BONGKAR: WARGANEGARA EKSPRESContoh MyKad yang dijual pada harga RM15,000 di Sabah.
Kuala Lumpur: Dengan bayaran antara RM5,000 hingga RM150,000, warga asing boleh menjadi warga Malaysia.

Itulah bayaran dikenakan sindiket yang menjual sijil kelahiran, sijil kerakyatan, MyKad dan pasport negara ini kepada warga asing. 
Urusan menjual apa yang dikenali sebagai kerakyatan ekspres ini dipercayai didalangi sindiket tempatan yang bersekongkol dengan sindiket antarabangsa dan beberapa agensi kerajaan. 

Sindiket itu dipercayai membeli data peribadi rakyat tempatan pada harga tertentu dan menggunakan maklumat berkenaan untuk memohon dokumen untuk warga asing dengan menawarkan pelbagai pakej berasingan.