.

Isnin, 4 Mei 2015

PENCERAHAN LAGI





JIMAT SIMPAN DUIT
Hoi TT.. najib bini rosmah mmg cerdik jimat simpan wang. Boleh rakyat contohi. Jika nak buat majlis kawin yg mewah, simpan duit secukupnya. Dari hari mula bertunang, duit kene menyimpan dah. Mcm Abang Mat kata la, tak banyak, sehari RM17,000.00 jer. Cukup 6 tahun simpan (tolak weekend), dpt la RM20 juta.

 Baru berbaloi nak buat kenduri kawin. Rakyat mmg boros, ssb tu x dpt simpan RM17,000 sehari. Kahkahkah.. Hang kalo berjimat mcm ni Isham, dah lama dah hang buleh kawen. Ini idak.. melawan cakap orang tua2.. on DANA CELAH APA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 7:03 PM

PERLU IKAT PERUT
Rakyat ikat perut tak mampu membeli sbb barangan keperluan mahal sbb gst Puak2 umno dan penyokong ug hidup senag sbb puak2 ni kebal serba bin serbi. Ug boleh baca doa agar perut mereka selalu kenyang dan puak2 ni digelar ulama waris Nabi . Puak2 ni boleh direct kat tuhan bila brdoa rakyat miskin bin papa kedana tak ada linrs kat tuhan . 

Tuhan hanya tolong puak serban bin jubah aja. Oooooi ! Kalu Zionis Kominis tuhan boleh tolong tak mungin miskin bin papa kedana tuhan tak tolong . on DUIT NEGARA KERING
Anonymous
at 5:07 PM





--------------

ESOK PAKAI HITAM





ESOK 505

PAKAI HITAM



4 MEI 2015
“Ops Hitam 505” untuk menolak GST, pilihanraya kotor
dan negara polis

Gabungan untuk Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) melancarkan “Ops Hitam 505” di seluruh negara pada 5hb Mei 2015 (Selasa), ulangtahun kedua Najib Razak dikekalkan di Putrajaya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai kerajaan minoriti sungguhpun ditolak oleh 53% pengundi.

Kami memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya berpakaian hitam atau memasangkan ribbon atau kain hitam di kenderaan, bangunan atau benda peribadi pada 5hb Mei 2015, sebagai tanda menolak provokasi angkuh Kerajaan Minoriti Najib kepada rakyat dengan tangkapan, tahanan dan gangguan terhadap para pemimpin dan peserta perhimpunan aman pada 1hb Mei di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Rakyat mesti menjawab penindasan dengan penentangan. Kalau tidak, kehidupan rakyat akan semakin susah dizalimi oleh kezaliman Kerajaan Minoriti Najib, polis dan SPR.
“Ops Hitam 505”, selain tanda solidariti dengan meraka yang menjadi mangsa penganiayaan polis, juga mewakili tiga tuntutan rakyat yang berikut:

(a)  Pemansuhan Cukai barangan dan perkidmatan (GST);

(b)  Penghapusan penipuan dalam pilihanraya terutamanya “Pembahagian Tidak Sekata” (Malapportionment) dan “Persempadanan Tidak Adil” (Gerrymandering) dalam Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak, Sabah dan Semenanjung supaya tidak wujud lagi kerajaan minoriti;

(c)  Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan pempolitikan polis.


Kami berharap bahawa esok seluruh rakyat akan mewujudkan suatu lautan hitam di setiap perusuk negara, terutamanya di Permatang Pauh dan Rompin di mana rakyat berpeluang menyatakan pendirian dengan kertas undi, untuk menunjukkan penolakan rakyat terhadap GST, pilihanraya yang kotor dan negara polis.









---------------

NASI PANGGUNG KELMARIN










NASI PANGUNG

petang ahad yang tenang
ketika yang lain sibuk dengan urusan 
disini masing-masing membahagi kasih
mengisi waktu mendekati mereka yang tak kenal siapa
mereka yang selalu dipandang sebelah mata

YANG DATANG

Menu petang ahad lepas di Jln Panggung:
Tim Dapur Jalanan KL: Lontong
Tim Syed Shahir: Roti Canai / Air Mineral
Tim UPM: Muffin / Air Kotak
Tim UniKL: Toiletries Pek

DATANG MEMBANTU
Anak semua bangsa; turun berkerja bakti & membantu:
Husin, Padel, Aisyah, Quratul, Intan, Mat roy, Afiq
Kawan-kawan dari UPM, UniKL, UM, 
Abg Pyanhabib, Faizal Husin & krew, Tim Recycle 
& semua yg hadir bersetiakawn bersama miskin kota!

DATANG MEMBANTU
Terima kasih semua!
jumpa ahad depan!


