.

Rabu, 16 Ogos 2017

ANAK TAK MINAT ALBUM ZIANA







NGO ANAK

TAK PERNAH

BELI ALBUM

ZIANA ZAIN

TU PASAL

TAK FAHAM

POLITIK


Penahanan Isa Samad bukti kesilapan besar PM


PERSATUAN Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengalu alukan penahanan Tuan Haji Isa Samad oleh SPRM petang ini. Ia berkaitan dengan dakwaan isu pembelian hotel di Kensington London dan Kuching yang jauh lebih mahal dari harga pasaran.

Penahanan Isa Samad, membuktikan isu penyelewengan dan salah guna kuasa yang dibangkitkan ANAK selama ini berasas dan tindakan Najib, melantik dan mengekalkan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda sejak 2011 hingga 2016 adalah suatu kesilapan besar.

ANAK begitu sedih kerana masa yang begitu lama diambil hingga berbilion wang peneroka lesap dan kerosakan yang dialami amat dahsyat.

Sehubungan dengan itu, ANAK mendesak Najib menamatkan khidmat Tuan Haji Samad selaku Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta. 

Sedari awal, Isa Samad memang tidak di alu alukan di SPAD; justeru,  Najib harus bertegas 'menyingkirkan' Isa segera.

 JIKA ANDA

PEMINAT

ZIANA ZAIN

MAKA ANDA

AKAN FAHAM

POLITIK SPAD



-----------------------

BERAKHIRNYA KUASA KEMUT





KUASA KEMUT

UDAH LOHE


KALAU 

MAT ISA

BIJAK

CERITA PI DI

AKAN DIBUKA

SEBAGAI

TEMBOK AKHIR





--------------------

HAK BEBAS MERDEKA








KEBEBASAN

TIDAK PERNAH

DIAGIH OLEH

KERAJAAN

KEBEBASAN

LAHIR

DARI

 PELAWANAN








-----------------

BILA NAK TANGKAP JHO LOW








BILA

NAK





---------------

DISONDOL







DISONDOL 

Kebebasan yg telah disondol oleh pemuka melayu bak anak raja yg kalah melaga ayam. Setelah habis harta dibelanja buat joli tunggu pula tanah warisan utk digadai pd towkay dari Tiongkok yg sanggup melangsaikan hutang piutang kapal terbang intan berlian keluarga dn anak bini yg nanggoi.....

FREELOADER

bro, kita ada sekor lagi freeloader tertinggal bilangan! Sepatutnya kebebasan itu hak rakyat sbg pejuang kebebasan atau freedom fighter...tapi dah duko kena sonfol apa lagi mau cakap bro??? on KEBEBASAN DARI PERLAWANAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/15/17



SETUJU

Betul.setuju.kebebasan melalui perlawanan.boleh juga disebut kenikmatan melalui perlawanan. Cth perlawanan kontol menjadi kepuasan setelah berjaya memanchotkan ayer nekmat..kalo xcaya tanya tuan tt selalu pak chu cheng.kahkahkah on KEBEBASAN DARI PERLAWANAN
Anonymous
on 8/15/17






--------------------

PRU 14 - KUASA KERIS




KUASA DIHUJUNG KERIS 

Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) ini akan membawa satu kemenangan   yang amat meyakinkan untuk Pakatan Harapan. Ombak politik terkini menunjukkan bahawa Najib, Rosmah dan kuncu-kuncunya akan tersungkur.  

Dalam PRU13 yang lalu - Pakatan  Rakyat mendapat 52% sokongan undi rakyat. Ini jumlah kemenangan yang telah dirampas oleh Najib dan Rosmah.  Pakatan Rakyat telah dinafikan hak untuk masuk ke Putrajaya. Pakatan Rakyat telah dinafikan hak untuk mendirikan kerajaan  dan pentabiran baru.

Majoriti rakyat - 52% - telah ditipu undi mereka dan digagalkan dari mendapat satu pentabiran baru. Dalam mana negara pun dalam dunia ini - parti yang mendapat lebih dari 50%  pasti menjadi parti pemerentah. 

Ini tidak terjadi di Malaysia. Ini kerana cara dan sistem pilihan raya itu telah diwujudkan untuk memastikan parti United Malays National Organsiation akan terus berkuasa.

Kali ini dalam PRU14 sekali lagi akan berlaku lonjakkan sokongan orang ramai terhadapa Pakatan. Satu lonjakkan yang meyakinkan bahawa kerajaan dan pentabiran baru di Putrajaya adalah kerajaan Pakatan Harapan. Lonjakan dan sokongan orang ramai akan melintasi  lebih dari apa yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lalu.

