Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 23 Mei 2010

PETRA CABAR ROSMAH DAN ISTERINYA




BILA NAK BUAT LAPORAN POLIS DI LONDON PULAK ?





RAJA PETRA: DAKWA SAYA DI MAHKAMAH UK JIKA BERANI
- minsider

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin muncul di khalayak di sini semalam dengan mencabar pihak berkuasa Malaysia agar membawa segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah United Kindom (UK).

Dengan diapit dua lelaki yang berkaca mata hitam, Raja Petra Kamaruddin yang mesra dengan panggilan dengan “RPK” berkata, beliau sanggup berhadapan dengan tuduhan fitnah dan hasutan, malah rayuan terhadap pembebasan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika diberikan hak perundangan yang sama rata.

“Saya akan berhadapan dengan kerajaan dan saya akan lawan tetapi saya akan buat apa yang Sun Tzu berkata ‘lawan dia di wilayah anda’.

“Jadi wilayah saya ialah di sini di UK,” kata Raja Petra dengan menerima tepukan hadirin dianggarkan 300 orang, yang beg mereka diperiksa teliti sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan di BPP Law School di sini.

Kebanyakan daripada hadirin sanggup untuk berdiri kira-kira dua jam mendengar cerita Raja Petra.

Kemunculan semalam dilihat yang pertama selepas lebih setahun berada dalam buangan kendiri.

KAH KAH KAH…

woit…. PETRA SUDAH CABAR…. kah kah kah..

woit…. JANGAN LAH TIPU MELAYU…. BUAT CERITA DALAM UTUSAN MELAYAU… kah kah kah..

kah kah kah… BUAT CERITA PETRA DENGAN KALIMULAH…. kah kah kah..

kah kah kah… BUAT CERITA KERAJAAN SEDANG BERURUS DENGAN SCOTLABD YARD…kah kah kah..

kah kah kah.. BUAT CERITA SEDANG BERURUS DENGAN INTERPOL…. kah kah kah

woit… SUDAH KANTOI DAN MANTOI….SEMUA TIPU....kah kah kah..

nota:

terima kaseh ronald reagan
kerana membenarkan internet

sekarang dunia telah berubah
berita tidak boleh lagi di monopoli
hegemoni daulah telah pecah berterabur
hari hari akhir media bodek kelihatan

nak tipu berita sudah susah
dulu bolehlaaa

orang ramai meninggalkan media resmi
masuk ke laman dan blog
tonton youtube – bebaskan diri
jadilah manusia yang berani
hidup hanya sekali
lepas mati internet tak ada lagi kah kah kah

NASIONALISMA KALIMANTAN MUNCUL KEMBALI




PILIPINA MASIH MENUNTUT SABAH




DOMPOK : STATUS SABAH SERAWAK TAK SAMA – malaysiakini

Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bernard Dompok.

Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

"Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di Penampang semalam.

nota:

kesian tengok sabah
kesian tengok serawak
sabah ketika masuk malaysia dahulu
sabah negara terkaya
bila sudah masuk – sabah hari ini termiskin
ini bukan dongeng – sila lihat buku sejarah
iban dan dayak kena kelentong
di serawak kena kelentong oleh melanau
di sabah kena kelentong oleh apno

untuk anak muda yang tidak mengenal sejarah
projek malaysia ialah projek penjajahan baru
malaysia ialah projek british
bung karno menentang projek ini kerana bung karno
menyokong nasionalsima kalimantan.

anak anak muda !

ketahuilah bahawa dalam perlembagaan philipina
sabah adalah sebahagian dari negara phlipina
philipina tidak pernah undur tentang ini
tahun 2010 kesedaran nasionalisma
kalimantan utara muncul kembali
kemana arahnya ? pasti bukan hendak jadi hamba
kepada minoriti melanau keluarga taib mahmud
atau jadi hamba kepada apno
dan pasti 31 ogos bukan hari malaysia
31 ogos ialah hari untuk bangun lambat kah kah kah


SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU





JANGAN TIPU KATA NAK TANGKAP BAWA BALIK




FORUM KHAS RASIONALIISASAI SUBSIDI 27 MEI – berita hairan

Makmal Rasionalisasi Subsidi buat kali pertama akan berkongsi dapatannya berhubung langkah rasionalisasi subsidi, dengan orang ramai serta pihak berkepentingan pada satu forum khas yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei ini.

