Ahad, 20 September 2020

KAUM MUDA BANGUN LAWAN KAUM FEUDAL






KAUM  MUDA

BANGUN LAWAN

KAUM FEUDAL

KU LI SIAP SEDIA

 


KU LI


DAH TIBAI


GEROMBOLAN


KRITIK DAP


SEKARANG


SERANG PAS


AMIN


APA MAKNA


SEMUA INI?


AMIN



Tak perlu beralah pada PAS untuk PRU15, kata Ku Li


PAS tidak perlu diberi laluan mudah dalam pilihan raya umum akan datang kerana parti Islam itu enggan memenuhi tuntutan Umno, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, biarpun kedua-dua parti itu berkerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) sehingga kini pemimpin Umno tidak diberikan jawatan exco di negeri dikuasai PAS.

Tambahnya perkara itu pernah dibangkitkan dalam mesyuarat MN namun PAS tetap tidak memberi ruang kepada Umno, kata ahli Parlimen Gua Musang tersebut.

Walhal PAS masih tidak dapat menyelesaikan isu pentadbiran seperti bekalan air walau selepas 30 tahun mentadbir negeri itu.


MAKNANYA


KU LI UDAH


BERSEDIA NAK


JADI PM


AMIN


TAK MAHU LAGI


JADI CALON


 TETAP 


PERDANA MENTERI


KAH KAH KAH


KINI TINGGAL


ABAM JADI


CALON TETAP


KAH KAH KAH



MUSTAHIL TAK FAHAM

 


MUSTAHIL


ANAKANDA 


NURUL


TAK FAHAM


KAH KAH KAH


PAPA TAKDA


SOKONGAN


DAP AMANAH


DAH SEDAR


MEREKA 


KENA TIPU 


AMIN




Pemimpin PKR tak puas hati

 DAP terus angkat Shafie 

calon PM alternatif


Langkah DAP untuk meneruskan cadangan berhubung Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri alternatif membangkitkan semula "luka" rakannya, PKR.

Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengulang semula cadangan agar Shafie menjadi calon perdana menteri bagi PH dan sekutunya jika Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan mencukupi.

Nada respons daripada pihak dalam PKR berbeza tetapi mesejnya sama, iaitu ia menjejaskan persahabatan antara dua parti itu.

"Fokusnya pilihan raya negeri Sabah, bukannya berlumba-lumba melanggar semangat setiakawan," kata Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar di Twitter.

Ciapan itu disertakan laporan The Malaysian Insight berkenaan kenyataan Lim.

Ciapan itu mendapat maklum balas Anggota Parlimen DAP Steven Sim Chee Keong yang meminta Nurul Izzah membaca kenyataan sebenar Lim.

"Baca artikel asal, YB (Yang Berhormat). Jangan bimbang, fokus kita tetap PRN Sabah dan setiakawan," katanya, sambil melampirkan laporan Free Malaysia Today berkenaan perkara itu.

Dalam kedua-dua laporan itu, Lim dipetik berkata bahawa DAP tetap menyokong Anwar untuk mendapatkan sokongan tetapi Shafie perlu diberi peluang jika Anggota Parlimen Port Dickson itu gagal mendapatkannya.

Kenyataan Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimi pula lebih keras, apabila mencadangkan PH yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah dibubarkan jika Lim tidak boleh setia sebagai rakan.

"Jika dia sudah tiada semangat setiakawan maka bubar saja PH," katanya.

Cadangan calon perdana menteri itu juga tidak disambut baik sesetangan pemimpin DAP termasuk Adun Bandar Baru Klang, Teng Chang Khim, yang menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi".

"Saya tak setuju tetapi ini juga pandangan peribadi," katanya yang juga Exco Selangor.

Sejumlah pihak dalam DAP membayangkan parti itu akan sekali lagi mengangkat Shafie sebagai alternatif jika dia mendapat kemenangan besar dalam PRN Sabah.

Bagaimanapun reaksi daripada PKR mungkin memaksa DAP untuk menimbang semula hasrat itu.

