Jumaat, 1 April 2022

POLITIK RUSIA TEPAT - RAMAIKAN KAWAN

 


POLITIK TEPAT

RUSIA

AMIN

RAMAIKAN KAWAN

KURANGKAN

 MUSUH

KHALAS

KURANGKAN MUSUH - RAMAIKAN KAWAN

 



Dr Mahathir patut rendahkan ego, kata pemimpin Bersatu

DR Mahathir Mohamad sepatutnya melihat kepada sasaran lebih besar dalam kerjasama untuk menghalang kluster mahkamah kembali berkuasa, kata pemimpin Bersatu.

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Faiz Na’aman berkata, pengerusi Pejuang itu juga sepatutnya merendahkan ego dan bekerjasama demi kepentingan rakyat.

“Kita sepatutnya tumpu agenda bersama yang boleh diusahakan bersama untuk menyekat kluster mahkamah kembali berkuasa selepas PRU15.

“Kita semua patut rendahkan ego dan mula fikir langkah ke hadapan, bukan sahaja parti kita atau pengaruh politik pemimpin tertentu tetapi masa depan negara dan rakyat,” katanya.

Kluster mahkamah itu merujuk kepada pemimpin Umno yang kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Faiz menyiarkan kenyataan itu di Facebook bagi mengulas keengganan Dr Mahathir untuk kembali bekerjasama dengan Bersatu selepas serik dikhianati Muhyiddin.

Dr Mahathir enggan bertindak demikian kerana Muhyiddin menikamnya dari belakang, tetapi kini cuba meraih sokongannya untuk menjadi perdana menteri semula.

Beliau juga tidak mahu Muhyiddin kembali ke jawatan itu berikutan prestasi buruk yang ditunjukkan semasa menjadi perdana menteri kelapan.

Dr Mahathir berkata demikian bagi menjelaskan pertemuan dengan Muhyiddin selepas pilihan raya negeri Johor, yang menyaksikan parti berkenaan kalah teruk.

Kenyataan Faiz Na’aman seterusnya tidak menyentuh pengkhianatan dilakukan Muhyiddin namun mengangkat ahli Parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri yang baik.

“Beliau melakukan apa yang mampu untuk menjaga ekonomi negara dan kesihatan serta keselamatan rakyat Malaysia…,” katanya.

Dalam rentetan peristiwa Februari 2020 itu, Muhyiddin menarik sokongan 10 ahli Parlimen PKR dan membawa Bersatu keluar dari gabungan PH menyebabkan kerajaan tumbang.

Muhyiddin kemudian memecat Dr Mahathir dan empat lagi ahli Parlimen Bersatu kerana enggan menyokong beliau sebagai perdana menteri.

Presiden Bersatu kemudian menggabungkan kerajaan Perikatan Nasional bersama parti Islam PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional.

Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos tahun lepas selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka terhadapnya.

Sepanjang 17 bulan memegang jawatan Muhyiddin menguatkuasakan tiga kawalan pergerakan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Beliau juga menguatkuasa perintah darurat yang dikritik hebat kerana menghalang Parlimen bersidang. – 1 April, 2022.


DALAM POLITIK

KURANGKAN 

MUSUH

RAMAIKAN 

KAWAN

AMIN

KENDURKAN EGO

BANYAKKAN

MENDENGAR

KURANGKAN

BERLETER

 AMIN 

SATU TUJUAN 

HALANG PENCURI 

KEMBALI BERKUASA KHALAS

AMIN

MUHYIDIN SEKALI LAGI ?

 



Serik ditikam, Dr Mahathir tak akan sokong Muhyiddin jadi PM

PEJUANG tidak akan menyokong Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri sekali lagi, kata Dr Mahathir Mohamad yang serik selepas dikhianati presiden Bersatu itu.

Prestasi buruk Muhyiddin semasa menjadi perdana menteri kelapan juga membuatkan beliau tidak layak dilantik semula ke jawatan itu, katanya.

Beliau malah melihat pencapaian Muhyiddin sama buruk dengan perdana menteri keenam Najib Razak yang menurutnya banyak kegagalan.

“Semasa dia jadi perdana menteri, ramai orang tak puas hati dengan kepemimpinannya. Dia bukan perdana menteri yang baik.

