.

Rabu, 4 Disember 2013

AISHAH BUKAN HAMBA




STESEN PUNK ROCK
BERANI LANGGAR 
LAPORAN JELAS

NOTA
sila layari radio bangsar utama
malam ini
jam 9:15 malam
sesudah berita

sila dengar temu bual
ronasinar dengan tukar tiub

siapa aishah?

‘Siti Aishah was never enslaved’

KUALA LUMPUR: The Malaysia–Singapore Students Forum or MASS – of which Siti Aishah Wahab was an active member – was an outstanding left leaning student movement in England with hard working comrades, said activist Hishamuddin Rais last night.
Speaking to FMT after a live radio show, Hishamuddin described the group as a ‘very famous student organisation’ by recalling an incident in the late 60s, where a visiting American professor was not allowed to deliver a lecture due to strong protest by the MASS group.

baca sepenuhnya:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/12/03/siti-aishah-was-never-enslaved/

-----------

PILL KUDA




LAYARI RADIO BANGSAR SEKARANG
JAM 9:15 MALAM
TEMU BUAL MENCARI AISHAH
ulang siar

Polis tahan 7 sekeluarga, rampas pil kuda RM1.56 juta
KOTA BHARU 4 Dis. - Polis Kelantan melumpuhkan sendikit pengedaran pil kuda yang bergiat aktif di sekitar negeri ini dan Terengganu selepas menahan tujuh sekeluarga termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun serta seorang wanita dalam Ops Cantas Khas Narkotik di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa dekat sini Isnin lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.10 pagi itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut merampas sebanyak 62,400 biji pil kuda yang bernilai RM1.56 juta.

Ketua JSJN Kelantan, Supritendan Amran Ramli berkata, kesemua suspek yang ditahan dalam serbuan tersebut berusia antara 16 hingga 64 tahun.

Menurutnya, rampasan itu adalah yang kedua terbesar setakat ini pada tahun ini dan kesemua suspek tidak mempunyai jenayah lampau serta negatif ujian air kencing. - UTUSAN MELOYO ONLINE

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KELANTAN NEGERI ISLAM PUN ADA PIL KUDA... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU MACAM INI ... ADA SATU JALAN SELESAI MSALAH....kah kah kah..

kah kah kah..HANTAR DIN AYAM JADI MB KELANTAN... kah kah kah..

kah kah kah..SEMUA AKAN BERES... kah kah kah...

kah kah kah.. SEGALA AYAM  KAN DI TANGKAP...kah kah kah..

kah kah kah..SEMUA MASUK REBAN.... kah kah kah..

kah kah kah ...AYAM SIAM DIGOLOK PUN AKAN DI TANGKAP SAMA... kah kah kah


TUNGGU LAPORAN RADIO BANGSAR
DRAMA KAKAK DAN ADIK

------------

KE JOLOBAK KE JOLOBU






 KE JOLOBAK  KE JOLOBO
TUAI PADI TIGA TANGKAI
MEMANG HEBAT ORANG JOLOBO
IDEALOJI TEPAT TERUS KEKAL


  MENCARI AISHAH
Talipon berdering.  Saheh – digagang talipon aku terdengar suara  lelaki  yang  bukan dari Kota London. Aku menjawab dalam bahasa Inggeris. Kemudia lelaki ini beralih ke bahasa Melayu. Kemudian beralih lagi ke lorat Negeri Sembilan. Lelaki ini meminta aku tolong carikan adiknya.

Ketika panggilan ini sampai itu aku adalah warga kota London yang tinggal di wilayah Brixton. Panggilan talipon ini datang pada tahun 1991.  Ketika itu aku masih lagi  anak mahasiswa yang belum selesai mengikuti  kuliah filem. Lalu aku meminta masa satu minggu dalam usaha mencari adik Sang Abang. Sebenarnya adik yang dicari  bukan nama yang asing dalam radar otak aku.

Dari hari pertama – malah sebelum aku menjejak kaki ke Universiti Malaya pada Mei 1971 – aku telah berniat untuk menjadi anggota Kelab Sosialis.  Satelah Minggu Orientasi selesai aku mendaftar sebagai anggota Kelab. Ketika aku mendaftar - aku masih dibawah umur dan masih dalam dunia romantik. Ertinya kitab-kitab kiri masih belum  banyak  yang aku layari.  

