Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 10 Januari 2013

APA TUAN GURU NAK AZIZ CAKAP



KITA 
LAWAN BAAA
KOMENTAR TUKAR TIUB
ini adalah kebenaran
ini adalah  hakikat

kacau bilau
porak peranda
akan berlaku
jika ada orang politik campur

kes yang terkini 
ialah hari ini
mula mula boleh guna stadium merdeka
lepas itu tak boleh guna
ini bukti saheh
ini bukti jelas

Campur tangan politik punca majlis Pakatan jadi rusuhan

KOTA BHARU: Campur tangan orang politik di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama ini didakwa sebagai antara penyebab himpunan anjuran Pakatan Rakyat seperti Bersih bertukar menjadi rusuhan.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan, orang-orang politik yang mengganggu kerja polis macam ini  dihalau daripada Malaysia.

Tuan Guru  Nik Abdul Aziz berkata pembongkaran maklumat dari bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang mendakwa orang politik masuk campur dengan urusan kerja polis, menyebabkan ada anggapan rusuhan yang berlaku dalam Himpunan Bersih ketiga baru ini campur tangan mer



--------

PERASAAN PADA SAAT INI




HARI INI DALAM SEJARAH

JAM 6:00 -  saya menumpang kereta yb siva
pulang dari ipd dang wangi

saya baru sahaja berbincang dengan tuan ocpd dang wangi
ini arahan dari ketua poluis negara
kami wajib berbincang untuk pengrusan
untuk memastikan semua lancar dan berjalan teratur

kami berurusan
kami mengikat janji
untuk HKR112

tuan haji mat sabu  sebagai tuan pengerusi HKR112
menanda tangani perjanjian
di saksikan oleh yb sivarasa seorang peguam

AWAL JAM 10:00 PAGI TADI
saya berada di stadium merdeka
berbincang dengan tuan pengendali stadium merdeka
menetapkan harga dan dan dan
semua beres

hampir jam 12: 00 kontrektor datang
untuk mengukur dan dan dan..

semua tip top



JAM  6:30 saya dapat panggilan talipon
dari wan fathi - malaysia kini
dia mahu beberapa pedmbetulan maklumat

semua tip- top



JAM 7:00 LEBIH
panggilan dari yb tian chua
'polis flip flop'
saya diluar rumah
saya TIDAK PERCAYA apa yang saya dengar dari tian

NAIK KE RUMAH
buka laman malaysiakini
ini yang saya baca

Cops about-turn: Use Bukit Jalil stadium instead
6:45PM Jan 10, 2013 
The police has urged organisers of the People's Uprising Rally this Saturday to hold the event at Stadium Nasional Bukit Jalil which has a bigger capacity. 

In a press release this evening, Kuala Lumpur police chief Mohmad Salleh said Stadium Merdeka, which organisers seek to use, will not cope with a one million turnout targeted by the organisers.



KALAU TUAN SAYA
apa perasaan tuan tuan
kalau tuan saya?

KALAU TUAN SAYA
apa perasaan tuan tuan
kalau tuan saya?

-----

ANAK MUDA SUDAH BERSEDIA



PROGRAM ANAK MUDA PAKATAN
warga di petaling jaya
sila ambil perhatian
dan
berjalanlah dengan mereka
 Berjalan Bersama AMK Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengalu-alukan keputusan untuk membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Keputusan yang bersejarah tersebut merupakan kejayaan kuasa rakyat yang sentiasa berjuang untuk berhimpun serta hak untuk mengguna ruang awam untuk bersuara sejak zaman Reformasi lagi.

AMK menyokong sepenuhnya Himpunan Kebangkitan Rakyat serta 8 tuntutan rakyat yang melibatkan seluruh aspeks kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan jantina. HKR akan menjadi satu detik bersejarah di mana seluruh rakyat Malaysia bangkit dan semangat kemerdekaan daripada penindasan, kezaliman serta kemiskinan.

