.

Ahad, 8 Mac 2015

JENG JENG JENG




Shahrol, jelaskan siapa Good Star, pembayaran 1MDB, mengapa terima arahan Jho Low 


Shahrol Halmi merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bermula 23 Mac 2009 dan orang utama menguruskan syarikat itu hingga pengundurannya pada Mac 2013. Beliau kini bersama Jabatan Perdana Menteri dan kekal sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB.
Semasa menjadi CEO, 1MDB melakukan beberapa pelaburan dan transaksi yang kini berdepan tuduhan tidak menyenangkan. The Edge percaya Shahrol perlu diberikan hak untuk menjelaskan tuduhan seperti mana bukti didedahkan Sarawak Report yang turut di e-mel kepada The Edge dan dipercayai tulen.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahrol-jelaskan-siapa-good-star-pembayaran-1mdb-mengapa-terima-arahan-jho#sthash.5duDhXQA.dpuf

JENG JENG

JENG

kah kah kah
jeng jeng jeng
jala semakin luas
kah kah kah
mana najib mahu lari

INI PERANGKAP

-----------------

MALAM INI KITA BERMUSAK






Salam semua,
Kami mengajak semua untuk bersama-sama berkumpul malam ini di hadapan Balai Polis Daerah Jinjang bermula jam 9.00 malam untuk aktiviti “Vigil #KitaLawan: Malam Akustik” sebagai solidariti bersama Nik Nazmi dan menyatakan hak kita untuk berhimpun secara aman. 
Anak muda akan tampil membawa mesej kebebasan, keadilan dan keamaman melalui persembahan santai disamping mengingatkan mereka bahawa anak muda tidak akan sesekali tunduk dengan tindakan zalim.
Rakan-rakan media dijemput bersama.
Lagi anak muda ditekan, lagi kita bangkit dan #KitaLawan!
8 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
#BebasAnwar #UndurNajib
TW @KitaLawan_my





-------------

MALAM INI DI JINJANG







PENAHANAN PESERTA HIMPUNAN: HENTIKAN INTIMIDASI TERHADAP ANAK MUDA #KITALAWAN
Sekretariat #KitaLawan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bersama-sama dengan anak muda turun ke jalan raya semalam dengan berarak dari Sogo ke KLCC membawa mesej yang jelas kepada kerajaan UMNO untuk membebaskan saudara Anwar Ibrahim dan mendesak Najib Razak meletakkan jawatan dengan segera. Ternyata rakyat berani menyuarakan kebenaran dan tidak takut dengan amaran supaya tidak menyertai Himpunan #KitaLawan kerana perlembagaan menjamin hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.
Kami juga hargai jasa anggota polis, trafik dan keselamatan yang bertugas semalam dan bekerjsama melancarkan pergerakan himpunan. Malangnya, kami amat kesal dan kecewa dengan pihak polis yang terus membuat intimidasi untuk menahan peserta himpunan iaitu bermula dengan saudara Saifullah Zulkifli telah ditahan malam semalam dibawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Manakala saudara Nik Nazmi dipanggil polis pagi ini dan beliau telah ditahan dibawah Akta yang sama dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman. Beliau dibawa di Balai Polis Jinjang untuk ditahan dalam lokap sehingga esok sebelum polis memohon perintah reman untuk terus menahan beliau.
Pihak polis harus ingat bahawa Mahkamah Rayuan telah menyatakan dengan jelasa bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berpelembagaan. Tindakan menahan Nik Nazmi adalah untuk tindakan terdesak untuk menyekat suara anak muda yang merupakan bukti salah guna kuasa dan merupakan ‘contempt of court’.
Kami juga difahamkan lebih ramai anak muda #KitaLawan bakal dipanggil pihak polis. Tindakan menahan dan menangkap peserta Himpunan walaupun perhimpunan berjalan dengan aman adalah tindakan mereka yang takut dan terdesak. Adakah anak muda bersalah kerana berani menyatakan kebenaran dan menuntut keadilan? Adakah anak muda bersalah kerana menentang kezaliman? Adakah anak muda bersalah kerana berhimpun secara aman?  #KitaLawan akan terus mengamalkan hak berhimpun secara aman seperti yang dijamin perlembagaan dan akan terus mengadakan himpunan mingguan setiap Sabtu jam 4.00 petang di hadapan Sogo.
Kami mengajak semua untuk bersama-sama berkumpul malam ini di hadapan Balai Polis Daerah Jinjang bermula jam 9.00 malam untuk aktiviti “Vigil #KitaLawan: Malam Akustik” sebagai solidariti bersama Nik Nazmi dan menyatakan hak kita untuk berhimpun secara aman. Anak muda akan tampil membawa mesej kebebasan, keadilan dan keamaman melalui persembahan santai disamping mengingatkan mereka bahawa anak muda tidak akan sesekali tunduk dengan tindakan zalim.
Lagi anak muda ditekan, lagi kita bangkit dan #KitaLawan!
8 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
#BebasAnwar #UndurNajib
TW @KitaLawan_my


