.

Khamis, 18 Februari 2016

LAPORAN SAHABAT MAT SABU






JAM 4 PETANG

KHAMIS 18/2/16

TERKUMPUL

26,000 RINGGIT


MAY BANK

5642 5857 6644


LAPORAN DARI
SAHABAT MAT SABU


-------------

JIKA NAJIB LABUR DUIT ITU





KENYATAAN MEDIA

Jika Najib Labur RM2 Bilion Tiga Tahun Lalu, Malaysia Tidak Perlu 1.5 Juta Warga Asing Sekarang

Isu rancangan Putrajaya untuk membawa masuk sekitar 1.5 juta warga Bangladesh - kononnya untuk memenuhi permintaan tenaga kerja pasaran - cukup hangat dibincang semua lapisan masyarakat. Jelas ramai yang bertanya sama ada ia adalah langkah yang positif ataupun tidak, atau langkah yang diperlukan atau tidak.
Malah, apabila Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi bertanya sama ada anak muda bersedia untuk mengambil alih kerja-kerja 3D (“Dirty, Difficult and Dangerous" atau "Kotor, Susah dan Berbahaya”), media melaporkan respon yang diterima tidak begitu memberangsangkan.

Apabila kita mengambil pandangan yang lebih jauh dan strategik, kita akan lihat bahawa isu pekerjaan - sama ada dari aspek gaji, peluang pekerjaan, pekerja warga asing, #2kerja dan sebagainya - memerlukan bukan sahaja perubahan minda dan budaya di kalangan penggubal dasar tetapi juga di kalangan rakyat Malaysia termasuk juga golongan pemodal.

Isu pekerjaan harus dilihat dari aspek pelaburan bukan sahaja untuk membina kilang, jalan, dan prasarana pasaran yang lain, tetapi juga pelaburan modal insan dari segi pemahaman hak dan tanggungjawab pekerja terutamanya mengukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja.

Dan jika Perdana Menteri Najib Razak memahami isu pasaran kerja ini sepenuhnya, dan oleh sebab "derma" itu tidak salah di sisi undang-undang seperti yang dikata Peguam Negara, beliau tidak sepatutnya pulangkan RM2 bilion lebihan dari “derma Sheikh Saudi” itu. Beliau sepatutnya “menderma” jumlah yang besar itu kepada Putrajaya untuk membangunkan pasaran kerja demi masa depan modal insan di Malaysia. 

Jika Perdana Menteri memerlukan idea atau cadangan bagaimana pasaran kerja boleh dibangunkan untuk mencapai matlamat mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada pekerja warga asing, lihatlah sahaja cadangan KEADILAN melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. 

Dalam belanjawan tersebut, satu dana khas yang bernilai RM2 bilion dicadangkan untuk membantu usahawan, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat kecil memperbaharui, menggerakkan dan menyesuaikan operasi untuk memenuhi keperluan gaji minima. 

Walaupun gaji minima hanya salah satu dari beberapa teras utama untuk menyelesaikan masalah pasaran kerja, ia merupakan satu langkah asas yang cukup penting.

Jika Perdana Menteri Najib tidak pulangkan “lebihan derma” sebanyak RM2 bilion itu dahulu dan melabur dengan mewujudkan dana khas seperti yang dicadang di atas, saya yakin isu 1.5 juta pekerja warga asing, isu #2kerja, dan isu belia Malaysia bersedia atau tidak mengambil alih kerja-kerja 3D tidak akan berada pada keadaan genting seperti yang kita lihat hari ini.

Oleh itu, saya gesa Putrajaya untuk hentikan rancangan “pelaburan” 1.5 juta pekerja warga asing dan fokus kepada pelaburan pendidikan dan modal insan yang merupakan strategi lebih mampan untuk masa depan pasaran kerja Malaysia.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN











-----------------

NAK TANYA LEBAI SIRUL







SOKONG

BETUL SIAPA

BUAT KERJA INi?


TAPI NAK TANYA

LEBAI SIRUL

SIAPA BERI

ARAHAN BUNUH 

ALTATUYA?


SAJE TANYA

SATU SOALAN

BUKAN BANYAK



Dokumen siasatan Sirul bocor: PMSP lapor polis

PETALING JAYA - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) membuat dua laporan polis berkaitan laporan diterbitkan portal Sarawak Report mengenai dokumen sulit iaitu rakaman percakapan di bawah Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah milik Sirul Azhar Umar.

