Rabu, 8 November 2023

RATUSAN KERETA KEBAL ZIONIS MUSNAH


RATUSAN

KERETA KEBAL

ZIONIS MUSNAH

AMIN

PERANG TEROWONG SEMAKIN SENGIT


PERANG TEROWONG

SEMAKIN SENGIT

KHALAS

TERUS BOIKOT MEK DONAL



McDonald's, Starbucks terus jadi sasaran boikot di sebalik penafian sokong Israel

Kempen boikot produk yang dilihat menyokong keganasan Israel masih berterusan malah bertambah rancak di media sosial, di sebalik beberapa laporan jualan yang semakin merosot melibatkan beberapa jenama terkenal.

Ia seiring dengan sentimen anti-Israel yang semakin memuncak di Barat, yang menyaksikan peningkatan kempen memulau beberapa jenama global seperti McDonald's dan Starbucks, walaupun pemegang lesen tempatan jenama itu berulang kali menafikan dakwaan menyokong secara tidak langsung penindasan rakyat Palestin.

McDonald's dan Starbucks antara jenama yang menjadi sasaran utama selepas beberapa tindakan pemilik jenama francais itu di Amerika Syarikat dan Israel yang dilihat mengambil pendekatan mempertahankan pengeboman besar-besaran di Gaza, yang setakat ini meragut lebih 10,000 nyawa, sebahagian besarnya kanak-kanak.

Minggu lalu, polis menahan dua lelaki yang berjaya menggodam menu digital McDonald's, dengan memuat masuk beberapa slogan yang mengaitkan syarikat itu dengan pembunuhan di Gaza.

Bahang kemarahan umat Islam terhadap apa yang berlaku di Gaza turut memberi kesan kepada McDonald's dan Starbucks di Malaysia, berikutan tindakan rakan francais di negara lain yang dilihat menyebelahi Israel.

Akhbar Singapura, The Straits Times, baru-baru ini memetik seorang pekerja Starbucks di Malaysia yang berkata jualan semakin merosot akibat kempen memulau francais kopi itu.

"Sebelum kempen boikot, boleh dapat RM30,000 sehari, tetapi sekarang kira nasib baik kalau dapat RM10,000," katanya.

Baru-baru ini, syarikat Starbucks di Amerika Syarikat menyaman sebuah kesatuan kerana memuat naik kiriman di X yang menyatakan solidariti kepada Palestin.

Pengurusan Starbucks turut menulis surat kepada sebuah lobi pro-Israel berpangkalan di New York - Dewan Perniagaan Yahudi Ortodoks - menyatakan syarikat itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pekerja yang "menyokong keganasan Hamas".

Ketika dihubungi MalaysiaNow, Starbucks Malaysia, yang dimiliki Berjaya Food, syarikat dikaitkan dengan Kumpulan Berjaya milik ahli perniagaan terkenal Vincent Tan, berkata ia telah menyumbang RM1 juta kepada tabung kemanusiaan Palestin yang dilancarkan kerajaan.

"Khabar angin bahawa Starbucks memberikan sokongan kewangan kepada kerajaan Israel dan/atau tentera Israel adalah palsu," kata seorang jurucakap.

Starbucks, seperti McDonald's, merupakan salah satu jenama yang disenaraikan oleh Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), sebuah pergerakan antarabangsa yang menganjurkan pemulauan syarikat, jenama dan institusi akademik yang didakwa mendanai dan menyokong rejim Israel secara langsung dan tidak langsung.

BDS yang diasaskan pada 2005 itu diinspirasikan oleh sekatan ekonomi terhadap rejim apartheid Afrika Selatan, yang akhirnya berjaya menamatkan penguasaan kerajaan kulit putih itu.

Pergerakan BDS dilihat paling menampil di Amerika Syarikat dan UK, di mana sentimen anti-Israel memuncak sejak serangan ke atas Gaza bulan lalu, yang turut menyaksikan perarakan pro-Palestin yang terbesar pernah diadakan bagi membantah sokongan kerajaan mereka terhadap Israel.

Minggu lalu, sebuah cawangan McDonald's di West Yorkshire, UK,  diserang sekumpulan pemuda yang mengibarkan bendera Palestin.

Di Birmingham, tiga cawangan McDonald's diserang dengan cara melepaskan berpuluh ekor tikus ke dalam premis, yang menurut akhbar Daily Mail dipercayai respons terhadap langkah sebuah cawangan McDonald's di Israel untuk menyumbang makanan kepada tentera Israel. 

Masih tidak jelas sama ada McDonald's Malaysia terkesan dengan kempen boikot itu, walaupun syarikat itu melancarkan beberapa siri kempen publisiti termasuk di media sosial untuk menepis tuduhan terhadapnya.