Idris Jala, yang mengetuai makmal berkenaan akan memberi taklimat pada awal forum berkenaan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi berkenaan sebelum ia dibuka untuk maklum balas orang ramai, pakar atau kapten industri yang hadir.

Setiausaha Akhbar Idris, Barbara Jabu, berkata Kabinet sudah dimaklumkan mengenai cadangan makmal berkenaan dan pada peringkat kedua ia akan dibentangkan kepada orang ramai serta pihak berkepentingan pada forum berkenaan untuk mendapatkan maklum balas awam.

Hasil daripada maklum balas awam itu akan dirumuskan bersama dapatan makmal sebelum dibentangkan semula kepada Kabinet untuk pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata forum berkenaan terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk memberikan pandangan dengan mengisi borang yang disediakan.

KAH KAH KAH…

woit… INI KERJA KARUT…. NAK TIPU ORANG MELAYU…. kah kah kah..

nota:
- pertama apa ke haram jadah nama RASIONALISASI
- ini nama berok pok yeh ke?
- kenapa pakai perkataan ini?
- ini nak tipu mak cik dan pak cik di kampong.

- kenapa buat forum di pusat konvesnsen klcc
- ini nak pastikan pak cik dan mak cik dari juaseh tak datang
- cakap dibuka untuk orang ramai

- kalau untuk orang ramai tunggu bila subsidi di lupus
- orang ramai akan bersuara di jalan raya
- dengar nanti suara orang kampong marah
- keana barang naik harga
- jangan tembak bila pak cik dan mak cik bersuara
- mereka tak datang ke bilik konvensen klcc
- tapi mereka berhimpun depan klcc kah kah kah


JUDI UNTUK CARI MODAL



INI BUKAN VINSEN TAN - INI ZUL NORDIN



JUDI BOLA : UMNO MUNGKIN DIANGGAP TIADA AGAMA – harakah daily

Umno tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka dilihat sebuah parti tiada agama kerana kerajaan pimpinan mereka meluluskan lesen judi disaat semua agama di negara ini membantah tindakan tersebut.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, tanggapan itu tidak mustahil akan wujud dalam pemikiran rakyat ekoran tindakan kerajaan Umno BN melulusakan lesen judi sempena bolasepak Piala Dunia kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?

"Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Baraisan nasional melulusakan lesen judi.”

KAH KAH KAH…

woit… INI TUDUHAN HEBAT …. kah kah kah..

woit…. TAPI… AHLI APNO INI MACAM MACAM…. kah kah kah..

woit… YANG TAK ADA AGAMA BUKAN GEROMBOLAN….kah kah kah..

woit… YANG TAK ADA AGAMA IALAH EKONOMI SISTEM
KAPITALIS…
. kah kah kah

nota:
judi ini cara terbaik
untuk kumpul duit
untuk pilihanraya ke 13
semua duit tunai
tak ada duit haram kah kah kah..

PEKERJA PAM MINYAK WAJIB ADA PHD




SEMUA BANGLA DAN MAT INDON WAJIB ADA PHD UNTUK BEKERJA DI MALAYSIA






77 PERATUS TENAGA KERJA NEGARA HANYA BERKELULUSAN SPM
– mStar

Najib Razak berkata, kira-kira 77 peratus daripada tenaga kerja negara hanya memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

Beliau berkata, keadaan ini pastinya tidak selaras dengan aspirasi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Menurutnya, jika soal jurang pendidikan itu tidak ditangani dengan serius, Malaysia tidak akan mempunyai tenaga kerja yang cukup dari aspek pendidikan mahupun persediaan, untuk bekerja dalam industri berdaya maju yang sedang diusahakan negara.

