Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 2 Ogos 2010

TAK PERCAYA ?




INI LAPORAN AKHBAR SINAR




nota:
ketika tt melapor tentang ceramah
di anwar yang di gagalkan di rengit
baatu pahat - ramai yang mempertikaikan
angka 4000 warga johor yang berkumpul
menunggu.

tt - mendapat maklumat ini dari wartawan
tt yang berada di kawasan ceramah.

lihat ini juga sama dengan laporan wartawan
sinar yang juga pasti berada di kawasan yang sama.

seboleh mungkin tt akan melaporkan satepat mungkin.
tetapi tentang angka dan jumlah untuk ceramah/demo/orang datang
semuanya adalah anggaran - tidak mungkin tepat setepat tepatnya.

tt ingin melapor berita yang melawan
yang dirasakan dirasakan penting - berita
poyo dan ciput telah terlalu banyak berkeliaran
kah kah kah


FILTH DAN WHITE TRASH




JANGAN INGAT MEREKA BIJAK - HANYA KERANA KULIT MEREKA PUTEH




PEMBERIAN VOA KEPADA PELANCONG ASING DIBATAL - melayau

Kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan pemberian kemudahan visa sewaktu ketibaan (VOA) kepada para pelancong asing mulai hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, langkah
tersebut bagi mengelakkan penyalahgunaan visa tersebut oleh segelintir pihak.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini, hari ini.

KOMENTAR:
tukar tiub menyokong penuh langkah ini. kebelakangan ini negara kita
diserang oleh dadah syabu dari iran. kita diserang oleh black money dari nigeria.
warga kita di serang oleh poncopet professional dari amerika latin.
warga kita diserang oleh lendir china doll.

warga afrika masuk tanpa visa adalah dasar madey yang pada satu ketika dahulu
ingin menjadi wira dunia ketiga – hasilnya menyusahkan warga negara kita.

ini belum kita ambil kira yang menyusup haram melalui pantai dan sempadan.
ini belum kita ambil kira yang menukar visa dari pelajar menjadi pelacur.
ini belum ambil kira yang melawat terus menjawat
ini belum ambil kira yang melawat terus tak pulang pulang

ini bukan rasis – ini bukan anti pendatang – ini realpolitik – dimana harga
yang akan kita bayar terlalu mahal. kita akan bayar dengan masa depan kita.

kaum pemodal tidak memikir jangka panjang. kaum kapitalis mahu
buruh murah. kaum kapitalis mahu pekerja haram tanpa hak. ini kita tentang.
kaum kapitalis mahu kolej dan universiti penuh pelajar luar – mereka menjual ijazah


kaum kapitalis tidak ada rasa cinta kepada negara – cinta mereka kepada untung
bila kaya raya mereka cinta kepada paris, london, new york dan tokyo

kota dan bandar kita jadi hampeh
sekolah kita padat
ruang kosong kita di teroka
hospital kita ampuh

ini hakikat realpolitik - kita juga harus berdiri sama tegak dengan negara lain.
jika britain wajib kan wargha kita melamar visa
warga britain juga wajib melamar visa untuk ke negara kita

mereka beri kita garam
kita juga beri mereka garam


jangan pikir mereka kulit puteh mereka tidak hampeh

kebanyakan mat saleh disini adalah FILTH - failed in london try hong kong
banyak dari mereka adalah white trash
hanya kita memandang tinggi kepada mereka. hentikan sikap ini !

agak terlambat - tapi ini langkah tepat !



SINDIKET DADAH TUMPAS , 113KILO SYABU BERNILAI RM 24.5 JUTA DI RAMPAS
- melayau

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Lagi sindiket dadah yang didalangi warga Iran tumpas.

Kali ini sebanyak 113 kilogram syabu bernilai RM24.5 juta berjaya dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah berkembar mewah di Mont Kiara pada pukul 3 petang semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Othman Harun pada sidang akhbar hari ini berkata, siasatan mendapati sindiket tersebut membawa masuk dadah-dadah berkenaan melalui kargo udara dari negara jiran.

CABAR JANGAN TAK CABAR !




BILA MAT EZAM REKRUT ALLAH SAYA SERENDER


Awalnya saya langsung tidak kenal siapa dia Ezam Mat Nor ini. Malah saya tidak ambil pot sangat apa kerja dan tugas dia. Untuk saya sesiapa yang bekerja untuk United Malays National Organisation ini pastilah orang sesat, kurang membaca, kurang berilmu dan kaki bodek. Pandangan saya ini tidak pernah berubah hingga ke hari ini.