Timbalan Presiden PMSP, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari mendakwa, hasil pemeriksaan didapati kenyataan seksyen ini tidak di tender di mahkamah ketika perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan ianya adalah dokumen sulit.

"Tujuan laporan dibuat supaya pihak polis jalankan siasatan bagaimana Sarawak Report boleh memperoleh dokumen kenyataan Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah dari pihak-pihak berkenaan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Zakwan Hafiz mendakwa, kebocoran dokumen maklumat boleh berlaku dalam tiga situasi kemungkinan.

"Pertama, daripada simpanan pegawai penyiasat, ketika perjalanan perbicaraan di mahkamah dan di Pejabat Peguam Negara.

"Perkara ini boleh beri kesan buruk dan negatif kepada pihak polis memandangkan yang tertuduh dan dijatuhkan hukum adalah Sirul sendiri," katanya.

Sabtu lalu, Sarawak Report menyiarkan rakaman percakapan Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah milik Sirul yang dianggap sulit PMSP untuk terbitan kepada pihak awam.
Sementara itu, dakwa Zakwan Hafiz lagi, beliau ambil serius perkara ini dan mempersoalkan bagaimana dokumen kertas siasatan boleh terlepas ke tangan pihak tidak bertanggungjawab dan menjadikannya isu untuk memburuk-burukkan tugas-tugas khas khususnya Unit Tindakan Khas (UTK).


NAK TAMBAH

BILA PULAK

JADI LEBAI
?


----------------

DARI PYANHABIB





FACE BOOK


Setiakawan sentiasa
`GUA ada 3 bulan sebagai manusia bebas untuk membaca, berfikir, menulis, minum kopi dan makan petai.' - SMS Isham Rais menerjah henpon gua sebaik gua menggeliat mahu sambung tidur pagi tadi. Pada 16 Mei bersamaan Hari Guru, Mahkamah Rayuan akan putuskan sama ada mamat ini masuk ke dalam atau diberi bebas menikmati petai-petainya.
Sementara itu, kami sebagai kawan akan bersetiakawan.






---------------

NASI PANGGUNG HARI KEKASIH







NASI PANGGUNG
HARI KEKASIH
Mengikat kasih di jalanan
anak semua bangsa 
warga miskin kota
Mengedar cinta, sama bergembira

Selamat hari kekasih!
Menu Jalan Panggung petang ahad lepas;
Tim Dapur Jalanan - Spagethi boloknis
Tim Felcra - Roti / Air Minum
Qish Awek Cun - donut
Amoi Cun; Joyce & Sze Ming - Limau Mandarin

DATANG BERAMAL
Anak semua bangsa dtg kerja bakti, buat sibuk:
Aisyah, Quratul, Acap, Syafiq, Padel, Paan, Art, Zue
Tim Felcra, Kawan2 dari UniKL, UPM, UPSI, MCKL
Hijrah & kutu-kutu Bangi, Sidiqin Omar, Paramjit, 
& semua yg hadir buat ramai di Jalan Panggung!

DATANG MEMBERI
Terima kasih daun keladi
next week datang lagi
lepak sambil kongsi nasi!

DATANG BERKONGSI

TERIMA KASIH!!
++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

UNTUK KENANGAN
++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective
++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh 

talipon: ezzuandi 0192671285 
atau Hadi Khalid 0126648873

BERKONGSI 
PENGALAMAN
Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

15 February 2016


-------------

ESOK PAGI KE MAHKAMAH




LAGI 

KE MAHKAMAH

JEMPUT

BERSAMA







---------------

KESAH DARI FACE BOOK









FACE BOOK


Writing Memoirs ?
Many years ago , Johan was one of the folks who " persuaded " powers that were, that Hisham is a Zero Risk bloke and its time for him to return home , safely.
They both grew apart politically but remain friends : 5th College University Malaya sporting chants linger on , after all the years.
While Syahredzan , son of Johan is now acting counsel for Hisham ( Sedition , what else ) , the now retired man of letters and news is writing his memoirs : in his well appointed study of course.
Hisham , may well write his memoirs from a prison cell & lose some of that girth over the 9 months sentence for , of all things , being a stand up comedian.
Such is life and we do live in dangerous times.
I dont think anyone should be in the slammer for telling a few harmless jokes.



