Rabu, 18 April 2012

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA




APA HUBUNGAN MALAON INI?




















SIAPA MINAH INI?







SOALAN?

kenapa melaon sabah ini bayar duit pada minah ini?
apa khidmat minah ini ?
adalah minah ini bekerja sebagai penyedap?

kantoi mantoi
kah kah kah



-------------------------------------------


RADIO BANGSAR UTAMA DILANCAR JAM 9.00 MALAM INI


rabu - radio bangsar utama akan dilancar
malam ini di dataran merdeka jam 9.00 malam
sila ikuti laporan terus menerus
dari dataran merdeka

sila layari:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

MALAM INI DILANCAR DI DATARAN MERDEKA



NOTA:
radio bangsar utama akan
dilancarkan malam di dataran merdeka
sila ikuti laporan terus menerus
dari dataran merdeka pada jam 9.00 malam ini

sila tunggu dan nanti
jika terlepas rakaman tersedia
untuk para pendengra

radio bangsar utama
adalah raduo internet
yang telah dijanjikan oleh tukar tiub
harap para pembaca tukar tiub
akan mendengar radio ini

RABU - radio bangsar utama akan
melaoprkan BERSIH 3.0 ke seluruh dunia
untuk yang tidak dapat hadir
sila dengar siaran lintas langsung dari RABU

RABU ialah radio kolektif anak muda
RABU ialah radio untuk sesiapa sahaja
RABU adalah radio berani langgar laporan jelas

anak anak muda yang ingin bersama
dalam kolektif RABU sila hubungi kami
kami melatih pemberita
kami melatuh wartawan
kami melatih dj

RABU juga meminta warga dan kaum kerabat
pakatan rakyat, pencinta kebenran
para demokrat, anak muda counter culture
punk rocker - dari seluruh negara
untuk mengiklan kan progran mereka

untuk iklan dalam radio sila hubungan kami
di radio bangsar utama

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

hubungi kami :

radiobangsarutama@gmail.com

PENIPUN DEMI PENIPUAN TELAH DAN SEDANG DI RANCANG






LAUNGKAN PEKIKAN PERJUANGAN








RANCANGAN LICIK UNTUK MENIPU

Sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin melonjak. Berduyun-duyun warga datang ke ceramah demi ceramah. Penerangan demi penerangan diampohi oleh warga kota dan warga desa. Ombak rakyat Malaysia menuntut perubahan telah sampai.

Tidak percaya apa yang saya tulis ini?

Sila jengok mana mana ceramah pemimpin Pakatan Rakyat. Lihat dan saksikan sendiri. Kalau dulu yang datang hanya warga miskin kota yang berketayap dan berkain tudung. Hari ini semuanya telah berubah. Pak Haji dan Mak Aji masih datang tetapi ceramah Pakatan Rakyat kini dibanjiri oleh Apek Seluar Pendek, Pak Singh Berserban Tinggi, Amoi Bercelana Pendek, Muthu dan Achi , Ah Soo dan Ah Beng.

Ceramah-ceramah ini juga akan dibanjiri oleh Mamat Kancil dan Minah Kelisa, Mat Rempit dengan Cikoronya. Anak muda dan pelajar yang cool kini telah mula membanjari ceramah Pakatan Rakyat. Akta Universiti telah dihampehkan. Kini pelajar bukan saja menjadi ‘pendengar’ malah semakin ramai pelajar naik ke pentas untuk berceramah sama. Hakikatnya ajenda, program dan manifesto Pakatan Rakyat sedang membakar hati penduduk warga kota dan desa.

Satu ketika dahulu kerja mengumpulkan 200 orang untuk mendengar penerangan amatlah susah. Hari ini dimana sahaja pemimpin Pakatan Rakyat memberi penerangan dewan akan sesak berasak.

Di Johor warga China telah berbondong-bondong meninggalkan Malaysian Chinese Association. Ertinya sokongan wilayah Johor terhadap Barisan Nasional semakin kering. Di Negeri Sembilan keadaan sama sedang berlaku. Pulau Pinang dan Selangor sokongan orang ramai semakin mantap dan kukuh. Di Perak kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa tidak padam padam. Hanya menunggu masa untuk ‘menibai’ kembali. Kedah dan Kelantan di baca sebagai wilayah selamat.