“Jika dia lakukan perkara yang bagus untuk negara, saya percaya saya tak sokong pun dia boleh menang.

“Kami tidak akan menyokong perdana menteri yang ada banyak kegagalan sama seperti Najib,” katanya lagi dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata Muhyiddin tampil bertemunya, yang menurut beliau bertujuan meraih sokongan supaya ahli Parlimen Pagoh itu kembali menjadi perdana menteri.

“Dia nak saya sokong dia dalam usaha untuk jadi perdana menteri sekali lagi… Saya tak tahu tapi dia minta saya (sokong).

“Kami (Pejuang) tak kuat, kami tiada wang, tapi dia minta kami sokongnya,” katanya lagi

Bagaimanapun beliau tidak akan menyokong Muhyiddin lagi selepas dikhianati melalui Langkah Sheraton yang menyebabkan pentadbiran Pakatan Harapan tumbang pada 2020.

Dr Mahathir menganggap pengkhianatan tersebut seperti menikam beliau dari belakang.

“Saya tak tahu nak kata apa (kepada Muhyiddin). Saya tak jadi perdana menteri sebab Muhyiddin. Dia tikam belakang saya. Sekarang orang yang dia tikam belakang itu tak mati lagi,” katanya.

Dalam rentetan peristiwa Februrari 2020 itu, Muhyiddin menarik sokongan 10 ahli Parlimen PKR dan membawa Bersatu keluar dari gabungan PH menyebabkan kerajaan tumbang.

Muhyiddin kemudian memecat Dr Mahathir dan empat lagi ahli Parlimen Bersatu kerana enggan menyokong beliau sebagai perdana menteri.

Presiden Bersatu kemudian menggabungkan kerajaan Perikatan Nasional bersama parti Islam PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Barisan Nasional.

Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos tahun lepas selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka daripadanya.

Sepanjang 17 bulan memegang jawatan Muhyiddin menguatkuasakan kawalan pergerakan paling lama bagi membendung pandemik Covid-19.

Beliau juga menguatkuasa perintah darurat yang dikritik hebat kerana menghalang Parlimen bersidang. – 1 April, 2022

MUHYIDIN

SEKALI LAGI ?

AMIN

YANG PENTING

BUKAN SAPA

JADI PM

AMIN

YANG PENTING

DIRIKAN KHEMAH

BESAR

AMIN

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS

BERJUMPA DAN BERBINCANG

 



PAS juga mahu jumpa Dr Mahathir, kata Hadi

PAS juga mahu bertemu Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan usaha menyatukan parti Melayu, kata presiden parti Islam itu Abdul Hadi Awang.

Beliau menyebut demikian selepas Pejuang mendedahkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sudahpun bertemu Dr Mahathir untuk bekerjsama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hadi berkata PAS dimaklumkan oleh Muhyiddin berhubung pertemuan tersebut yang diadakan dua minggu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Ya kita dimaklumkan, dan pendirian PAS kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti Melayu

“Sebab itu akan diaturkan pertemuan insya Allah dengan Tun Dr Mahathir. Ini bermakna kita bersedia berjumpa dengan semua untuk menyatukan ummah,” katanya kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun beliau tidak menyatakan tarikh pertemuan yang dirancang ketika ditanya pemberita dalam sidang media di Marang, Terengganu.

Pertemuan Muhyiddin dengan Dr Mahathir didedahkan Pejuang selepas pemukiman parti itu di Kuala Terengganu semalam.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata Muhyiddin sendiri menghubungi pengerusi parti tersebut dan menyatakan hasrat untuk bertemu.

Namun Pejuang masih belum membuat keputusan atau bersetuju dengan tawaran dari presiden Muhyiddin yang menetapkan syarat menggabungkan semua parti Melayu, katanya.

Ia merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemimpin tersebut selepas Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Kedua-dua PAS dan Bersatu merupakan sekutu dalam gabungan Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan persekutuan.

Pentadbiran tersebut bagaimanapun dipimpin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Umno yang kini berbalah dengan kedua-dua parti berkenaan. – 1 April, 2022.