Kenapa saya berani menulis sademikian. Apakah bukti saheh yang memberanikan saya menulis pekara ini. Apakah ini hanya satu angan-angan.

Ini bukan satu angan-angan. Ini bukan satu khayalan. Dari bacaan politik hari ini menyakinkan saya bahawa PRU14 akan menyebelah kepada Pakatan Harapan.

Regime Najib Rosmah sedang terkepong. Ada dua kepongan sedang berlaku. Kepongan ini amat-amat jelas. Mustahil para pembaca yang arif celik politik tidak dapat melihat kepongan ini.

Jaring kepongan pertama datang dari luar. Jaring jerutan leher kedua datang dari kepongan dalaman. Ini bermakna Najib Rosmah sedang dikepong dari luar negara dan dari dalam negara.

Kepongan dari luar diterajui oleh Amerika Syarikat.  Amat jelas kepongan bermula apabila Jabatan Keadilan Amerika - Department of Justce America (DOJ) memulakan saman sivil terhadap harta yang dibeli dari duit rompakan 1MDB dua tahun lalu. 

Pada permualaan ianya hanya  saman sivil bertujuan untuk merampas harta yang dibeli dari duit curi 1MDB.  Saman sivil ini tidak diperendahkan oleh Najib Rosmah. Malah bengolan kaki bodek Najib - Tuan Haji Rahman Dahlan dan Tuan Haji Salleh Keruak telah ‘ mentertawakan’ saman ini. Pada hemat mereka ini hanya saman sivil.  Dua orang Tuan Haji  kaki bodek ini merasakan Najib masih selamat.

Malah Peguam Negara sendiri mengatakan saman sivil ini tidak ada sangkut paut dengan Najib Rosmah. Alhamdulliah Najib selamat. Amin.

Tetiba pada 11 Ogos 2017 yang lalu semuanya berubah. DOJ telah menangguhkan  saman sivil. Kini siasatan saman jenayah telah dimulakan terhadap semua pelakon yang terlibat dengan rompakan duit 1MDB. 

Sebelum letupan berita dari DOJ ini diketahui di Malaysia, portal Sarawak Report telah melaporkan  lebih awal berita bagaimana Jho Low - watak utama -  telah mengarahkan  peguamnya untuk ‘berunding’ dengan DOJ. 

Berunding? Apa agaknya yang hendak dirundingkan oleh China Tembam ini? Apakah Jho Low telah bersedia untuk  jadi saksi. Jika ini berlaku yang ‘ mati terpacak’ pastilah Riza Aziz - anak tiri kesayangan Najib. Silap-silap jika Jho Low jadi ‘ saksi DOJ’  Najib sendiri akan mati terpacak.

Ini semua perancangan Amerika yang licik. Ini cara Amerika memberitahu Najib - don’t play play - jangan main-main mata dengan  China Merah. Jangan beri China Merah tanah di Sabah untuk dijadikan pelabuhan tentera. Jangan. Jangan. Jangan.

Salepas DOJ mengubah saman datang pula Rex Tillerson - Setiausaha  Negara Amerika - ke Kuala Lumpur. Ini wakil Presiden Trump. Lihat bagaimana  jala Amerika dipasang dan perlahan-lahan makin menjerut.

Umum tidak tahu apa yang dilabonkan antara Najib dengan wakil Trump. Tapi  pastilah  Si Rosmah akan melobi  Tillerson agar isterinya… opps…suaminya Najib dapat dijemput bermain golf dengan Trump. Lagi pun gambar Najib ada tersadai diatas meja Trump.

Kita beraliah ke kepongan kedua yang datang dari dalam negara. Dalam PRU13 PKR, DAP dan PAS telah menyerang Najib. Ini membawa pulangan 52% sokongan  rakyat.

Pada tahun 2017  - dalam PRU14 - ada perubahan yang amat besar sedang berlaku. Satu ledakan politik baru dengan kemunculan Parti Bersatu.  Jangan ambil enteng. Parti Bersatu ini dipimpin dan dikepalai oleh  Tun Dr Mahathir Muhamad. 

Sila ambil perhatian - sosok yang bernama Mahathir ini - pernah menjadi Presiden parti United Malays National Organisation. Sosok ini juga  pernah dikenali sebagai Mahafiraun. Justeru sosok ini  tahu segala selok belok dan putar memutar untuk mendapat kuasa.

Kepongan dari dalam ini sedang menjerut leher Najib. Ini jelas dibuktikan dengan segala macam tindakan yang diambil  oleh Najib untuk memastikan  Mahathir dan Bersatu tidak dapat mengangkat sauh dan mengembangkan layar dengan aman damai.

