Sabtu, 30 Ogos 2008

THAMBY SUKA BUDAK KECIK

KUALA KANGSAR, 30 Ogos (Bernama) -- Risda hari ini kecewa apabila kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat tidak meluluskan Projek Agropolitan atau kota pertanian di Air Ganda yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 400 keluarga miskin tegar, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.


Yah yah yah… kah kah kah … nak bagi duit buat apa pada Mamat ni…. Nanti dia belanja ais krim untuk budak-budak kecik…. Kah kah kah…..

YA RABBI KENAPA BODOH SANGAT NI !!

MACHANG, 30 Ogos - Sektor pendidikan tinggi mengalami transformasi besar-besaran dalam tempoh 51 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dengan melahirkan golongan intelek dan guna tenaga yang memenuhi keperluan di pelbagai bidang, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.

Beliau berkata usaha itu kini terhasil apabila lebih ramai golongan profesional dilahirkan yang bukan sahaja menepati kualiti ( KUALITI ?? kah kah kah ) tetapi dalam setiap pencapaian keperluan pembangunan modal insan ia mengikut keperluan pelbagai industri.


Kah kah kah….mana punya menteri bodoh sangat ni… dia tak tahu ke menteri sendiri pun TIDAK hantar anak-anak mereka belajar di universiti tempatan. Semua antar oversea….

Mana ada kualiti…. Tercorot bolehlaaaa… Naib chanselor Universiti Sintok pun ngok macam belanga kah kah kah…. Apa punya tuuur nama Sintok …. Kak kah kah...

JANGAN BOHONG HAL MERDEKA

Setiap tahun - pada bulan Ogos -  rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA.  Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong.  Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963.  Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ).  Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar.  Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat.  Ini bukan darurat.  Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut.  Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM),  Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API),  Angkatan Wanita Sedar (AWAS ),  Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud.  Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai.  Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila.  Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu?    Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah  KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob.  Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh.  Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)

JANGAN RAMPAS MANDAT RAKYAT - PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menempelak percubaan pihak tertentu untuk menggugat kestabilan negara dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat.

Sambil menegaskan usaha itu perlu ditolak, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan sekali-kali membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional (BN) yang memenangi majoriti pilihan raya umum Mac lalu secara sah mengikut lunas demokrasi.

Kita perlu meneruskan tugas mentadbir dan bukan membuang masa dengan ancaman-ancaman oportunis untuk merampas mandat rakyat menenerusi cara yang tidak demokratik, tegasnya.


Kah kah kah…. MENGIKUT LUNAS DEMOKRASI… kah kah kah … pandai pulak cakap hal lunas demokrasi.

Woit…. CARA DEMOKRASI …. terperanjat gua.  Mamat ini udah mula pandai cakap hal demokratik pulak…. Ini perkembangan baru.

Woit! Rakyat bukan nak jatuhkan Abdullah Badawi. Tetapi gerombolan United Malays National Organisation sendiri yang nak tolak dan jatuhkan Dolah….. tak kan tak faham-faham…. Tu pasal suruh pergi sekolah dulu dia lari … pergi tangkap ikan laga tepi bendang.

THIS IS TRULY A MESS, A VERY BIG ONE - Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Aug 28 — A grand alliance between two of Southeast Asia's wealthiest tycoons, Malaysian T. Ananda Krishnan and Indonesian James Riady, has collapsed into an acrimonious face-off that could lock their businesses in a bitter legal battle.

In Indonesia, a joint venture into a pay-TV business has turned hostile. Allegations of embezzlement and fraud, including charges that unauthorised payments were made to an unnamed family member of former Malaysian premier Tun Dr Mahathir Muhamad, have been levelled.


Ni ‘bayar duit’ pada siapa ni…siapa dia ….. an unnamed family member of former Malaysian premier Tun Dr Mahathir Muhamad ….. keluarga yang mana ni? Saudara mara siapa ni….?

ANWAR MAHU SERTAI SEMULA UMNO - MAHATHIR

KLANG, 29 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan hasrat untuk menyertai semula UMNO.

Beliau berkata, Anwar berbuat demikian semata-mata mahu memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya fikir dia hendak sertai UMNO semula tetapi sama ada UMNO hendak terima dia atau tidak, itu soal lain.



Gila lagi orang ni..... dah jatuh gila talak ke?  Dia sendiri yang menginding nak masuk gerombolan United Malays National Organisation dia tuduh orang lain yang pula...... kalau nak masuk... masuklah.

Bagi fakta pun slah. Anwar bukan nak masuk gerembolan United Malays Organistion. Dari dulu lagi Anwar telah cerita yang dia nak musuk MIC. Kah kah kah ka........
 

MALAYASIA TODAY DI SEKAT KERANA MENGHINA NABI??

KUALA LUMPUR, 29 Ogos-Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak menyekat laman web Malaysia Today kerana artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad.

Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, artikel tersebut didapati cuba membandingkan Nabi Muhammad dengan perlakuan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan pemimpin Al Qaida, Osama Bin Laden.



Woit Malaysia Today bukan menghina nabilaaaa..... laman web ini buka cerita Najib, Rosmah dan Altantuya.

Bila pulak masanya Najib jadi Nabi.

Ada sesiapa pernah terbaca nabi yang bernama Nabi Rosmah. Kitab mana SKMM sudah baca...