.

Isnin, 26 Januari 2015

JENG JENG JENG




Nasib Anwar dalam rayuan kes liwat 

diketahui 10 Februari -

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Februari untuk keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Anwar yakin bebas dalam kes rayuan liwat

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yakin beliau akan dibebaskan apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan ke atas kes liwatnya 10 Februari ini. 

KAH KAH KAH

ciiiiis...
kecewa... gagal
tak dapat menghasut
ciiis kalau tidak
ramai turun demo
kah kah kah
bukan sokong anwar
tapi nak tibai najib

KAH KAH KAH 


----------

APA DOANYA?








KOMENTAR
lagi lama sakit gigi ini
lagi baik untuk pakatan
sakit gigi yang berterusan
adalah strateji politik yang tepat

KJ  KETIKA
SEKOLAH RENDAH

Hentikan perang saraf Najib- Mahathir, 

hanya lemahkan Umno, kata Khairy

Perang saraf di antara kumpulan  Najib Razak dan  Mahathir Mohamad perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan melemahkan Umno, kata Khairy Jamaluddin.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjelang beberapa tahun lagi, maka pihak yang berkenaan digesa menghentikan polemik yang boleh melemahkan parti Melayu itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hentikan-perang-saraf-najib-dr-mahathir-hanya-lemahkan-umno-kata-khairy#sthash.6i0AoBZq.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
hang ingat
apa dalam kepala
malaon ini bila lihat
muka madey
kah kah kah

APA PUNYA DOA


----------------

HADI DI TIBAI LAGI





Pilihanraya Kerajaan Tempatan : SAMM Cabar Hadi Awang Sepentas Berdiskusi

Pilihanraya Kerajaan Tempatan seharusnya menjadi idealisme setiap gerakan politik dalam negara bagi memastikan peranan Ahli Majlis sebagai penimbal balik keputusan dan dasar Pihak Berkuasa Tempatan serta mata dan telinga rakyat di dalam kawasan tersebut untuk membangunkan kawasan komuniti. Ia juga sebagai satu langkah yang dapat memulihkan kepincangan dan ketirisan dalam pentadbiran tier ketiga Sistem Pentadbiran Awam Di Malaysia.

Kali terakhir Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan adalah pada tahun 1964, iaitu 5 tahun sebelum tragedi 13 Mei yang hanya berlaku pada tahun 1969. Jadi, dimanakah logika Datuk Seri Hadi Awang dalam melemparkan tanggapan Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Mengulangi 13 Mei?

Persoalannya, adakah kerana Pilihanraya Kerajaan Tempatan menjadi punca 13 Mei ataupun 13 Mei berlaku kerana demokrasi telah dipadamkan dan keadilan dinafikan sehingga mewujudkan ruang manipulasi besar yang mengakibatkan jurang perbedaan antara kaum dalam negara ini?

Persoalan beginilah yang sepatutnya diutarakan oleh seorang Presiden Parti Politik, yang akan mengangkat martabat fikrah seorang Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Bukannya terus terheret dalam analogi sempit berasaskan kaum dan agama ciptaan UMNO-Barisan Nasional lantas meninggalkan seruan Keadilan Untuk Semua yang dianjurkan Islam.

Kita juga tidak boleh menolak faktor pergeseran dalam UMNO itu sendiri yang ingin menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, terutamanya Mahathir ketika itu sebagai antara pemain utama dan Tun Abdul Razak sebagai pengganti Perdana Menteri telah turut mencetuskan tragedi 13 Mei.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bersemuka di atas satu pentas bagi membicarakan polemik Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang telah ditimbulkan oleh beliau. Hadi tidak boleh sekadar mengeluarkan kata-kata tersebut tanpa memberikan penjelasan lengkap berkait tanggapan beliau itu. 

SAMM terbuka untuk pihak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan tarikh, masa dan tempat. 

Sampai bila kita harus tunggu Malaysia dibuai mimpi indah di mana penbangunan hanya dirasai oleh segelintir rakyat tanpa urustadbir dan tatakelola yang baik dapat diterapkan di dalam setiap lapisan jentera pentadbiran Kerajaan.

Muhammad Akram Bin Ahmad
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Melaka


-----------

NASI PANGUNG KELMARIN




NASI PANGGUNG
Menunggu janji menteri
Menunggu kata penguasa
Jangankan rumah berlindung
Janji meeting townhall pun belum terlaksana!

