Isnin, 8 Mac 2010

ORANG KAYA TAK PERLU DI CUKAI - ORANG MISKIN WAJIB KENA CUKAI




INI CONTOH ORANG MISKIN HANYA ADA ENAM BELAS BIJI KERETA !




CUKAI IMPORT BUGGY GOLF DIMANSUH - melayau

Najib Razak hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Najib Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada.

Selain itu, langkah itu juga mampu menjana pendapatan negara apabila lebih 200 kelab golf di negara ini berpotensi menjadi destinasi pilihan pelancong asing untuk bermain sukan itu

KAH KAH KAH..


nota:

main golf ini permainan orang kaya
pemain golf ada kemampuan untuk bayar cukai
lihat cukai orang kaya di mansuhkan

orang miskin akan dikenakan cukai kepala

tak kan orang Melayu tak nampak hal ini
tak kan tak faham kalau membaca berita macam ini




SENIMAN BERGENRE BODEK



ARAH BUDAYA SENIMAN KITA


Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga dalam negara kita ini kurang membaca. Dari kajian dan pukul rata seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun. Berbanding dengan 40 ke 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland.

Hasilnya buku buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga dalam negara kita ini tidak ambil pot tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buka sastera, buku falsafah atau buku budaya, pamiran lukisan, pementasan sandiwara atau teater.

Megapa ini berlaku? Apakah warga Malaysia ini – terutama manusia Melayu - amat culas dalam hal baca membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keingian untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekelilingnya. Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi bagitu mandul sehinggakan dia tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri.

Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang-orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman , para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun dan menentang dan melawan proses pembodohan ini.

Disini peranan penulis/seniman/sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya yang disebar luas oleh United Malays National Organisation.

Selama lebih dari 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruk cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu befikir dan bergerak.

Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini adalah sikap yang salah. Inilah sikap hasil dari hegemoni budaya United Malays National Organisation. Budaya ini memalaskan kita untuk berfikit. Seharusnya - kita menimbulkan persoalan demi persoalan ke atas kenyataan tadi.

Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca ?

Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah nobel maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh si penulis dalam didalam nobel itu. Jika manusia Melayu gagal untuk menghayati sebuah puisi – maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya pusi itu. Jika mansia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan maka mari kita selami apa dia yang telah dilukis.

Selama lebih dari 20 tahun ini – buku-buku dari tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa , buku buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakan bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara yang dipentaskan ke hadapan penonton banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu.

Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadari dahulu banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadari. Banyak seminar-seminar akdemik dianjurkan tentang Islam Hadari. Ada tetaer dipentaskan tentang Islam Hadari. Ada kajian-kajian di jalankan tentang Islam Hadari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pamiran lukisan tentang Islam Hadari.

Seorang penulis puisi yang bercita cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadari. Ini untuk memastiikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan essei tentang Islam Hadari. Akan diadakan pertanding berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadari.

Sebuah pereka desin papan tanda juga akan meletakan logo Islam Hadari - agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum di sebarkan ditepi tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadari. Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadari.

Apabila pencadang Islam Hadari ini tidak ada kuasa lagi maka semua beralih kepada satu Malaysia. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh ke dalam masyarakat kita.

Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis , si penyaer, si pengkaji, si pembuat teater, si pembuat lagu, si pereka – semua tahu – apa yang mereka buat adalah membodek orang yang berkuasa pada ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan.

Kerja kerja bodek – tidak menarik. Kerja kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidakkan mengancam untuk mengelodakkan fikrah yang beku. Kerja kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa. Nobel-nobel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil dari peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah jika buku buku bodek ini ini di beri percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek.

Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa apa manafaat kepada kehidupan mereka.

Bayangkan jika buku-buku atau kerja kerja seni ini ada berkaitan – ada hubungan dengan kehidupan mereka - pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi ini indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu – pasti puisi ini akan dihayati.

Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawaan ini adalah perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayatinya kerja seni ini. Bukan buku buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan manjoriti manusia Melayu.

Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau shaer dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman pasti kerja seni mereka merebak luas.

Contoh terbaik – hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyaer, pemusik, pelukis – untuk digarap seseni mungkin.

Jika para penulis/ seniman/saterawan/pelukis/ pengiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar. Jangan kecewa apabila pamiran lukisan hanya dilihat sebagai pamiran syiok sendiri. Jangan marah jika tak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli.

Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikkan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan pusi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan. Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu. TT

nota:
boleh diambil untuk
membuat kebaikan





INI BUKAN MUFTI TAPI MAU UFTI



INI AJEN FROM UNCLE - ADA KELAS BUKAN AJEN GEROMBOLAN




NIK AZIZ : MUFTI PERAK TINDAK MACAM EJEN UMNO – malaysianinsider

Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan dengan Harussani Zakaria Khamis lalu yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan syor membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu, yang telah ditolak PAS tahun 2008, sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”

Menteri Besar Kelantan itu berkata sekiranya Harussani berpandangan Islam dan politik harus selari, tetapi dalam masa yang sama terus melibatkan jubah muftinya dengan politik bererti beliau telah menjadi ejen.