Dengan itu, AMK akan mengadakan Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi pada Sabtu ini sempena HKR. AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin akan berjalan dari Padang Timur, Petaling Jaya (PJ), depan Amcorp Mall ke Stadium Merdeka bersama-sama dengan anak-anak muda.

Berikut adalah perjalanan yang akan dilalui oleh AMK pada 12 Januari 2013 (Sabtu):-

8.00am – Berkumpul di Padang Timur, PJ (Depan Amcorp Mall)

9.00am – Berjalan menuju ke Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya (UM)

11.00am – Bergabung dengan mahasiswa dan anak muda di UM di Masjid Ar-Rahman

12.30pm – Bergabung dengan peserta HKR di Stesyen Monorail Tun Sambahtan, Brickfield untuk berjalan ke Stadium Merdeka

1.30pm – Sampai di Stadium Merdeka untuk gegarkan #KL112

AMK mengajak orang ramai untuk menyertai Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi pada Sabtu ini. Dengan berjalan kaki ke Stadium Merdeka, semangat perjuangan bersama rakyat serta tekad kebangkitan rakyat untuk menuntut 8 tuntutan rakyat dapat ditunjukkan.

Sementara itu, tiga Pasukan Pertolongan Kecemasan akan bersedia untuk membantu semua peserta di sepanjang perjalanan. Semua peserta diseru untuk mengikut arahan penganjur serta pasukan keselamatan. Jangan terperdaya dengan pelbagai maklumat dan propaganda hitam yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Keselamatan peserta serta perjalanan yang lancar adalah diutamakan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan sikap yang disiplin dan tertib, AMK yakin HKR akan berjaya dilangsungkan dengan semangat kebangkitan rakyat yang mengubah lanskap politik serta mencatat sejarah di Malaysia.

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut tentang Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi, anda boleh menghubungi Saudari Ginie Lim (016-7183453) dan Haji Ramlan (016-6648032).
  
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
012-2258607


-----

PEGUMUMAN PENTING DATI JAWATAN KUASA PENGANJUR HKR112




PENGUMUMAN PENGANJUR HKR 112

- perundingan berjalan lancar antara penganjur
dengan pemilik stadium merdeka

- petang ini jawantakuasa akan bertemu dengan
tuan ocpd  dang wangi

sila tunggu maklumat terkini

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
pihak penganjur meminta 
warga yang akan datang sabtu ini
ke stadium merdeka
sila datang dengan mengunakan
sistem pengangkutan awam

sila beri kerja sama ini

gunakan keretapi
gunakan bas
gunakan lrt
gunakan monorail
gunakan komuter

ini untuk mengelakakan dari kesesakan



DI TAHAP INI TELAH DI PERSETUJUI PEKARA INI:

pihak penganjur telah berbincang dengan KETUA POLIS NEGARA
yang mahukan ada pemimpin yang dapat dikenali memimpin
orang ramai berjalan perlahan-lahan
beratur dan bersopan
masuk menuju ke stadium merdeka

MULA BERJALAN DARI BEBERAPA TEMPAT:
warga selangor
warga klang
warga pj
anak mahasiwa

MULA DARI MASJID UNIVERSITI JALAN PANTAI
adam adli - mahasiswa
safuan anang - mahasiswa
raja iskandar - pas
YB nurul izzah
YB eng  swee lin - china jawa

MULA DARI BRICKFEILD
aru - psm
maria chin abdullah - empower
raja ratnam - warga aman
faizal - OKU
zunar - seniman dan kartunis

MULA DARI KLCC
anak royalti
mazlan aliman - anak
YB hussam musa
Yb teng chang kim

MULA DARI JALAN SULTAN
selamatkan jalan sultan
kampong warisan
cik gu isham surin - muafakat
YB tan kok way

MULA DARI PASAR SENI
wanita
YB dr.siti maria
YB teresa kok
YB elizebeth wong

MULA DARI DATARAN MERDEKA
kumpulan hijau
YB ronnie liu
wong tuck

MULA DARI KELAB SULTAN SULAIMAN
smm
anak anak muda
cik gu bard

BERMULA DARI  MASJID NEGARA
warga kota yang singgah beribadat di masjid  negara
YB azmin ali
YB mijahid rawa
YB khalid samad

INGATAN
semua warga diminta
berjalan dengan sopan
berjalan dengan teratur
menuju ke stadium merdeka

warga dari utara
diminta berhenti di rawang
berhenti di tanjung malim
berhenti dikawasan yang ada komuter
naik komuter dan turun ke KL SENTRAL

warga yang turun ke kl sentral
sila mula berjalan dari brickfeild

sila bawa air minuman
sila bawa biskut dan gula gula
sila bawa panadol

jangan bawa duit yang banyak
jangan bawa barang kemas

pakai ringan dan santai
pakai  kasut getah bukan kasut tinggi tumit




WARUNG DAN GERAI
semua warung dan gerai
hanya boleh dibuka 
disekitar kawasan bawak monorail maharaja lela
disekitar kawasan dewan perhimpuanan china
disekitar kawasan lrt hang tuah

KERETA DAN MOTOSIKAL
semua jenis kereta
dilarang masuk ke dalam persekitaran stadium
dilarang masuk ke jalan hadaopan stadium

ini bertujuan untuk mengelakkan sesak



NOTA:
ini adalah perhimpunan  aman
sila elakkan dari pembuat provokasi
sila jangan buat huru
sila jagan buat hara



NOTA:
inilah sejarah kali kedua
stadium merdeka dipulangkan
kepada rakyat untuk kegunaan rakyat

PERATURAN STADIUM MERDEKA
jika telah penuh warga dinasehtakan dudk diluar
alat pembesar suara ada dipasang

stadium yang cuba dimusnahkan oleh madey
telah diselamatkan oleh dolah badawi
justeru stadium ini adalah warisan kita semua
maka sila pastikan tidak ada keroskana berlaku
yang merosakan stadium ini pastikan
memiliki sifat madey
juahkan diri dari sifat madey

KENAPA KITA SEMUA WAJIB TURUN SABTU INI KE KUALA LUMPUR




LIHAT DAN LIHAT
KLIP
UNTUK KITA SEMUA
BERJANJI
BERSETIA
kita bertemu di stadium merdeka


----------

DEMO JUGA AKAN DIJALANKAN DI KOTA KINABALU



 AGI
IDUP
AGI 
NGELABAN


PENGUMUAN

kota kinabalu melbourne
sydney bali
taiwan hong kong
dubai london 
paris mesir

diserata dunia
warga malaysia
anak semua bangsa
bangun memberi amaran
jangan tipu pilihanraya


Rakyat Sabah perlu bangkit memperjuangkan hak

Harakahdaily,10 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Gelombang Kebangkitan Rakyat terutama di kalangan anak-anak muda Sabah dilihat semakin membara, kata Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.

“Hal ini bukan sahaja menjadi fenomena, malah secara tidak langsung memberisignal kepada kepimpinan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkonsepkan memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) yang dinaungi anak muda merupakan sebagai langkah serta capaian terbaik bagi anak-anak muda Sabah untuk merasai denyut nadi perjuangan rakyat yang dihimpit kesukaran dan kepayahan di bumi sendiri.


-------

SATU SURAT BANGANG DARI SEORANG MANAI




KOMENTAR TUKAR TIUB
satu percubaan 
untuk memperlekeh himpunan kebangkitan rakyat

satu percubaan
yang tak bermaya

cuba lagi
dengan tulisan  dan hujah yang kemas

SILA HAYATI SURAT DARI PEMBACA INI
Rancangan ini ditaja oleh Tauke Pasir,rumah urut,judi internet ,ah long Selangor ,Soros dan IDF....hooray onSAMBUTAN HANGAT DARI RAKYAT - SEMUA BERSEDIA



LAGI RANCANGAN SPR UNTUK MENIPU



 ORANG TUA INI PUN
BOLEH 
BERI AMARAN
sajak dan shaer
sebagai
amaran
KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca
ini salah satu cara spr merancang
rancangan untuk menipu
menipu undi

menggangu?

betul pemantau ini akan menggangu
tapi menggangu apa?

menggangu mat bangla
menggangu mat indon
menggangu mat filipina

menggangu  pengundi hantu
menggangu pemegang kad pengenalan segera

amaran?

spr jangan buat songel
amaran ini datang sabtu ini
satu juta ialah amaran
amaran rakyat jangan tipu

PEMANTAU diberi amaran

 Oleh Norfatimah AhmadCetak
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi peringatan kepada Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU) yang bercadang merekrut 10,000 sukarelawan supaya tidak mengganggu proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

Sebagai pihak bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya, SPR tidak mengiktiraf PEMANTAU yang dibentuk tiga pertubuhan. 
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya tidak akan membenarkan atau mengeluarkan kelulusan untuk sukarelawan PEMANTAU memasuki kawasan penamaan calon atau pusat mengundi. 


Beliau berkata, SPR juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang ingkar mengikut Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.


---------

ORANG CHINA AKAN TURUN SAMA



ORANG CHINA 
LAMBAT SIKIT
tapi
bila mereka mula menyokong
sokongan tak henti henti



Follow · 3 hours ago 

Ehhhh.....kata 12hn Jan ni "Himpunan Shamsidar", tapi mengapa kaum Cina pun berminat dgn himpunan ini? Mereka kenal ke Shamsidar? Kahkahkahkah....kesihan puak2 lembu yg berkitabkan TV3 suku dan utusan meloya terus diperbodohkan.....


Peliknya, ade dua tiga ekor ustaz pun turut kena bodo....Tu la, bila ilmu boleh dilacurkan, maruah diri pun dah takde.....

Nak panggil Ustaz kat si Nasha ni pun nak termuntah aku dah.....Elok gak PAS simpan dia buat pekasam....lagi lama simpan lagi ok kot pekasam ni...jgn sampai berulat dahhh..... —

------

MACAM MACAM DI CUBA - SEMUA GAGAL - SATU JUTA AKAN TURUN




 
 Majlis Peguam didakwa heret pelajar IPT?
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Majlis Peguam diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan badan itu telah menghasut penuntut fakulti perundangan di institusi pengajian tinggi (IPT) dan ahli-ahlinya untuk menyokong Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, maklumat yang diperoleh mendakwa gerakan itu sedang giat dijalankan oleh Majlis Peguam.

"Saya mendapat maklumat Majlis Peguam telah membuat gerakan mengajak para penuntut fakulti perundangan di semua IPT memberi sokongan kepada Himpunan Shamsidar.

Jangan restui budaya huru-hara
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Rakyat berbilang kaum di negara ini diingatkan supaya tidak merestui budaya huru-hara yang cuba dipromosikan pembangkang melalui Himpunan Shamsidar Sabtu ini.

Dalam nada tegas, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sekiranya rakyat menyertai juga perhimpunan yang mempunyai matlamat peribadi itu maka mereka boleh disifatkan seperti ‘lembu ditarik hidung’.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH

woit... INI HIMPUNAN APA PULAK INI?..... kah kah kah...

kah kah kah....SAMSIDAR INI  APA?.... kah kah kah...

kah kah akh... ADAKAH INI SAMA DENGAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT.... kah kah kah.....

kah kiah kah... MEDIA GEROMBOLAN INI DAH TERDESAK... kah kah kah..

kah kah kah..TAKUT MELIHAT 1 JUTA DI JALAN RAYA... kah kah kah..

woit... UBAH NAMA MACAM MACAM...kah kah kah..

woit... LEBIH BAIK BELJAR DEMO DARI SEKARANG..... kah kah kah...

kah kah kah....LEPAS PRU13 INI   SUDAH ILANG KUASA... kah kah kah..

NOTA:
berilah apa nama pun
yang penting satu juta turun

-------