Tapi apa yang hendak saya kesahkan disini bukan hal United Malays National Organisation tapi hal Mat Ezam. Secara jujur saya katakan disini, saya tidak pernah ambil tahu siapa setiausaha politik, setia usaha akhbar atau siapa setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Untuk saya semua mereka ini hanyalah aparachik kalau pun bukan tukang bodek. Pandangan saya ini berasakan budaya politik yang wujud hari ini.

Pada awalnya – saya terdengar - apabila Anwar di tangkap pada 20 September 1998 - ramai juak-juak Anwar termasuk Mat Ezam telah melarikan diri ke Indonesia. Ada yang lari membawa duit dan ada yang lari membawa harapan. Apa yang mereka lakukan di Indonesia tidak pula ingin saya ketahui.

Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalanraya sebagai wadah politik. Kami tidak ambil pot tentang juak juak Anwar yang lari dan yang tidak lari. Malah juak juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya kami. Kami juga langsung tidak ambil pot terhadap ‘polong-polong’ piliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan ‘darah saham’ dan ‘pink form’.

Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu : membodohkan orang Melayu selama 50 tahun.

Saya pun kurang ingat bila Mat Ezam muncul kembali – mungkin sesudah tertubuhnya Parti Keadilan. Fakta sejarah ini tidak penting. Apa yang penting ialah Mat Ezam terpaksa menerima wadah jalan raya yang telah kami teroka. Kami sedar ada beberapa bengolan juak Anwar yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya.Tetapi kerana ombak jalan raya bagitu besar maka mereka terpaksa membuat ‘teater’ berlakon bersama kami.

Juak-juak Anwar ini sedar dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan juak juak ini bukan hendak menumpaskan United Malays National Organistion. Justeru mereka selalu ‘memberatkan’ Gerakan Reformasi. Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim dinobatklan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam congak politik mereka apabila Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali lagi berkenduri kendara dan mengumpul ‘pink form’ dan memungut zakat harta kekayaan.

Harus dinyatakan jelas disini - Gerakan Reformasi tidak peduli hangguk sama ada Anwar Ibrahim jadi PM atau malaon mana pun yang menjadi PM. Yang penting Mahathir Muhamad di dobrak dan United Malays National Organistion dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Akhirnya setelah sepuluh tahun - sebahagian panennya Reformasi telah kita tuai pada 8 March 2008 dahulu. Inilah contoh yang dinamakan perjuangan berjangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh tahun. Ini kerja politik yang ulit dan bertahan lama. Turun ke jalan raya itu ialah untuk membajak dan menyemai benih kebencian terhadap kuasa politik United Malays National Organisatgion.

Pada ketika ini Mat Ezam telah mudek kembali ke sarang lamanya. Saya sifatkan Mat Ezam ini terkena penyakit KKS – kurang kasih sayang . KKS ini adalah satu penyakit tidak berkuman yang selalu menyerang orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hasil dari serangan KKS ini Mat Ezam telah mundar mandir ke hulu ke hilir berceramah membantai dan menelan kembali semua air lior basinya yang diludahkannya dahulu.

Nasib saya agak baik, beberapa hari yang lalu ada kawan menghantar klip potongan salah satu dari ceramah Mat Ezam. Menurut kawan saya ini klip ini dari siri ceramah perdana ‘Selamatkan Selangor Dari Khir Toyo’.

Saya kurang faham apakah Khir Toyo seorang Jawa sudah bertukar menjadi Jepun dan menyerang Selangor. Lalu saya pukul talipon dan bertanya apakah Khir Toyo telah ada bala tentera – kawan saya ini ketawa berdekah dekah dan meminta saya kembali ke sekolah untuk belajar ilmu politik. Ciss….bongek punya kawan. Maka tidak dapat tidak saya pun terpaksalah melihat klip ceramah Mat Ezam.

Mat Ezam telah mempotokopi gaya berceramah Anwar Ibrahim. Saya tahu tentang hal ini kerana saya pernah – satu masa yang lama dahulu - berkongsi pentas dengan Mat Ezam. Mat Ezam telah cuba meniru lenggok dan deram maarunah termasuk tajwid dan sengau si Anwar Ibrahim. Untuk saya gaya ini agak ‘geli’ tetapi menarik perhatian setengah orang yang mendengar ketika Anwar dalam penjara. Tetapi sekarang ini apabila yang ori telah ada maka Mak Cik Felda tidak akan terpaut untuk datang ke ceramah cap ayam Mat Ezam.