BERJUMPA

DAN

BERBINCANG

AMIN

INI TANDA BAIK

DALAM USAHA

MENDIRIKAN

KHEMAH BESAR

AMIN

SATU TUJUAN

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

AMIN

MASUKKAN

NAJIB DALAM

PENJARA

KHALAS

SELAMAT MENGINTAI

 




SELAMAT

MENGINTAI


ANAK BULAN


KESIAN


ANAK BULAN


NAK BERENDUT


ADA ORANG


DATANG INTAI


KAH KAH KAH

SIMPATI TERHADAP PESAKIT


Saya khuatir crack tiga kali, takut gila seperti sebelum ini – Yasin

PETALING JAYA – Bekas penyanyi kumpulan nasyid dan komposer,, Muhammad Yasin Sulaiman merayu kepada Mahkamah Majistret di sini untuk memberikan jaminan susulan masalah kesihatan mentalnya yang semakin terjejas.

Yasin, 46, ketika hadir pendakwaan di Mahkamah Petaling Jaya sempat memaklumkan semasa prosiding bahawa kesihatannya terjejas kerana bimbang penyakit bipolar dihadapinya boleh menyerang semula. 

“Saya ada diberikan bekalan ubat (semasa ditahan reman) tapi saya perlukan ubat tambahan. Saya khuatir akan crack tiga kali, takut gila seperti sebelum ini,” katanya selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai memberi hujahan di Mahkmah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Selain itu tiada pengakuan direkodkan terhadap seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid itu selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram pada 24 Mac lalu.

Terdahulu, Yasin yang memakai baju t-shirt serba hitam, berselendang biru di leher, berseluar kelabu dan hanya memakai selipar tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi tadi dengan kawalan ketat  polis.

Sementara itu, Yasin yang ditemui pemberita sebelum didakwa pagi ini meminta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman memperjuangkan kebenaran penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

“Kirim salam kepada YB Syed Saddiq Abdul Rahman, minta (kerajaan) segerakan kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan,” katanya lagi. – 

PENYAKIT

BIPOLAR

AMIN

JOHN LENNON

ADA PENYAKIT INI

AMIN

PENYAKIT HINGGAP

PADA SOSOK YANG

SUPER KREATIF &

SUPER BIJAK

KHALAS

AMIN

LENNON PUN

MENGAMBIL

GANJA UNTUK

TERAMKAN

PENYAKIT

AMIN

SILA TANYA

LEBAI GOOGLE

APA DIA SAKIT

BI POLAR

KHALAS


PROFESOR UB40

 



UiTM gantung tugas profesor didakwa hina pelajar miskin

PROFESOR Roshana Takim yang meraih kontroversi kerana didakwa menghina seorang pelajar miskin kini direhatkan dari tugas, menurut Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jabatan komunikasi universiti itu menyebut, tindakan itu berkuatkuasa 1 April sementara siasatan lengkap dijalankan ke atas kes tersebut.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur,” jelas jabatan itu yang menyebut, ia diputuskan lembaga pengarah universiti tersebut semalam. – 1 April, 2022.


DI UK

UB40 NAMA

KUGIRAN MAIN

MUSIK REGGAE

AMIN

LAGU TOP UB40

RED RED WINE

KAH KAH JAH

DI UK UB40

KAD PENGGANGUR

UNTUK KLIM

DAPAT DUIT DARI

KERAJAAAN

AMIN

DI MALAYSIA

UB40

IALAH 

PROFESOR

U BODOH

40 KALI

KAH KAH KAH

AMIN

LAGI 8 HARI KE SABTU 9 APRIL

 



JANGAN LUPA

LAGI 8 HARI

AKAN SAMPAI

HARI SABTU



ADA APA ?

PADA HARI ITU

TUNGGU & LIHAT

KHALAS

TUNGGU EPILOK

 




TUNGGU EPILOK

AMIN

Unknown commented on 

"BAHAYA CHINA MERAH"

Gwa teringat pada Lee Keong rakan sparring tt waktu jalan kaki 54tahun dulu. Lee boleh berbahasa melayu dan gwa yakin itu rakan tt dunia akhirat. Cepat le sambung cerita tempurung tu jangan berlengah lagi. Nak tahu keberadaan dan hayat maut riwayat Lee Keong itu. Amin

RASUAH LAGI BAHAYA DARI GANJA

 


RASUAH LEBIH

BAHAYA DARI GANJA

AMIN

MENGAPA PESALAH

RASUAH TIDAK

DI GANTUNG

KHALAS

Unknown commented on 

"GANJA UNTUK PERUBATAN"

Masa tuan doktor madey berkuasa dulu, dia yg mula2 mengepalai buat undang2 gantung pesalah ganja. Tetap kena walaupun untuk perubatan. Bukan dia saja, malah ramai mp2 yg sokong. Tapi kalau rasuah, undang2 tak keras, cuma penjara dan ada denda. Kena sebat tak pasti pulak. Kenapa tak mau gantung pesalah rasuah? 


