelas.

' Betul ke.. Najib nak gunakan NSC ...'

' Ada.. tapi gagal... dia panggil semua datang tapi IGP hantar wakil..'

' Hantar wakil... biar betul... IGP hantar Tok Sarjan ke?' Dalam menerima berita gumbira ini saya sador dengan lawak. Kami sesama terbarai ketawa.

Ketua Polis Negara hanya hantar wakil. Ini adalah berita baik. Ini bermakna elit politik telah pecah. Ini sama saperti apa yang berlaku di Manila ketika rakyat berdemo menghalau Marcos. Leftenan General Fidel Ramos dan Menteri Petahanan Juan Enrile enggan menghantar kereta kebal untuk membedil orang ramai yag sedang berdemo dijalan raya.

' Betul ke ni....' Saya mahu kepastian dari Sam. Jika ini telah berlaku maka hari hari akhir saekor Najib semakin jelas. Lalu saya teringat kembali pertemuan war room kali terakhir dengan Mahathir. Bakal Perdana Menteri ini menyebut satu nama yang dianggap orang jahat. Nama yang disebut oleh Mahathir ialah Zulkifli. Siapa malaon ini walah hu alam bissawab tidak lah hamba mengetahui. Tapi dari kata-kata Mahathr sosok ini adalah orang jahat yang dibayar oleh Najib untuk memastikan Najib dan Rosmah terus berkuasa sesudah PRU14. Apa Zulkifli ini akan muncul. Nampaknya tidak. Amin.

Lewat jam 12 delegasi dari Istana Negara pulang. Dewan gempar kerana tetiba beberapa jantan segak masuk dengan senjata ditangan. Muka jantan jantan ini ketat metat. Mereka tidak pula memakai pakaian polis atau tentera. Akhirnya saya diberitahu bahawa jantan-jantan ini adalah suku sakat Sirul dan Azilah. Kini mereka bertugas mengawal keselamatan bakal PM Mahathir Muhamad.

Pada malam ini – pada awal pagi 10 Mei 2018 - Mahthir Muhamad masih lagi bakal PM. untuk kerajaan Pakatan Harapan. Delegasi ke Istana Negara telah gagal. Tidak ada angkat sumpah malam itu.

Sebaik sahaja delagasi pulang dari Istana Negara satu sidang akhbar telah diadakan. Sidang akhbar ini hanya mengumumkan bahawa esok sekali lagi pemimpin Pakatan Harapan akan ke Istana Negara. tidak dijelaskan kenapa gagal dan apa terjadi di Istana Negara.

Sebenarnya ada kesah dibelakang kesah. Ada riwayat dibelakang sejarah. Ada fakta tersorok lagi terbenam. Apa yang berlaku malam itu lebih licik dari licik. Lebih jahat dari jahat. Maka ianya menjadi tugas saya untuk menggali dan mengumumkan kepada orang ramai apa sebenarnya telah berlaku. Jika saya tidak menuliskan apa yang telah berlaku maka saya mengkhianati perjuangan rakyat. Jika saya menenggelami babak babak dengan niat untuk mendapat jawatan atau kedudukan maka saya bukan lagi sosok yang bernama Hishamuddin Rais. Hidup saya sebagai manusia telah sia-sia – hanya mengotorkan oxygen sahaja. Zaleha Sidek dan Rais Manaf akan menolak saya sebagai anak kandung jika saya tidak berani berkata benar.

Jika saya gagal menulis kebenaran maka saya adalah pembelot dan penkhianat terhadap cita-cita rakyat untuk mewujudkan agenda reformasi. Jika saya belot maka Sang Kelembai wajib menyumpah saya agar saya menjadi batu. Amin.

Babak babak ini saya pungut dari perawi saheh. Apa yang berlaku pada malam itu datangnya dari mulut Mat Sabu dan Mahathir Muhamad. Mereka berdua ini perawi saya..

' Apa jadi malam itu? Surat itu disampaikan atau tidak kepada Agong? ' Surat yang dibawa oleh Wan Azizah?' Pertanyaan jelas dari saya kepada Mat Sabu satu minggu sesudah dia menjadi Menteri Pertahanan.

' Surat itu tidak dibincangkan. Tak buka pun surat itu. Agong nak lantik Wan Azizah. '

Fakta Agong nak latik Wab Azizah ini disahkan oleh kenyatan Anwar Ibrahim beberapa hari kemudian. Bagaimana ini berlaku? Apa intrik dalaman ketika ini? Projek siapa ini?

Pada Selasa 5hb Jun 2018 saya telah bertanya pekara yang sama kepada Mahathir Muhamad. ' Tun malam itu apa terjadi? Surat itu dibincangkan atau tidak?'

' Agong ingin melantik Wan Azizah kerana dia ada majoriti. Surat itu tidak pun dibincangkan. Terbengkali disitu...' Ini kata Mahathir tuntas dan jelas.
Agong ingin melantik Dr Wan Azizah? Surat tidak dibuka untuk dibincang. Untuk saya ini pelik lagi menghairankan. Ini ajaib lagi halimunan. Bagaimana dan kenapa ini berlaku. berlaku?

' Beta difahamkan parti Datuk Seri Wan Azizah telah mendapat kerusi majoriti. Maka beta merasakan Datuk Seri boleh beta angkat untuk menjadi Perdana Menteri'. Ini isi bunyi kata-kaya Agong pada malam itu.

Maka babak ini menimbulkan persoalan hakiki. Persolaan yang fudumental untuk sejarah bangsa kita. Soalan yang wajib kita semua tanya dan bersama-sama mencari jawapan.Amat jelas lantikan Mahathir Muhamad pada malam 9 Mei 2018 telah cuba disailang. Lantikan Mahathir telah digagalkan. Siapa punya projek menyailang Mahathir.

