.

Ahad, 16 Ogos 2015

DURIAN KU LI DAH BERBUNGA KE?









ELO NIZAR

KO'ME APE CERITE

DORiAN KU Li

DAH BERBUNGA KE








------------------

BERSAMA KITA MELAWAN LUPA





MELAWAN LUPA 



RAKYAT MINAT APA SEKARANG




HUBAYA HUBAYA

 




HUBAYA HUBAYA

DENGAR DENGAR

RAKYAT TiDAK 

MiNAT DEMO




Rakyat Malaysia tidak minat dengan demonstrasi

 | August 15, 2015
Nur Jazlan berkata selepas 2013 rakyat lagi tidak menunjukkan minat untuk terbabit dengan demonstrasi






PETALING JAYA: Rakyat Malaysia dikatakan tidak mempunyai sentimen yang tinggi untuk melakukan demonstrasi walaupun wujud perasaan tidak puas hati dengan kerajaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,  Nur Jazlan Mohamed berkata rakyat kini bersikap rasional dan memikirkan jangka masa panjang negara.
“Pada zaman demonstrasi untuk Anwar (Ibrahim – semasa dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998), rakyat cenderung untuk menyertai, lama-lama kemudian ia berkurangan.
“Begitu juga dalam hal demonstrasi-demonstrasi lain seperti oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) dari tahun 2008-2013.
Selepas 2013, rakyat sudah tidak berminat,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

KAH KAH KAH
woit
munkee ni cakap betul
rakyat tak minat demo lagi
rakyat minat apa sekarang?
kah kah kah
rakyat minat kutip derma 
rakyat nak cari derma 
cari derma dari negara arab
kah kah kah

BERSIHKAN


----------

JIKA NAJIB BERSIH







JiKA NAJi

BERSiH









----------

INI SUDAH BERAT






NEGARA KINI

KELAM KABUT



Negara kini kelam-kabut dan membimbangkan, kata Pak Lah 

Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengakui bimbang dengan keadaan politik negara yang dilihat semakin berkecamuk hari ini.
Abdullah yang lebih mesra dengan gelaran Pak Lah berkata keadaan negara, seperti menjadi kelam-kabut, tidak tentu arah dan masing-masing bergaduh sesama sendiri kerana semua orang mahu mengeluarkan idea masing-masing.
"Keadaan begini menimbulkan dalam kebimbangan kalangan kita, perkara yang tidak menyedapkan hati. Saya pergi ke kedai atau ke mana-mana, ditanya juga tentang keadaan sekarang," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/negara-kini-kelam-kabut-dan-membimbangkan-kata-pak-lah#sthash.Bxqjzvs9.dpuf


KAH KAH KAH
woit
kalau pak lah kata 
negara kelam kabut
ini sudah berat
ini sudah palat
ini sudah sesat
turun 29 ogos

BERSIHKAN

-------------

KUALA LUMPUR 34 JAM








34 JAM

KUALA LUMPUR



KEBENARAN AKHIRNYA SAMPAI






KEBENARAN 


AKHiRNYA SAMPAi

WALAU PUN

 LAMBAT











-------------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN





KENYATAAN MEDIA SEKOLAH UNDANG-UNDANG 

RAKYAT (SUUR) - SOLIDARITI UNTUK UIA 2.


            Sekolah Undang-Undang Rakyat (SUUR) melahirkan rasa kesal terhadap tindakan yang dikenakan ke atas dua mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Saudara Hanif Mahpa, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) UIA dan Saudari Afiqah Zukifli, Exco MPP UIA yang digantung dua semester (setahun) dan dikenakan amaran keras.

            Sebagai sebuah kolektif bebas yang memperjuangan kebebasan berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang (Rule of Law), SUUR melihat bahawa tindakan tersebut jelas mempersenda dan memperkotak-katikkan hak warganegara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara ini.

            Persoalannya yang harus dijawab, adakah adil tindakan menggantung mahasiswa tersebut hanya kerana mereka, sebagai pemimpin mahasiswa menganjurkan forum berkenaan dengan GST?

Tambahan pula, forum tersebut dilihat adil kerana wakil daripada pihak pemerintah (Barisan Nasional) dan Pembangkang (Parti Keadilan Rakyat) telah dijemput untuk sesi  tersebut.

 Jelas bahawa forum tersebut berkisar tentang dasar dan polisi dalam negara yang wajib mejadi bahan perbincangan masyarakat, terutama mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Jelas forum tersebut bukan bertujuan untuk kempen serta menyebarkan agenda dan kepentingan parti politik masing-masing, malah tidak kelihatan agenda untuk menyatakan simpati atau sokongan kepada mana-mana parti politik.

Selain itu, merujuk kepada kes Muhammad Hilman Idham & Ors v Kerajaan Malaysia & Ors (2011) 9 CLJ 50, SUUR ingin mengingatkan beberapa prinsip-prisip yang penting menyebabkan Seksyen 15 AUKU dahulu terbatal dan ia harus dipertimbangkan oleh pihak UIA :

(a)    Sokongan atau bangkangan kepada mana-mana parti politik tidak harus menjadi masalah kepada ketenteraman awam kerana parti politik adalah entiti yang sah dalam menjalankan aktiviti politik. Menteri dan ahli parlimen adalah pemimpin politik yang datang daripada parti politik,

(b)   Kebanyakan mahasiswa adalah cukup umur dan boleh menyaman serta disaman. Mereka boleh berkahwin, menjadi ibu bapa serta memikul tanggungjawab tersebut. Mereka boleh mengundi jika mencapai usia 21 tahun, menjadi pengarah dalam syarikat dan memegang jawatan dalam persatuan. Justeru, hujah bahawa mereka tidak boleh menyatakan sokongan atau bangkangan kepada parti politik (Seksyen 15 AUKU) adalah tidak rasional,

(c)    Universiti adalah tempat untuk menghasilkan pemikir dan bukan robot. Justeru, pemikiran dan aktiviti mahasiswa harus diraikan.

Oleh itu, SUUR berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan adalah tidak munasabah, tidak rasional dan tidak menurut kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. SUUR tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang jelas membelakangkan Perlembagaan.

SUUR menyeru seluruh pertubuhan mahasiswa supaya bangkit bersolidariti atas nasib yang menimpa dua mahasiswa ini. Kutipan derma harus dijalankan supaya semakan kehakiman (Judicial Review) dapat dibuat di mahkamah. Maka, hukuman ke atas dua mahasiswa ini dapat dicabar.


SUUR juga menggesa ahli akademik dan pakar perlembagaan, seperti Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz, pensyarah di UIA untuk bangkit dan menyatakan pendirian tentang hal ini.

Semoga Saudara Hanif Mahpa dan Saudari Afiqah Zulkifli akan terus tabah dan berdiri teguh atas landasan perjuangan.

Solidariti untuk mahasiswa!

DISEDIAKAN OLEH,

SEKOLAH UNDANG-UNDANG RAKYAT (SUUR)

Sekolah Undang-Undang Rakyat (SUUR) merupakan satu kolektif bebas yang bertindak bagi memberi kesedaran serta pendidikan undang-undang secara percuma kepada masyarakat akar umbi.  SUUR ditubuhkan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat sivil tentang Perlembagaan serta undang-undang yang berkait rapat dengan masyarakat sekeliling.  SUUR diasaskan oleh Khairul Naim Rafidi, kini menuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan undang-undang.




-------------------

JANGAN KITA LUPA





MELAWAN LUPA




TURUN TURUN TURUN







TURUN TURUN TURUN
nampak tak cara najiba lawan bersih 4 ? najiba kecut tak buka mulut panglima macai dah ada untuk melalak balik bila ada isu baru atau kenyataan baru najiba guna macai.melalak ahli umno ramai dah meluat yang mana agli 3 juta ? betul ker 3 juta kah kah kah atau main silap mata juga... 

yang logik adakah manusia umno akan sokong seseorang yang sememangnya mengaku terima derma 2.6 billis ? sapa sokong ? aku dok tengok yang sokong puak yang ada dapat habuan.je kah kah kah wanita berani dari langkawi tu pun dipalitkan diburukkan dicemarkan kerana bercakap benar ini cara najiba.. 

yang merompak tak pa...yang melapor pula kena tangkap...apa punya lah hukum.dunia..... sama cerita di mana mana... semua pelik lihat negara dipimpin entah.kategori manusia apa.jenis...kah kah kah mahyudin buka mulut....tanya aje....dibuang jawatan.....mahathir pun sudah hilang taring...ada lah orang cerdik boleh nampak permainan politik kuncu sekarang....apa pun hakikatnya rakyat dah sedar...semua diatas main.drama on PELANCARAN BERSIH 4
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/16/15






-------------

MAKAN RACUN BUATAN SENDIRI





SiAPA  DALANG

GULiNG KERAJAAN

PAS Di PERAK


JENG JENG JENG



KAH KAH KAH

sendiri buat 

racun

sendiri makan

i rest my case







--------------

BERITA BAIK UNTUK KITA





GUDUBAKOK

GUDUBAKKI

GURTAAK

GURTIEK


NGO desak polis bertindak terhadap perhimpunan Bersih 4

Seramai 100 orang yang menyertai perhimpunan aman di Kuala Lumpur hari ini menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menghalang Perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini.
Perhimpunan itu anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia berlangsung di hadapan sebuah kompleks beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ngo-desak-polis-bertindak-terhadap-perhimpunan-bersih-4.0#sthash.Zztwxjay.dpuf




KAH KAH KAH
i rest my case
i have nothing to add
i just want to

KAH KAH KAH


-----------

KES DUIT 1MDB BERTERUSAN







KJ KATA NAJiB
TAK PERGI
KE  SEMPORNA 
KERANA SEBAB
KESELAMATAN
TAKUT SERANGAN LANUN
TAPI MUHYIDDIN SAMPAI
SELAMAT SEJAHTERA
TAK ADA APA APA!



Bertanya tentang 1MDB tidak setia kepada Umno, soal Shafie


Naib Presiden Umno Mohd Shafie Apdal berkata, kegagalannya untuk mendapatkan jawapan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga disingkirkan daripada Kabinet, bukan bermakna beliau tidak lagi setia kepada parti.

"Kesetiaan saya kepada parti bukan terpaksa," katanya yang sudah berjuang habis-habisan selama 30 tahun demi Umno.
"Dengan bertanyakan soalan, ia tidak bermakna saya mengkhianati parti," kata Shafie dalam ucapan alu-aluan pada perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian Semporna yang dirasmikan Timbalan Presiden  Muhyiddin Yassin hari ini.
"Kami (Muhyiddin dan beliau) bertanya kerana kita ingin tahu. 
"Rakyat yang kita wakili ingin tahu.
"Kami, sehingga bila-bila adalah wakil rakyat," katanya.
Shafie yang sebelum ini menegaskan beliau bukan seorang yang mengejar pangkat dan kedudukan berkata, pertanyaannya ke atas 1MDB adalah kerana ia memberi kesan kepada parti dan ahli Umno terpaksa menanggung beban itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bertanya-tentang-1mdb-tidak-setia-kepada-umno-soal-shafie#sthash.ixeXAGSR.dpuf

KAH KAH KAH
woit
bertanya pun salah
ini sunguh zalim
kah kah kah
bukan tanya hal altantuay
tanya tentang 1MDB
ini sudah berat

APA DAH JADI

----------------