Dalam PRN yang sedang berlangsung, Shafie mengetuai Warisan Plus - yang turut disertai PH dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) - bagi berdepan Gerakan Rakyat Sabah, dianggotai BN, PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ia selepas Shafie menggagalkan usaha menumbangkan kerajaan negeri dengan membubarkan DUN.

Cadangan Shafie sebagai calon alternatif mula dibawa Lim dalam satu pertemuan antara DAP, Amanah, Warisan dan pihak Dr Mahathir Mohamad.

Pada mulanya ia bertujuan memecahkan kebuntuan antara Mahathir dan Anwar berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun DAP dan Amanah tidak meneruskan cadangan itu susulan maklum balas negatif daripada PKR.

Anwar dilihat sukar mendapat sokongan daripada Malaysia Timur, terutama Sarawak, manakala Shafie dianggap mempunyai kelebihan dalam soal itu selaku pemimpin dari Sabah.


WOIT

HOK GOTU

MU TAHU

HOK GONI

MU BUAT BUAT

TAK PAHE

KAH KAH KAH

UTAMAKAN KEBENARAN

 



UTAMAKAN 


KEBENARAN

panglimo potaseh commented 

on 

"PEMBAWA KEBENARAN"

Kebenarannye ..7OO,OOO ekor China Merah yang kayaraya akan atau dah pun nonggok di Forest City. Ingat gimana Islam ngealami kiamat pertama mereka ..kahkahkah ..dgn membuka pintu kota Baghdad pada Monggol. Utamakanlah KEBENARANG.

KU LI TERUS MENYERANG

 


NGAPA  KU LI 


BERSUARA

Tak perlu beralah pada PAS untuk PRU15, kata Ku Li


BERITA MENYUSUL



BERITA INI MAKIN JELAS

 


ANWAR KENA


TERAJANG

Pemimpin PKR tak puas hati

 DAP terus angkat Shafie 

calon PM alternatif


BERITA MENYUSUL


GOYANG LAGI GOYANG

 







GOYANG 

LAGI GOYANG

Abg long 

commented on 

"MEK DAN AWE"

Sejak bila pulak tt dgr lagu hud hud. 

Ehh dang dut

SEMUA FITNAH



SEMUA FITNAH

JANGAN PERCAYA

MUSTAHIL ANWAR

PEMIMPIN ISLAM

YANG SYUMUL

LAGI JUJUR

TAKDA PENGARUH

DI SABAH

AMIN 

ANWAR TETAP

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

AMIN

KU LI PUN

TAK BERANI 

MASUK

KAH KAH KAH

KALAU KU LI

MASUK PASTI

KENA TIBAI

KAH KAH KAH


PKR guna Usno 

sabotaj Warisan Plus?

Keputusan sebuah parti yang dianggap sudah ditelan zaman meletakkan calon di separuh daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang ini dilihat antara kesan sampingan kemelut antara PKR dan Warisan, menurut beberapa pemerhati politik.

Malah, ada yang melihat kemunculan semula Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), sebuah parti yang dilahirkan semula pada 2013 selepas direhatkan apabila Umno bertapak di Sabah pada 1990-an, didalangi PKR yang tidak berpuas hati kerana dipaksa menerima kata putus sekutunya Warisan untuk hanya bertanding di tujuh kerusi DUN.

PKR juga merupakan satu-satunya parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang tidak menggunakan logo Warisan dalam PRN kali ini walaupun DAP dan Amanah berbuat demikian.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim gagal meyakinkan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal untuk membolehkan PKR meletakkan 14 calon di Sabah dalam gabungan Warisan Plus.

Sumber Warisan memberitahu MalaysiaNow Shafie menolak permintaan PKR kerana yakin Anwar tidak mempunyai pengaruh di Sabah.

“Pada pilihan raya umum lepas, PKR hanya menang dua kerusi daripada lapan kerusi yang ditandingi. Kali ini, Shafie mahu PKR buktikan dulu boleh menang 7 kerusi,” kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.