Saya pernah meminta kawan-kawan untuk pergi mendengar ceramah Mat Ezam ini. Sekurang-kurangnya meramaikan orang yang nampaknya semakin susut. Malu menengok kawan lama ‘bertandak atas tong’ seorang diri. Saya sendiri tak berani pergi kerana umum tahu saya bukan Orang Selangor. Kalau tidak – dalam dalam gelap itu - boleh juga saya menebeng untuk meramaikan pendengar ceramah.

Seperti di zaman Reformasi , Mat Ezam akan ke hulu ke hilir melaung sambil mencabar dari atas pentas ceramah. Ezam mencabar sesiapa sahaja yang berani mempertikai apa yang dicakapkannya. Hebat. Gugat. Cukup macho.

Tetapi sayang sekali, semuanya telah menyakitkan hati Mat Ezam – bukan kerana yang mendengar tak ramai; ini pun satu hal – tapi tidak ada sesiapa pun yang ambil pot dan menyambut cabarannya itu. Semua orang buat dek sahaja. Malah Lokman Adam seorang pemikir dalam gerakan pemuda gerombolan yang lebih kurang sama hebatnya dengan Mat Ezam pun terus memperlekehkan Mat Ezam yang tidak sudah-sudah mencabar.

Sesiapa yang ada pergi mendengar ceramah akan tahu bagaimana di pembukaan si penceramah akan melafaz doa berjela-jela dan was soli was soli dimasukkan ke sana sini untuk menunjukkan betapa alim dan waraknya si penceramah. Pada anggapan si penceramah lagi panjang was soli was solinya maka lagi sucilah apa yang diperkatakan. Mat Ezam juga tergulung dalam kumpulan was soli was soli ini.

Tetapi ada sesuatu yang paling menakjubkan dalam ceramah Mat Ezam yang saya tonton. Lebih hebat dari semua was soli was soli. Saya tidak berbohong. Saya takjub apabila saya terdengar apa yang dikatakan oleh Mat Ezam ini. Mat Ezam sebenarnya telah mendapat bantuan dari Allah. Betul. Ini bukan bohong.

Mat Ezam berkata yang dia bersyukur kerana dengan pertolongan Allah dia telah mendapat tahu bahawa Anwar ini adalah peliwat dan penyondol. Bagaimana Allah memberi maklumat ini kepada Mat Ezam tidak pula jelas. Tidak ada pula Ezam menyebut Batu Caves , Gua Herak, bersuluk, berkhalawat atau dia pergi bertapa.

Mengikut ceramah Mat Ezam semenjak mendapat ‘ info’ dari Allah maka dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bos lamanya Anwar Ibrahim. Kini Pak Sheikh Anwar yang menjadi idolanya dahulu bukan sahaja seorang peliwat malah seorang pengkhianat bangsa. Betul. Anwar dikatakan oleh Mat Ezam sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Dibahagian ini saya minta maaf. Saya agak kurang jelas. Tentang pengkhianat bangsa Melayu – saya agak kabur , apakah ‘info’ ini juga datangnya dari Allah atau datang dari Muhyiddin Yassin. Kalau ingatan saya betul, si Muhyiddin inilah orang yang pertama mengatakan si Anwar ini pengkhianati Melayu. Kalau saya silap saya minta maaf.

Sebenarnya , merekrut Tuhan dalam politik ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita rajin membaca sejarah kuno Europah, maka kita akan bertemu dengan para padri yang mengakui diri mereka mewakili Tuhan di bumi ini. Bayangkan betapa kecutnya telor Pak Tani apabila si Padri datang melawat kampong mereka. Bukan sahaja panen Pak Tani ini akan diambil Sang Paderi malah silap-silap hari bulan anak dan isteri juga akan dibungkus sama. Ini semua dilakukan atas permintaan tuhan. Khalas. Period.

Apabila Mat Ezam merekrut Allah maka saya angkat tangan serender. Saya mengaku kalah. Saya angkat tangan dan angkat topi. Bandingkan, maklumat yang saya terima hanya melalui laporan hospital Pusrawi yang mengatakan Saiful tidak diliwat. Saya juga membaca maklumat dari laporan tuan doktor dari Hospital Kuala Lumpur. Kemudian saya mengikuti laporan akhbar tentang perbicaraan ini. Ini lah sumber maklumat saya. Dari maklumat ini saya membuat rumusan bahawa jubur Saiful tidak diusik.