Ketika itu aku bertukang masih belum berupaya mengunakan perkakas Marxis. Hujah aku masih kelam dan kabut.  Hujah yang aku dirikan tidak teratur dan  tidak tuntas.  Rumah yang ingin aku bina bocor disana ini.  Tetapi melalui pembacaan, mendengar ceramah politik dan melalui perbincangan maka pencerahan sampai. Aku mula mengenal  Marxisma sebagai alat bertukang untuk memahami masyarakat dan mendirikan hujah yang tuntas.

Wajib juga aku terangkan bahawa ketika  aku menjejak kaki ke Lembah Pantai suasana dunia sedang berubah.  Trajedi Mei13 telah berlangsung. Perang Vietnam sedang mengelora. Paris68 baru selesai. Di Amerika Malcolm X telah dibunuh. Revolusi Kebudayaan di Tiongkok sedang membara. John Lennon, Mick Jagger  dan Mao sedang mengoncang dunia anak muda. Parti Komunis Malaya sedang mara ke Selatan.

ANTI-PERANG
Malah,  aku berupaya  mengikuti Mei68 kota Paris dari akhbar tempatan. Aku kurang  faham tapi tahu dan sedar  apa yang sedang berlaku. Tahun-tahun  1969/70 – aku telah mula terdengar nama Daniel Cohn-Bandit,  atau Danny The Red,  Tariq Ali,   Jean Paul Sartre dan  Che Geuvera. Aku juga melihat  gambar-gambar  anak  mahasiswa yang bangun berevolusi di kota Paris 1968 melalui majalah Life.

Di zaman inilah Siti Aisah binte Wahab berlepas ke kota London untuk menjadi anak mahasiswa di LSE – London School of Economic – tempat John F Keneddy belajar. Ini sebelum wujudnya Dasar Ekonomi Baru. Ini sebelum adanya diskriminasi positif terhadap  yang bukan Melayu. Ini sebelum  wujudnya konsep Bumiputera.

Aku sama saperti Aishah  masuk belajar ke universiti  kerana keupayaan fikrah kami. Kami masuk universiti   BUKAN kerana kami Melayu. Aishah memenangi biasiswa Colombo Plan kerana dia anak pelajar yang pintar. Bukan kerana dia Melayu. Melayu dan Islam bukan hitungan.

BALING 1974
Aku  wajib memberikan latar ini agar pembaca yang budiman faham suasana ketika itu. Aku meminta para pembaca  memahami ambience politik ke zaman itu.  Mungkin para pembaca  tidak dapat menghayati 100% suasana ketika itu tetapi akan sedar akan latar politik ini. Tanpa memahami suasana latar ini maka kita  akan gagal untuk memahami kesah Aishah.  Dan tanpa latar ini kita tidak berlaku  adil terhadap Aishah. Ini suasana 40 tahun dahulu ketika saya baru berumur 20 tahun.

Kembali kepada panggilan talipon. Dalam masa  satu minggu  yang dijanjikan – aku pun saperti dialok filem Casablanca – menghubungi ‘the usual suspects’. Aku menalipon Si Anu dan Si Anu – kawan-kawan aktivis dalam kota London. Bertanya adalah  sesipa yang mengenali Cik Siti yang sedang dicari. Aku gagal.

Satu minggu kemudian Sang Abang menalipon aku. Kali ini dengan maklumat bahawa adiknya pernah tinggal di Brixton. Aduh! Wilayah Brixton adalah wilayah aku – sama saperti aku mengenali Brickfield hari ini. Aku mengikuti kuliah Asas Seni di Brixton College. Aku tinggal  di tingkat  7 Southwyck House, Coldhabour Lane Brixton. Brixton adalah wilayah tempat tinggal aku terakhir sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1995.