Soalan sejarah yang memerlukan jawapan yang jujur. Siapa bertanggungh jawab mencucuk Agong untuk menimbulkan soalan ini? Saya amat yakin sabda Agong pada malam itu pasti puncanya datang dari orang lain. Siapa orang lain itu? Tunggu minggu hadapan. (TT)





--------------------------

JANGAN JADI LOKMAN ADAM







INI

SATU KERJA

LOKMAN 

ADAM




Lokman Adam yakin ada kelebihan tersendiri di Sg Kandis


CALON BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Lokman Noor Adam tidak menganggap isu dirinya bukan anak tempatan sebagai beban sebaliknya percaya memiliki kelebihan tersendiri yang mampu memberikan saingan kepada calon pihak lawan.


LOKMAN

ADAM

DINASEHAT

JANGAN JADI

LOKMAN

ADAM

KAH KAH KAH
-------------------

SELAMATKAN BALAK








WOIT

TOK AJI

GEROMBOLAN

60 TAHUN

Mokhtar Senik: Hayat HARAPAN tak lama, banyak penyakit

Pemimpin kanan PAS Tuan Haji Mokhtar Senik merasakan jangka hayat pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) akan lebih singkat daripada pemerintahan BN.

"Duk berasa jangka hayat kerajaan Pakatan Harapan ni lebih singkat dari jangka hayat BN. Kalau anda berpandangan sebaliknya terpulang lah," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada suatu hantaran Facebook hari ini.


PAKATAN

DAPAT 

40 TAHUN PUN

DAH OKAY

CUKUP UNTUK

TANGKAP

 NAJIB DAN

BUKTIKAN

PARTI ISLAM

TERIMA DUIT

DARI NAJIB

DAN 

SELAMATKAN

BALAK
-------------------

SLOGAN AZIMAT








APA MAKNA

BERITA INI?

'Suka atau tidak, saya perlu percaya Anwar'


"Dalam wawancara bersama CNN, pemimpin berusia 93 tahun itu berkata: "Saya perlu percayakannya - sama ada saya suka atau tidak. saya tidak boleh berada di sini pada setiap masa."

Ditanya berhubung tempoh masa untuk Anwar menggantikannya, beliau menjawab: "Jika syarat untuk kami (beliau dan Anwar) berkerja bersama adalah saya menjadi perdana menteri untuk dua atau tiga tahun, bagi saya itu tidak penting."

"Saya akan patuh kepada kehendak rakyat," katanya lagi.




MAKNANYA

RAKYAT

HAKIM 

NEGARA

SLOGAN 

AZIMAT

-------------------

HALAU ZAKAR NAIK




HALAU

ZAKAR NAIK
warga china beribu lu berani halau, zakir naik seorg je tp sampai ke parlimen bincang pasal dia..hantar je dia pulang..pandai2 la tuhan allah bantu dia..dia bole lari ke saudi pun..dia bukan org miskin macam warga2 yg makan di dapur jalanan..lu tunggu lag 5 tahun, mat sabu akan kalah.. on 
SILA BERAMBUS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/20/18






-------------------

AWAS MAT LEGAM








AWAS 

MAT LEGAM

Padan Muka kau, Kau ingat Myanmar tu tunggul kayu, kau boleh sepak terajang suka hati. Ingat ni bukan zaman UMNO, MIC dan MCA. semua samseng dibela dan diangkat wira bangsa. Ni zaman Lu langsi mu mati. TT..Siasat Dulu...Ada Kemungkinan sebab Mulut Badan Binasa. Penjual Durian memang Haramjadah dan mulut busuk cam sungai seget. Baru Jual Durian dan berlagak macam jual Ferari. Pukimak kau la Penjual Durian. Sanmseng taik kucing. Daj kena tikam, mengadu polis. Haramkan orang ulu dan Kampung Baru China masuk KL.
 Suruh mereka Duduk kampung. Kawan dengan Bewak, Babi Hutan, Monyet. Jangan bawa perangai sakai kampung ulu dan kampung baru china. Sedarlah Bangsa Malaysia, nenek moyang kau orang dulu pun pendatang. Iban pun pendatang dari Vietnam. Kau semua Sama cam Bangla, Indon, Myanmar dan Nepal. Nenek moyang kau datang ke sini naik sampan dari India, Vietnam, Indon dan China. Jangan Berlagak Tanah Ni kau Punya.... on
 AWAS WARGA ASING
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/23/18







------------------

INI AJEN ZIONIS






YAHUDI ZION
lim guang eng kecam israel untuk undang2 ketuanan yahudi...ketuanan melayu akan panas..konon2 mereka peduli tentang palestin tapi berkelakuan mcm zionis...lim guang eng yg bijaksana,balun israel ngan melayu sekaligus...malaysia untok malaysian...tak kire ape bangse,agame,mahzab,idea politik...runtohkan ketuanan melayu!!! on CARI DAN BACA SARAWAK REPORT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/21/18



----------------------

MASIH BELUM SELESAI





SAJE TANYA
Ko jang... sonyap jo... ko ngaji apo jang kek london tuu. Ko jgn ngaji sosat jang.. den bgi ingat jo... stat2 kat kampung dh nak jual skolah tahfiz tu... org2 dh tak nak ngaji lagi sejak PH monang ni.. ko singgah dan ngaji sekali ngan si porn jerman ke... jago2 jang.. on 
AJAR ILMU APA?
Publish | Delete | Spam
haron haron
at 4:29 PM






----------------