Bandingkan pula maklumat saya dengan maklumat Mat Ezam. Apabila Mat Ezam mendapat info dari Allah – saya tak terkata apa-apa. Siapa yang boleh mempertikaikan hal ini. Saya tidak memiliki kudrat dan iradat untuk mempertikai maklumat Mat Ezam ini.

Tetapi – saya ada sadikit kekalutan dan merasa resah. Sebenarnya saya ingin bertanya dengan Mat Ezam apakah Allah tidak ada memberi dia tahu maklumat yang lain – tentang siapa sebenarnya membunuh Altantuya. Atau tentang adik Shahlinie yang selama ini masih hilang. Renung punya renung, saya merasa amat pelik mungkinkah Allah juga ada sikap ‘double standard’ - hanya tahu tentang Anwar sebagai peliwat dan tak ada info tentang Altantuya.

Semua ini pelik. Untuk saat ini saya hanya berani berkata seperti dalam kitab Sulalatus Salatin - wallah hu alam bissawab – hanya Allah yang maha mengetahui. TT

p/s: Sesiapa berjumpa Mat Ezam sila tanykan hal ini agar kita semua dapat menyambut bulan Ramadan dengan penuh ketenangan.


SAJAK ULANG TAHUN KE 50 ISA !


DARI LEBAI GOOGLE - SILA KLIK DAN BESARKAN





JANJI LELAKI ITU


SATU

mereka datang tidak di jemput
mereka sampai tidak memberi salam
mereka masuk tidak mengetuk pintu

mereka datang ditengah tengah gelap yang hitam
mereka datang dengan muka tertutup
mereka datang dengan menendang pintu

datang untuk menangkap
datang untuk mencekup
datang untuk menggempar
datang untuk menakutkan sesiapa saja yang akan takut

ayah itu di gari
isterinya memandang
anaknya menangis
tentangga mengintai intai
lalu dia di bawa pergi

sang isteri bingong
sang anak meraung lagi
tetangga menjauhkan diri
takut telibat berimplikasi

kemana agaknya sang suami di bawa lari
kemana agaknya sanh ayah di bawa pergi
kemana agaknya polis ganas itu membawa dia pergi

heboh
heboh
heboh satu negeri
ada pengganas sedang beroperasi
untuk menjatuhkan kerjaan negeri

dua bulan kemudian sang ayah mucul kembali
dari kuala lumpur dia naik lori
waktu malam dinihari
dia dipindah ke sebuah penjara lagi

DUA

di kamunting kami dipertemukan
di kamunting kami di raikan
di kamunting kami di kurung dan di rayakan
di kamunting kami di kunci agar tahu harga kebebasan diri

satu hari dibilik bacaan
aku bertemu dengan si ayah

ianya seorang musliman yang warak
jantan yang berjanji kepada allah dan nabi untuk menjadi insan yang soleh
jantan yang berjanji kepada sang insteri untuk menjadi suami yang berbudi
jantan yang berjanji kepada anak untuk menjadi ayah yang sering memberi
jantan yang berjanji kepada alam untuk membawa kebajikan ke dunia ini

lalu kami bertegur sapa
lalu kami menjadi mesra
lalu kami bertukar cerita
tentang si anu
dengan si anu
tentang si polan
dengan si polan

sang isteri tidak datang melawat
sang anak jauh sekali
mahal harga tambang bas
dimana nak tidor
dimana nak bermalam
akhirnya tak perlu datang
akhirnya tak perlu bertandang

TIGA

dibilik bacaan kami bertemu sekali lagi
aku bertanya khabar
bertanya khabar seolah olah
kami baru pulang dari luar negeri
mukanya sedih tidak berseri

dia bercerita tentang anaknya ke sekolah
dia bercerita tentang bayaran hutang rumah
dia bercerita tentang isterinya yang susah

aku hanya mendengar
berat telinga mendengar
berat hati merasa
berat lagi sang isteri di rumah
berat lagi anak ke sekolah

lalu dia bercerita tentang rayuannya ditolak
lalu dia bercerita tentang semua tuduhan
lalu dia bercerita tentang malam dia di tahan

dia bercerita tentang pukulan dan tamparan
dia bercerita tentang tendang dan api rokok
dia bercerita tentang sumpah seranah yang diterima
dia bercerita tentang ancaman kepada anak dan isteri

kemudian dia mendongak ke langit
matanya memandang ke luar jendela
memandang ke arah bukit hijau
memandang ke alam bebas

