.

Ahad, 1 Mac 2015

PM BARU UNTUM MALAYSIA




KOMENTAR
muhyiddin yassin yang 
pernah berkata
saya melayu dulu
kemudian malaysian
kini telah berubah

muhyiddin telah lari '
masuk ke ruang tengah
tidak mahu dilihat rasis
tidak mahu dilihat bengis

apa maknanya

ini tanda tanda
muhyiddin sedang bersedia
untuk menggantikan najib

NOTA
bik mama 
nak ke mana nanti?




TPM: Bersatu hadapi apa jua keadaan


Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negara ini bersatu dalam menghadapi apa jua keadaan kerana perpaduan akan menjamin kejayaan dan kesejahteraan bersama pada hari-hari mendatang.

Beliau berkata kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara terletak pada jalinan hubungan kaum yang harmoni.

"Rasa kesangsian, rasa kecurigaan dan rasa ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan perlulah dielakkan.


"Ia pastinya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan yang akhirnya merugikan negara kita serta mensia-siakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan juga pemimpin-pemimpin terdahulu," katanya.

Muhyiddin berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2015 di Dataran Menara Condong di Teluk Intan malam tadi.



KAH KAH KAH

woit
ini bukan ucapan
mat mongol
ini bukan ucapan
bik mama
ini bukan ucapan
malikul sembab
bukan bukan bukan
ini ucapam PM malaysia

APA PUNYA NASIB
-----------

SETIA PADA BALAK





KUMPUILAN HELI

Ada golongan ‘barua’ dalam PAS, kata Nik 

Abduh
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa wujud kelompok yang dilabelkan "barua" di kalangan ahli PAS, lapor Sinar Harian hari ini.
Katanya, ketaatan kelompok "barua" itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepada parti Islam itu sendiri.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ada-golongan-barua-dalam-pas-kata-nik-abduh#sthash.PBfx4bn8.dpuf
 TIM BALAK

KAH KAH KAH

woit
dulu ada tim pelesit
dulu ada tim parasit
dulu ada tim mini cooper
dulu ada tim pil kuda

dulu ada tim balak
yang setia pada projek
jual balak hingga
banjir datang

tim barua ini 
baru dengar
tapi best juda
setia pada pakatan
kah kah kah

APA PUNYA TUUUR





------------

MASA DEPAN MALAYSIA





MASA DEPAN

Testimoni Saiful faktor utama penentu nasib Anwar, kata peguam


Selasa ini, Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.
Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/testimoni-saiful-faktor-utama-penentu-nasib-anwar-kata-peguam#sthash.zjmrRZFU.dpuf




KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
30 juta rakyat malaysia
masa depan malaysia
masa depan mahkamh malaysia
masa depan kedudukan malaysia
SEMUA bergantung
pada lubuang jubur sifoool
kah kah kah

APA PUNYA LUBANG


---------------

SATU UCAPAN






PERGI
perginya altantuya ditangisi ramai.... perginya mh370 diratapi semua..... perginya mh 17 diselubungi duka..... perginya najib pegi mampos lah dia.... kahkahkah on UNDUR NAJIB UNDUR ROSMAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/1/15




-------------

NAJIB MAKIN DI ASAK







KOMENTAR

akhbar harakah
hanya ulang sebut
pekara yang disebut oleh
akhbar amerika
the new york times

persolananya kenapa
tak berani saman akhbar 
the new york times

kenapa hanya saman harakah

NOTA
pelik tetapi benar
najib nak berbaik baik
dengan PAS
tak nak tandang kerusi arwah nik aziz
ambil gambar dengan MB kelatan
tetiba saman HARAKAH
harakah ialah akhbar resmi pas

apa  najin razak kena perangkap?
perangkap siapa?