Beberapa pegawai tertinggi McDonald's Malaysia berkali-kali tampil menyatakan pendirian mereka bersimpati dengan rakyat Palestin, di samping mengumumkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin anjuran kerajaan.

Pada 26 Oktober, pengurusan tertinggi McDonald's Malaysia turut menziarahi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin di kediamannya, dengan penjelasan panjang lebar mengenai struktur syarikat itu yang menurutnya merupakan entiti berasingan daripada McDonald's di negara lain.

Malah Pengarah McDonald's Malaysia, Mohamed Nasir ketika sesi perbincangan yang dimuat naik di YouTube itu turut memanggil Israel dan Yahudi sebagai "laknatullah".

Bagaimanapun, ia tidak dapat menenangkan sentimen orang ramai yang masih tidak yakin dengan penjelasan itu.

"Penjelasan orang-orang berkepentingan memanglah akan mempertahankan perniagaan dan jenama mereka. Terpulanglah kepada individu pengguna untuk makan McD atau tidak.

"Cuma perlu diingat kita wajib mencari makanan bukan setakat halal, tetapi wajib juga menjaga kesihatan diri dan anak-anak," kata pengguna YouTube, Hendon Anwar.

"Bagus diucapkan kepada management (pengurusan) tertinggi  di pihak Restoran McDonald's kerana telah menerbitkan suatu klip video yang telah memberikan pencerahan tentang isu McDonald's," kata seorang pengulas.

Bagaimanapun, ramai masih tidak menerima penjelasan mengenai sifat McDonald's yang bebas daripada syarikat induknya di Amerika Syarikat.

"Francais tetap francais," kata salah satu komen.

Ada yang mencadangkan McDonald's Malaysia menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin secara terbuka, selain daripada sumbangan kepada tabung kemanusiaan.

"Apa kata saya bagi cadangan, start sekarang cuba McDonald's Malaysia kibarkan bendera Palestin atau banner yang mengatakan 'we support Palestine'," kata pengguna media sosial Iszshah.


BUKAN HANYA

PENYOKONG

TEGAR ZIONIS

AMIN

MALAH JUAL

MAKANAN YANG

BAWA MUDARAT

AMIN

KHALAS

CHIN PENG DAN GUAN ENG



Siti Mastura enggan ulas dakwaan Guan Eng anak saudara Chin Peng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad enggan mengulas mengenai desakan Lim Guan Eng (PH-Bagan) supaya mengemukakan bukti bahawa pemimpin DAP itu mempunyai tali persaudaraan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Siti Mastura yang ditemui di lobi Parlimen turut mengesyorkan supaya video ceramah beliau ditonton secara keseluruhan dan bukan separuh-separuh.

WOIT

MENGKAITKAN

CHIN PENG

DENGAN GUAN ENG

ATAU DENGAN

LEE KUAN YEW

ADALAH PEGHINAAN

PADA CHIN PENG

AMIN

CHIN PENG

ADALAH

PEMIMPIN GERILA

MELAWAN PENJAJAH

INGGERIS

AMIN

LEE KUAN YEW

TALI BARUT

 INGGERIS

AMIN

GUAN ENG

HANYA PENYELAM

TOROWONG

KHALAS

CIK GU SAKIT


Kes guru tunjuk kemaluan masih dalam siasatan polis – Hui Ying


GEORGE TOWN – Siasatan berhubung kes seorang guru sekolah rendah di Balik Pulau di sini didakwa menunjukan kemaluan ketika berada dalam kelas masih dalam siasatan pihak polis.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kejadian tersebut namun tiada butiran lanjut memandangkan ia masih dalam siasataN.

“Kes ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan biar mereka jalankan siasatan dahulu. Sekiranya kejadian itu benar berlaku siasatan akan dilakukan di bawah kes gangguan seksual.

“Saya sekali lagi ingin tegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan kes-kes sebegini tidak kira ia membabitkan guru mahupun pelajar,” katanya.


WOIT

CIK GU INI

SAKIT

AMIN

DIA PERLU

RAWATAN BUKAN 

SEBATAN

AMIN

MAT SALLEH

PANGGIL FLASHER

AMIN

ADA ORANG

NAK TAYANG

BINI MUDA

AMIN

NAK TAYANG

KERETA BESAR

AMIN

LETAK GAMBAR

DENGAN MENTERI

DALAM BILIK TAMU

AMIN

INI SEMUA SAKIT

TAKDA KERETA

TUNJUK KOTE

KAH KAH KAH

KHALAS

RAMAI SOLDADU ZIONIS MATI - ANGKA JADI RAHSIA !!!


RAMAI SOLDADU

ZIONIS MATI

AMIN

ANGKA 

DI RAHSIAKAN

KHALAS

KENAPA ANWAR KUMPUL NUMBO


ADA ULAS

AMIN

KENAPA ANWAR

KUMPUL NUMBO 

ADA PROJEK

 TERAJANG KE ?