Bukan satu yang baru apabila jentera  daulah - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)- diarah untuk menyerbu syarikat anak-anak Mahathir.  Malah dari awal lagi Si Mahathir telah berkata bahawa kawan-kawan lama dia telah juga ‘ digelodak’ oleh LHDN. 

Ini taktik lama yang pernah digunakan oleh Mahathir sendiri. Justeru  Mahathir tidak risau.  Malah Mahathir ‘ menganjing’ agar LHDN meneruskan serbuan  hingga masuk ke rumah Rosmah dan Najib.

Dari apa yang saya tulis memberi gambaran bahawa salepas PRU14 berlangsung kita akan ada Perdana Menteri baru. Ini bermakna Putrajaya akan diambil alih oleh Pakatan Harapan.

Jika mengikut undi dan sokongan orang ramai inilah yang akan berlaku. Dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi pilihan raya  parti atau kumpulan yang mendapat sokongan majoriti akan memerentah.

Bagaimana dengan Malaysia?

Sabar dulu. Sebelum jawapan tuntas dapat sya tulis biar saya perlihatkan  kesah bagaimana Najib dan Rosmah  akan menghantar ‘hantu bungkus’  untuk membuat kacau dalam PRU14 ini.

Hantu Bungkus? Gerangan apa ini? Apa maknanya Hantu Bungkus. 

Hantu Bungkus  yang saya maksudkan ialah Parti Pas.  Parti yang membungkus dirinya dengan jubah Arab Islam. Parti ini akan digunakan untuk menjadi salah satu senjata Najib. 

Sabenarnya Hantu Bungkus ini bukan senjata tajam sangat. Lebih tepat lagi jika saya  rakamkan disini bahawa Hantu Bungkus ini akan buat kacau. Akan ganggu PRU14. Akan letak calon  - bikin kacau sana sini. 

Hantu Bungkus  pada hari ini klim  yang dirinya sedang menjadi penasehat Najib. Bayangkan betapa ‘kodinya’ Najib pada ketika ini. Najib terpaksa menerima  Haji Hadi peneraju Hantu Bungkus  sebagai penasehat.  

Apa jenis nasehat politik yang boleh  diberikan oleh Haji Hadi kepada Najib. Ini satu persoalan yang pada hemat saya tidak susah untuk dijawab. 

Pastilah Hadi memberi nasehat halal haram. Kentut mentut. Jimak berjamak. Dan paling afdal nasehat Hadi pastilah cara memakai jubah yang tepat dan betul ketika ber Ha Na Na di Dataran Merdeka.

Untuk saya peranan Haji Hadi ini saakan-akan sama saperti  kerja politik telah dilakukan  oleh Jamal Ikan Tongkol ketika Bersih menjalankan kempen Bersih5. Bikin kacau dan buat bising. Hasilnya  taraaaak. 

Pada hemat saya projek Hantu Bungkus Najib ini  akan gagal dalam PRU14. Ini kerana yang teringin, yang gian dan yang berniat menyokong Haji Hadi menjadi penasehat Najib hanya anak beranak Hadi sahaja. Satu Malaysia tahu hanya anak dan menantu Hadi sahaja yang menjadi  penyokong tegar Hantu Bungus.  

Untuk berlaku adil kepada Haji Hadi  biarlah saya katakan bahawa Hadi bukan hanya disokong oleh anak dan menantu. Hadi juga dilaporkan mendapat sokongan dari Nik Abduh, Haji Tontowi  dan beberapa  yang lain  yang mengharapkan dedak dari  Najib. Tapi yakinlah ramai pemimpin dan juga ahli biasa parti Pas tidak yakin dan tidak mahu terlibat dengan projek Hantu Bungkus ini.

Kita melihat Amerika, Peranchis, Singapura, United Kingdom sedang mengepong Najib dari luar. Kita melihat Bersatu, Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Mahathir sedang megepong Najib. Permusuhan Anwar dengan Mahathir telah selesai. Kini mereka dalam kubu yang sama. Ombak melawan makin ampoh. Ombak mahukan Najib berundur makian lantang.

Kita juga yakin bahawa Hadi dan kuncu-kuncunya boleh buat kacau tetapi kekacauan ini akan memakan diri sendiri. Silap hari bulan Hantu Bungkus ini akan terbungkus  dari persada politik Malaysia.

Soalan timbul apakah Najib akan berundur apabila Pakatan Harapan mendapat sokongan dari majoriti rakyat. Apakah Najib sedia beredar apabila Pakatan Harapan mendapat lebih sokong  berbanding dengan PRU13?

Putar punya putar  soalan ini perlu kita utarakan pada diri kita sendiri. Bayangkan diri anda sendiri kini dikepong Amerika. Polis FBI dari Amerika sedang membuat siasatan kes jenayah  1MDB. Singapura telah memenjara para pemain kecil dalam rompakan 1MDB.  