Menu & kontributor Jln Panggung minggu ini:-

MINAH CUN PERTAMA

Tim Dapur Jalanan - Bubur pulut hitam
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Usrah cecawi & buharat - Nasi Arab kabsah
Tim girls only - cup cakes
Qish Awek Cun - Kueh Donut / Keropok Lekor

MAKANAN

Anak Semua Bangsa; bersolidariti, berkerja bakti & buat ramai:-
Husin, Aisyah, Ajimonn, quratul, padel, intan, bebe and ili
Awatif & Tim Recycle, Dr Maszlee Sekeluarga
Afiq, Roy, Sake, Akim, Hijrah, Azen, Paan & Tim BangsarBoys
Azreen & Suriani, Intan & Sarah, Fazzy,
& semua yg hadir, berkongsi kasih, bersetiakawan di Jln Panggung!

YANG MAKAN


Terima Kasih semua!!!
++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

YANG DATANG

 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan,
CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective

Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 
 Hadi Khalid 0126648873

MINAH CUN KEDUA
Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
25 Januari 2015




--------------

SALAH GUNA KUASA





ADAKAH KONTRAK BAS PLKN BERNILAI RM 165 JUTA KEPADA GUNUNG CAPITAL DITERUSKAN WALAUPUN PLKN 2015 DITANGGUHKAN?
Pengumuman Bursa Malaysia yang bertarikh 29 Disember 2014 (rujuk lampiran A) mendedahkan bahawa syarikat Gunung Capital Berhad melalui anak syarikat milik sepenuhnya iaitu GPB Corporation Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 164, 951, 885.70 oleh Kerajaan Barisan Nasional bagi menyediakan perkhidmatan bas untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Kontrak tersebut merangkumi penyediaan sebanyak 416 buah bas bagi 82 kem latihan PLKN untuk tempoh selama 3 tahun bermula 26 Disember 2014 sehingga 25 Disember 2017. Namun pengumuman tersebut tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana proses pemberian kontrak dibuat dan samada nilai kontrak tersebut setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Ini menimbulkan persoalan kerana maklumat syarikat menunjukkan Gunung Capital diketuai oleh pimpinan UMNO iaitu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal selaku Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Beliau merupakan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang yang bergiat aktif di Perak.
Saya juga telah mendedahkan pada minggu lepas bahawa terdapat jurang perbezaan sebanyak RM 212 juta antara penjimatan melalui penangguhan PLKN tahun 2015 seperti yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri iaitu sebanyak RM 400 juta sedangkan anggaran perbelanjaan PLKN bagi tahun 2015 seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2015 adalah RM 612 juta.
Adakah ini bermakna kerajaan akan menanggung kerugian sebanyak RM 212 juta kerana masih terpaksa membayar syarikat-syarikat kontraktor seperti Gunung Capital yang telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 165 juta walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan?
Adakah keengganan kerajaan untuk memansuhkan terus PLKN adalah kerana syarikat tertentu yang mempunyai kaitan dengan pimpinan UMNO telah dijanjikan kontrak bernilai ratusan juta ringgit bagi tempoh jangka panjang atau kontrak lebih dari setahun?
Penangguhan PLKN tahun 2015 adalah tindakan yang wajar bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Namun, Y.A.B. Perdana Menteri wajib menjelaskan mengapa penangguhan PLKN tahun 2015 hanya mampu jimatkan 65% daripada anggaran sebenar perbelanjaan PLKN, adakah kerajaan akan membayar syarikat kontraktor seperti Gunung Capital RM 165 juta walaupun tiada perkhidmatan bas yang diberikan bagi tahun 2015 dan kemanakah perginya RM 212 juta iaitu wang lebihan daripada anggaran perbelanjaan RM612 juta berbanding RM 400 juta penjimatan yang diumumkan? 
AKMAL NASIR
Pengarah Strateji
Angkatan Muda Keadilan

---------------

MENGENAL TERENGGANU






PAS HANYA DI TENGAH
Terengganu satu negeri terletak di pantai timur semenanjung, majoritinya Melayu beragama Islam. Tapi ramai orang tidak menyedari ia terbahagi kepada tiga sosiobudaya yang berbeza. 

Utara Terengganu seperti Daerah Besut penduduknya bercakap dalam dialek Kelantan berjiwa Kelantan, , berfikir dan bertindak seperti oghe kelate halus tutur kata tapi keras hatinya. 

Selatan Terengganu seperti Daerah Kemaman, Hatinya dekat dengan Pahang, korban kebanggaan untuk kenduri kahwin adalah kerbau sebagaimana orang Pahang. 

Tinggal sekarang di kawasan tengah iaitu dari Kuala Terengganu sehingga Kuala Berang, Inilah kawasan yang menjadi Kubu PAS dan Ha die. Kawasan inilah dirujuk sebagai PAS Terengganu .