MANGSA PERANG

Kali ini Sang Abang dengan lorat nogori membuat pengakuan  ‘ kito sokampong’ – ertinya Sang Abang  dan aku berasal  dari Jelebu.  Sebenarnya tanpa menerangkan dirinya dari Jelebu aku sudah tahu siapa yang dicari. Malah nama Aishah telah aku dengar ketika aku di Universiti Malaya lagi. Gulungan kiri terutama  perempuan Melayu kiri agak ‘rare’ justeru aku terdengar nama Aishah dari para ‘senior’
Digagang talipon aku terangkan kepada Sang Abang - walau pun aku dan Aishah  berseliseh di pintu stesen keretaapi bawah tanah di Brixton – mustahil aku mengenali siapa si Aishah ini. Aku tidak pernah melihat adik Sang Abang ini.  Aku mendengar kekecewaan digagang talipon. Aku juga kecewa kerana si gadis  yang dicari dari kampong aku juga. Mencari Aishah  pada tahun 1991 gagal. 

REVOLUSI BUDAYA


Tahun kedua aku di UM  aku mula kenal baik dengan arwah Kakak Sabariah. Pernah Si Arwah ini  bersurah - ketika bersama Syed Husin di London mereka pernah menjadi tamu Chairman Ara.  Mengikut perawi saheh ini  Chairman Ara duduk di kerusi ‘Archie Bunker’ dan menyoal Syed Husin. Soalan ini bukan tentang kejantan Syed Husin kah kah kah. Tetapi tentang garis politik kiri.



Dari surah  Kak Sabariah ini  muncul nama Siti Aishah. Ketika surah ini sampai aku tidak tahu apa itu Brixton. Tetapi apabila Kakak Sabariah menggambarkan  kerusi Archie Bunker ini maka aku faham suasana pertemuan mereka. Malah aku tersenyum kerana Archie Bunker ialah satu watak  siri komidi  tv yang menjadi ikutan dizaman itu.

Tahun kedua di UM  juga , aku telah diberi kepercayaan untuk menjadi Setiausaha  Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya  (PMUM) – persatuan ini telah diharamkan sama saperti Kelab Sosialis sesudah Demo Baling 1974.  Dari pejabat PMUM aku sering menerima banyak akhbar dari luar negara. Satu hari  aku menerima majalah New Malayan Youth  yang dialamatkan secara rambang ke SU Agong PMUM. Ini bukan majalah cetak tapi di saikostyle. Majalah ini   keluaran anak mahasiswa Malaya di United Kingdom.

KUALA LUMPUR 1974
Anak mahasisawa ini memanggil diri mereka MASS MOVEMENT – Malayan and Singapore Students Movement. Mazhab ini tidak mengiktiraf Malaysia yang mereka anggap sebagai projek koloni British. Mereka menggunakan Malaya – ertinya termasuk Singapura. Ini garis  politik kaum kiri. Ini juga garis politik kaum progresif   - justeru Dr Buhanuddin Helmi menyokong garis ini. Hasilnya Presiden parti PAS ini ditangkap dibawah  ISA pada thun 1965 kerana menentang projek penjajahan Sabah dan Sarawak. 


Untuk aku pada tahun 1973 - majalah  New Malayan Youth ini telah membawa pencerahan.  Penulis majalah ini bertukang dengan menggunakan Marxisma. Aku menganggap  majalah ini menjadi  satu pembacaan wajib untuk  pencerahan. Isu Perang Vietnam, isu anti-kolonial, isu   Malaya – semua digarap dengan terang dan jelas. Ahli Kelab Sosialis tertunggu-tunggu  akan kesampaian majalah ini. Aku yang ketika itu tinggal di Blok C-206 Kolej Kelima akan menyebarkan majalah ini untuk diperpanjangkan.

PARIS 1968
Memang aku sedar mengikut ajaran Ghazali Shafie -  yang menjadi Zahid Hamidi ketika itu – New Malayan Youth ini satu majalah bahaya. Ianya mengajukan garis revolusi. Majalah ini  menyokong garis perang bersenjata Parti Komunis  Malaya. Ianya menyokong gerakan Naxalite di India.  Malah tanpa segan silu di kulit majalah ini tertera : Long Live Malayan Communist Party. Long Live Charu Mazumdar. Long Live Mao Zedong. Aku masih ingat lagi beberapa isi tulisan majalah ini. Aku mula mengenal nama-nama yang muncul dalam majalah ini. Siapa mereka satu kesah yang lain.