EMPAT

ramadan pun sampai
maka kami pun beramal
sebulan kami berkhalwat
sebulan kami melihat hidup
sebulan kami bersendirian

ketika ramadan
aku juga mencuba menjadi lelaki yang baik
aku juga mencuba menjadi anak yang soleh
aku juga mencuba menjadi manusia yang membawa kebajikan

bila hari raya sampai
maka kunci itu pun di bukalah
pintu penjara luas terbuka
agar sanak saudara datang melawat
agar kaum keluarga berjabat mesra

pagi itu aku pun diziarahi keluarga

tidak aku sangka sangka
di meja hadapan aku
si jantan itu juga di kelilingi oleh anak dan isteri
ku lihat mukanya gembira ria
anak dipangku kiri
anak diriba kanan
isteri dihadapan

aku pun gembura sendiri
milihat kawan bersenang hati

mata aku liar memerhati dan mencari
mengintai bekalan jaudah hidangan mereka
aduh ! aku terperanjat tak percaya
apa yang aku lihat di pagi raya

bukan ketupat
bukan satay
bukan udang
bukan ayam
bukan lemang
bukan rendang
yang terhidang hanya mee goreng dan biskut kering
dan sebotol ayer lemonade

lalu aku mengalih mata
memandang ke atas bukit yang hijau
memandang ke alam bebas

LIMA

jam 7 pintu itu dikunci
maka aku pun terkurung
hari raya pun selesailah

malam pun datang
sehari telah berlalu

maka aku pun berjanji untuk menjadi manusia yang berbudi
maka aku pun berjanji untuk menjadi menusia yang memberi
maka aku pun berjanji untuk membawa kebajikan

untuk kau yang tidak tahu penjara
untuk kau yang belum ditahan tanpa bicara
untuk kau yang memiliki segala gala

kau dengar surah aku ini
di bumi ini orang orang baik lebih banyak dari orang orang jahat
di bumi ini orang orang baik lebih banyak dari orang orang jahat

jika kau ingin menjadi manusia yang baik
jika kau ingin menjadi manusia berbudi
jika kau ingin menjadi manusia pemberi
lakukan sesuatu untuk mengubah diri

kezaliman yang ada ini
sedang menunggu kau
menunggu kau yang baik hati
menunggu kau yang berbudi (TT)

LIMA PULUH TAHUN ISA - 50 TAHUN PERJUANGAN



POLIS DI HADAPAN PINTU AMCORP MALL






VIGIL DI PETALING JAYA





UPACARA ANTI –ISA DIHALANG POLIS , 30 DITANGKAP
- mkini

Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di lapan tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.

nota:
Jam 4.56 pagi – baru pulang dari balai polis petaling jaya. ini sesudah semua 30 orang yang ditahan dibebeskan dengan jaminan.

saya dijemput untuk membaca sajak JANJI LELAKI ITU tetapi belum pun sermpat sampai ke kawan itu, geromboan polis telah menghuru harakan keadaaan.
belum pun sempat lilin dibakar – suasana telah dihuru hara.

PULAU PINANG - empat telah di tahan dan dibebaskan
KOTA BAHRU – dua ditahan dan dibebaskan
SEREMBAN – berjaya
KUCHING – berjaya
SIBU – berjaya
JOHOR BAHRU – berjaya
ALOR STAR - berjaya


PERLAWANAN DI TERUSKAN




MAHKAMAH JALAN DUTA HARI INI


KES ANWAR DISAMBUNG PAGI INI

Pihak pembela akan cuba memanggi Saiful untuk
bertanya apakah betul dia telah bertogel dengan Farah?
Sila datang dan dengar cerita eros!


KES UKM4 – PAGI INI

dimahkamah rayuan perbicaraan disambung semula.
mungkin keputusan akan didengar pada hari ini.
Sila datang dan tujukkan sokongan.

PERLAWANAN DISANA SINI




30 DITANGKAP KAWASAN HIMPUANAN DIKEPUNG
– harakah daily

Seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang ini sementara seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung.

Tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang memakai pakaian beridentitikan penganjur program.

Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah.