PERBINCANGAN SERIOUS

nota:
mubarak sedang mendapat
nasehat benjamin netanyahu
tentang bagaimana hendak
membuat undi pos kah kah kah
KEADILAN DEDAH KEMASUKAN PENGUNDI POS BESAR-BESARAN DI DUN-DUN UMNO PERAK
YB Chan Ming Kai, Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Perak telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN UMNO di Perak pada tahun 2010 dalam Sidang Media Mingguan parti pada 1 Mac 2011.
Contohnya, di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.
DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. KEADILAN tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008.
YB Ming Kai juga menjangkakan UMNO akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sg. Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2008 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sg. Rapat.
Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos.
YB Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.
UNDI POS MASUK KELUAR DI PERAK 2010 CONTOH KAWASAN DUN
DUN MASUK KELUAR
PANGKOR +5669 -368
KAMUNTING +1102 -146
TEMENGGOR +690 -38
PENGKALAN HULU +506 -117
CHENDERIANG +255 -31
SUNGAI RAPAT +248 -31
nota:
kalau pilihanraya boleh megubah sesuatu
telah lama pilihanyara di haramkam
nota:
inilah cara presiden mubarak dapat berkuasa
selama 40 tahun di mesir
mubarak menggunakan undi hantu
mubarak menggunakan undi pendatang afrika
mubarak memggunakan undi pos
tak kan tak faham faham kah kah kah