Satelah membaca 4 atau 5 keluaran majalah New Malayan Youth  aku pun menulis  surat kepada New Malayan Youth c/o NUS – Malet Street London. Aku menghantar  aerogram – harganya pada ketika itu agak mahal untul aku – 25sen. Isinya adalah satu pekara yang TIDAK pernah berganjak dari  garis perjuangan hidup aku.

Pekara yang aku tulis kepada New Malayan Youth 40 tahun dahulu telah juga aku sampaikan kepada Wong Tuck dari Himpunan Hijau, kepada Maria Chin dari Bersih, kepada Mas Jaliza dari CiJ dan kepada banyak NGO di Malaysia.  Aku pernah secara terbuka dalam forum menerangkan  bahawa kegagalan perubahan berlaku di Malaysia ini ialah kerana TIDAK menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat berhubung.

BRIXTON
Selagi Bahasa Melayu/Malaysia tidak digunakan untuk  menyebar propaganda kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda maka  TIDAK akan berlaku apa-apa perubahan di Malaysia.  Malah aku telah menulis dan menerangkan secara teoritikal bahawa Bahasa Melayu ini BUKAN bahasa kebangsaan tetapi bahasa stratejik untuk perubahan.

Mungkin ada yang akan bertanya apakah semua  yang aku tulis ini  betul. Disini aku berani menyatakan bahawa semua  ingatan ini masih cerah dalam kepala aku.  Ingatan dan nama-nama  inilah yang menjadi rujukan  aku ketika  wartawan  Dean Nelson dari akhbar Daily Telegraph datang menemu bual pada malam Ahad 22 haribulan November lalu.

Tanpa ingatan dari kepala aku tidak mungkin wartawan akhbar London ini dapat memecahkan misteri siapakah dia perempuan Malaysia – the Malaysia woman – yang telah dikatakan menjadi ‘ hamba’ selama 30 dalam kota London.  Polis Britain telah melarang nama perempuan ini diumumkan. Ingtaan akulah yang  memecahkan berita ini untuk pengetahun dunia.  ( TT) ( bersambung )

NOTA
untuk memahami lagi tulisan ini
sila google semua nama-nama
yang telah ditulis


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar minngun ini sila pukul talipon:
03-92-21-1045


YANG INI FLET GUA DI LONDON
tempat terkencing lagi dikenang
ini kan pula tempat  terpancut






-----------

KENDURI FELDA




KENDURI KAMPONG
 GOTONG ROYONG
budaya gotong royong semakin terhakis
bila ekonomi duir sampai
maka semua
dikira
ini kenduri kahwin yang rare
dimana semua dilakukan dengan kerja sama
bergotong royong
-





------------

NAJIB BUAT LAWAK





Najib mahu Mahathir fikir semula keputusan lepas jawatan penasihat Petronas


Najib Razak berharap  Mahathir Mohamad memikirkan semula keputusan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas.
Najib berkata ini kerana kerajaan berpendapat amat wajar dan sesuai untuk bekas perdana menteri itu terus berkhidmat kerana beliau mampu untuk terus memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan Petronas.
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

kah kah kah... SO SWEEEEET.... kah kah kah..

kah kah kah...DALAM HATI....kah kah kah

kah kah kah....PERGI BERAMBOOOOSlAAAA... kah kah kah..

kah kah kah...TUA BANGKA... MENYIBUK.... kah kah kah

-----------

PROJEK TIPU MELAYU




 PROJEK TIPU MELAYU
Tarif beri kesan inflasi sementara
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kadar inflasi dijangka mencapai lebih tiga peratus bermula Januari tahun depan berikutan kesan daripada pengenalan kadar tarif elektrik baharu.

Gabenor Bank Negara Malaysia,  Zeti Akhtar Aziz berkata, berdasarkan penilaian awal, pengenalan tarif elektrik baharu dijangka meningkatkan sekurang-kurangnya 0.4 peratus lagi kadar inflasi di negara ini.

Setakat Oktober lalu, kadar inflasi negara adalah 2.8 peratus.