Sedangkan penagih rasuah lagi ramai dari penagih ganja. Yg sakit dekat nak mampos pun masih ada yg nak makan rasuah. Kenapa tak gantung bagi cepat mampos? Sebab mp2 kat parlimen tu masih berharap kemungkinan mereka pun boleh ada jawatan satu hari nanti, mana tau boleh dapat banyak rasuah, untuk diri sendiri dan orang2 yg dekat.

SRI LANKA KRISIS EKONOMI - BAHAYA PELABURAN CHINA MERAH

 


SRI LANGKA

KRISIS EKONOMI

AMIN

BAHAYA PELABURAN

CHINA MERAH

KHALAS

BERAPA KOLO ANAK VINCENT ADA ? TERLEPAS BERITA

 



BERAPA KILO

ANAK VINCENT ADA?

AMIN

BERITA DIMANA?

TERLEPAS BERITA

AMIN

Unknown commented on

 "APA JADI DENGAN

 AHLI DAKWAH ?"

Tengok gambar tu semua, jika pokok2 ganja tu semua dituai dan dimampatkan, rasanya harga tak sampai 200. Tu pun nak gantung. Apasal anak Vincent tan tak di bubuh LLPK simpang renggam?

GANJA UNTUK PERUBATAN

 

GANJA UNTUK

PERUBATAN

AMIN

  Bekas penyanyi nasyid dan Komposer, Yasin Sulaiman dibawa keluar oleh anggota polis selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

 Foto31 MAC 2022.


KAUM TANI BANGUN MELAWAN

 



KAUM TANI

BANGUN MELAWAN

AMIN

BAHAYA CHINA. MERAH

 




Hantar gambar ‘waran tangkap’ perdaya mangsa

KUALA LUMPUR – Sindiket penipuan Macau Scam dikesan menggunakan taktik terbaharu dengan cara menghantar gambar ‘waran tangkap’ kepada mangsa sebelum menjerat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, taktik berkenaan digunakan untuk menakutkan penerima mesej.


“Mangsa kebiasaannya akan menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali mendakwa sebagai pegawai polis, mahkamah dan sebagainya.

“Namun, taktik yang terbaru dikesan sindiket akan menghantar gambar yang didakwa sebagai waran tangkap kepada mangsa yang akan takut dan panik dengan mesej itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Kamarudin, taktik ‘waran tangkap’ itu adalah sebahagian daripada modus operandi yang digunakan sindiket Macau Scam.

“Lazimnya, bagi menyempurnakan waran tangkap, pihak polis sama sekali tidak akan menghantar dokumen tersebut kepada seseorang individu tersebut.

“Sebenarnya, waran tangkap hanya ditunjukkan secara fizikal kepada mana-mana individu yang ditahan semasa tangkapan dilakukan oleh polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Mohd Kamarudin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan taktik yang dilakukan sindiket.- 

INI BUKTI

BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN

MEREKA MENIPU

BAWA DADAH

NIAGA LENDIR

AMIN

SEMPADAN

DAH BUKA

AKAN RAMAI

DATANG

AMIN

AWAS 

CHINA DISEBELAH

ANDA TAK SAMESTI

CHINA MELAYSIA

AMIN

CUBA CAKAP

MELAYU TANYA

DARI MANA

KALAU TAK JAWAB

INI PASTI CHINA

MERAH

KHALAS

KITA JAGA KITA - IKUT PERATURAN


Majikan perlu waspada urus prosedur kuarantin baharu, kata kumpulan perniagaan

MAJIKAN perlu berhati-hati dalam mengurus prosedur kuarantin Covid-19 buat pekerja agar dapat terus beroperasi secara penuh dan mengurangkan kemungkinan masa tergendala, kata pihak berkepentingan.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight peningkatan kuarantin pekerja akan mengakibatkan syarikat kehilangan tenaga kerja.