 Orang dari utara dan selatan Terengganu tidak akan sesekali mengundi dan memenangkan PAS walaupun calonnya tuk guru, ustaz, ulama atau Haji Ha die. Jadi apa yang kita boleh harapkan dari PAS Terengganu pimpinan Ha die, jika perbezaan sosiobudaya yang kecil gagal ditangani dengan baik dari Ha die n on MANA ADA PERPADUAN
Publish | Delete | Spam
kiedentech
on 1/26/15




-------------

SALUT SYRIZA





PAGI INI


bila  bangun dari tidur
rakyat satu dunia
dapati
 dunia telah berubah

WASPADA
kaum pemodal
kaum zionis
kaum feudal
kaum imperialis
towkay
dan
cukong
akan menyusun
untuk mengagalkan
projek dunia baru
kaum kiri






  1. Greece elections: anti-austerity Syriza party enjoys comfortable win

    The Guardian-7 hours ago
    After five brutal years of austerity and recession, Greece's 9.8m voters ... said the election felt like the most important in Greece's recent history.

  2. Syriza could win outright majority as Greece rejects austerity

    Reuters-4 hours ago
    Tsipras has promised to keep Greece in the euro and has toned down ... far smaller than feared the last time Greeks went to the polls in 2012.


-------------

NAJIB MENDERITA








Najib kepanasan diserang blogger

 | January 24, 2015
Perdana Menteri tidak dapat menerima kritikan, sebaliknya melancarkan serangan ke atas blogger dan pegamal media yang tidak sehaluan.

PETALING JAYA: Serangan dan kritikan keras yang bertali arus terhadap  Najib  Razak termasuk membabitkan Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin telah memberi kesan ke atas blogger dan pengamal media sosial yang tidak memihak kepada Perdana Menteri itu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa, pengamal media yang menjadi pendokong Najib mendapat ganjaran lumayan malah ada yang diberikan pakej percutian ke luar negara.

Bagaimanapun ujarnya, kalangan blogger dan pengamal media sosial yang mengkritik Presiden UMNO itu ditekan dan akan menderita.


KAH KAH KAH

mat mongol
tak lelap tidoo
kah kah kah
seksa punya seksa
pisau datang
dari depan belakang
bukan panas
kena serang
sampai mat momgol 
mampoos
kah kah kah
-----------

JENG JENG JENG




KOMENTAR
apa isi kandungan
perjanjian antara
justice department amerika
dengan menteri dalam negeri
pada masa itu hishammmuddin husein

tak ada tulis surat
tapi ada buat perjanjian
kalau buat perjanjian
pasti pernah tulis surat

jeng jeng jeng



FACE BOOK

Oppps menarik - Hisham sign apa ye dengan department of Justice USA - 2012 - July...nak gak tahu - mana la tau ada benda-benda yang melibatkan - kepentingan Malaysia dgn USA - saya belum periksa lagi tapi letak dulu gambar ini - ngantuk sikit - nak check ke - kalau ada yang lum tidur itu check la....esok info ye












KAH KAH KAH

woit
lidah kontot
mahu putar alam
lidah kontot
nak tipu melayu
kah kah kah

APA PUNYA KONTOT




-------------

APA JANJI HADI







Dalam tulisannya di Twitter, bekas MP Temerloh itu dengan sinis menyifatkan Hadi sebagai “penyelamat umat” kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu.

 Saifuddin yang juga CEO Global Movement of Moderates turut mengaitkannya dengan pendirian PAS sebelum ini dalam isu pelantikan wanita sebagai menteri besar.



KAH KAH KAH

woit
penyelamat umat?
kah kah kah
kepala bana apa
hadi ini bukan 
penyelamat umat
tapi
penyumbat lubang umat
kah kah kah

PENYUMBAT UMAT


-------------

KAUM KIRI BERGUMBIRALAH





KOMENTAR
kaum kiri sedunia
lihatlah
kaum kiri sedunia
senyumlah
kaum kiri sedunia
waspadalah
musuh sedang merancang
bermula dari detik 
kemenangan
kaum pemodal tidak
akan berehat selagi
kaum tertindas tidak dapat
ditunduk kan!



Exit polls suggest that that Syriza is likely to get between 146 - 155 in the 300-seat parliament, Helena Smith reports from Athens. 
Giorgos Kyrtos, veteran political commentator - and now Euro MP for the conservative New Democracy party, is calling it a “historic moment” for the radical leftists.
There were scenes of jubilation at Syriza’s main electoral office in central Athen


KAWAN ALEXIS TSIPRAS
PEMIMPIN SYRIZA





-----------