Zeti berkata, peningkatan kadar inflasi itu dijangka sementara dan bukanlah di paras yang membimbangkan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit....AYAH BANGANG... ANAK PUN BAN GANG.... kah kah kah..

kah kah kah...SEMENTARA PALAT APA?.... kah kah kah...

kah kah kah... SEMENTARA KEPALA BANA  SAPA?...kah kah kah...

kah kah kah.... HARGA LETERIK BUKAN SEMENTARA... kah kah kah..

woit...JANGAN TIPU ORANG MELAYU... kah kah kah..

kah kah kah..KAMU HANYA  MENYAMAR MELAYU... kah kah kah...


---------

MENCARI AISHAH





ATAS PERMINTAAN RAMAI
diulang siar 
temu bual  ronasina 
bersama
hishamuddin rais
yang pergi ke london 
mencari aishah

MALAM INI 
JAM 9:30
PETANG ESOK 
JAM 6:00 PETANG
BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS
stesen punk rock
stesen counter culture
stesen radio anak muda
stesen radio cool
hanya radio bangsar berani langgar laporan jelas

www.radiobangsarutama.com


ikuti twitter radio bangsar
@R_Bangsar_Utama


TAYANGAN FILEM

MALAM ISNIN DEPAN
9 DISEMBER 2013
JAM 8:30 MALAM

di UBU
kelab bangsar utama
bersama pusat komas

MASUK DENGAN SUMBANGAN

-------------

SATU LAGI BERITA BAIK







KOMENTAR TUKAR TIUB
jadikan GST
jadikan harga leterik naik 
jadikan harga petrol naik
jadikan harga gula naik
sebagai pelampong
untuk hasut rakyat bencikan 
united malays national organisation


Harga naik: Ramai tak puas hati
KUALA LUMPUR - Walaupun kerajaan sudah berusaha memberi alasan kenapa kadar tarif elektrik perlu dinaikkan awal bulan depan, banyak pihak masih tidak puas hati dengan tindaka


Mohd Asri Zainal Abidin
SHAH ALAM - Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyifatkan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan...

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah...INI BERITA AMAT BAIK.... kah kah kah.,..

kah kah kah...LAGI PELAMPONG  BERGOLEK GOLEK DATANG .. kah kah kah...

kah kah kah...RAKYAT NAK TENGGELAM....kah  kah kah..

kah kah kah..PELAMPOING?... NAK BUAT APA?... kah kah kah..

kah kah kah..UNTUK HASUT BENCI GEROMBOLAN.... kah kah kahj





---------

SUARA ANAK MUDA




Kenaikan Kadar Tarif Elektrik : Kerajaan Digesa Rasional Sebelum Merasionalisasikan Subsidi

Angkatan Muda Keadilan (AMK) memandang serius kenaikan 14.9% tarif elektrik yang baru diumumkan oleh kerajaan. Ini tentunya satu lagi tamparan besar kepada rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU). Ternyata slogan 'Rakyat Didahulukan' yang gah dicanangkan oleh Barisan Nasional adalah pisau bermata dua. 

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui laman sesawang mereka, secara purata, pengguna domestik akan mengalami kenaikan sebanyak 10.6% (3.03 sen/kWj). Di samping itu kerajaan akan meneruskan program rebat untuk pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM20 atau ke bawah masih dikekalkan.

AMK ingin mempersoalkan "Apakah pengurangan subsidi dalam banyak sektor tidak cukup untuk menampung sikap belanja tidak berhemah kerajaan?" Jika ya, maka pihak kerajaan perlu mengambil tanggungjawab penuh. Jangan disalahkan rakyat jika mereka mengelak cukai walhal pengkhianat sebenar terus boros berbelanja. Ini dapat dilihat daripada bil elektrik Kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana yang mencecah RM2.2 juta setahun atau sekitar RM8,000 sehari, meningkat daripada sekitar RM6,000 sehari pada tahun lalu. Ini bermaksud, rakyat perlu mengubah cara hidup kecuali Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional. Menanggung kerajaan yang boros dan tidak sedar diri bukan lagi satu sikap patriotik, sebaliknya ia adalah sejenis perhambaan.

