.

Isnin, 14 September 2015

BANI KETUANAN MELAYU






FACE BOOK


Follow · 22 hrs · Edited 
 

hahahahahah.....tak ada kena mengena dengan melayu la..inilah hakikat kaum umno yang bertopengkan melayu dan memburuk bangsa melayu....kaum umno yang nak pupus mengapa melayu yang di jadikan mangsa....kalau kaum umno nak mampus tak kan melayu perlu mampus ikut kaum umno.....





----------------

INGAT ATAU TIDAK?






INGAT TAK

number akaun

siapa ini?



2112022011880


2112022011906






------------

SEVER DIGANGGU









SEVER

DiGANGGU



adalah dimaklumkan
sever radio bangsar terganggu
semenjak jam 4 petang ini
tim teknikal telah cuba 
menyelesaikan masalah
tapi masih gagal
minta maaf jika 
siaran langsung
malam ini gagal dibuat
walau apa pun
tim teknikal
masih berusaha
pada ketika ini


---------------

AMANAH - PARTI BARU








TAHNIAH



Pertemuan dengan RoS positif, pelancaran Amanah diteruskan 16 September


Parti Amanah Negara (Amanah) akan meneruskan pelancaran rasminya pada 16 September ini selepas selesai pertemuan bersama Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini, kata setiausaha agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir - 

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pertemuan-dengan-ros-positif-pelancaran-amanah-diteruskan-16-september#sthash.xqrKoT8J.dpuf





-----------------

AMARAN MAHATHIR







SUARA

GODFATHER

DON KUTTY

KOMENTAR
bila najib mendengar suara ini
maka ini adalah signal
ini adalah tanda 
untuk najib bersedia

maka najib akan arahkan
suruhanjaya pilihan raya
untuk membuat kerja kerja gelap
memastikan parti ketuanan melayu
memang besar dalam pru14

justeru najib akan dapat
berkata ": fuck you mahathir muhamad!


Amaran Mahathir: Sayang Najib dan Umno akan berkecai

Anggota Umno diminta untuk menolak i Najib Razak jika sayangkan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu.
Malah, bekas perdana menteri,  Mahathir Mohamad berkata sekiranya anggota parti itu sayang dan memilih untuk terus mengekalkan presiden mereka Umno akan hilang kuasa dan berkecai sama sekali.
“Jika sayang Umno tolak Najib sekarang.
“Jika sayang Najib, Umno akan hilang kuasa dan berkecai,” kata Mahathir dipetik dalam blognya hari ini.
Mahathir juga mahu anggota parti menolak presiden Umno itu sebelum pilihan raya sekiranya mahu terus kekal berkuasa.
“Ahli-ahli Umno yang sayang dan ingin Umno kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihan raya,” tegasnya.
Menurut Mahathir, Umno tidak mempunyai masa yang banyak untuk memperbaiki parti itu sekali gus menambat kembali hati pengundi mereka.
“Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan Umno tidak mencukupi,” katanya lagi.
Sebaliknya, tegas Mahathir lagi sekiranya Najib tidak lagi menjadi presiden Umno dan memimpin BN, besar kemungkinan parti komponan itu akan menang.
“Umno akan hancur kerana ramai dari ahli Umno tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.
“Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada Umno atau BN.
“Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin Umno yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain,” tambah Mahathir.

KAH KAH KAH

woit
ini suara jelas
ini amaran keras
ini dari mahathir
bukan dari lokman adam
bukan dari ezam mat nor
ini petanda jika najib
terus berdegil
najib dan mahathir sendiri
akan masuk lokap
kah kah kah

DAKWA NAJiB

------------------

NAJIB SEDANG DIKEPONG









MEDiA SOSiAL 

BERJAYA
kempan blog
kempen face book
kempen twitter
berjaya kerana apa?

kerana utusan
kerana rtm
kerana tv 3
kerana berita harian
tak boleh diyakini

inilah kejayaan malaysia
berjaya menggunakan media baru
tahniah anak muda
teruskan lagi!





NOTA
mustahil mahathir muhamad ini
ajen dari luar negara!


Politik semai kebencian rakyat untuk 

jatuhkan pemimpin negara - PM

PEKAN: Najib Razak berkata UMNO sedang menghadapi politik yang dimainkan pihak tertentu bagi menjatuhkan parti yang menunjangi kepimpinan dan pentadbiran negara.

Najib  berkata, mereka menggunakan media sosial dan antarabangsa untuk menyemai kebencian rakyat kepada pemimpinnya. "Nak jatuhkan parti serang kepala yang menerajui parti, ..apabila ahli hilang kepercayaan (kepada pucuk pimpinan parti) ...maka tumbang lah parti bila-bila masa.

 "Jadinya, rakyat dan ahli UMNO perlu sedar bahawa Malaysia adalah negara yang berjaya bukan gagal, ..yang dihormati bukannya dicerca kerana keutuhan perjuangan UMNO dari dulu hingga sekarang," katanya. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81307

KAH KAH KAH
woit
inilah kejayaan anak muda
inilah kejayaan media baru
terima kaseh ronald reagan

TERUS LAGi

-----------

RAKYAT TAK SABAR MENUNGGU










najib,malaysiaNajib janji tidak akan kecewakan rakyat

Najib berikrar akan berjuang habis-habisan untuk parti dan rakyat dan akan terus memimpin selagi mendapat sokongan. More ››


KAH KAH KAH

woit
kalau malaon ini berhenti
rakyat tak akan kecewa
kalau malaon ini ditangkap
rakyat akan habis habisan
berkenduri berpesta
rakyat tak sabar lagi
tak caya tunggu dan lihat

TiDAK SABAR

--------------

SAJE NAK TANYA







AKAUN DiBEKU
akaun najib
di switzerland
di singapura
di hong kong
di singapura
di am bank
semua telah dibeku

dari mana najib
nak cekau duit
untuk beri pada calon
parti ketuanan melayu
dalam  pru14 nanti?

mat najib ada toyol ke?

saje tanya
nak bagi datuk nazri senang hati
mana tahu kalau kuala kangsar
perlu duit nak beli undi!