1MDB: Najib beri amaran terhadap pemfitnah kaitkan dirinya dan keluarga

KUALA LUMPUR: Najib Razak memberi amaran kepada pihak yang membuat fitnah liar dengan mengaitkan dirinya dan keluarganya berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau melahirkan rasa kesal terhadap laporan sebuah akhbar lidah rasmi pembangkang yang menyiarkan satu laporan palsu pada 19 Februari lepas dan menyifatkan artikel itu sebagai tidak bertanggungjawab serta ia satu pembohongan.
"Sesungguhnya apa yang ditulis di dalam artikel HarakahDaily bertajuk 'Dana 1MDB Biaya Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)' yang diterbitkan pada 19 Februari adalah fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan, langsung tidak bersandarkan fakta dan tanpa apa-apa bukti kukuh.

KAH KAH KAH
woit
ayah yang difitnah
memang boleh bertindak
ayah jaga nama keluarga
ini sikap terpuji
tapi dalam kes najib
siapa RIZA AZIZ
siapa maloan ini?
kalau anak najib
mesti namanya RIZA NAJIB
atau
najib ada nama lain
najib menyamar
nama najib ialah AZIZ
ini yang pelik
anak janda mana ini
kah kah kah

APA PUNYA KANTOI


----------

AKAN AKAN DIPENJARA





DARI ARKIB

tulisan ini telah 
disiarkan pada 
25 oktober 2014







KENAPA ANWAR WAJIB DIPENJARA

Bacalah surah yang aku bawa ini. Surah ini bukan warita orang-orang dahulu kala - warita orang kini jua. Aku membawa surah surah songsang untuk tatapan kita semua. Tuan Pembaca yang budiman jangan terasa hati. Jangan merasa marah. Iqrak dahulu.

Nobat merpati di gunung
Memberi salam nuri di pintu
Berbeka burung di bumbungan
Berkokok si tambang denak
Bertitir ketitir jantan
Berkubu balam tembaga tiga gaya

Surah yang ditulis ini aku harapkan akan dihanyutkan air dari gunung melimpah ke sungai dari sungai mengalir ke laut. Surah ini aku harapkan akan akan diterbangkan angin naik ke awan. Jatuh diawan disambar helang dan gagak untuk disebar ke Kampong Hulu dan Kampong Hilir. Hendaknya.

Titir canang pemanggil
Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung

Aku amat amat yakin pada Selasa 28 haribulan Oktober 2014 ini nanti Anwar Ibrahim akan dipenjara. Rayuan Anwar akan meleset dan gagal. Lima orang Tuan Hakim termasuk Ketua Hakim Negara yang akan menjadi Pengerusi Sidang Mahkamah Rayuan ini akan mendapati Anwar bersalah.

Inilah surah songsang yang aku bawa. Sabar dahulu, biar aku huraikan kenapa Si Anwar ini akan dipenjara. Kau baca dahulu apa yang aku tulis ini. Satelah selesai bacaan maka kau berbunyilah sahendaknya.

Aku berani menulis sademikian kerana dari apa yang aku amat-amati telah jelas. Bagaikan terang lagi bersuluh. Bagaikan talipon telah berdering. Bagaikan durian sudah dapat aku ciumi. Semua babak-babak politik yang berlaku kebelakangan ini menyatakan bahawa Si Anwar ini akan masuk penjara.

Awal-awal duhulu aku memiliki pandangan bahawa 'tidak mungkin' Si Anwar ini dihantar ke Sungai Buluh atau Kajang. Kenapa aku beralih pandangan. Apakah aku telah ditumbuk rusuk hingga terbatuk-batuk? Jawabnya tidak. Realpolitik – uberpolitik kata orang German – menyakinkan aku bahawa Anwar akan dipenjara.

Awal wahid: Pada hemat aku memasukkan Anwar ke penjara ini adalah satu pelaburan Najib dan Rosmah yang paling lumayan. Umum telah mengetahui bagaimana Najib dan Rosmah bersama Saiful telah bersama merancang untuk memerangkap Anwar.

Mustahil para pembaca lupa bagaimana Saiful menutup lubang juburnya selama tiga hari. Mengikut surah media lubung juburnya tertutup dan padat dengan air mani. Walau pun juburnya sendat dengan air mani Si Saiful ini telah datang bertemu Najib dan Rosmah untuk membincagkan stratiji memerangkap Anwar. Malah Najib sendiri telah memegang tangan Saiful yang dilaporkan oleh media – Najib memegang TANGAN SAIFUL YANG SEJUK.