AMIN


Unknown commented on 
"UKRAINE KENA KENCING -
DIMINTA BERDAMAI"

Sorang lagi berdamai, sokong anuar pulak. Rasa nak bagi side kick hahaha. TT tak ulas sikit pun isu ni. Biasa bila melibatkan anuar celik mata terus nganjing. Terciduk ke. Kah kah kah.

MADANI WUJUD KERANA SOKONGAN KAPIR


JANGAN TAK SEDAR

KERANA SOKONGAN

KAPIR MAKA TERDIRI

KERAJAAN MADANI

KAH KAH KAH

KHALAS

DI BELAKANG ISRAEL IALAH AMERIKA

 



China, UAE gesa Majlis Keselamatan PBB terima pakai resolusi di Gaza

CHINA dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima pakai resolusi mengenai Palestin dan resolusi itu boleh dilaksanakan.

“Di tengah-tengah situasi bencana ini kami menekankan perlunya untuk Majlis Keselamatan bertindak segera dan menerima pakai resolusi yang bermakna dan boleh dilaksanakan,” kata wakil tetap China ke PBB Zhang Jun semasa menyampaikan kenyataan bersama rakan sejawat dari UAE, Lana Zaki Nusseibeh di New York.

Zhang berkata gencatan senjata kemanusiaan kini sangat diperlukan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan yang cepat dan tanpa halangan, lapor Agensi Anadolu.

Majlis itu berhimpun pada Isnin untuk sesi tergempar kali keenam.

“Kami menggesa kesemua pihak mengambil langkah segera ke arah menghentikan penentangan bagi memastikan perlindungan orang awam,” kata Zhang.

Beliau berkata pihak yang terlibat dalam konflik di Palestin seharusnya memudahkan penghantaran barangan dan perkhidmatan yang mencukupi dan tanpa halangan kepada semua orang awam di seluruh Semenanjung Gaza.

“Ini termasuk elektrik, air, bahan api, makanan dan bekalan perubatan yang berterusan dan dalam skala yang besar,” katanya.

Wakil tetap UAE ke PBB Nusseibeh berkata serangan ke atas kemudahan awam di Gaza merupakan pencabulan undang-undang antarabangsa.

“Kami mengutuk semua pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, semua keganasan terhadap orang awam, termasuk semua tindakan keganasan dan serangan secara sembarangan,” katanya.

Bulan lepas, empat draf resolusi berbeza mengenai Gaza ditolak Majlis Keselamatan. – Bernama, 8 November, 2023.



SATU DUNIA

TEKAN  ISRAEL

TAPI ZIONIS

TAK AMBIL POT

AMIN

KERANA 

DI BELAKANG

ISRAEL IALAH

KUASA IMPERIALIS

ANGLO-AMERIKAN

KHALAS 

APA ITU ZIONIS TEMPATAN


APA ITU

ZIONIS TEMPATAN

KHALAS


Zionis tempatan adalah Zionis bukan Yahudi seperti Biden dan Macron. Zionis tempatan menyokong wujudnya negara Zionis Israel. Demi keselamatan Israel, Zionis Israel perlu membunuh 14 juta Arab Palestin. Keselamatan ini dimulai dengan mengebom Gaza hingga hancur lumat

PKS DISAHKAN ANGGOTA LIBERAL INTERNATIONAL


PEMIMPIN

LIBERAL

 INTERNATIONAL 

SAHKAN PKR

SEBAGAI ANGGOTA

 KHALAS

MUDA MUDA LAGI DAH ADA KES RASUAH


Bebas atau bersalah, nasib Syed Saddiq diketahui esok

NASIB Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada bebas atau bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diketahui esok.

Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid dijadual membacakan keputusannya pada 9 pagi.

Pada 14 Mac lepas pembelaan menutup kes setelah memanggil Syed Saddiq dan tiga saksi lain iaitu bekas Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin, Mohamed Amshar Aziz (bekas Pegawai Khas Syed Saddiq) dan Siti Nurul Hidayah (bekas Setiausaha Peribadi Syed Saddiq) pada prosiding membela diri yang bermula 22 Februari lalu.

Pendakwaan pula mengemukakan 30 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 21 Jun tahun lepas.

Antara yang memberi keterangan ialah ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali serta Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Hidayah Kamarudin, Syahmeizy Sulong dan Asbi Munip.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Pada 28 Oktober 2022 Mahkamah Tinggi memerintahkan Syed Saddiq membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di Kuala Lumpur antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa maksimum maksimum penjara lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Presiden Muda itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi kesalahan ini beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

Sebelum ini bagi kes bersubahat melakukan pecah amanah dan salah guna harta Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur manakala kes pengubahan wang haram disebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes pengubahan wang haram ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kes pecah amanah dan salah guna harta.