Beratus warga penerokan telah bangun menyaman Felda kerana mereka ditipu. Berpuluh-puluh saman warga Felda telah menang di mahkamah. Kalau dulu amat mustahil untuk pemimpin Pakatan Rakyat datang melawat wilayah Felda. Hari ini kawasan Felda – benteng gerombolan United Malays National Organisation - telah ditembusi. Bumi Felda telah mula bergoncang.

Kalau bagini bacaan politik hari ini maka jawapannya ialah : Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan besar. Salah - jawapan ini salah. Pandangan dan anggapan ini tidak betul. Sesiapa yang membaca dan mengandaikan Pakatan Rakyat akan menang besar pada PRU13 telah tersilap besar.

Di Malaysia ini realpolitik bukan sokongan orang ramai. Realpolitik bukan populariti sesuatu dasar. Realpolitik bukan peti undi yang mendapat sokongan. Justeru sekali lagi saya bawa para pembaca untuk memahami bahawa realpolitik di Malaysia ini adalah realpolitik Dunia Ketiga.

Contoh terbaik realpolitik ini ialah kita meneliti kembali apa yang tersirat dan apa sedang di rancang oleh Najib Razak. Kes pertama ialah rampasan kuasa di Perak. Gerombolan United Malays National Organisation telah bersekongkol dengan kuasa feudal untuk menafikan hak rakyat Perak memilih kerajaan sendiri. Ini contoh terbaik tentang realpolitik Dunia Ketiga.

Rampasan kuasa di Perak ini diperkuatkan lagi dengan isi ucapan Najib Razak pada bulan Mei 2011. Ucapan ini adalah rasa hati dan tanda-tanda bahawa satu perancangan jahat yang sedang disusun oleh Najib Razak. Pada petang Hari Belia Negara - Najib Razak telah berucap yang dia akan mempertahankan Putrajaya. Kuasa di Putrajaya akan dipertahan walau pun tulang berkecai dan nyawa tercabut.

Ucapan seperti ini adalah ucapan Marcos. Ini ucapan Mubarak. Ini bentuk ucapan Saddam Hussein. Ini adalah ucapan politikus yang gila kuasa. Ucapan seperti ini datang dari hati seorang yang terlibat dalam kes bunuh. Ucapan ini lahir kerana rahsia pembunuhannya semakin diketahui ramai.



Najib Razak amat sedar bahawa sokongan tehadap partinya kian merosot. Najib sedar keterlibatan dirinya dalam kes pembunuhan Altantuya semakin jelas. Orang ramai tidak lagi yakin terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak. Bukan sahaja orang ramai yang tidak memiliki keyakinan terhadap najib, malah Daim Zainuddin dan Mahathir Muhamad secara terbuka telah mula merancang untuk mencari pengganti Najib. Mahathir dan Daim melihat Najib yang diberati oleh kerenah Rosmah Mansor ini sedang menjadi beban yang akan menjerut leher United Malays National Organisation.

Babak-babak politik ini telah menjadikan United Malays National Organisation sebuah parti yang memualkan dan dibenci oleh orang ramai. Malah warga Malaysia semakin sedar bahawa parti ini akan membawa kemudaratan jika tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Para pembaca yang mengikuti tulisan saya pada tahap ini wajib sedar bahawa dalam Malayisan realpolitik - sokongan rakyat ini hanya wayang. Peti undi itu hanya sandiwara. Pengundi yang turun membuat undi itu hanya sebuah teater yang dipentaskan untuk menipu mata dunia. Ini adalah realpolitik Dunia Ketiga.

Jika tanpa sokongan orang ramai bagaimana Najib Razak akan dapat mempertahankan Putrajaya? Jawapan untuk solan ini cukup senang. Najib Razak telah dan sedang membuat perancangan yang licik untuk menipu di pilihanraya kali ini. Jika gerombolan United Malays National Organisation menang besar di Pru13 maka saheh mereka menang dengan menipu.

Tidak percaya dengan apa yang saya katakan ini?