KAH KAH KAH…

woit… MENTERI PUN BUKAN PANDAI SANGAT…. kah kah kah…

woit…. DULU DATUK BANDAR ALIAS OMAR KLIM ADA PHD?.... kah kah kah..

woit…AYAH DINO TU BETUL KE PHD NYA…. kah kah kah…

kah kah kah… SETAKAT PHD DARI SINTOK … TAK PAYAHLAAA BANGGA SANGAT….kah kah kah..

woit….YANG KERAJAAN BAWA MASUK PEKERJA LUAR… SPM PUN TAK ADA…. kah kah kah..

kah kah kah…. PATUT LAH TAHAP TENAGA KERJA MEROSOT…. kah kah kah..

woit… BAYANGKAN PEKERJA DI KEDAI PAM MINYAK ADA PHD DARI OXPUT . ..kah kah kah…

kah kah kah… ATAU ADA PHD DARI HABAT BARU LAH HEBAT NEGARA INI… kah kah kah..

KESAH PERJUANG ISLAM



JANGAN CUBA BUAT CHOP MOHOR SPR KERANA TAK HANTAR LAPORAN KEEWANGAN




ADUN SIDAM : KAMI KEKAL PKR, JANGAN TANYA LAGI-minsidet

Sebagaimana dijanjikan kesemua tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR muncul dalam perhimpunan raksasa di sini malam ini bagi membuktikan kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) masih kukuh lagi mantap.

Perhimpunan ini menarik perhatian bukan sahaja kerana spekulasi berterusan sejak lebih enam bulan lalu, malah di sebalik khabar angin terbaru pagi tadi bahawa dua daripada tiga Adun itu sudah pun berada di Shah Alam, Selangor untuk mengumumkan mahu keluar parti.

Sidang media yang dikatakan bakal diadakan di Shah Alam pukul 2 petang akhirnya terbukti palsu.

Adun-adun PKR ini muncul di Kota Sarang Semut di sini malam ini bagi membuktikan mereka akan terus kekal bersama kerajaan negeri Kedah yang masih stabil.
Adun Sidam Tan Show Kang muncul sebagai penceramah pertama apabila perhimpunan bermula pukul 10 malam tadi.

Berucap dalam Bahasa Malaysia di hadapan hadirin kira-kira 1,000 orang yang majoritinya orang Melayu, Tan melahirkan kekecewaan dengan siri khabar angin bahawa beliau merupakan antara wakil rakyat yang akan keluar.

“Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini,” kata Tan dalam ucapannya.

Tan juga berkata, beliau tidak lagi akan melayani permintaan media untuk mendapatkan komen.

“Berapa kali hendak saya mengatakan saya tidak mahu melompat? Saya terus bercakap benda yang sama — tidak. Media minta saya adakan sidang media, jadi saya memberitahu mereka OK, buat selama-lamanya, kita akhir perkara ini.

“Saya akan berada di sini pada 22 Mei dan ini adalah kali terakhir saya mahukan mengatakan tidak, saya tidak akan melompat dan tidak, kerajaan negeri tidak akan tumbang,” katanya lagi.

Kemudian Tan mencuit perasaan para hadirin dengan berkata, “ini bukan lagu merdu, yang anda boleh dengar berulang kali.”

KAH KAH KAH..

woit… INI PROPAGANDA GEROMBOLAN…. kah kah kah..

woit…INI HEBOH DARI MULUT PEJUANG ISLAM…. kah kah kah..

woit… TANYA PEJUANG ISLAM INI… BETUL KE BUAT TIPU CAP MOHOR SPR…. kah kah kah..

woit… KEMUDIAN KENA PEGANG…. LALU MINTA AMPUN….kah kah kah..

kah kah kah… KALAU TIDAK BUKAN SAHAJA HILANG KERUSI… JAMIN MASUK JIL…kah kah kah..

kah kah kah… TAK JADI LOYAR BURUK LAGI….. kah kah kah…

kah kah kah… BERAKHIR NYA KESAH PEJUANG ISLAM…. kah kah kah