Pada PRU14, PKR hanya memenangi kerusi DUN Api-Api dan Inanam daripada lapan yang ditandinginya.

Dalam PRN kali ini, selain kerusi DUN Api-Api dan Inanam, PKR akan bertanding di Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias dan Sook.

Hubungan Anwar dan Shafie juga memang tidak begitu baik dan ketua menteri sementara Sabah itu dilihat lebih rapat dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir juga menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri selepas dicadangkan DAP dan Amanah dalam usaha merampas semula kerajaan persekutuan daripada Perikatan Nasional (PN).

Sekiranya Warisan Plus berjaya mengekalkan Sabah pada PRN kali ini, nama Shafie akan terus melonjak naik dan ini membahayakan Anwar.

Nama besar mampu lonjak Usno?

Walaupun sebuah parti kecil, Usno menampilkan beberapa nama besar sebagai calon, termasuk ketua umumnya yang juga bekas speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia, bekas pengarah Kastam Sabah, Hamzah Sundang, bekas timbalan ketua Cawangan Khas Sabah Ahmad Kenajaan, bekas pengarah kebudayaan Sarawak, Laliman Kemad @ Haji Ahmad dan bekas peguam kanan negeri Sabah, Mohd Salleh Lamsin.

Usno asal merupakan sebuah parti berteraskan etnik Suluk-Bajau di Sabah, pernah berkuasa di bawah Mustapha Harun dan Mohammad Said Keruak, dua nama besar yang melakari politik Sabah pada 1960-an dan 1970an.

Zaman kejatuhannya bermula selepas kebangkitan PBS di bawah Joseph Pairin Kitingan pada 1990-an.

Usno kemudiannya dibubarkan pada 1996 selepas Mustapha mengusahakan kemasukan Umno ke Sabah. Namun ia dihidupkan semula dengan nama Usno Baru pada 2013.

Tanpa pengaruh politik yang pernah dimilikinya satu ketika dulu, ramai beranggapan calon Usno bakal hilang deposit pada PRN akan datang, walaupun dengan barisan personaliti besar.

Bekas ahli Usno, Johari Aklee, 60, berkata tindakan parti itu bertanding dilihat sebagai sengaja untuk memecah belahkan undi bagi semua parti utama yang bertanding.

“Usno memang sengaja masuk bertanding untuk memecah belahkan undi rakyat Sabah secara khususnya dan Bumiputera secara amnya,” katanya kepada MalaysiaNow.

Bagaimanapun, Pandikar yang ditemui di Kota Kinabalu pada 16 Sept lalu menafikan parti itu bekerjasama dengan PKR untuk menggagalkan Warisan Plus.

Ketika ditanya adakah benar PKR berpakat dengan Usno untuk merosakkan undi Warisan dan kerana hubungan baik beliau dengan Anwar ini jawapan yang diberikan:

“Tiada kerjasama dengan PKR. Soalan ini seolah-olah kita membuat perjanjian, kita ‘kaw tim’.

“Saya ada hubungan baik dengan semua pemimpin. Anda mesti ingat saya adalah Yang di-Pertua selama 10 tahun. Semua 222 ahli Parlimen, termasuk perdana menteri, saya adalah bos mereka.

“Kalau kita benar-benar ‘kaw tim’, mengapa kita letakkan calon di mana PKR bertanding seperti di Tempasuk. Usno bebas,” katanya dengan nada marah.

PKR, Usno hanya bertembung di 3 DUN

PKR dan Usno hanya akan bertembung di tiga kerusi DUN iaitu Tempasuk, Inanam dan Klias.

“Saya seru kepada semua pendokong dan penyokong Usno untuk memberikan undi kepada calon-calon PKR di kawasan yang mereka tidak bertanding mereka boleh beri sokongan kepada kami lah.

“Kempen bermakna kita merayu orang, setiap undi itu penting, orang berparti ke atau tidak berparti mereka bebas memilih, undi itu rahsia,” katanya.