++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!
++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective
++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh
 talipon: ezzuandi 0192671285
 atau Hadi Khalid 0126648873

UNTUK ANAK CUCU
Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

4 May 2015


------------

JAM 9 DANG WANGI






JAM 9:00

DANG WANGI

SETIAKAWAN

DENGAN

YANG

DI TAHAN

ESOK 

PAKAI HITAM


-------------

TER KINI TER NOWW



SMS  DARI

MAT SABU

jam 5:26






...masih di dang wangi....dah 
ambil statement 










-----------

DUIT NEGARA KERING



UNDUR ROSMAH UNDUR


Bajet kementerian dipotong berkait keborosan Najib-Rosmah, kata wartawan veteran

Tindakan Putrajaya memotong peruntukan setiap kementerian termasuk RM300 juta bagi Kementerian Kesihatan menimbulkan persoalan sama ada perbendaharaan negara semakin menyusut akibat gaya hidup mewah Najib dan suaminya  Rosmah Mansor, kata Kadir Jasin. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bajet-kementerian-dipotong-berkait-keborosan-najib-rosmah-kata-wartawan-vet#sthash.OGU1N8G5.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
duit negara kering
semua dirembat
najib rosmah
duit tabung haji
duit kwsp
duit pencen
awas!
najib rosmah sedang
rembat abis kering


TINGGAL KOSONG



















------------

SATU PANDANGAN






PECAH DAN PERINTAH
penjajah british bawa masuk satu sistem bergelar pecah dan perintah...sistem ini diteruskan oleh gerombolan dan macai sehingga kini...kalau rakyat bersatu makna gerombolan dan macai hadapi masalah... 

anwar ibrahim berusaha roboh dasar ini dan membawa penyatuan rakyat demi masa depan sebuah negara yang majmuk... suka atau tidak hakikatnya gerombolan sedaya upaya memecah balik dengan pelbagai kaedah...guna undang x guna polis guna agensi kerajaan....hasilnya pelbagai isu sengaja ditimbulkan demi mempertahankan dasar untung rugi...rakyat bersatu membawa kerugian....rakyat berpecah belah membawa keuntungan...

kalau imbas sejarah politik negara...golongan politikus sememangnya mewujudkan dasar syarikat sendirian berhad....kah kah kah...dari ayah kepada anak kepada cucu...orang luar tak boleh masuk... nasib baik pm pertama tiada waris cebur politik, pm kedua ada anak jadi pm... pm ketiga anak sudah tunggu...pm ke 4 ingin anak jadi pm....pm ke 5 menantu menanti nanti...pm 6 belum nampak lagi on KOSONG IALAH MT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/3/15


-----------

DANA CELAH APA?






RM15 juta dana usahawan
BAGI menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera di Sarawak, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyalurkan dana RM15 juta kepada Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak.


KAH KAH KAH

woit
baca betul betul
bukan 15 bilion
hanya 15 juta
15 juta ringgit
baru harga kasut
pengantin di kazakhtan
15 juta dana bumiputera?
dana celah kangkang je?

KAH KAH KAH












-------------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA








BERITA TERKINI


saya dalam polis dang wangi

SMS dari MAT SABU

saudara mat sabu
datang ke rumah pasong
dang wangi untuk siasatan
#BATALgst - jumaat lalu





-----------------

MANA HILANG MENGHILANG?






MISTER ARUL
where are you?
long time no see
long time no talk


KAH KAH KAH

dimana mister arul
mana menghilang
heboh pasal 1mdb
tapi senyap menikus

dah berhenti ke?
saje tanya
lama tak nampak

KAH KAH KAH



------------

BILA NAK TANGKAP CINA TEMBAM






 KOMENTAR
' datang dari pemimpin umno sendiri'

maklumat ini penting
ini tanda bahawa najib telah sedia
ini tanda najib beri jalan
bagaimana nak tendang najib rosmah


CHINA TEMBAM

Bahagian mula retak

Syed Ali Ketua Umno Bahagian Cheras yang diketahui pernah ke hadapan dalam isu-isu sensitif yang menjadi keluh kesah rakyat, umpamanya meminta Ketua Wanita Umno  Shahrizat Abdul Jalil berhenti, nampaknya tidak lagi dapat  membendung perasaannya sendiri dalam isu 1MDB.

"Syed Ali mahu flamboyan billionair Low Taek Jho yang dikaitkan dengan 1MDB dipanggil segera untuk menghadapi  siasatan polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Akauntan  Negara," katanya.

Sementara itu, Zainuddin Maidin bekas ketua pengarang akhbar Utusan Melayu itu turut mendedahkan Najib hanya akan berundur jika permintaan itu datangnya daripada pimpinan Umno sendiri.

Beliau berkata perkara itu disampaikan oleh seseorang yang pernah memegang  kuasa besar di negara ini melalui satu khidmat pesanan ringkas.