Sila rujuk kembali kenyataan resmi dari Bersih 2.0 pada 12 April lalu. Mengikut Bersih terdapat 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 di Sarawak - yang nama mereka telah didaftarkan di Selangor. Dalam masa yang sama mereka juga masih lagi berdaftar sebagai pengundi di Sabah dan Sarawak. Dua kali mendaftar bermakna dua kali mengundi.


Lebih memeranjatkan ialah 400,000 nama pengundi yang tidak diketahui hujung pangkal mereka. Tidak diketahui asal usul mereka. Tidak dapat dikenal pasti siapa mereka ini. Apakah mereka pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan? Atau apakah mereka ini bakal menjadi pengundi hantu?

Tidak cukup dengan 400,000 bakal pengundi hantu ini, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menambah tenaga kerja SPR dari 100,000 ke 220,000 orang. Penambahan tenaga kerja SPR ini memang baik. Ini untuk memastian PRU13 berjalan lancar. TETAPI 220,000 ini akan mengundi lebih awal. Mengundi awal ini pun tidak salah kerana mereka akan bertugas diluar tempat mereka mengundi.

Opps... Jadi apa silapnya? Dimana kes tipu? Rancangan menipu ialah apabila 220,000 pengundi awal pekerja SPR ini TIDAK akan menggunakan dakwat kekal. SPR tidak membenarkan jari pekerja mereka dicelup dakwat kekal. Jelas SPR berniat jahat merancang untuk menipu. Rancangan jahat untuk memastikan 220,000 orang ini boleh mengundi berkali-kali.

Penipuan-penipuan ini diperkukuhkan lagi dengan undi pos. Dapam PRU13 ini bukan hanya soldadu, anggota Rela dan mata-mata sahaja yang menjadi pengundi pos. Isteri mereka yang duduk mengangkang dirumah pun kini dijadikan pengundi pos.

Akhirnya – jangan ketawa – ini hal mati dan hal hidup. Telah dibuktikan dari penyelidikan Bersih tentang tidak adanya warga mati semenjak tahun 2011 di daerah Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor dan Tanjung Karang. Apakah ini menandakan kawasan Khir Toyo ini memiliki taraf kesehatan yang paling cun di Malaysia ini ?


Jawabnya tidak. Ini juga adalah rancangan licik untuk menipu. Bukan tidak ada warga yang mati. Terbukti memang banyak ‘surat mati’ yang telah dikeluarkan di kawasan-kawasan ini. Nama-nama warga yang telah mati tidak digugurkan kerana ingin digunakan atau lebih tepat lagi akan ‘dibangunkan’ sekali lagi sebagai pengundi hantu.

Pada 15 April yang lalu Najib Razak di Jalan Kebun Klang Selangor telah dilaporkan berkata bahawa dia amat yakin Selangor akan di rampas kembali oleh United Malay National Organisation. Ucapan Najib Razak ini bukan ucapan olok-olok. Sehari kemudian Mahthir Muhamad telah mengeluarkan kenyatan bahawa masa ini adalah baik untuk menjalankan pilihanraya.

Kenapa Najib Razak tetiba menjadi yakin di Selangor? Najib menjadi yakin kerana semua rancangan untuk menipu telah siap. Kad pengenalan baru telah diberikan kepada pendatang asing. Hantu-hantu sudah bersedia. Undi pos telah dirancang. Nama pengundi dan penyokong Pakatan telah dihilangkan atau dialih tempat. Semua rancanga menipu telah ‘tip-top’.

Untuk mengkaburi mata orang ramai dan bersandiwara - Najib pun buat-buat sibuk berkempen ke hulu ke hilir atas nama United Malays National Organisation. Semua kempen ini menggunakan dana kerajaan. Dalam masa 3 bulan ini sahaja Najib telah mengagihkan RM608.68 juta ringgit sebagai duit peruntukan. Duit ini untuk pelbagai projek - membaiki longkang, tandas , pili hinggalah untuk membeli berus gigi agar gigi tidak dilihat kuning seperti lambang Bersih.

Kempen ini dilakonkan sebagai sandiwara. Bila menang nanti Najib akan berkata duia menang keran berkempen ke hulu ke hilir. Ini sandiwara untuk mengkaburi mata rakyat dari melihat penipuan yang sedang berjalan.


Apakah yang saya tulis ini akan melemahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat? Adakah jalan untuk orang ramai mengagalkan penipuan yang sedang di rancang ini? Jawabnya pasti ada. Mustahil rakyat mahu ditipu. Mustahil penyokong Pakatan Rakyat akan berdiam diri.

Jawapan kita kepada rancangan jahat Najib ini ialah Dataran Merdeka. Orang ramai yang tidak mahu ditipu wajib turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April ini. Jika 500 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka bermakna rakyat dalam negara ini tidak akan mahu menonggeng untuk di terajang oleh Najib.

Beratus ratus ribu rakyat yang turun ke Dataran Merdeka ini akan memberi tanda kepada Najib bahawa orang ramai tahu semua rancangan penipuan yang sedang diatur. Justeru, perhimpunan Duduk Bantah di Dataran Merdeka ini adalah amaran untuk sesiapa sahaja yang akan menjalankan penipuan dlam PRU13 nanti.

Rakyat dan warga Malaysia tidak mahu terus ditipu. Kalau Ibrahim Ali berkata ‘don’t talk s**t’. Pada 28 April ini nanti 500 ribu rakyat Malaysia pula akan melaung – we dont take s**t – kami tidak mahu diberakan lagi. (TT)





NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


TERBARU TERKINI - TER NOW HANYA DARI TUKAR TIUB




KALAU DI LAPORKAN DI TUKAR TIUB PASTI SAHEH


sila tonton klip ini
sila hayati klip ini
sila bersedia untuk duduk bantah!






--------------------------------------------


MALAM INI JAM 9.00 PELANCARAN RADIO BANGSAR UTAMA


rabu - radio bangsar utama akan dilancar
malam di dataran merdeka jam 9.00 malam
sila ikuti laporan terus menerus
dari dataran merdeka

sila layari:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



MALAM DILANCAR DI DATARAN MERDEKA



NOTA:
radio bangsar utama akan
dilancarkan malam ini di dataran merdeka
sila ikuti laporan terus menerus
dari dataran merdeka pada jam 9.00 malam

sila tunggu dan nanti
jika terlepas rakaman tersedia
untuk para pendengra

radio bangsar utama
adalah raduo internet
yang telah dijanjikan oleh tukar tiub
harap para pembaca tukar tiub
akan mendengar radio ini

RABU - radio bangsar utama akan
melaporkan BERSIH 3.0 ke seluruh dunia
untuk yang tidak dapat hadir
sila dengar siaran lintas langsung dari RABU

RABU ialah radio kolektif anak muda
RABU ialah radio untuk sesiapa sahaja
RABU adalah radio berani langgar laporan jelas

anak anak muda yang ingin bersama
dalam kolektif RABU sila hubungi kami
kami melatih pemberita
kami melatuh wartawan
kami melatih dj

RABU juga meminta warga dan kaum kerabat
pakatan rakyat, pencinta kebenran
para demokrat, anak muda counter culture
punk rocker - dari seluruh negara
untuk mengiklan kan progran mereka

untuk iklan dalam radio sila hubungan kami
di radio bangsar utama:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

atau menulis : radiobangsarutama@gmail.com




SIAPA DIA FREE LOADER?




TINGGAL EMPAT EKOR RAJA










NOTA:
akhirnya dalam dunia ini
yang tinggal hanya empat ekor raja

raja lekok
raja kelawar
raja diaman
raja spit

inilah akhirnya
segala raja!

DI BELASAH OLEH FREE LOADER






APA ITU FREE LOADER
woi tungau! Freeloader tu untuk raja-raja yang makan tanggung berak canggung pakai duit rakyat untuk depa pakai sendiri! Freeloader rakyat/pelajar adalah dari duit rakyat untuk rakyat agih-agihkan mengikut kepentingan! Ada ke die kata student sama ngan freeloader raja gopal?

WOI TUNGAU! Lu tengok raja-raja/anak-anak menteri punya degree certificate... kat situ ade tulis "NOT APPLICABLE TO APPLY JOB AT G7 COUNTRIES" Itu makna, raja-raja ni walau belajar, tapi itu semua BELI termasuklah setan perak yang dibangga-banggakan kerana ada ijazah law! Woi bodo tungau, itu ijazah beli la...

Ini student, belajar, patut disertai dengan hak asasi seperti makan, minum, tempat tinggal, kenderaan... ALAHAI... Erti freeloader sebenar pun tak tau nak citer pasal PTPTN? Luorang kene bayar PTPTN sebab luorang pondan dulu tak mau lawan... sekarang budak sekarang mintak hak dikembalikan, dan diorang anak jantan kerana mintak! LUORANG TUNGAU LA!
By Pro_Pembaharuan on HUTANG HUTANG DAN HUTANG on 4/18/12




LAGI KESAH FREE LOADER
Raja melayu tidak boleh dipertikai? Tidak boleh di kritik? Tidak boleh di sentuh langsung? Sehinggakan mempersendakan raja menjadi isu besar!Penghinaan dan PENderhakaAN.Apa raja melayu begitu mulia bagaikan nabi atau tuhan? Apakah orang melayu semuanya begitu taksub kepada raja atau ini isu mainan pembodek-pengampu raja yg mengada-ngada.


DULU ELIZBETH SEKARANG OBAMA


Apakah benar orang melayu mengangkat martabat raja setaraf tuhan yg mencipta sehinggakan memberi gelaran yng MAHA mulia tuanku? Apa besar sgtkah peranan dan sumbangan raja melayu terhadap org melayu? Pentingkah SGTkah raja melayu ini kepada org melayu ? Layakkah raja melayu terima penghormatan sebagaimana yg mereka kecapi selama INI?Apakah semua ini masih relevan?Sampai bila kah ORG MELAYU MASIH MAHU MENGEKALKAN KEBODOHANnya DAN BANGGA MENJADI HAMBA RAJA DAN PARTI MEMERINTAH?...................




Renungilah sebentar..apakah insstitusi raja ini BERFUNGSI dan BERPERANAN kepada agama,bangsa juga negara,atau hanya sebagai lambang semata-mata yg tiada menyumbang apa2 pun manafaat kpd semua.Semua insan dilahirkan merdeka dan tiada alasan utk kita menjadi hamba kepada sesama manusia.Sampai bilakah rakyat harus terus dimiskinkan,ditindas dan terbeban sementara kekayaan negara terus dimonopoli dan hanya di nikmati oleh raja dan parti memerintah shj! WALLAHUAKLAM..
By rakyatbiasa76 on DI BELASAH OLEH RAJA GOPAL on 4/18/12


DULU ELIZEBETH SEKARANG OBAMA


NOTA:
terima kaseh kepada
jaringan global bersih
di amerika - salut


HUKUMAN GANTUNG SEKALI LAGI




MARI KITA BUKA TALI INI






PERLU KAH HUKUMAN GANTUNG?


By Hishamuddin Rais | Yahoo! Malaysia Newsroom – Mon, Apr 16, 2012

Pada 23 Mac yang lalu saya terbaca laporan Bernama tentang dua sahabat yang akan digantung mati. Pada 28 Mac saya terbaca lagi satu lagi berita tentang seorang lelaki Nigeria yang akan juga digantung mati. Mereka ini akan digantung mati kerana kesalahan dadah.

Sama seperti saya menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — saya juga menentang hukuman mati. Pasti ramai yang tidak akan menerima pandangan saya ini. Pasti ramai pembaca yang akan mempersoalkan rasionalisasi pandangan saya ini.

Kerana itu, biar saya terangkan disini kenapa saya menentang hukuman mati.
Saya menentang hukuman mati kerana saya bukan Tuhan. Saya tidak mahu bermain-main menjadi Tuhan. Saya juga tidak memiliki sifat seorang Nabi. Dalam hidup saya yang telah melintasi setengah abad ini, saya akui bahawa saya memiliki segala bentuk kelemahan sebagai seorang manusia. Saya memiliki pelbagai kelemahan sebagai insan yang hanya 'bertransit' dalam dunia ini.

Saya tidak memiliki kuasa untuk menghidup atau mematikan...

Baca disini :

http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/hukuman-gantung-060904697.html#more-id


LAGI BERITA TIPU PILIHAN RAYA



PEMGUMUMAN UNTUK SEMUA YANG AKAN TURUN KE DATARAN


pastikan telah mengambil cuti
pasti tiket keretapi telah ditempah
pastikan tiket bas telah ditempah
pastikan bilik tumpangan telah disediakan

sila ikuti tukar tiub untuk maklumat terkini
sila ikuti radio bangsar utama untuk maklumat terkini

ini ibu segala demo
ini ibu segala protes
ini ibu segala tunjuk perasaan

mari bersama membuat sejarah

anak anak muda dari seluruh negara
demo ini adalah untuk kamu
demo ini adalah untuk masa depan kamu
demo ini untuk anak anak yang akan lahir
demo ini untuk masa depan negara bangsa
demo ini untuk anak semua bangsa!


NOTA:

warga kuala lumpur
sila jemput sanak saudara
yang akan datang berdemo

bukankan pintu
sediakan toto
mari kita rayakan demokrasi

mari kita buat sejarah!


PENDATANG HARAM JADI PENGUNDI





BUKAN 19,000 TAPI 31,000 PENGUNDI DIPINDAHKAN SPR : FAUZIAH
- keadilan daily

KUALA LUMPUR 17 April: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan analisa KEADILAN, bilangan pengundi yang dipindahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah dua kali ganda daripada yang diakui Suruhanjaya itu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengakui 19,000 pengundi dipindahkan di kawasan atau lokaliti berbeza.

“Berdasarkan analisa kita, bilangannya bukan 19,000 tetapi dua kali ganda iaitu 31,294. Kita dapati ada soalan saya yang tak boleh dijawab.





Contohnya Pusat Tanahan Bukit Jalil, ia terletak di kawasan Serdang tetapi mengundi di Lembah Pantai,” kata Fuziah.

Ketika memberikan taklimat kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat 16 April lalu, Abdul Aziz juga berkata pemindahan itu bukan hanya melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi juga membabitkan 19,342 pengundi.




HADI PRESIDEN PAS AKAN BERSAMA 28 APRIL INI



KOMENTAR TUKAR TIUB

tahun lalu bersih 2.0 telah mengajukan 8 tuntutan
hanya dakwat kekal yang diterima
yang lain nya tidak dipedulikan

penipuan demi penipuan diteruskan
undi pos bukan di hapuskan tapi ditambah
undi awal pula di perkenalkan

pengundi hantu bertambah
yang mati dihidup kembali

pendatang haram diberi kad pengenalan
pendatang haram di jadikan pengundi

kita tidak ada pilihan
pru13 ini di rancang untuk menipu

justeru sebelum di tipu mari kita
lauangkan : kita tidak mahu di tipu

justeru 500 ribu wajib datang ke dataran merdeka
justeru 500 ribu wajib duduk bantah

SILA BUAT SEGALA PERSEDIAAN




BERSIH 3.0 PERLU DAN MESTI : PRESIDEN PAS
- harakah daily

KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, himpunan Bersih 3.0 sangat wajar diadakan ekoran kerajaan pada hari ini dilihat enggan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya.

Menurutnya, biarpun pelbagai bukti keraguan khususnya dalam daftar pemilih serta cadangan penambahbaikan diutarakan, namun ianya langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Selain itu, tuntutan Bersih 2.0 lalu juga masih belum ditunaikan termasuk akses media berat sebelah sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.

"Himpunan Bersih 3.0 perlu diteruskan lagi sehingga tuntutan kita dilaksanakan.

"Walaupun kerajaan menubuhkan jawatankuasa (PSC) task force parlimen, apa yang sangat mendukacitakan, pilihan raya boleh diumum bila-bila masa walaupun tuntutan (syor) yang dibuat belum ditunaikan," katanya ketika ditemui di parlimen.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan PAS terhadap himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini anjuran Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut disokong 84 NGO.


MARI TURUN MARI BERDEMO










PENGUMUMAN

untuk warga yang akan datang
sila buat beberapa persediaan

sila buat kain rtentang sendiri
sila buat placard sendiri

tema kain rentang/placard:

1 - 8 tuntuan bersih
2 - spr letak jawatan
3 - jangan tipu rakyat
4 - spr jadi barua
5 - spr alat gerombolan


RADIO BANGAR UTAMA DILANCAR JAM 9.00 MALAM INI DARI DATARAN MERDEKA



MALAM INI JAM 9.00 PELANCARAN RADIO BANGSAR UTAMA


rabu - radio bangsar utama akan dilancar
malam di dataran merdeka jam 9.00 malam
sila ikuti laporan terus menerus
dari dataran merdeka

sila layari:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



MALAM DILANCAR DI DATARAN MERDEKA



NOTA:
radio bangsar utama akan
dilancarkan malam ini di dataran merdeka
sila ikuti laporan terus menerus
dari dataran merdeka pada jam 9.00 malam

sila tunggu dan nanti
jika terlepas rakaman tersedia
untuk para pendengra

radio bangsar utama
adalah raduo internet
yang telah dijanjikan oleh tukar tiub
harap para pembaca tukar tiub
akan mendengar radio ini

RABU - radio bangsar utama akan
melaporkan BERSIH 3.0 ke seluruh dunia
untuk yang tidak dapat hadir
sila dengar siaran lintas langsung dari RABU

RABU ialah radio kolektif anak muda
RABU ialah radio untuk sesiapa sahaja
RABU adalah radio berani langgar laporan jelas

anak anak muda yang ingin bersama
dalam kolektif RABU sila hubungi kami
kami melatih pemberita
kami melatuh wartawan
kami melatih dj

RABU juga meminta warga dan kaum kerabat
pakatan rakyat, pencinta kebenran
para demokrat, anak muda counter culture
punk rocker - dari seluruh negara
untuk mengiklan kan progran mereka

untuk iklan dalam radio sila hubungan kami
di radio bangsar utama:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

atau menulis : radiobangsarutama@gmail.com



DI BELASAH OLEH RAJA GOPAL




KOMENTAR TUKAR TIUB

ini yang berlaku dihadapan mata
ini ada bukti anak muda telah dipukul
di pukul sampai pengsan
di pukul sampai berdarah

kenapa ngo melayu ini diam?
kenapa yang pandai silat ini diam?
kenapa yang mahu islam melayu dan raja diam?

ini terbukti ada yang diserang
tapi kenapa tak heboh sekeliling kampong
kenapa tak sibuk ke hulu ke hilir

DIBELASAH OLEH RAJA GOPAL



ARTIS HIP HOP DIPUKUL KERABAT DIRAJA DI LUAR PUSAT BELI-BELAH – berita hairan

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.

Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.

Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


MANGSA DIBELASAH RAJA GOPAL





NGO MINTA KDAN BERTINDAK TEGAS
- meloya

KUALA LUMPUR 17 April - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya bersikap tegas terhadap ahli politik yang menghina raja-raja Melayu dalam Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV baru-baru ini.

Mereka juga menuntut KDN tidak mengambil pendekatan 'menutup mulut' dalam hal tersebut kerana ia adalah penghinaan kepada ketua negara dan agama.

NGO tersebut yang turut membuat laporan polis berhubung penghinaan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi adalah Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Gabungan NGO Malaysia (GNM) dan Majlis Jemaah Muhibbah.

PESILAT GAYONG MINTA PEMIMPIN PEMBANGKANG JANGAN BIADAB - meloya

MELAKA 17 April – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) memberi amaran kepada pemimpin pembangkang yang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu agar tidak sesekali mencabar kesabaran mereka dengan tindakan yang disifatkan sebagai biadab dan menderhaka itu.

Timbalan Presiden PSSGM, Datuk Ismail Jantan berkata, perbuatan yang didakwa dilakukan ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah tersebut telah mencambahkan perasaan marah dan ‘sakit hati’ dalam kalangan ahli silat Gayong.

“Kami minta pemimpin pembangkang jangan bersikap kurang ajar, biadab dan derhaka kepada raja-raja Melayu dan jangan sesekali cuba mencabar kami.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada mereka bahawa tidak ada perkataan sabar untuk meredakan kemarahan kami dan jangan sampai hati ahli silat Gayong terusik, nahas,” katanya.