Bekas menteri Kabinet itu berkata, hubungan baik Anwar dan Pandikar hanya berbentuk peribadi dan beliau sendiri rapat dengan bekas speaker Dewan Rakyat itu.

“Tetapi dalam konteks pertarungan Pilihan Raya Negeri ini, kami adalah sekutu penting dalam konteks kerjasama Warisan Plus. Itu isu dia.

“Dan kalau ada di sebelah sana dengan pengakuan Usno terjermahkan supaya penyokong-penyokong mereka dapat terjemahkan berikan undi kepada calon PKR dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Pengerusi PKR Sabah Christina Liew pula mengatakan beliau tidak tahu sekiranya terdapat kerjasama antara pimpinan tertinggi parti dan Usno.

“Fokus saya sekarang, saya mau menang, saya hanya fokus kepada kerusi saya sendiri, itu saja,” kata timbalan ketua  menteri sementara Sabah yang bertanding di DUN Api-Api itu.


INI FITNAH

DARI AHLI PKR

YANG DAH LARI

AMIN

ORANG SABAH

JANGAN CAYA

FITNAH DARI

AJEN BERSATU

AMIN

BEBAL BAWA BAHAYA






BEBAL BAWA

BAHAYA
Ada ramai penduduk bumi 
yg percaya kobid tu tak wujud pun, 
cuma propaganda kerajaan dunia. 
Kahkahkah bangang. 
on 
CHINA MERAH TIPU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/09/20

ka

BANI MELAYU WAJIB SEDIA






BANI MELAYU

WAJIB SEDIA
Saya rasa bukan the Star tapi banyak lagi...termasuk agensi kerajaan, sultan juga...di orang dah kena BGY dah...tapi kalau nak lawan balik, kena bijak, jangan main melalak kat blog ni je...kena kenalpasti siapa yg dah pau...

belajar lah dari Sun Tzu the Art of War Ramai Cina di Malaysia telah termakan racun propaganda PKC tentang motherland...mereka lawan balik tanpa sedar yg diorang jaga tu, Parti Komunis China, tu polong merah yang menyebabkan tumpahnya darah rakyat Cina yang berjuta-juta.
 Kekejaman mereka amat sukar dibayangi, kerakusan kuasa mereka amat ganas... Engkau petik youtube China in Focus afalah disebabkan ia adalah hasil titik rakyak Cina yang tengah lawan balik... 
on 
BERSEDIA
 BANI MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 19/09/20

TT,

BAHAYA BARU - CHINA KAYA BELI KERAKYATAAN





BAHAYA BARU

CHINA KAYA BELI STATUS
AWAS
MEREKA AKAN MERASUAH
SAMSENG KAYA JUGA
AKAN DATANG SAMA

PEMBAWA KEBENARAN







PEMBAWA

KEBENARAN


Selamat Datang 

ke MalaysiaNow

Terdapat satu kisah berulang kali diceritakan dalam sejarah Islam tentang seorang pemuda di Tanah Arab lebih 1,400 tahun lalu. Beliau terkenal sebagai seorang yang amanah dan sentiasa bercakap benar, sehingga menerima gelaran Al-Amin.

Suatu hari, di hadapan orang ramai, beliau bertanya apakah mereka akan mempercayainya jika mengatakan terdapat pasukan musuh di sebalik bukit bersiap-sedia menyerang mereka. Mereka menjawab sudah tentu akan percaya kerana pemuda itu tidak pernah berbohong.

Pemuda itu ialah Nabi Muhammad. Walaupun dengan reputasi baik dan dihormati dalam kalangan masyarakat seperti ditunjukkan dalam episod ini, baginda menjadi musuh utama di tanah airnya selepas mula berdakwah kepada masyarakat yang tidak mahu mendengarnya.