“Sepanjang tempoh kuarantin ini, majikan bergelut untuk dapatkan pengganti tenaga kerja untuk kekalkan operasi,” kata Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Dr Syed Hussain Syed Husman.

“Masalah ini juga akan bertambah apabila satu lagi kes positif dikenal pasti di tempat kerja yang sama,” katanya.

“MEF percaya protokol baharu tiada kuarantin mesti dikendalikan dengan berhati-hati.

“Individu kontak rapat yang telah lengkapkan suntikan atau sudah dapat dos penggalak, dan tidak ada sebarang gejala, harus dibenarkan bekerja dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kementerian Kesihatan mengumumkan mulai 1 Mac, kontak rapat yang tidak  bergejala dan telah menerima dos penggalak mereka tidak lagi perlu menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimanapun, mereka mesti menjalankan ujian kendiri RTK-Ag pada hari 1 dan hari ke-3, manakala individu kontak rapat yang telah menerima penggalak tetapi menunjukkan simptom perlu dikuarantin selama lima hari.

Syed Hussain berkata pekerja juga perlu menjalani ujian kendiri secara berkala seperti ujian mingguan.

“Bagi kontak rapat dengan simptom tetapi telah melengkapkan dos vaksinasi atau telah mengambil suntikan penggalak, mereka perlu buat ujian sebelum dibenarkan bekerja.

“Sekiranya ujian negatif, maka tidak sepatutnya ada sebarang sekatan untuk mereka bekerja.

“Bagi individu yang belum divaksin sepenuhnya atau belum divaksin, syarat untuk kuarantin perlu dikekalkan.”

Syed Hussain berkata fasa peralihan ke endemik seharusnya menjadikannya lebih fleksibel untuk perniagaan beroperasi sepenuhnya dan mengurangkan kemungkinan masa henti.

“Jumlah kontak rapat boleh bertambah sehingga operasi syarikat lumpuh kerana majoriti kakitangan perlu kuarantin,” katanya.

Tambahnya MEF menerima banyak aduan sebegitu dan senario ini benar-benar mengganggu operasi dan perniagaan.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Soh Thian Lai berkata dengan negara dalam fasa peralihan ke endemik, majoriti pekerja kembali bekerja dari pejabat berdasarkan penilaian risiko masing-masing.

“Dengan peratusan pekerja yang lebih tinggi di tempat kerja dan dalam situasi semasa di mana kita mengalami lonjakan kes akibat Omicron, industri akan meningkatkan SOP mereka sendiri secara semula jadi.

“Ini adalah untuk mengesan dan mengurus kes supaya tempat kerja kekal selamat dan untuk operasi diteruskan dengan gangguan yang minimum dan mengekalkan produktiviti keseluruhan.”

Beliau berkata industri juga terikat dengan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Tidak dinafikan, berikutan gelombang Omicron dan peningkatan kes, majikan akan mengalami peningkatan kes positif dalam kalangan pekerja mereka walaupun semua SOP ditetapkan dan ini akan memberi tekanan kepada operasi kilang.

“Bagaimanapun, dengan perubahan dalam SOP berkaitan kontak rapat yang diperkenalkan mulai 1 Mac, ini telah mengurangkan tekanan terhadap operasi kilang.

“Langkah ini amat dialu-alukan oleh industri. Walau apa pun, bagi memastikan operasi diteruskan dengan gangguan yang minimum, majikan bergantung kepada mendapatkan pekerja kontrak dan merombak syif dalam kalangan pekerja sedia ada untuk mengisi kekosongan.

“Ini adalah apabila terdapat kes positif di kalangan pekerja mereka supaya garis masa pesanan tidak terjejas dan penghantaran tidak ditangguhkan.”

Soh berkata, walaupun terdapat perubahan dalam SOP, kedua-dua majikan dan pekerja mesti terus memainkan peranan mereka untuk memastikan tempat kerja kekal selamat. – 1 April, 2022.


FASA ENDEMIK

KITA WAJIB

JAGA KITA

AMIN

IKUT  C.U.H

CARA UNTUK HIDUP

AMIN

SESAMA KITA

LAWAN KOBID

KHALAS