NOTA

gwa tak pernah
ada gambar dengan tan seri
ini kali pertama gambar gwa
dengan seorang tan seri

anak tak seri ini
adalah peguam gwa
dalam kes akta hasutan 1948
kepada tan seri ini
gwa ucapkan terima kaseh
kerana melahirkan peguam gwa
apa lagi gwa nak royak
kah kah kah

kawan yang sebelah tu
dari sekolah yang sama 
umur saje lain 
jumpa di australia
hebat hebat
apa lagi gwa nak royak
kah kah kah
 >



---------------

SAHABAT MAT SABU - MEDIA CHINA







MAY BANK

5642 5857 6644

FACE BOOK

Laporan akhbar berbahasa Cina pagi ini, 18 Februari 2016, Oriental Daily News mengenai sidang media "Sahabat Mat Sabu" smlm, 17 Februari pd halaman 14. Mulakan langkah RM10 untuk bantu Mat Sabu langsaikan duit saman RM200k yg dikenakan ke atasnya oleh bekas Pengarah SPR, Dato Wan Ahmad Wan Omar. Jenuh cari dlm laporan akhbar berbahasa Melayu, tak nampak. Amacam?



















-------------

DARI MAHKAMAH RAYUAN








KHAMIS 18/2/16

jam 1:30 petang
gwa baru sampai ke rumah
dari mahkamah rayuan
pagi tadi gwa ke putarjaya

dalam mahkamah pagi ini
telah ditetapkan tarikah
bahawa gwa akan 
dibicarakan di makamah rayuan
pada senin 16 mei 2016 

ketika ini gwa sabit kesalahan
dibawah akta hasutan 1948
dibawah akta baginda queen
gwa dihukum 9 bulan penjara
kini dijamin bebas dengan
bayaran enam ribu ringgit

pada 16 mei nanti 
di hari guru
akan ditentukan
keputusan rayuan gwa
gwa menolak sabit kesalahan
gwa menolak penjara 9 bulan

kita lihat dan tunggu

sementara itu 
gwa ada kurang lebih 3 bulan
untuk menjadi sosok bebas
masih boleh membaca
masih boleh berfikit
masih boleh menulis



lalu gwa berfikir:
jika bercakap benar wajib di bayar
jika itu harga yang wajib dibayar
maka itu itulah harga 
yang wajib dibayar

NOTA:
pada masa yang sama
adam adli di mahkamah jalan duta
telah dibebaskan dari hukum penjara
hanya dikena DENDA LIMA RIBU RM



------------

EKONOMI DUNIA MELEDAK






EKONOMI DUNIA

makin meledak

makin sesak



Ringgit leads emerging market losses as

oil weighs on sentiment

The ringgit dropped the most since September and led declines in emerging markets as an overnight slide in Brent crude weighed on the outlook for the oil exporters’ finances just as economic growth slows. 
-
Brent slipped below US$32 (RM135) a barrel on Tuesday after an agreement by Saudi Arabia and Russia to freeze oil production failed to temper concern about a global supply glut. A government report on Thursday will show Malaysia’s economy expanded 4.9% in 2015 from 6% the year before and slowed in the fourth quarter from the third. "There was a pretty decent fall in oil prices and that’s pushing down the ringgit," said Sean Yokota, Singapore-based head of Asia strategy at Skandinaviska Enskilda Banken AB. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ringgit-leads-emerging-market-losses-as-oil-weighs-on-sentiment#sthash.wDYN5sd2.dpuf


21 New Numbers That Show That The Global Economy Is Absolutely Imploding


After a series of stunning declines through the month of January and the first half of February, global financial markets seem to have found a patch of relative stability at least for the moment.  But that does not mean that the crisis is over.  On the contrary, all of the hard economic numbers that are coming in from around the world tell us that the global economy is coming apart at the seams.  This is especially true when you look at global trade numbers.  The amount of stuff that is being bought, sold and shipped around the planet is falling precipitously.  So don’t be fooled if stocks go up one day or down the next.  The truth is that we are in the early chapters of a brand new economic meltdown, and I believe that all of the signs indicate that it will continue to get worse in the months ahead.  The following are 21 new numbers that show that the global economy is absolutely imploding