---------------

MALAM INI DEWAN CHINA






MALAM iNI

DEWAN CHiNA

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengambil berat keresahan masyarakat di luar sana khususnya penyokong perjuangan reformasi yang risau mengenai halatuju gabungan pembangkang di Malaysia. Rata-ratanya mahukan parti-parti pembangkang bersatu dalam memastikan sistem dwi-parti mampu dipertahankan seterusnya megambil alih tampuk kepimpinan daripada kerajaan korup BN.

Oleh itu, bagi menyantuni keresahan ini, Angkatan Muda Keadilan akan menganjurkan satu forum khusus untuk membincangkan mengenai masa depan politik parti-parti pembangkang di Malaysia. Forum ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
  • Tajuk Forum    : Pakatan Rakyat 2.0, Apakah Rakyat Bakal Kecewa 3.0
  • Tarikh             : 14 September 2015
  • Hari                : Isnin
  • Masa              : 8.30 Malam – 10.30 Malam
  • Tempat           : Auditorium, Tingkat 1, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


SiARAN

 LANGSUNG

---------------

SIAPA ORANG JAHAT ITU








PERANG 

MAKiN

MEREBAK




Anina saman penjahat dalam UMNO, bukan parti

 | September 12, 2015
Dia tampil memberi penjelasan susulan bahawa pemecatannya disebabkan samannya ke ataas UMNO
PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan tidak memahami writ saman yang dibuat, Anina Saadudin.
Dalam kenyataannya, bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat itu berkata, dia tidak menyaman parti itu tetapi individu yang dipanggilnya ‘penjahat’  dalam UMNO.
“Saya ingin tegaskan bahawa saya bukan menyaman UMNO sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab keahlian saya untuk UMNO menyaman penjahat-penjahat dalam UMNO,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT

KAH KAH KAH
woit
ini betul sudah berat
orang jahat sedang dicari
siapa orang jahat ini?
kah kah kah
adakah mak tujuh kali janda?
adakah pahlawan bugis?
adakah china tembam?
siapa? siapa?
kah kah kah
apa sudah jadi
dengan parti ketuanan melayu

LiNGKUP


------------

AL- FATIHAH










3 lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban, seorang ditemui selamat



Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas, menjadikan empat mayat jemaah negara ini telah dikenalpasti




--------------

PANDANGAN PEMBACA






GELAWAK

DEPAN GOL




BINCANG MASAK MASAK
Bagus la bincang sedalam-dalamnya....semasak-masaknya...uli biar sampai betul-betul sebati. Jangan buat main politik cuma sekadar nak cari makan dengan menglembukan harapan...sokongan...titik peluh rakyat. Jangan kali ini barisan pembangkang hanya lah barisan yang bengkang bengkok...nak buat sama-sama pikul batang balak pon tak boleh...masing-masing berdalih buat lari bahu. Jangan lagi barisan pambangkang kali ini tampil dengan angan-angan nak perintah negara dengan prinsip "setuju untuk tidak setuju". 

Jangan lagi jadi serupa orang Kelantan kata....gelewak depan gol...tapi tak sumbat gol. Alih-alih tiang gol kena perebah.. Kali ini pembangkang kena bina hubungan dengan seteguh-teguhnya...dengan diikat oleh SATU prinsip dan SATU dasar yang jelas dan dipersetujui bersama...yang difahami jelas oleh rakyat banyak...supaya rakyat banyak ni boleh sokong dengan hati teguh mereka. Bukannya ikatan yang rapuh...yang kena spin sikit saja oleh parti pemerintah dah terbarai... Orang putih kata.. on ESOK MALAM DEWAN CHINA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/13/15


-------------

SIAPA PEMIMPIN PAS





SiAPA KEPALA

PARTi PAS



PAS perlu kekal dalam gabungan pembangkang

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata parti itu perlu kekal dalam satu gabungan demi memperkukuhkan lagi pembangkang di negara ini.
Mengakui kekuatan pembangkang berada dalam satu gabungan, MP Pasir Mas itu bagaimanapun berkata asas hormat menghormati perlu ada untuk terus kekal dalam sebagai satu pakatan.
"Kita konsisten bahawa kita perlu kuat dan kekuatan pembangkang ialah dalam gabungan. Dan selagi mana boleh bergabung, kita akan kekal bergabung dalam gabungan politik tersebut," katanya.

KAH KAH KAH
woit
hadi kata tak perlu bergabung
abduh ni kata perlu bergabung
mana yang betul?
siapa memimpin pas
abduh atau hadi?
ini sudah berat
ini semakin terok
cakap hadi tak boleh dipegang
cakap abduh ini lagi merapu
merapu macam mini cooper rosak

NOTA:
din ayam kata
mesti terus bergabung
ada 30 ribu ringgit
sebab wajib bergabung
kah kah kah

PUTAR ALAM


------------------