"Apa yang saya dengar, beliau tidak akan berundur melainkan Umno memintanya berundur," kata pemimpin itu kepada Zainuddin.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-umno-bahagian-mula-sedar-rakyat-tak-sokong-najib#sthash.8FtvneWp.dpuf

KAH KAH KAH
woit
apa sudah jadi
bila nak tangkap
china tembam
bila nak soal  dia
duit mak cik felda abis
duit pencen kwsp abis
china tembam demenjoy

SIAPA CHINA TEMBAM



-------------

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB







KOMENTAR
inilah tanda tanda
hari hari akhir saekor najib

ini lah tanda tanda jelas
hari hari akhir saekor najib







Ketua Umno bahagian mula sedar rakyat 

tak sokong Najib

Zainuddin Maidin menjelaskan sudah wujud kesedaran di kalangan ketua Umno bahagian kini yang sokongan mereka kepada presiden parti Najib Razak bukanlah mewakili sokongan rakyat secara keseluruhannya.
Bekas menteri penerangan itu berkata, antara ketua Umno bahagian yang lantang membuat kritikan terbuka ialah Ketua Umno Cheras  Syed Ali Alhabshee berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Siapakah yang mengatakan semua ketua bahagian Umno hanya mengangguk dan menerima apa sahaja alasan dan cerita dari pemimpin negara dalam isu yang menimbulkan keraguan dan prasangka buruk menggelorakan perasaan rakyat di seluruh negara?
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-umno-bahagian-mula-sedar-rakyat-tak-sokong-najib#sthash.8FtvneWp.dpuf

KAH KAH KAH

woit
perang ini jangan
cepat tamat
panjangkan lagi
lamakan lagi
lagi lama lagi cun
lagi panjang
lagi ramai mati
lagi banyak retak
lagi banyak rakyat sedar

APA PUNYA CUN

------------

LAGI KES BANGANG!






AMK KECEWA KEPINCANGAN GST UNTUK TELCO

Sekali lagi AMK ingin menyatakan kekecewaan di atas perihal GST, yang terkini adalah kepincangan di dalam penguatkuasaan cukai tersebut di kalangan syarikat Telco.
Menteri Komunikasi, Shabery Cheek, baru-baru ini memberi kenyataan bahawa kerajaan mungkin menghadapi kerugian RM800 juta jika syarikat Telco tidak dikenakan cukai ke atas kad pra bayar.

Setelah sebulan perlaksanaan GST, rakyat telah dijanjikan pelbagai perkara termasuklah bahawa kad pra bayar tidak akan dikenakan GST di samping penurunan harga-harga barang yang lain.

Malah, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, juga telah membuat kenyataan ingin membawa syarikat Telco ke mahkamah jika mengenakan cukai ke atas kad pra bayar. Kini jelas semuanya hanyalah janji kosong dan kerajaan sejak awal lagi tidak pernah hiraukan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

Kenyataan Ahmad Shabery juga menimbulkan begitu banyak persoalan. Adakah kerajaan dan kewangan negara begitu terdesak sehinggakan cukai 6 peratus ke atas kad pra bayar begitu diperlukan - dan terpaksa ditanggung oleh rakyat?

Tidakkah kerajaan BN sedar bahawa rakyat sekarang amatlah terbeban dengan cukai tersebut terutamanya di kalangan golongan berpendapatan rendah dan pelajar yang kebanyakannya menggunakan kad pra bayar? Kad pra bayar bukan sahaja digunakan oleh golongan asing seperti yang dinyatakan oleh menteri. Kenyataan itu membuktikan kerajaan BN masih terlalu jahil tentang keadaan rakyat sehingga mereka boleh memperlekeh perkara seperti ini.

AMK ingin menyarankan agar kerajaan berhenti membebankan rakyat dengan cukai yang kejam ini dan berterus terang dengan rakyat tentang keadaan kewangan negara.

AMK juga hendak menyentuh tentang peranan Perdana Menteri Najib Razak dalam hal ini. Semalam beliau memberi arahan secara terangan di Facebook dan Twitter supaya perihal Telco diselesaikan oleh Shabery Cheek.

Persoalannya, apakah peranan Najib Razak selaku Menteri Kewangan? Bukankah GST dikuatkuasakan dan di bawah pengawasan Kementerian Kewangan? Mengapa beliau melepaskan tanggungjawab ini kepada Menteri Komunikasi yang hanya berurusan dengan Telco tetapi tiada kuasa dalam percukaian?

Saya kira perkara ini berlaku kerana Ahmad Maslan telah gagal melaksanakan GST dengan baik, di bawah Kementerian yang diterajui oleh Perdana Menteri sendiri. 

Kegagalan Ahmad Maslan sepatutnya dikira sebagai kegagalan Perdana Menteri juga. Daripada mengurus hal ini sendiri, beliau hanya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Menteri yang lain.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

-------------

BILA NAK UBAH?

















SPR teliti cadangan wakil 

rakyat perlu  kepujian 

bahasa Melayu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti cadangan bagi mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). -

 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/spr-teliti-cadangan-wakil-rakyat-perlu-kepujian-bahasa-melayu#sthash.7XnGQWXy.dpuf


KAH KAH KAH

woit
gwa sokong
gwa setuju
tapi seblum itu
ubah precinct di putar jaya
ubah kl central
ubah bangsar west
ubah gombak north
semua hancurkan melayu

HIDUP ME LAYU LAYU




-------------