Pengajaran daripada episod ini jelas: apabila berdepan tanggapan sosial dan kepentingan kelompok, kebenaran tidak lagi menjadi keutamaan, walaupun dalam kalangan mereka yang mengenalinya sebagai seorang yang tidak pernah berbohong.

Orang hanya percaya kepada apa yang sesuai dengan mereka, yang paling mudah untuk dipercayai tanpa mengira kredibiliti sumbernya.

Hari ini, masyarakat dihidangkan dengan pelbagai pujuk rayu untuk memenangi hati mereka: sama ada jenama pencuci pakaian yang paling baik, ataupun sekolah untuk anak mereka, atau jenama kereta yang sesuai, atau individu yang paling boleh dipercayai untuk menerajui pentadbiran negara dan seterusnya dipertanggungjawabkan dengan wang cukai kita.

Setiap pujuk rayu dibuat dengan andaian individu, institusi, syarikat, jenama atau parti politik itu boleh dipercayai.

Tetapi kecanggihan teknologi yang didominasi internet, media sosial dan penggunaan data, menyaksikan pemahaman masyarakat mengenai amanah dan kebenaran kini mengalami perubahan besar.

Sekarang kita sudah boleh mempercayai entiti tanpa nama dan tanpa wajah untuk menguruskan wang kita (sistem perbankan tanpa talian), untuk menaiki kereta peribadi orang kita tidak dikenali (Grab), malah bermalam di rumah orang asing (Airbnb).

Kita juga membenarkan syarikat antarabangsa dan laman sesawang “mencurigakan” mempunyai akses kepada data peribadi apabila sewenang-wenang menerima “cookies” secara membuta tuli setiap kali diminta.

Begitu juga, kini terdapat kencenderungan mempercayai mereka yang memujuk kita dengan kepercayaan dan nilai melalui slogan dan “soundbites”, tidak kiralah jika kelakuan mereka langsung tidak meyakinkan.

Kita menonton, memberikan tanda suka dan berkongsi klip video terhadap orang yang berbicara mengenai agama dan nilai hidup yang berkaitan, begitu juga ahli politik yang cuba memikat orang ramai dengan janji kehidupan lebih baik.

Selalunya, kita tidak tahu dan tidak peduli siapa mereka. Dan entah mengapa, kita rela mereka mengarahkan kita dalam pemikiran dan kepercayaan.

Begitu juga dalam penerimaan kita terhadap media yang menjadi tempat kita bergantung untuk maklumat dan perkembangan semasa. Sekali lagi, kita memilih untuk menganggap sebahagian media sebagai pembawa kebenaran, tetapi menolak yang lain sebagai berita palsu.

Jadi, adakah kebenaran itu penting?

Bagaimana pula kebenaran dianggap penting sedangkan yang menyenangkan hati kita adalah perkara tidak benar? Itulah realitinya, sama ada dalam politik dan pemberitaan, mahupun pemasaran dan perniagaan.

Dan sebab itu jugalah orang seperti Donald Trump diangkat sebagai pemimpin tertinggi Amerika Syarikat, walaupun terkenal dengan sikap tidak pedulinya terhadap kebenaran.

Begitu besar jurang antara kebenaran dan amanah, sehinggakan orang tidak teragak-agak mempercayainya, semata-mata kerana apa yang disampaikannya adalah apa yang mereka mahu dengar.

Bagaimana pula wartawan memainkan peranan dalam situasi sedemikian?

Kebenaran dan amanah adalah tunggak kepada kerja-kerja pemberitaan.

Prinsip-prinsip inilah yang membezakan wartawan dengan apa yang sekarang disebut sebagai penulis kandungan atau “content writer”.

Dan sebagai wartawan, yang mengutamakan realiti daripada imaginasi, kebenaran dan amanah mestilah selari.

Sementara penulis kandungan mengaku mencari kebenaran, hakikatnya mereka hanya mahu mendapatkan keyakinan pembaca.

MalaysiaNow dilancarkan dalam keadaan yang mencabar ini, apabila kebolehpercayaan terhadap sesuatu terputus daripada kebenaran.