HARGA MINTAK

TERUS JATUH



-----------

I REST MY CASE





JENG JENG JENG



Raja-Raja Melayu titah perhalusi Rang Undang-Undang MKN

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu diperhalusi.
Majlis Raja-Raja menzahirkan pandangan itu selepas Peguam Negara  Apandi  menyembahkan taklimat mengenai rang undang-undang itu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-240 di Istana Negara di sini, hari ini.
“Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada YAB Perdana Menteri,” kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan di sini.
Rang Undang-Undang MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Dis lalu dan kemudiannya diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Dis.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini dihadiri kesemua Raja-raja kecuali Sultan Pahang yang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, selaku Pemangku Raja Pahang.
Perkara-perkara mengenai agama Islam, pelantikan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Ahli Dilantik Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, pelantikan Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan turut dibincangkan dalam mesyuarat itu
– BERNAMA
KAH KAH KAH
i have nothing
to add mi lord
i rest my case
KAH KAH KAH



-------------

KE MAHKAMAH






PAGI INI

apabila membaca tulisan ini
hishamuddin rais telah berada
di putrajaya hadir diri
dimahkamah rayuan

hadir  untuk menentukan
bila tarikh bicara rayuan

hukuman telah dijatuhkan
sembilan bulan penjara
dibawah akta hasutan 1948
akta baginda queen

kini dibebas dengan jaminan
sebanyak enam ribu ringgit





------------

BERITA DARI SAHABAT MAT SABU






SETAKAT INI

TELAH DIKUMPUL

18,650 RINGGIT

TERIMA KASEH



 DAH TRANSFER
Ok bro...sudah transfer RM10 saja....tadi...nk bagi RM2.6B...tk mampu bro! on KAMI KAWAN MAT SABU
Anonymous
on 2/17/16

 JANGAN HIRAUKAN
Sy dh bank inn....inn shaa allah byk lg sahabat abg mat nk bantu....sebarluaskan pd semua...pd semua kekawan kita. Jgn hiraukan ape musoh nk kata....niat hajat semua utk kebaikkan. on UNTUK PEMBACA
Anonymous
on 2/17/16
 50 RINGGIT
Bagi akaun bank...aku nak derma...setakat rm 50 aku.boleh... ikhlas je...nanti ada puak yang mengata usaha cari duit plak...jaga jaga... on SAHABAT MAT SABU
Anonymous
on 2/17/16
 BERI TAHU
Gua dah derma dah. Kalau tak cukup bagi tahu ya. on SAHABAT MAT SABU
Anonymous
on 2/17/16
 TERIMA KASEH
terima kasih bro tt. semoga tuhan segala tuhan merahmati anda, mat sabu dan lain2..aritu gua minta no akuan utk bantu mat sabu..kini giliran gua utk hasut kawan2 bagi derma mengikut angkat 2.6, tak kira la rm2.6 ka rm26 ka, rm260 ka..kahkahkah..mengikut AG, 2.6 itu dikelaskan sbg derma bukan rasuah..so apa lgi kwn2, jgn dok ckp je.tak luak bonus 5+3 tabung haji tu kalo mderma.tak luak duit zakat tu kat mderma bg mdptkan sistem yg adil.ini duit bukan mau g german tgk minah.. on BERSAMA MAT SABU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/17/16


MAY BANK

5642 5857 6644


------------

PERANG ULAMAK









KENAPA

DEBAT DIBATAL?

ORANG RAMAI

AMAT KECEWA


'Namakan berbelas imam masjid yang saya pecat'


KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menafikan dakwaan beliau telah memecat beberapa imam masjid di negeri itu.

Menurut Asri, sekiranya benar dakwaan itu, beliau meminta individu yang menyebarkan dakwaan itu tampil bersama senarai imam yang telah dipecat.

"Kalau benar seperti didakwa, namakan imam masjid mana dan siapakah imam tersebut. Kalau betul pun ada imam yang dipecat, bukan kerana soal baca Qunut ketika solat.

"Tapi kalau ada khidmat seorang dua imam masjid yang ditamatkan, tidak perlu kita nak buka aib orang.

"Mungkin dia dipecat kerana ada masalah peribadi. Takkan saya nak buat kenyataan media (perjelas sebab pecat imam masjid)," katanya ketika berlangsungnya diskusi ilmiah, Ektremisme Agama di Malaysia di sini, malam tadi.  

Asri sebelum ini pernah berdepan tuduhan memecat beberapa imam masjid dan menutup masjid di negeri Perlis.
Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan tersebut

KAH KAH KAH
woit
nampaknya perang ulama 
belum tamat lagi
ini semua fenomena baru
fenomena ulamak youtube
fenomena ulamak facebook
perang ini akan berlarutan
perang ini tak akan selesai

TERUS LAGi



---------

ESOK MALAM










JEMPUTAN

ESOK MALAM

BACA PUISI

SEBELUM

PENJARA




-----------