.

Selasa, 10 Mac 2015

MENJUAL KETAKUTAN






SEORANG TOWKAY



PERNIAGAAN TUA


air mineral botol kecik dijual dgn harga RM1.00 sebotol. Jadi kita tahu la ni air mineral adalah lebih mahal drp petrol. Tetapi jika air botol kecik ini disalutkan dengan bacaan doa oleh "penjual agama" yang boleh "online" direp (direct) dgn Allah, harga pasarannya dah jadi RM4.50. Jadi saya (Panglimo Potaseh) mencadangkan, apakata kita kidnap "penjual ugama" ini, bawa dia ke tasek Semenyih paksa dia doakan air empangan tersebut. Impaknya sudah tentu semua penduduk Selangor (kafir & islam) akan terang hatinya, pelajar sekolahnya semuanya akan dapat"A". Ye tak?. on TOWKAY AGAMA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 2/28/15

KAH 
KAH KAH
KAH KAH KAH


-----------

SABAH NAK MERDEKA DARI PENDATANG HARAM





KOMENTAR
warga sabah
wajib merdeka kan diri
dari pendatang haram


Lebih 800,000 pati di Sabah miliki kad pengenalan

 | March 10, 2015
Mereka bukannya warganegara tetapi kenapa mereka mendapat hak untuk m
PETALING JAYA: Terdapat lebih 800,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah memiliki kad pengenalan yang tidak disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dakwa Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong.
Tegasnya, beliau tidak ada sebab untuk mengadakan cerita jika tidak mempunyai bukti kukuh.
“Kenapa mahu reka cerita? Saya pemimpin DAP Sabah dan saya orang Sabah telah lama melihat pendatang-pendatang asing ini dengan senangnya memiliki kad pengenalan Malaysia,” ujarnya.

KAH KAH KAH

woit
salah kah
warga sabah
tuntut merdeka
saje nak tanya
jangan marah
bukan menghasut
saje nak tahu
kah kah kah

SEMANGAT DAYAK





---------

TUKAR TIUB PECAH BERITA




PECAH

 BERITA


rafizi ramli
setiausaha agong PKR
kini ditahan
di rumah pasong
dang wangi



---------

MACAM MACAM BANGANG








Protes: MP, Adun cukur kepala depan Parlimen
KUALA LUMPUR - Tidak puas hati dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, tujuh Adun, termasuk ahli parlimen dan orang awam mengambil keputusan mencukur kepala masing-masing sehingga botak di hadapan pintu pagar utama Parlimen, pagi ini.


KAH KAH KAH

woit
ini macam kerja takut
takut turun jalan raya
buat kerja bangang
untuk dilihat
telah kerja politik
telah buat bantahan

ni macam marah
pada driber bas
beli tiket bas
kemudian tak naik bas
driber kira penumpang
tak cukup
kah kah kah

marahkan najib
hantuk kepala sendiri
ke dinding
bia berdarah
tunjukkan bukti pada
pengundi
kah kah kah

JANGAN 

JADI BANGANG






------------

PETANG SELEPAS HUJAN LEBAT






PETANG 

YANG INDAH
jai & ezi
meragut rumput 


------------

FARIZ MUSA PULAAAK





FARIZ MUSA

DITANGKAP






---------

SOLID MOLID




TERUSKAN LAGI

UMNO sekarang lebih solid, dulu tidak ada solidariti

 | March 9, 2015
Najib perlu berjumpa dengan ahli UMNO kerana itu memang kerjanya


PUTRAJAYA: “Dulu tidak ada solidariti, la ni (sekarang ini) lebih solid”, kata  Mahathir Mohamad mengulas lanjut mengenai pertemuan ketua bahagian UMNO dengan Perdana Menteri,  Najib  Razak.
Dalam nada sindir Tun Dr Mahathir juga berkata dengan melihat kesemua ketua bahagian UMNO yang hadir dalam perjumpaan dengan perdana menteri memakai baju merah itu menunjukkan Najib telah mendapat sokongan.
“Saya nampak semua baju merah, merah itu tanda sokonglah. Perdana menteri perlu jumpa ahli UMNO kerana itu memang kerjanya.

KAH KAH KAH

woit
solid molid
pejal mejal
kah kah kah
runtuh muntuh
punah ranah
kecai rahai
kah kah kah


-----------

SILA TONTON - SILA BACA





NEW 

WORLD 

ORDER



Dr M: TPP bawa agenda kuasai dunia
PUTRAJAYA - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang sedang dirundingkan 12 negara termasuk Malaysia adalah sebahagian daripada agenda kuasa besar dunia untuk memaksa negara lain menerima sistem ‘satu dunia, satu kerajaan’ yang diperjuangkan mereka.