Pelakon utama dan watak utama masih bebas. Bercanda ke sana sini. Switzerland belum menjalankan apa-apa. Walau pun Peguan Negaranya telah datang ke Kuala Lumpur mencari bukti.

Ketika dalam kepongan - tuan-tuan juga sedang dihambat oleh Mahathir, Anwar dan Pakataan  Harapan. Tuan tuan juga sedang berhadapan dengan kemarahan baru. Ini  kemarahan anak muda Armada Bersatu . Anak muda Armada  sedang mengasah kuku dan sedang mencari lawan.

Apakah tuan-tuan akan mengundur bila kalah dalam pilihan raya?   Tuan tuan ingat pepatah Bugis - kuasa datang dari hujung keris. Lalu keris dicabut. Tepok dada tanya Rosmah. Dan tunggu minggu hadapan.  (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


----------------------------

MUSIM CANDAT SOTONG








USTAZ NI

BAHASA 

GAPO? 

SAJE TANYA

NAK TAHU

JANGAN 

MARAH

Murid tahun enam jadi mangsa cabul ustaz


KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun enam mendakwa menjadi mangsa cabul seorang ‘ustaz’ di sekolahnya dan kejadian itu dikatakan berlaku sejak Februari lalu.

Perkara itu terbongkar setelah ibu mangsa diberitahu rakan anaknya itu selepas berkunjung ke rumahnya di daerah ini.

Menurut sumber, ibu mangsa diberitahu rakan anaknya bahawa mangsa diraba di bahagian dada, punggung, kemaluan selain turut dicium oleh lelaki berusia 59 tahun itu.

PARTI PAS

NAK SELAMAT

NEGARA DG

ISLAM KATA

USTAZ AUDI

RAKYAT GANU

AGAMO GAPO

SAJE TANYA

KERANA

CUNT FUSE

KAH KAH KAH




---------------------

DONGENG TOK ARAB






TUKANG

KARUT BUAT

KARUT LAGI


KOMENTAR

KELANTAN DIBAWAH 
PARTI ISLAM
RAHAI MAHAI
HUTAN BALAK 
LINGKUP MINGKUP
REMBAT REMBAT REMBAT
BANDAR KOTOR MOTOR
PEKAN BUSUK MUSYUK
KAMPONG KARAM MARAM

KALAU INI CONTOH
KERAJAAN ISLAM
MALAYSIA HANCUR MANCUR

TAPI SEMUANYA
BERMULA DENGAN
BISMILLAH
KAH KAH KAH
Pas komited selamatkan negara dengan Islam
SHAH ALAM - Pas mendakwa Pakatan Harapan bukan wadah untuk menyelesaikan masalah negara dengan Islam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Tuan Haji Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri mendakwa, Pakatan Harapan hanya berminat untuk menyelamatkan kedudukannya berbanding mahu menegakkan agenda Islam.

"Sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan BN, hakikatnya hanya untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu dengan menjadikan jentera pilihan raya Pas sekali lagi kuda tunggangan sepertimana yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

KAH KAH KAH

TAK MASUK

AKAL 

TAK LOJIK

KALAU ISLAM

DAPAT SELESAI

YG PERTAMA 

JADI CONTOH 

DUNIA

PASTILAH 

NEGARA ARAB

ARAB FAHAM 

BAHASA

QURAN

TAPI YANG 

PALING 

HAMPEH 

ARAB SAUDI


KAH KAH KAH

WOIT 

JANGAN TIPU 

MELAYU 

DENGAN 

DONGENG 

TOK ARAB

CUKUPLAH

DENGAN 

DONGENG

DERMA 2.6 B

KAH KAH KAH

--------------------

MELAYU TAK AKAN MATI






TANPA UMNO

wahai bangsa melayu islam luar bandar dan penyokong2 pas kalian... nampak tak bertapa bangsat pimpinan umnooo1mdibee dan samseng2nya... mrk peralatkan anak belasan tahun buat kerja2 kriminal... siap rancang bersama bikin kemeja-t PH berniat hasut, niat bakar dewan, niat cederakan para hadirin yg aman... paling menjijik adalahisuruh budak2 cederakan Tun M Bapa Permodenan Malaysia... 

MELAYU 

TAK MATI

wahai melayu islam luar bandar dan penyokong2 pas TAKDA umnooo1mdibee.!!! MELAYU TAK MATI... nampak jelas ni le umnooo1mdibee yg ust pas ug hadi titm lindungi, pertahankan serta berkerjasama lawan PH... 
on MAT MONGOL AKAN KACAU
Publish | Delete | Spam
1msia
on 8/15/17






--------------------