------------

CARA MEMAHAMI BERITA






KOMENTAR
ini dari akhbar berita harian
tajuknya berlainan dari
ahkbar utusan yang melapor
berita yang sama

apa maknanya?

maknanya
dalam media telah mula
ada klik dan geng
geng pro muhyiddin
dan geng pro najib

lihat dan tunggu

Tiada usaha menyelamat 1MDB- TPM




MUAR: Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya serta menegaskan keputusan untuk mengesahkan akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Ketua Audit Negara (AG) 'adalah keputusan yang adil' dan mengambil kira kepentingan umum.


KAH KAH KAH

woit
ini suara tegas
ini suara bakal PIEM
kah kah kah

APA PUNYA PIEM

A


------------

NAJIB TERBONGGENG







KOMENTAR
tim sarawak report ini
telah memiliki semua dokumen
tentang 1MDB dan peranan najib

wahjib diberi tahu sekali lagi
tim ini berpengakalan di london

wajib diberiatahu sekali lagi
tim ini dikepalai oleh CLARE BROWN

wajib diberitahu sekali lagi
clare brown ini ialah seorang wartawan

wajib diberiathu sekali lagi
CLARE BROWN ini ialah kakak ipar
GORDON BROWN bekas PM united kingdom

musthil tak faham faham



Jho Low claims Najib okayed 1MDB’s US$500 million loan to PetroSaudi, says Sarawak Report
8 Mar — In his bid to speed up 1MDB's US$500 million loan to PetroSaudi International (PetroSaudi) in 2010, businessman Low Taek Jho had allegedly attempted to bypass Bank Negara Malaysia (BNM) by claiming Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had approved…


KAH KAH KAH

woit
siapa cina tembam ini
siapa kawan cina ini
kah kah kah
i rest my case my lord
kah kah kah
cina tembam pecah lubang
amerika nak tangkap
kes basuh duit kah kah kah

APA PUNYA TEMBAM

---------------

SEMUA SEMAKIN JELAS







KOMENTAR
petang ini najib jumpa ketua bahagian
sebelum jumpa najib 
buka cerita PRU14
ini sebenarnya umpan 
untuk pancing ketua bahagian
kerana muhyiidn dan shafie
kini telah mula bagun'
dan melihat ROSMAH & NAJIB
sebagai beban untuk keselamatan
united malays national organisation









Umno perlu perancangan, persediaan teliti 

jika mahu menang PRU14, kata Najib

Umno perlu membuat perancangan dan persediaan yang teliti jika mahu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Najib Razak malam tadi.
Perdana menteri berkata persediaan rapi itu termasuklah merubah pendekatan kepada politik baharu yang boleh diterima rakyat.
"Tetapi ini tidak bermakna politik lama tidak boleh diamalkan, sedikit sebanyak politik pembangunan iaitu apa yang diperlukan rakyat, yang merupakan teras kepada politik lama, masih perlu lagi kita laksanakan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-perlu-perancangan-persediaan-teliti-jika-mahu-menang-pru14-kata-najib#sthash.Tu058ixH.dpuf

KAH KAH KAH

woit
semua dah terang
semua dah jelas
semua dah nampak
kalau nak menang
mesti terajang rosmah
mesti terajang najib
kah kah kah

MUSTAHIL TAK NAMPAK



--------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA







TER KINI 

TER NOWW


yb nik nazmi
ketua AMK
kini ditahan 
dalam lokap jinjang
esok pagi
 mata mata akan bawa
ke mahkamah 
untuk direman lagi

nik nazmi di siasat
dibawah akta 
9(5) akta perhimpunan aman
dan 
seksyen 143 kanun keseksaan







----------

TIM TAMBAH AHLI





KOMENTAR
1MDB kini menjadi beban
1MDB dipengerusikan oleh najib
1MDB dijalankan oleh jho low
JHO LOW kawan anak najib
justeru
najib dilihat sebagai bebab



Akaun 1MDB perlu diaudit untuk jawab dakwaan seleweng, salah laku, kata Shafie Apdal



Ketua Audit Negara perlu segera membuat audit secara bebas dan menyeluruh ke atas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi menjelaskan tuduhan penyelewengan dan salah laku terhadap dana pelaburan strategik itu, kata Naib Presiden Umno  Mohd Shafie Apdal 

Shafie yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata langkah itu perlu bagi menjawab dakwaan pembangkang selain membolehkan laporan itu diperinci oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wan Negara (PAC).
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akaun-1mdb-perlu-diaudit-untuk-jawab-dakwaan-seleweng-salah-laku-kata-shafi#sthash.C741lKQh.dpuf


KAH KAH KAH

woit
apa makna berita ini?
kah kah kah
ini maknanya
shafie afdal pun
dah join muhyiddin
dah jadi satu tim
terajang najib
tak caya?
tunggu dan lihat

tunggu apa kata TUN

APA PUNYA TUN





------------

KAKI BODEK




KOMENTAR
hasan malek ini
sebenarnya tak boleh bercakap
ilmu tak ada
tapi amat bijak membodek


Salah guna dana 1MDB hanya dakwaan

KUALA PILAH 7 Mac – Dakwaan terdapat penyalahgunaan Dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah pun dinafikan oleh pihak berkaitan termasuklah syarikat berkenaan dan Petro Saudi Limited.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,  Hasan Malek memberitahu, penafian itu bersandarkan analisis penyata kewang­an 1MDB yang dilakukan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kata beliau, 1MDB telah mengemukakan penyata kewangan berauditnya bagi tahun 2010-2014 kepada SSM dan penyata berkenaan telah diberikan laporan bersih oleh juruaudit.


KAH KAH KAH
woit
hasan malek tolonglah
jangan jadi
hasan malek
hidup makan dedak
cuba2 makan nasi
baru ada akal
kah kah kah

APA PUNYA DEDAK
------------

TAKUT BERCANGGAH





KOMENTAR
kenyataan jelas bercanggah
najib mahu siasat dari tahun 2103
manakala muhyiddin
mahu siasat dari awal
tertubuhnya 1MDB pada tahun 2009

apakah muhyiddin merasa takut
takut najib akan singkir
dari kabinet?







Muhyiddin nafi bercanggah dengan Najib, gesa audit 1MDB


Timbalan Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya serta menegaskan bahawa keputusan untuk mengesahkan akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Ketua Audit Negara (AG) 'merupakan keputusan yang adil' dan mengambil kira kepentingan umum.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa kenyataannya semalam bercanggah dengan kenyataan Najib Razak, dan menambah beliau bukan hanya menyuarakan apa yang dibincangkan oleh Kabinet membabitkan isu itu, malah lebih jauh daripada itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-nafi-bercanggah-dengan-najib-gesa-audit-1mdb#sthash.FcyCAh58.dpuf

KAH KAH KAH

woit
apa salah bercanggah
pasal apa tak boleh
bercanggah
cakap nak jadi PIEM
kena cakap terang2

APA PUNYA CANGGAH



-----------

SETIAP HARI SABTU TERUSKAN LAGI






TIAP HARI

 SABTU






10,000 berarak ke KLCC tuntut pembebasan Anwar

Team Malaysiakini | 2:43PM Mar 7
LANGSUNG Peserta tiba di KLCC walaupun terpaksa bermandikan hujan ketika dalam perjalanan.

KAH KAH KAH

woit
kita turun lagi
tiap sabtu
lawan tetap lawan







--------------

DUA TIGA ORANG ?








KAH KAH KAH

dua tiga orang

kah kah kah


SETAKAT
1.setakat dua tiga ribu jee!!!itu jee yang kununnya nak bagi amaran kat rosmah!!! 2.tuuuuuuu!!!rosmah dok tergelak terguling kat ko bhaiii!!! 3.zaman anuar dah berlalu bhaiii!!!tempat dia di penjara kerana salah diri sendiri!!! 4.kah!kah!kah!kih!kih!kih!!!!!tiada puak pas!!tiada penyokong!!!!betultak haji hadi!!!!! on ANAK MUDA TIBAI NAJIB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/7/15

DUA TIGA ORANG
Kah..kah...kah...demo kebenda ada 2,3 org...demo mcm budak tadika....mana najib nak takut....tukang demo pun kaki pakcucing ja. on BERITA BARU MASUK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/7/1




-------------

PAKAT PALAT LAH





Cabar Abdul Hadi tidak salah

PULAU PINANG 7 Mac – Bukan satu kesalahan untuk mana-mana individu mencabar kedudukan Pre­­siden Pas, Abdul Hadi Awang dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-61, Jun ini. 

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,  Dr. Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, jawatan Presiden yang tidak pernah dipertandingkan sejak Tan Sri Mohd. Asri Muda menerajui parti pada 1976 bukan bermakna tradisi itu perlu dikekalkan kerana perlembagaan parti membenarkan jika ada ahli yang mendapat dua pencalonan mencabar Abdul Hadi. 



KAH KAH KAH

woit
betul ke ni?
ingatkan haram
lawan presideng
kalau boleh
pakat pakat lah
cari presideng baru
kah kah kah

APA PUNYA DENG




------------