Mahathir Mohamad berkata, perjanjian perdagangan bebas (FTA) itu, yang dinaungi Amerika Syarikat digunakan untuk menghasilkan gagasan baharu dunia dikenali sebagai New World Order, iaitu dunia tanpa sempadan yang ditadbir oleh satu kerajaan di bawah satu sistem yang sama, tanpa mengambil kira kedaulatan sesebuah negara.

“Hari ini, mereka cuba untuk laksanakan TPP. Ia bukannya ‘perkongsian’. Semua negara yang terlibat dalam perjanjian ini akan tertakluk di bawah lebih banyak peraturan daripada sebelum ini.


 ARKIB BACA SEKALI LAGI:
http://tukartiub.blogspot.com/2014/05/bersedia-perang-akan-pecah.html

The study found that the UK has just 5.2 years of oil, 4.5 years of coal and three years of gas before it completely runs out of fossil fuels, said the researchers at the Institute based at Anglia Ruskin University, in the East of England.... dipetik dari RUSIA TODAY

Minggu lalu lebih dari 20 orang telah terbunuh di Vietnam. Kematian ini adalah akibat rusuhan anti-China yang telah merebak di Vietnam. Kilang-kilang milik China telah dibakar dan buruh China pekerja kilang telah diserang.


-----------

MEMANG RAMAI







RAMAILA
Ramaila jugak! Sama ramai dengan hari kematian tok guru. Tanda 2 insan disanjungi. Andai mad maslan ke mati, hasan malek ke penjara, tok mah ke masuk jel, tok jib ke padam, adakah akan begini rakyat menangisi? Adakah rakyat turun dijalanan minta najib dibebaskan? 

Rasanya monyet pn bersorak dalam hutan. Ada kawan nama zamberi ngah loden, Katanye kalau tok det mati, dia nak gi kencing ataih kubor tok det! Janganlah hari2 akhir kita dihina macam tu sekali! Tahniah pada Anwar dan kak wan berjaya didik anak jadi pejuang tak kira gender. 

Memang dasar pemerintah cukup berjaya menghasilkan sekarang ini, satu rumah, ada satu pondan. Kebangkitan anak2 WAWI melakar sejarah, menarik gelora anak2 muda. Rugi ada yang bapa tok guru anak jadi pengecut. Itu tandanya mengaji tak habis. Iman memang tidak boleh diwaris.

 Darah pejuang akan hanya lahir dari darah nenek moyang pahlawan tidak didendang. Tak kiralah Anwar bebas ke tidak janji rakyat sudah berani. Al ustaz vs ulamak lah sangat dok on TAK RAMAI KAH KAH KAH
Publish | Delete | Spam
Qaseh Bonda
on 3/9/15


-------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA




PECAH 

BERITA
yb nik nazmi
ketua amk
sedang dibawa 
dari rumah pasong jinjang
ke 
rumah pasong dang wangi
sabentar tadi




----------

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB









KOMENTAR
tanda tanda semakin cerah
tanda tanda semakin jelas
hari hari akhir najib
semakin rapat

malaysia tanpa rosmah
adalah malaysia yang indah
malaysia tanpa najib
adalah melaysia yang cerah

NOTA
mahathir penjarakan anwar
mahathir diterajang rakyat
najib penjarakan anwar
najib diterajang rakyat
















Peguam Negara tubuh pasukan petugas

 siasat 1MDB, kata ketua polis

He said investigation on 1MDB began the moment reports were lodged with the police.
When asked whether Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is among those being
 investigated, Khalid said, “Yes”.

"Every report lodged, we will open investigation. When there is an offence committed, we will proceed with an investigation.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/attorney-general-sets-up-task-force-to-probe-1mdb-top-cop-says#sthash.6SiDls2V.dpuf

KAH KAH KAH

woit
dikhabarkan
pada ketika ini
semua sudah beres
hanya belum tahun
apa nak dibuat
kepada anak badak
kah kah kah

ANAK BADAK LARI


------------

SEMUA TUKAR








KOMENTAR
amat menarik
menarik dan bersopan
inilah tradisi PAS


Calon pencabar sebab kesihatan presiden PAS'Anne Muhammad | 7:00AM Mar 10
PAS Kota Bharu juga yakin Hadi 
selesa kerana Tuan Ibrahim anak didiknya




KAH KAH KAH

woit
pas ada presiden baru
malaysia ada PIEM baru
ketua pembangkang baru
very intresting

ALL CHANGE

PLEASE




--------

HADI DI LAWAN






KOMENTAR
berita ini amat menarik
cadangan ini datang
dari kelantan
dari kota baru

ini menambah tarikan
kota baru pusat kuasa PAS
dari kota ini parti ini
dapat kuasa 
dapat melebar pengaruh

kini dari kota baru
muncul cadangan untuk
mencari darah baru
mencari garis baru
untuk parti ini

very intresting
kata mat saleh!