Inilah buktinya - satu pelaburan murah tetapi pulangan yang amat lumayan. Najib dan Rosmah meraih pulangan yang tidak terhingga.

Apakah para pembaca telah lupa bagaimana juru lecok dan juru heboh Mahathir telah berleter tentang Najib seorang Perdana Menteri yang manai. Najib lebih lembik dari Dolah Badawi. Apakah perlu aku ingatkan tentang Kadir Jasin dan Zainuddin Mydin telah secara terbuka memukul canang memberi tanda bahawa Najib Razak wajib ditendang jika United Malays National Organisation mahu selamat. Dalam firasat dua ekor budak suruhan Anak Lelaki Iskandar Kutty ini Najib adalah 'jantan lembik' yang tidak bermaya dan tidak bertenaga untuk mengkemudikan ajenda – ketuanan Melayu. Najib wajib diganti.

Justeru apabila Anwar dipenjara ini ialah sebotol Viagra yang ditelan Najib. Dengan pantas Najib akan naik 'ngang' dan memiliki syawat keberanian untuk melakukan sesuatu. Selama ini dilaman media sosial – di Face Book, blog dan di Tweeter - Najib digambarkan sebagai Jantan Mandul yang takut kepada bini. Imej Najib kena ' rojak kang kang' ini telah tersebar meluas. Kesah-kesah Rosmah menengking Najib secara terbuka telah menjadi rahsia umum.

Aku wajib mengingatkan pembaca bahawa yang membebaskan Anwar Ibrahim ialah Abdullah Badawi. Tun Dolah sosok yang warak ini juga adalah musuh ketat Anak Lelaki Iskandar Kutty. Justeru, dengan memasukkan Anwar sekali lagi ke penjara pasti akan mengumbirakan Anak Lelaki Iskandar Kutty gumbira. Satu KPI untuk Najib.
Pada hemat aku masa dan saat untuk Anwar ke penjara ialah 29 haribulan ini. Ini tarikh yang tepat. Aku TIDAK perlu mencari Raja Bomoh atau berjumpa Harun Din untuk menilek air dipinggan. Aku sendiri boleh meramalkan apa yang akan berlaku minggu depan. Pergolakan politik terkini meyakinkan aku bahawa Anwar akan kena.

Pada ketika ini Pakatan Rakyat tidak sekuat ketika mula menang PRU13 dahulu. Apabila Sultan Selangor memungut Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi kompak dan padu. Malah Sultan Selangor telah menerangkan kenapa Baginda memungut Azmin Ali. Menurut Sultan ini kerana wujudnya perbalahan dalam Pakatan. Ini kata-kata Sultan Selangor. Kata-kata ini tepat sekali.

Apakah perlu aku melakarkan bukti tentang apa yang terjadi dalam Pakatan. Apakah para pembaca telah mula lupa tentang perangai dan kelakuan Hadi Awang yang berdulak dalik? Haji Hadi yang kini dianggap Jaguh You Turn adalah salah satu punca yang menjadikan Pakatan Rakyat tidak keras padu.

Kelakuan Hadi Awang yang berdolak dalik ini telah memberahikan nafsu syawat Najib untuk bongkar dan mengembang. Najib merasa dan melihat Pakatan tidak 'solid' lagi. Dalam masa yang sama umum juga telah diberitahu bahawa wujudnya satu gerombolan yang menamakan diri mereka Youji. Gerombolan ini dikatakan telah 'bersulit-sulit dan bercanda-canda' dengan Najib. Bila aku mencongak pada 29 haribulan ini gerombolan Youji ini pasti akan 'bersyukur' Anwar Ibrahim dipenjara.

