Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 13 Januari 2009

BERITA GEMPAR - HOT!! HOT!!


BERITA BARU MASUK


Wan Farid telah meminta jentera PRK Pas di Kuala Terenganu tidak menyebarkan gambar ‘awek dia’.

Gambar ‘awek dia’ telah banyak tersebar di Kuala Terengganu.

‘Awek dia’ ini dikatakan bekerja di MOSTI.

Menurut Wan Farid, dia bukan takut kalah tetapi bila gambar ini tersebar dia takut isteri dia marah dan naik angin.




HARAKAH DISABOTAJ


Laman Harakah telah digodam.

Ini berlaku semenjak malam tadi.

Semenjak hari penamaan calon P36 di Kuala Terengganu jumlah pengunjung Harakah Daily telah melonjak naik. Ini menakutkan gerombolan.

Lalu laman ini digodam.

Ketika berita ini ditulis laman Harakah Daily ini masih belum dapat di buka untuk pembaca.



UTUSAN MALAYSIA PERCUMA

Akhbar harian Utusan Malaysia pagi ini telah di beri percuma di Kuala Terengganu.

Ini di lihat sebagai langkah ‘kempen desperado’ mencari simpati untuk Wan Farid.

Pagi ini di Kuala Terengganu sesiapa sahaja boleh mendapat Utusan Malaysia secara percuma.

Pasar Payang kelihatan menjadi tempat terbanyak naskah Utusan Malaysia diambil terutama oleh penjual ikan.

Hari ini banyak ikan akan dibungkus dengan akhbar Utusan Malaysia.





BATU BURUK DAN BATU-BATU NYA


Ketika di sekolah menengah dahulu saya selalu membaca sajak sajak J.M Aziz. Bait-bait tentang laut, kolek, penyu dan ikan menjadikan saya asyik untuk tahu tentang Kuala Terengganu. Sajak-sajak dari Seberang Takir ini menjadikan saya ngelamun memikirkan tentang Pulau Duyung dan Kuala Ibai.

Pertama kali saya sampai ke Kuala Terengganu pada tahun 1975 – ketika hendak melarikan diri dari di tangkap sesudah Peristiwa Baling 1974. Saya ditumpangkan di sebuah rumah di Pekan Cina.

Kali ke dua, tiga tahu dahulu saya datang untuk menemu bual pelajar-pelajar yang bakal memasuki ASWARA. Dua tahun dahulu saya datang sekali lagi untuk tujuan yang sama. Setiap kali saya datang ada sahaja perubahan di kota indah ini.

Sehari sebelum penamaan calon PRK P36 ini saya sampai sekali lagi ke Kuala Terengganu. Kali ini saya datang dengan penuh kesedaran untuk membaca perubahan politik besar yang akan berlaku.

Ada banyak pekara yang amat menarik dalam PRK P36 ini. Beberapa hari sesudah YB Razali Ismail yang mewakili P36 meninggal dunia – saya mendengar khabar bahawa Mat Sabu adalah bekas calon terakhir dari Pakatan Rakyat. Pada PRU ke 13 yang lalu Naib Presiden Pas ini hanya di kalahkan dengan 628 undi sahaja. Kemudian saya juga difahamkan bahawa kawasan ini pernah di wakili oleh Pas pada satu ketika dahulu. Ini bererti P36 ini satu wilayah yang lincah politik pengundinya.

Kelincahan politik pengundi ini memungkinkan P36 ini kembali ke tangan Pas. Kemungkinan ini cukup menjanjikan.

Lihatlah betapa indahnya kocakan politik Kuala Terengganu. Ini sama indahnya dengan pesisir pantainya yang landai dan sungainya yang luas. Sesekali terfikir juga – kenapa kota Kuala Terengganu ini tidak menjadi ibu kota Malaysia. Alangkah indahnya sebuah kota di tepi sungai dan di pagari oleh Laut Cina Selatan.

Di Kuala Terengganu juga – lebih tepat lagi di Pantai Batu Buruk - untuk pertama kalinya peluru hidup telah digunakan oleh pihak polis untuk menembak para penyokong BERSIH pada malam 8hb September 2007 dahulu. Dari apa yang saya difahamkan penembakan dengan peluru hidup ini atas arahan pihak diatas. Pihak diatas dalam istilah Malaysia bermakna Kementerian Dalam Negeri.

Dan jangan terperanjat - pada ketika itu yang menjadi Menteri Dalam Negeri ialah Abdullah Badawi dan yang menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri ialah Wan Farid Salleh. Wan Farid yang sama inilah juga yang sedang bertanding untuk melawan calon Pas – Abdul Wahid Endut di P36. Lihat betapa lincahnya politik Kuala Terengganu.

Susuk calon Barisan Nasional ini cukup menarik. Beberapa hari sebelum penamaan calon, Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor telah berkata bahawa ‘ Wan Farid adalah pilihan yang salah’. Ini di ikuti pula oleh kenyataan Mahathir Muhamad yang memperlekeh Wan Farid. Mahathir Muhamad melihat Wan Farid hanyalah seorang ‘macai’ kepada Abdullah Badawi.

Tidak cukup dengan kenyataan yang memperlekehkan Wan Farid , tiba-tiba Najib Razak yang mengepalai kempen di PRK P36 berkata bahawa pertandingan kali ini bukan satu ‘referendum’ untuk dirinya. Hujan tidak ribut pun tidak tetapi Najib Razak telah merasakan bahang ombak panas dari Batu Buruk.

Najib Razak memaksa dirinya membuat kenyataan sedemikian untuk melindungi dirinya dari terkena balingan-balingan batu. Batu-batu semakin banyak bertaburan di baling oleh ahli-ahli parti Najib sendiri. Ada yang membaling ke muka Wan Farid dan tidak kurang juga yang membaling ke rusuk Najib sendiri.

Kenyataan dari Najib ini memperlihatkan bahawa Barisan Nasional sebelum masuk gelanggang telah mula gulung tikar. Semua kenyataan-kenyatan ini adalah ‘peluru-peluru hidup’ yang wajib digunakan oleh Pas dan Pakatan Rakyat untuk ‘menembak’ jatuh calon yang dianggap kewibawaanya hanya bertaraf ‘ macai’ tidak lebih dari itu.

Untuk sesiapa yang pertama kali sampai ke Kuala Terangganu pasti akan kagum melihat kota kecil yang indah ini. Tetapai awas – di belakang keindahan alam semula jadi ini ada ‘bangkai-bangkai penyu’ yang tidak mahu hanyut-hanyut ke Laut Cina Selatan. Bau busuk bangkai-bangkai penyu inilah yang patut kita sesama hidukan bukan sahaja kepada bakal pengundi di P36 tetapi kepada seluruh warga negara.

Perhatikan dengan mata yang rapi apabila memandang ke Seberang Takir. Pulau-pulau yang merah itu adalah percubaan manusia yang ingin melawan alam. Perhatikan tembok-tembok batu di tengah laut – itu juga adalah tanda keangkuhan manusia yang cuba megalih perjalanan air agar berderu masuk seperti masuknya Wang Ikhsan ke dalam kantong mereka. Semua ini adalah ‘projek tipu helah’ dari para penyokong Abdullah Badawi termasuk macainya Wan Farid.

Projek tipu helah ini mereka panggil Monsoon Cup. Sebenarnya tidak ada yang Monsoon dan tidak ada yang Cup. Apa yang wujud hanyalah satu cara yang dipanggil projek - hakikat tujuan asalnya hanyalah untuk menyalorkan berjuta-juta duit ke dalam saku tuan empunya projek.

Saya cukup yakin projek Monsoon Cup ini pasti akan ‘meninggal dunia’ sama seperti Le Tour de Langkawi, F1, South South Dialog dan beratus lagi projek di zaman Mahathir. Semua projek berbentuk ini tujuan asalnya bukan untuk kebajikan penduduk tempatan tetapi untuk merembat duit negara.

Sila pandang dan teliti Perkampongan Hadari. Di kampong ini dikatakan ada Masjid Kristal, ada replika masjid-masjid bersejarah dan entah apa lagi bangunan hinggakan belanjanya sampai 250 juta ringgit. Kononya untuk menjadikan Kampong Hadari sebagai tarikan pelancung. Sedarlah, hanya pelancung yang bodoh sahaja yang datang untuk melihat barang ‘tiruan dari plastik’.

Para pelancung lebih senang melihat pantai yang landai, pulau yang hijau dari melihat sungai dan pantai yang berselirat dengan plastik. Atau pesisir pantai yang telah ditimbun tambah dengan batu-batu yang hodoh. Pelancung yang berilmu akan pergi ke tempat yang asli. Kalau kita hendak makan keropok lekor kita tidak akan pergi ke Paris tetapi kita pergi ke Lesong.

Saya sendiri amat teringin, tetapi belum sempat untuk datang melihat Perkampongan Hadari. Niat saya bukan untuk melihat keindahan Masjid Kristal tetapi saya hendak terperanjat melihat bagaimana projek tipu rakyat 250 juta ringgit ini dapat dilakukan atas nama agama Islam. Nilai 250 juta ringgit ini angka resmi. Berapa agaknya angka yang tidak resmi?

Justeru, saya cukup yakin kemenangan ada di dalam tangan Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat dapat mengambil kembali kerusi P36 ini maka ini bermakna ombak tsunami PRU 13 belum reda.

Tidak dapat tidak kemenangan di P36 ini akan memastikan langkah ke hadapan untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Kemenangan Pakatan Rakyat ini juga akan membuktikan bahawa kepimpinan Najib Razak sebagai ketua kempen Barisan Nasional tidaklah se gah mana.

Saya cukup yakin warga Kuala Terangganu tidak akan melupakan peristiwa Batu Buruk di mana peluru hidup telah digunakan untuk menembak orang ramai. Pada 17 Januari ini warga Kuala Terangganu tidak perlu membaling-baling batu lagi. Apa yang wajib mereka lakukan hanyalah memangkah calon Pakatan Rakyat.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terangganu adalah batu buruk yang akan menghempap United Malays National Organisation untuk selama-lamanya.
(TT)

Tulisan ini telah disiar dalam Akhbar Harakah pada Jumaat yang lalu.



BERITA-BERITA DARI KUALA TERENGGANU



ELAUN POLIS


Mat Sabu dalam satu ceramahnya malam tadi telah membocorkan satu rashia besar.

Mat Sabu telah di fahamkan oleh pegawai polis yang bersimpati dengan perjuangan Pakatan Rakyat bahawa :

ELAUN POLIS KETIKA BERTUGAS DI PERMATANG PAUH DAHULU MASIH BELUM DI BAYAR.


Sorakan gemuruh kedengaran.


SAMY VELOO KENA TINGGAL


Satu jamuan makan anjuran MIC telah diadakan malam tadi.

Samy Veloo menjadi tamu.

Sayang terlalu banyak meja dan kerusi kosong.



KESIAN WAN FARID

Petang kelmarin Wan Farid telah mengadakan satu sidang akhbar. Ini bertujuan untuk memperbaiki persepsi dirinya yang dilihat sombong dan elitis.

Berduyun wakil media datang termsuk para bloggers.


Satu kesilapan besar telah berlaku. WAN FARID HANYA BERBORAK DAN BERMESRA DENGAN WARTAWAN YANG DIA KENAL. WARTAWAN YANG DIA TIDAK KENAL DIA TIDAK AMBIL POT.

Bila wartawan dan bloger bersurai cerita yang tersebar ialah : MEMANG BETUL WAN FARID SOMBONG DAN ELITIS.


DAP DI PAKSA TUTUP KEDAI


Menteri Besar Terengganu telah memaksa DAP menutup Bilik Gerakan Pusat DAP di Kampong China.

Arahan datang bertalu-talu dari MB.


RAJA PETRA TIDAK ADA KAD PENGENALAN

Raja Petra Kamaruddin telah gagal menunjukkan kad pengenalan beliau kepada pihak polis. Raka Petra meminta di tangap.

Polis celah.



BONTOT TEBAL NIRU – BTN - DATANG BERKEMPEN


Bontot Tebal Niru atau BTN telah didatangkan ke Kuala Terengganu untuk berkempen menyokong gerombolan.

Mengikut kata Mustafa Ali Pegarah PRK P36… ‘ BTN telah mengadakan program di Sekolah Syed Malik kelmarin. Satu sesi bersama guru-guru agama telah juga diadakan. Sesi-sesi khusus ini telah menimbulkan agenda ketuanan melayu dan mengapi-api rasa perkauman… ’



ABANG LONG DAN ABANG NGAH DAPAT DUIT


Pagi kelmarin beberapa buah bas membawa anak-anak muda dari Temerloh dan Kuala Lumpur sampai ke Kuala Terangganu.

Mereka ini di datangkan oleh Pakida.

Setiap orang mendapat 70 ringgit dan makan free. Mereka di datangkan untuk mendengar Ceramah Perdana gerombolan.

Tetapi ceramah tidak jadi. Abang Long dan Abang Ngah ‘buat projek untuk pow Ayahanda.


WAN FARID DI TIBAI LAGI

Kesian Wan Farid. Petang kelmarin di satu sidang akhbar Wan Farid telah mengakui bahawa dia bukan sahaja di tibai oleh Pakatan Rakyat tetapi lebih menyedihakan dari parti dia sendiri.

Kenapa agaknya gerombolan bagitu memperlekehkan Wan Farid.

Kesah Wan Farid sombong dan elitis ini terus berkembang.

Petang ini satu cerita baru timbul. Rupa-rupanya Wan Farid tidak dapat menyebut perkataan makang dengan betul.

Wan Farid berkata : Saya berjalan untuk mencari kedai ikan. Saya suka makan gulai ikan.

Ini rupa-rupanya dianggap salah dan elitis.

Yang betul mengikut pengundi P36 ialah: Saya berjalang mencari kedai ikang. Saya sukang makang gulang ikang.



WAN FARID ENGGAN DEBAT HAL MINYAK


Pengundi di P36 merasa amat kecewa apabila diberitahu yang Wan Farid telah enggan berdedat tentang hal royalti duit minyak.




EZAM GAGAL PIKAT PENGUNDI DI KT - Mkini


Kemunculan bekas orang kuat PKR Ezam Mohd Nor dengan isu yang hampir sama tidak begitu berjaya memancing ghairah pengundi dalam dua program ceramahnya dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kehadirannya bersama sejumlah bekas aktivis muda parti itu kelihatan tidak lagi memikat daya gerak orang ramai untuk mendengarnya dan isu-isu yang dibangkitkannya tidak lagi bergaung dalam kalangan penduduk di bandar raya ini.



kah kah kah…. kesian munkee ni…. dia kena penyakit… kah kah kah..

kah kah kah…. kesian munkee ni…. dia hilang kotak…. kah kah kah….

kah kah kah….kesian munkee ni…siapa ambil kotak kasut munkee ni…. kah kah kah




MUHYIDDIN : JANGAN UNDI IKUT RUPA PARAS - Mkini


Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengundi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu supaya memilih calon yang berkebolehan dan bukannya berdasarkan rupa paras.

"Selalunya orang kita melihat pada personaliti seseorang dan perwatakan, sehingga melupai soal lain yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin seperti prestasi dan kebolehan dalam memenuhi hasrat rakyat.


kah kah kah….. mat sembab…. oh mat sembab…. ni kempen untuk wan farid atau untuk kempen perhimpunan agung?..... kah kah kah…

woit…. mat sembab… ni macam nak jual diri sendiri aje…. kah kah kah…

kah kah kah…. tapi baik juga…. sedar muka sembab….. kah kah kah