Langkah ketepikan Hadi bermula, PAS 

Kota Baru namakan pencabarnya

Usaha mengenepikan Abdul Hadi Awang bermula secara rasmi malam tadi apabila PAS kawasan Kota Baru mencalonkan  Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden parti Islam itu.
PAS Kota Baru menyifatkan pencalonan itu sebagai satu usaha memujuk Hadi agar tidak bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti pada Jun dan menyatukan semula parti yang sedang berpecah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/langkah-ke-tepi-hadi-bermula-pas-kota-baru-namakan-pencabarnya#sthash.LQ2ecTEr.dpuf


KAH KAH KAH

woit
wat happeng
ada lawang
presideng kena
chelleng
keng keng keng

VERY INTRESTING



---------

MENGOLAH PERSETUJUAN






KOMENTAR
semua telah dilakukan
semua untuk mengolah persetujuan
semua dirancang
semua diatur



Zahid minta pembangkang akur

undang-undang anti keganasan

Pemimpin pembangkang perlu akur dan menerima undang-undang anti keganasan kerana ia tidak digubal bagi menyekat kebebasan bersuara, apatah lagi menyekat hak asasi manusia, kata i Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri dalam negeri itu berkata, pembangkang perlu sedar kepentingan penggubalan undang-undang tersebut bagi mencegah aktiviti keganasan terutama kegiatan militan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-minta-pembangkang-akur-undang-undang-anti-keganasan#sthash.ROlTiD4K.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ingat tak?
lupa ke?
tt telah ramalkan
ISIS akan dijadikan
gerakan mengolah
persetujuan untuk lulus
ISA baru

isis diguna secara global
dalam satu agenda besar
tak caya?
tunggu dan nanti

APA PUNYA TUUR




-------------

KOREK KOREK KOREK





SATU JAM

 LAGI











----------

WAYANG PAK DALANG







PAS Kota Baru calonkan Tuan Ibrahim jawatan presiden

PAS kawasan Kota Baru mencalonkan Naib Presiden  Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden parti dalam muktamar PAS ke-61 yang akan datang Jun ini.
Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kota Baru malam ini membuat keputusan tersebut selepas mendapat mandat mesyuarat agung PAS kawasan Sabtu lepas.
Yang Dipertua PAS Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ketika bercakap dengan The Malaysian Insider berkata, buat masa ini hanya jawatan presiden sahaja diputuskan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kota-baru-calonkan-tuan-ibrahim-jawatan-presiden#sthash.7ohNNmP3.dpuf


KAH KAH KAH

woit
biar betul
betul ke berita ini
kah kah kah
atau hanya lawak
siapa tukang karut
siapa dalang wayang  ini

 WAYANG 

PAK DALANG



-------------

PENIPUAN SEDANG DIRANCANG







KENYATAAN MEDIA (9 Mac 2015)
Mengapa polis dibenarkan dalam siasatan persempadanan semula Sarawak manakala peguam, media dan pengundi lain dihalang?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) terkejut apabila mengetahui bahawa anggota Polis Cawangan Khas telah hadir dalam siasatan yang diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang sempadan kawasan pilihan raya yang dicadangkan untuk Miri.

Menurut ADUN Piasau Alan Ling, apabila beliau membentangkan bantahannya Khamis lepas, beliau sedar empat orang berbaju preman yang duduk di belakan pegawai SPR itu adalah anggota polis. Pengerusi SPR sendiri terkejut apabila diberitahu identiti mereka, tetapi kemudiannya memutuskan bahawa mereka boleh menghadiri siasatan tersebut.

BERSIH 2.0 mengecam keputusan Pengerusi SPR, terutamanya apabila diambil kira hakikat bahawa pihak-pihak berkepentingan, seperti peguam, media dan orang ramai, dilarang daripada menghadiri pertanyaan.

Ketiga-tiga kumpulan ini mempunyai kepentingan sah dalam proses ini: peguam boleh menjelaskan sebarang perkara yang mungkin dibangkitkan berkaitan dengan undang-undang, media boleh membantu menjadikan proses ini telus di samping mendidik orang ramai tentangnya, dan orang ramai perlu dimaklumkan tentang perubahan kepada kawasan lain yang mungkin memberi kesan kepada kawasan mereka.

Apa peranan dan minat Polis Cawangan Khas mempunyai dalam proses ini?

Hakikat bahawa polis hadir dalam pakaian biasa menunjukkan bahawa mereka bertujuan untuk menyembunyikan identiti mereka, yang menunjukkan mereka berniat buruk.

Orang ramai tidak boleh melepaskan SPR sekiranya mereka membenarkan polis berbaju preman hadir pada sesi siasatan persempadanan semula yang akan diadakan di Sabah dan Semenanjung Malaysia.

BERSIH 2.0 mengulangi panggilan kami untuk membuka sesi siasatan kepada semua dan membolehkan pihak berkepentingan yang sah untuk hadir.

 

-----------