Disini biar aku buka labon sejarah - pada 20 September 1998 apabila Anwar Ibrahim ditangkap – dia adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Timbalan Presiden Parti Gerombolan Ketuanan Melayu. Penangkapan Anwar ini memeranjatkan Minah dan Mamat dari hujung kampong hingga ke cerok Felda. Penangkapan ini telah menjemput ribuan warga dan anak muda untuk berpolitik di jalan raya. Benterokan dan pertempurran hebat berlaku di jalan raya. Ramai yang cedera dan ramai yang ditangkap.

Pada 29 haribulan nanti aku yakin TIDAK ramai yang akan datang ke Mahkamah di Putrajaya. Ini bukan kerana TIDAK ada sokongan kepada Anwar. Sokongan masih teguh. Apa yang kurang ialah jenerasi anak-anak muda yang membesar 15 tahun lalu kurang arif tentang sejarah Bontot Azizan yang berbulu dan juga lubang jubur Saiful yang sendat dengan air mani.

Aku juga yakin bahawa pemenjaraan Anwar ini amat-amat disukai oleh Cucu Iskandar Kutty dan Menantu Dolah Badawi. Khairy Jamluddin dan Mukhriz pasti menyimpan niat untuk menjadi ketua Gerombolan Ketuanan Melayu. Budak dua ekor ini pasti melihat Anwar Ibrahim ini sebagai penghalang projek mereka untuk menjarah harta kekayaan negara ini.

Malah aku rasa bukan sahaja Khairy dan Mukhriz merasa selesa apabila Anwar dipenjara – ramai juga pemimpin dan ahli United Malaya National Organisation akan merasa 'happi' kerana Anwar telah menerima hukuman. Tocang Najib yang terbarai akan mencanak naik dalam Parti Ketuanan Melayu. Nyawa Najib dan Rosmah bersambung apabila Anwar dalam penjara

Akhirnya dalam surah songsang ini aku wajib menjelaskan bahawa kes jubur Saiful ini bukan hal undang-undang atau hukum hakam atau Perlembangan Persekutuan. Ianya juga pada hemat aku tidak ada sangkut paut dengan agama agama, dengan Islam, dengan Tok Arab, dengan ilmu fikah atau ilmu tajweed.

Ianya juga bukan tentang bahan bukti, atau tentang keterangan saksi atau juga alabai atau tentang bagaimana undang-undang dan hukum wajib di fahami. Ianya juga TIDAK ada sangkut paut dengan semangat perundangan atau pun bersangkutan dengan Piagam Hak Asasi Manusia yang digunapakai oleh Bangsa Bangsa Bersatu.

Anwar Ibrahim dipenjara untuk menyelamatkan United Malays National Organisation dari runtuh terbarai. Anwar Ibrahim dipenjara untuk tujuan politik. Anwar Ibrahim dipenjara untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kucar kacir dan koyak rabak.
Selagi sosok yang bernama Anwar Ibrahim dapat bergerak bebas. Selagi Anwar Ibrahim dapat berhadapan dengan Mak Cik dan Pak Cik di kampong. Selagi Anwar Ibrahim dapat berkata kepada media. Selagi Anwar Ibrahim dapat berucap diluar negara – nyawa dan nafas United Malays National Organisation akan menjadi sesak dan pendek.

Sama ada Haji Hadi menerima hakikat ini, sama ada Nik Abduh menerima hakikat ini, sama ada Harun Din menerima hakikat bahawa sosok Anwar Ibrahim inilah yang melahirkan ikatan setiakawan antara PAS, DAP dan PKR. Benci bagaimana pun sesorang terhadap Anwar Ibrahim – mereka TIDAK akan dapat menafikan apa yang aku tulis ini.


Tanda dan makna telah aku lakar. Aku ingin ingatkan bagaimana datuk nenek moyang kita mengira hari;

Tengah malam sudah terlampu
Dinihari belum lagi tampak
Budak budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik rintik
Bunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mandung merak mengigal
Fajar sedang menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Tak tibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdengut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal panjang sejari
Itulah alamat hari nak siang
Inilah tanda Anwar akan dipenjara (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melangan
akahbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
























---------

LUBANG JUBUR SAIFOOL






FACE BOOK



19 hrs ·
SOALAN CEPUMAS:







--------