Pada 25 November 2021 Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq supaya kesemua kes dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. – Bernama, 8 November, 2023.


KESIAN

MUDA MUDA

LAGI DAH ADA

KES RASUAH

KAH KAH KAH

KALAU BERSALAH

INI BUKTI MADANON

LAWAN RASUAH

KAH KAH KAH

KALAU TAK SALAH

INI BUKTI MADANON

BUKAN BERAT

PADA ZAHID SAJA

AMIN

MACAM KES

PENJARA WAN JI

SATU PERSEDIAAN

UNTUK KENAKAN

SANUSI

KAH KAH KAH

KHALAS

APA ITU LIBERAL


APA ITU LIBERAL


1. Bersedia untuk menghormati atau menerima tingkah laku atau pendapat yang berbeza daripada sendiri; terbuka kepada idea baru.
"mereka mempunyai pandangan liberal tentang LGBT atau perceraian"
2. Berkaitan atau menunjukkan falsafah politik dan sosial yang menggalakkan hak individu, kebebasan sivil, demokrasi dan perusahaan bebas.

Apakah maksud orang liberal?
'Liberal' berkongsi akar dengan 'kebebasan' dan boleh bermakna apa sahaja daripada "murah hati" kepada "longgar" kepada "berfikiran luas." Dari segi politik, ia bermaksud ""seorang yang percaya bahawa kerajaan harus aktif dalam menyokong perubahan sosial dan politik."

LIBERALISME
Liberalisme ialah falsafah politik dan moral berdasarkan hak individu, kebebasan, persetujuan orang yang ditadbir, kesaksamaan politik, hak untuk harta persendirian dan kesaksamaan di sisi undang-undang.

Liberal menyokong pelbagai pandangan bergantung kepada pemahaman mereka tentang prinsip ini tetapi secara amnya menyokong harta persendirian, ekonomi pasaran, hak individu (termasuk hak sivil dan hak asasi manusia), demokrasi liberal, sekularisme, kedaulatan undang-undang, kebebasan ekonomi dan politik, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, kebebasan berhimpun, dan kebebasan beragama, hak kerajaan berperlembagaan dan privasi.

Liberalisme sering disebut sebagai ideologi dominan dalam sejarah moden.

MANGSA BANJIR BERTAMBAH



Mangsa banjir di Perak, Selangor catat peningkatan pagi ini

JUMLAH mangsa banjir di Selangor dan Perak terus meningkat dengan mencatatkan 1,108 mangsa yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 pagi ini.

Di SELANGOR sebanyak 768 orang daripada 196 keluarga berlindung di sembilan PPS, meningkat berbanding 722 orang daripada 184 keluarga malam tadi melibatkan mangsa banjir dari daerah Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Kuala Langat.

Sementara itu laman web Public Infobanjir melaporkan setakat 7.30 pagi tadi Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat melepasi paras bahaya namun dengan trend air menurun manakala Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor melepasi tahap berjaga-jaga dengan trend air meningkat.

Sementara itu di PERAK sejumlah 340 mangsa banjir daripada 99 keluarga kini ditempatkan di empat PPS meningkat berbanding 310 orang daripada 91 keluarga pada sebelah malam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan 186 mangsa adalah di daerah Hilir Perak manakala 154 lagi dari daerah Kerian.

Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih pada tahap bahaya iaitu 4.18 meter (m) manakala dua lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang 13.66 m dan Sungai Slim di Slim River (25.11 m).

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumkan laluan FT 147 Jalan Selama di Kerian masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan berikutan itu laluan A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah dijadikan jalan alternatif. – Bernama, 8 November, 2023.


WOIT

BANYAK KAWASAN

YG BELUM PERNAH

KENA BANJIR

KINI DI LANDA

 BANJIR

AMIN

INI BUKTI

IKLIM DAH

BERUBAH

KHALAS

PKR ANGGOTA LIBERAL INTERNATONAL ?



PKR JADI ANGGOTA

LIBERAL 

INTERNASIONAL ?

KHALAS

BOIKOT MEKDONAL


BOIKOT

 MEK DONAL

KHALAS


Unknown commented on 
"ANWAR DAN ISRAEL"

Aku pelik tt. Aku pelik.... Yang selama ni dok melantak mekdonal adalah orang yang hari ni boikot mekdonal. Ni la barua israel sebenornye.... Dia kayakan israel untuk serang palastin.... Kemudian dia boikot. Celaka betul.

ZIONIS TEMPATAN


ZIONIS TEMPATAN

KHALAS

Unknown commented on
 "ANWAR DAN ISRAEL"

Woi TT, zionis tempatan memang ramai, ada yang suka petai ada yang suka bak Kut teh ada yang suka tosei dan paling real ada yang pakai ketayap. Kahkahkah