Kami mahu membina keyakinan terhadap kandungan kami, tanpa cuba berhujah bahawa ia mewakili kebenaran. Sama ada orang mahu menerima sesuatu itu sebagai benar, itu di luar kawalan kami. Apa yang dapat kami berikan, ialah sesuatu yang diperlukan dalam mencapai kebenaran.

MalaysiaNow bukanlah sebuah lagi portal “berita terkini”. Kami juga bukanlah golongan wartawan yang merasakan kekuatan kewartawanan adalah kebolehan dalam menyampaikan sesuatu berita dengan pantas.

Apa yang kami harap dan dapat lakukan adalah memberi pencerahan mengenai sesuatu berita kepada rakyat Malaysia, supaya isu-isu kritikal yang mempengaruhi kehidupan mereka diperhalusi dan  diperdebatkan tanpa dikaburkan politik kepartian yang terlalu banyak mencorakkan negara kita pada hari ini.

Ini adalah hasrat kami yang rendah hati, disokong pasukan wartawan dan penulis yang berdedikasi dan dilatih hampir sepenuhnya di platform media dalam talian. Kami harap anda akan menjadi sebahagian daripada usaha baru ini.

Jangan hanya terima apa yang kami tulis sebagai kebenaran tanpa mempersoalkannya. Tetapi yakinlah pendekatan kami adalah berdasarkan kebenaran.


Dan sekiranya tiba masa kami harus melaporkan ada segrombolan musuh sedang bersiap untuk melancarkan serangan, kami harap pembaca akan mempercayai kami, kerana kami tidak pernah berbohong.


BETUL KE NI?




BETUL KE NI ?


PKR guna Usno 

sabotaj Warisan Plus?

BERITA MENYUSUL

TEKNOLOJI BAWA BUDAYA





TEKNOLOJI BAWA

BUDAYA BARU
trend terkini, bila buat kerja buat road show di face book, twitter, Instagram kah kah kah, kerja polis untuk tangkap penjenayah perompak, tapi perompak nombor satu masih bebas, siapa itu, ini tangkap jual datuk, tangkap curik basikal, tangkap curi lembu masuk FB, kemudian ribu ribu bagi like sebab buat kerja mereka yang memang bayar gaji, 


tak pelik kah Malaysia ini, berbasikal hujung minggu masuk face book, lawat orang sakit masuk FB, nak berak masuk FB, nak makan masuk FBnak sembahyang masuk FB, nak sedekah masuk FB, meluat lah, semua masuk FB macam jadi satu budaya baru kah kah kah 
on 
JUAL DATUK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 19/09/20

jual

TAPAI MUNCUL KEMBALI





PORTAL BARU

https://www.malaysianow.com/
SAKAI BIDUANDA
DARI  JELEBU MENULIS
TENTANG PANGGANG CIKAH
DAN 
PISANG SALAI
KEGEMARAN  TENGGANG


https://www.malaysianow.com/opinion/2020/09/20/tapai-by-hishamuddin-rais/

RAMALAN ANTARES






RAMALAN ANTARES
Ramalan Antares mungkin ada yg mengena. Tapi yg pasti seluruh rakyat Mesia kena tanggung bayaran balik bond dlm jumlah billion US Dollars dgn interest sekali. Jo Low juga yg sedap. Dapat sebahgian duit bond tanpa perlu bayar balik. Kah kah kah. Idup mesia
 on 
RAMALAN ANTARES
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/09/20

It

BETUL KE ? KALAU BETUL INI BERITA BAIK




BETUL KE ?