AMK maklum bahawa kerajaan pernah mewar-warkan bahawa kajian terperinci akan dibuat berkaitan tarif elektrik ini. Maka, dengan pengumuman kenaikan tersebut, AMK menggesa pihak kerajaan mendedahkan dapatan kajian tersebut kepada umum untuk diteliti. Meskipun ada pengecualian tertentu diberikan untuk penggunaan elektrik pada kadar rendah rendah, AMK percaya kesan kos tidak harus hanya bertumpu kepada penggunaan oleh individu tetapi juga kepada perusahaan di mana kos ini nanti akan dipindahkan pula kepada orang ramai.

AMK peka dengan kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Ir Azman Mohd bahawa peningkatan ini adalah berpunca daripada rasionalisasi harga gas, iaitu bahan bakar untuk menghasilkan elektrik oleh Petronas. Namun, timbul tanda tanya bagaimana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan boleh mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 22 November 2013, iaitu sekitar dua minggu lalu, bahawa kadar tarif elektrik kekal berikutan kestabilan harga minyak dunia. Lebih aneh lagi, dalam kenyataan beliau, Kementerian Kewangan tidak dipanggil untuk mendengar taklimat berkaitan kenaikan tarif elektrik. Ini adalah sesuatu yang serius, menggambarkan kadar tarif baru ini seolah-olah hanya baru difikirkan dalam tempoh dua minggu sahaja.

Selain itu, AMK menggesa agar Petronas dipertanggungjawabkan kepada Parlimen dan tidak lagi hanya kepada Perdana Menteri. Peningkatan kecil hasil Petronas, iaitu pada kadar hanya 1% antara tahun 2011 dan 2012, di samping kemerosotan keuntungan pada kadar 17.3%, iaitu daripada RM59.7 billion kepada RM49.4 billion sebagaimana telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Petronas 2012 menuntut pemerhatian lebih teliti terhadap syarikat minyak negara itu.

AMK juga melihat keghairahan kerajaan BN untuk menaikkan kadar tarif elektrik ini adalah sangat tidak bertepatan dengan kondisi dan bebanan kos sara hidup rakyat pada masa kini. Masih terkesan dengan kenaikan harga petrol, pemansuhan subsidi gula, rakyat secara berterusan ditekan secara sistematik melalui kenaikan kadar tarif elektrik ini.

Kesan rantaian yang terhasil daripada siri-siri kenaikan harga ini, atau yang dilunakkan oleh kerajaan dengan istilah 'rasionalisasi subsidi', hanya menyebabkan rakyat mengalami tekanan yang berterusan. Sudah pasti dengan kenaikan kadar ini akan turut mengesani kos operasi penyedia perkhidmatan dan jualan yang kelak akan terpaksa menaikkan harga susulan daripada kenaikan kos operasi yang tidak boleh dielak. 

Walhasil, rakyat-lah yang terus berhadapan dengan krisis kos sara hidup.

Dalam keadaan kerajaan akan turut memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015, maka sudah pasti akan berlaku lagi kenaikan kadar elektrik yang pasti tidak boleh dielakkan sama sekali.

Dalam konteks ini, sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada kadar RM600 atapun pada kadar maksimum RM1200 sekalipun, ia langsung tidak member apa-apa kesan signifikan dalam keadaan bantuan one-off itu langsung tidak berupaya mengawal kesan rantaian yang berlaku sepanjang tahun.

Sudah sampai masanya kerajaan berhenti mempropagandakan istilah ‘rasionalisasi subsidi’ untuk menjustifikasikan kenaikan harga tidak terkawal ini, sebaliknya kerajaan sendiri digesa bersikap rasional dengan bebanan rakyat terbawah yang terus menerus ditekan.

AMK ingin mencadangkan agar pihak kerajaan meliberalisasikan penggunaan sistem solar oleh individu di mana ia boleh bukan sahaja membantu mengurangkan kos bagi orang ramai atau perusahaan tetapi juga dapat menggalakkan penggunaan tenaga yang mesra alam sekitar. Kekangan untuk orang ramai menggunakan tenaga solar ini perlu dihapuskan terlebih dahulu untuk membolehkan semua pihak mempunyai alternatif yang dapat meringankan beban mereka. Sayangnya, ia tidak berlaku dan ini sekali lagi menunjukkan kerajaan tidak cermat dalam menjalankan penyelidikan dan sekaligus tidak mengutamakan rakyat.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia



------------