“Dan dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Kemuliaan seorang mufti hilang kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

“Saya kira, seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa),” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

KAH KAH KAH..

kah kah kah... INI DIA.... ZERO ZERO ZERO... EJEN GEROMBOLAN...kah kah ka..

kah kah kah... TAK LAMA LAGI MALAON INI AKAN PAKAI SEPETOL.... kah kah kah..

kah kah kah... KESIAN AL – MUFTA INI... kah kah kah..

kah kah kah... KIRI KENA DUGU... KANAN PUN KENA DUKU...kah kah kah..

woit....NAK BUAT MACAM MANA.... INILAH KERJA AJEN... kah kah kah..

woit.. NASIB BAIK TOK GURU PANGGIL AL – MUFTA...kah kah kah..

kah kah kah....KALAU IBNU CHAR MURTA.. LAGI HEBAT.. kah kah kah..

nota:
kalau tak tahu apa
ibnu char murta
sila tanya lebai google
kah kah kah




SEMUA BIKIN TIPU




KAH KAH KAH





MP KELUAR BERASAS RATIB PALSU
– harakah daily

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil-wakil rakyat yang keluar parti sekadar meratib palsu bagi menghalalkan tindakan mereka.

Katanya, bermacam-macam alasan diberi mereka untuk meninggalkan parti kononnya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Namun ia hanyalah ratib palsu. Langsung tidak logik alasan mereka demi menjaga kepentingan agama dan bangsa tiba-tiba menyerahkan diri kepada Umno.

“Sedangkan Umno sebuah parti yang tidak pernah menjaga agama dan bangsa,” katanya pada kenyataan media di sini semalam.

Baru-baru ini tiga anggota parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayam Baru), Tan Tee Beng (Nibung Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti.

Manakala anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ditendang kerana melanggar disiplin parti.

KAH KAH KAH

woit... BERATIB PUN ADA YANG PALSU.... kah kah kah..

woit...APA SUDAH JADI NEGARA INI..kah kah kah

woit... GEROMBOLAN BUKAN PARTI UNTUK AGAMA DAN BANGSA... kah kah kah..

woit... GEROMBOLAN PARTI UNTUK ANAK BINI DAN KRONI...kah kah kah...

kah kah kah... APA NANTI FATWA AYAAHTOLAAA ZULKIFLY... kah kah kah..




BERITA AMAT AMAT SEDIH



SAEKOR MALAON YANG MENYOKONG MALAON




ZULKIFLI: SAYA DIPECAT TANPA PELUANG BELA - malaysiakini

Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat keanggotaannya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau dihukum tanpa diberi peluang membela diri.

Zulkifli, 48, berkata beliau menerima berita mengenai pemecatannya itu melalui rakan pemberita dan menyifatkan ia sebagai permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 Sept 1998 termasuk kejatuhan dan kehancuran PKR.


KAH KAH KAH...

woit... KESIAN LAAA PADA MALAON INI...kah kah kah..

woit...TAK PATUT MALAON INI KENA TENDANG...kah kah kah..

woit...APA DOSA MALAON INI...kah kah kah..

kah kah kah... MALAON INI TELAH DIZALIMI...kah kah kah..

kah kah kah... MALAON INI TELAH MEMINTA DI ADILI OLEH HANYA ORANG ISLAM...kah kah kah..

kah kah kah... LIHATLAH BETAPA SUCINYA MALAON INI...kah kah kah..

woit... MARI KITA TUBUH KAN SATU KUMPULAN UNTUK MENYOKONG PERJUANGAN MALAON INI...kah kah kah..

woit.. KITA PANGGIL NGO INI : PERMAL..kah kah kah..

woit... PERMAL : PERGI MAPUSLAAAAAA.... kah kah kah



GEROMBOLAN TAKUT OMBAK RAKYAT



TAK ADA KERJA LAIN




POLIS HALANG SAMBUTAN PAKATAN DI KUALA LUMPUR - malaysianinsider

Polis menghentikan perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman di sini — tindakan malam kedua berturut-turut pihak berkuasa, yang diadakan sempena ulang tahun kedua kemenangan mereka pada pilihan raya umum 2008.

Naib Presiden PKR Azmin Ali dihalang oleh anggota polis rusuhan Unit Simpanan Persekutuan ketika sedang berucap ratusan hadirin.

Ketika polis mendekatinya, Azmin yang juga Ahli Parlimen dan ADUN memberitahu mereka yang hadir bahawa kelab itu adalah milik kerajaan negeri Selangor, bukannya “harta Umno.”

“Saya minta anggota polis menerima perjuangan Pakatan Rakyat,” kata beliau dengan disambut mereka yang hadir.

“Jika kita diberikan mandat untuk mengambil alih (kerajaan), kita akan menjaga kepentingan anggota polis,” kata beliau sebelum ucapannya dihentikan.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

Kemudian polis menghantar kenderaan perisai air untuk menyuraikan penyokong Pakatan Rakyat agar meninggalkan kelab itu.

Kemudian Ahli Parlimen Batu dan pengarah strategi PKR Tian Chua meminta hadirin masuk ke dalam dewan, untuk memenuhi syarat polis yang melarang mereka berhimpun di kawasan padang.

Malam tadi polis menghentikan majlis makan malam dianjurkan DAP di Kepong, tidak jauh dari lokasi malam ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen — buat julung kali, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

KAH KAH KAH...


woit.... PATUTLAAA.... KECURIAN SANA SINI..kah kah kah..

woit...PECAH RUMAH SANA SINI...kah kah kah..

woit...ROMPAK SANA SINI...kah kah kah..

kah kah kah.. RUPA RUPANYA POLIS SIBUK BUAT KERJA GEROMBOLAN...kah kah kah..

kah kah kah.... PATUTLAH JENAYAH SANA SINI...kah kah kah..

kah kah kah... TENAGA POLIS DI GUNAKAN BUAT KERJA BODOH NI....kah kah kah...

nota:
bala tidak pula di cari kah kah kah