KALAU BETUL INI

BERITA BAIK
kahkahkah pkr libaran ni
 geng mat semburit, 
sakai tak tau ke?
 on 
BETUL 
KE BERITA INI ?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 19/09/20

be

CHINA MERAH TIPU





CHINA MERAH TIPU
betul tu. gua dari dulu dah cakap.. gua tak percaya wet market boleh menghasilkan virus seperti itu. cerita wet market dengan sup kelawar itu propaganda china saja untuk tipu orang ramai... Wuhan letaknya makmal buat kajian virus. 
on 
SEBARKAN KEBENARAN
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 19/09/20

p

BERKHALWAT KE HARI 187






KHALWAT 187

 AHAD 20/9/2020
KITA MASUK KE HARI  187
BERKHALWAT

SABAH ADA PILIHAN RAYA
TUP TUP
RAMAI SANGAT KOBID
DATANG KE SANA
YANG PELIKNYA
MAT KOBID INI
DATANG  KE KAMPONG
APDAL 
MACAM TAU TAU AJE

APAKAH
MAT KOBID INI
KENA SURUH PERGI KE SANA
SAJE TANYA
JANGAN MARAH

GUA MASUK HOKKIEN
YANG CERAH DAN SEGAR
KUALA LUMPUR TERANG
TAK ADA JEREBU MONOKSIDA

SAEKOR JANTAN BERSUARA
HANYA TIGA KALI
KEMUDIAN SENYAP
TAPI SAEKOR TUKANG
TUNG TUNG TUNG
KUAT DAN BISING
DARI JAUH GUA DENGAR
KENG KENG KENG

SIMPONI CENGKERIK REHAT
PANAS TIGA HARI
MEREKA BEREHAT

PIPIT ENJOY DE MENJOY
KENDURI MENUAI
SATU KUMPULAN
SINGGAH ATAS
POKOK KEMBOJA PUTEH
BILA PIPIT SAMPAI
BIBIT BIBIT ITAM MUNCUL

AWAS  BRO
BILA EGO KITA  MENGELEMBONG
IANYA AKAN TURUN KE BUMI
MELALUI GAGAL YANG JELAS

BILA RASA NAK  KALAH
JANGAN BAYANGKAN PADA MUSUH
TETAP BERMUKA
TEGAS DAN KUKUH

TARIK NAFAS
SEDARI SAAT INI
DAN
TANYA DIRI
APA YANG MUSTAHAK 
DI SAAT INI

UNTUK MENDAPAT PENCERAHAN
MEMERLUKAN  KESEDARAN
DARI ILMU PENGETAHUAN

KITA BOLEH UBAH
KITA BOLEH TERIMA
KITA BOLEH TOLAK
TAPI JANGAN HANYA MENUNGGU
DENGAN HARAPAN IANYA
AKAN BERUBAH
TANPA MEMBUAT APA APA
BERHARAP NAK TINGGALKAN
TAPI TAK BUAT APA PUN
TOLAK PUN TAK TOLAK

BRO
KITA ADA SATU PEKARA 
YANG KITA ADA KONTROL 
PADA SAAT INI
PEKARA ITU
IALAH APA YANG ADA
DALAM FIKRAH KITA
JADIKAN FIKRAH KITA
DAMAI SELESA SENANG
JADIKAN IANYA KUDRAT AGONG

KALAU MAMAT SEBELAH HANG
BUAT HANG MARAH
ERTINYA MAMAT INI
BERJAYA MENAWAN HANG

JIKA HANG TAKDA
KAWALAN DIRI
MAKA SEMUA AKAN TERBARAI

LALUI HIDUP TANPA
TAKUT PADA APA APA
SERANG HIDUP INI
DENGAN TENAGA CEKAL

DISPLIN DIRI
KAWALAN DIRI
ADA  NILAI HIDUP
LEBIH DARI YANG LAIN

JIKA KITA MEMERENTAH
DIRI KITA
MENJAGA KEBERAHIAN 
DAN KETAKUTAN
INI BERMAKNA
KITA LEBIH BERKUASA
DARI SULTAN

JUJUR PADA DIRI KITA
JUJUR PADA SIAPA KITA
JUJUR TENTANG APA DIA   KITA
JADIKAN IANYA LENCANA
SEMATKAN  DI DADA
HANYA  UNTUK SAORANG
SAORNG ITU
IALAH KITA
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT