Khamis, 14 Mac 2024

SAPA KONTREKTOR UNIVERSITI SINTOK


SAPA KONTREKTOR

BUAT BANGUNAN

UNIVERSITI SINTOK

KHALAS

BUNUH KEVIN MORAIS ENAM TETAP DI GANTUNG


BUNUH KEVIN MORAIS

ENAM TETAP

DI GANTUNG

KHALAS

CARA MADANI INI BAIK ATAU CARA JAHAT ?


CARA MADANI INI

CARA BAIK ATAU

CARA JAHAT

AMIN

TUDUH ORANG LAIN SESAT - SENDIRI TAK SESAT ?




The Ahmadi Religion of Peace and Light ajaran sesat, bercanggah dengan Islam – IKIM

KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menegaskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) yang kini giat disebarkan secara dalam talian merupakan ajaran sesat yang tiada kaitan dengan ajaran Islam.

Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, ajaran ini menyeru orang ramai agar menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin-pemimpin Imam Mahdi yang didakwa telah muncul masa kini.

Ajaran ini mempercayai penjelmaan semula (reincarnation), juga mempercayai bahawa utusanutusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa and Nabi Muhammad SAW. 

Lantaran itu, beliau  memberi peringatan itu supaya masyarakat Islam tidak diperdaya dengan ajaran ini walaupun kandungannya dilihat banyak memetik ayat- ayat al-Quran dan hadis.

‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ diketuai oleh individu yang menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al- Sadiq, yang mengakui dirinya ialah Imam al-Mahdi.

“Ajaran sesat ini menjadi popular lebih melalui penstriman langsung di TikTok dan memuat naik video di Youtube , selain mempunyai jumlah penonton yang ramai.

“Kebimbangan tercetus apabila akaun Tiktok tersebut mempunyai lebih 30,000 pengikut (followers) dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi mereka serta dipercayai sedang beroperasi di luar negara,” kata Azam.

Tegas Mohamed Azam, falsafah ajaran ini bersifat pluralisme agama dan jelas banyak bercanggah dengan ajaran Islam.

“Mereka yang memahami walaupun sedikit ilmu tentang agama Islam pasti akan menyedari ajaran sesat ini bertentangan dengan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini,” tambah beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, IKIM akan menggunakan semua platform seperti Radio, TVIKIM dan media sosial untuk membendung ajaran sesat ini selain menyedarkan masyarakat awam betapa bahayanya ajaran sesat ini jika ia terus berleluasa.

Inisiatif lain yang akan diambil adalah penghasilan penulisan oleh para pegawai penyelidik dan para felow yang akan diterbitkan dalam akhbar perdana dan laman web IKIM.

IKIM memandang serius isu ini dan akan berusaha sehabis baik untuk membendung sebarang penyebaran ajaran sesati di Malaysia. 



WOIT

 TUDUH

ORANG LAIN

 SESAT

AMIN

DIRI SENDIRI

KLIM TAK SESAT

KAH KAH KAH

SAPA BERI TAHU

YANG LU 

TIDAK SESAT

AMIN

KERANA LU ADA

KUASA MAKA 

LU KLIM

 LU TAK SESAT

LU BETUL 

AMIN

ENTAH SAMA SAMA

KARUT DONGENG

AMIN

KHALAS

LOMBONG HARAM - MENTERI KATA ADA DI LIPIS




REE haram di Lipis: Kementerian masih jalankan siasatan – Nik Nazmi


KUALA LUMPUR – Kompartmen 411 di Hutan Simpan Ulu Jelai, Daerah Lipis telah dikenalpasti sebagai tapak perlombongan haram pada Mac tahun lalu selepas penemuan peralatan dan barang makmal yang digunakan.

Bagaimanapun, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad  sehingga kini siasatan masih dijalankan untuk mengesahkan sama ada terdapat sebarang pengeluaran bahan nadir bumi di tapak tersebut.

“Ingin saya jelaskan di sini bahawa kenyataan saya di Dewan Rakyat adalah berhubung aktiviti perlombongan haram di kawasan terbabit.

“Ini kerana hasil siasatan mendapati  penemuan alatan dan barang-barang makmal yang digunakan menunjukkan kawasan tersebut adalah untuk melombong mineral unsur nadir bumi (REE),” katanya menerusi kenyataan.

Baru-baru ini, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timor (DAP) di Dewan Rakyat semalam, Nik Nazmi berkata, terdapat pengoperasian nadir bumi secara haram di beberapa kawasan termasuk Hutan Simpan Jerai di Lipis.

Pada sesi itu, Lee Chuan How bertanya status larangan eksport nadir bumi ketika berlaku peralihan teknologi bagi pemprosesan dan industri hilirannya dibangunkan, sebagai suatu langkah untuk memanfaatkan kadar ringgit yang optimum bagi eksport tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam berkata, kenyataan Nik Nazmi di Parlimen itu kurang tepat kerana tiada sebarang aktiviti pengeluaran nadir bumi di daerah Lipis walaupun terdapat cubaan untuk melakukan aktiviti melombong bahan tersebut.

Sehubungan itu Wan Rosdy berharap fakta itu dapat diperbetulkan kerana kenyataan yang dinyatakan menteri telibat telah menjejaskan nama baik negeri Pahang.

Dalam kenyataan itu, Nik Nazmi turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang yang menubuhkan Pasukan Elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) sejak tahun 2019 memantau aktiviti pencerobohan tanah secara haram termasuk aktiviti perlombongan daripada berleluasa.

Tambah beliau, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan konsisten memberikan komitmen kerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha membendung aktiviti perlombongan haram. – 


LOMBONG HARAM

INI ADA KE TAK?

AMIN

ATAU DAH

MASYUUUK ?

JENG JENG JENG

KHALAS

PERLABURAN DARI GERMAN ?


PERLABURAN

DARI GERMAN ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "TOLAK GENCATAN SENJATA"

Pelaburan "berpotensi" Dari German RM45.4 bilion, kestabilan politik penting.

Memacam istilah pelaburan diperkenalkan papa. Pelaburan komitmen, pelaburan diluluskan pelaburan dijangka, pelaburan potensi cuma pelaburan planta belum lagi disebut.. kah kah kah

Adooii iii mampuih la lokos lencun walaun kena kencing...!!

Anwar berkata, Malaysia mencatatkan pelaburan berpotensi bernilai RM45.4 bilion semasa lawatan di Jerman.

Pelaburan berpotensi itu hadir daripada pelbagai industri seperti semikonduktor, aeroangkasa, peranti perubatan, kimia dan perkhidmatan.

Beliau berkata, semua itu adalah mungkin dengan disokong oleh kestabilan politik yang dimiliki Malaysia dan kestabilan politik adalah penting bagi kalangan pelabur.

Berpotensi itu maksud udah masuk ka blom pelaburan nya ke Malaysia...!?

Adooii iii mampuih la lokos lencun walaun kena kencing...!!

Kata kata mutiara Hari ini..

Saudara, Malaysia satu satu nya negara dalam doonia ini yang cukai 6 % walaun guling guling atas jalan raya tapi jadi diam bisu dan bodoh bangang bila cukai 8% dikenakan.

#kencingselagibolehkencing

DUNIA MAKIN PANAS


DUNIA JADI

PANAS KERANA

PERBUATAN

MANUSIA SENDIRI

AMIN

Unknown commented on 
"TOLAK GENCATAN SENJATA"

Dunia semakin panas dunia semakin ancam manusia, adakah tetiba jadi begitu? Pasti tidak, pasti kerana semuanya karenah manusia belaka, kepanasan melampau akan membakar segala kekayaan yang engkau orang curi dari orang kebanyakan, api neraka akan muncul dalam setiap orang yang beranggapan diri cukup mulia cukup ketuanan sampailah keegoan melampau kah kah kah masa sudah sampai makanan akan tiada, tanaman tidak menjadi air akan tiada, masa ketika itu sudah terlambat, adakah syurga untuk menampung segala makhluk jahat sekarang?

Pasti tidak sekiranya dasar asas kehidupan seharian manusia itu sendiri sudah tidak takut kepada alam semesta, kita hanya sementara takbur tamak harta benda sampai negara rosak rakyat rosak semuanya kena dibayar awal awal tak payah tunggu kiamat tak payah tunggu lagi, akan dibayar jua amin kah kah kah ketawa sementara masih tidak dibenarkan atau dikenakan bayaran kah kah kah

RAFAH AKAN DISERANG !!!


AMERIKA BERSAMA

ZIONIS ISRAEL

SERANG RAFAH

AMIN

MANA ALAMAT KEDAI ARAB YAMAN ?


SILA BERI

ALAMAT KEDAI

ARAB YAMAN

KHALAS

Mat Lekeh commented on 
"BOIKOT KURMA ISRAEL"

Enche TT, mari kita makan kurma Yemen kerana Yemen tiada pukrak mukrak Yemen terus membela Palestine dan minta PM pergi ke Yemen untuk jemput pelabur2 Yemen datang ke Malaya serta minta bawa masuk produk2 Yemen ke Malaysia untuk kita beli dan guna tanda sokongan dan naikkan ekonomi Yemen. Aaminn.

ORANG RAMAI SELESA DGN IMEJ INI


ORANG RAMAI

SELESA DENGAN

IMEJ INI

KHALAS

BERITA DARI PERISEK


ZUKI GUNA BLOGGER SINDIR PM ANWAR



Ada seorang mantan ahli UMNO  kini penulis picisan menulis di FB katanya sudah dua Jumaat PMX gagal membuang Zuki. 

PM Anwar sebagai Bapa Reformasi Malaysia perlu betul-betul REFORM TOTAL sistem pentadbiran negara daripada sisa-sisa Kolonialis British. 

Sejak sebelum 1957 lagi negara kita ditadbir oleh kumpulan PTD era British, pasca British hinggalah skrg yg masih byk bau2 kolonialis.

Ketika era awal merdeka dan zaman Tan Sri Ahmad Sarji, PTD sangat dihormati tetapi sejak Zuki KSN penjawat awam dan rakyat biasa semakin hilang respect.

PTD di bawah Zuki sudah hilang kredibiliti. Jika dulu berkhidmat untuk Kerajaan, negara dan rakyat. Tapi sejak Zuki, KSU-KSU lantikan Zuki bersifat individualistik, kumpul harta dan kumpul bini.

Lihatlah sesama PTD berebut jawatan. DS Shafiq Abdullah mantan KPPA, terkenal dengan kesombongan di depan awam, menengking penjawat awam dan memalukannya. Skandal dengan PA dia tu hal peribadi dia lah.

Kemudian naik Dato Dr Zulkapli tetapi menggunakan kedudukan selitkan anak dalam skim PTD dan penempatan paling dekat di JPM Putrajaya, memberi biasiswa JPA kepada anak ke luar negara walhal ramai lagi yang layak tetapi tidak ada kabel.

Bayangkan KPPA boleh disuap dengan jam tangan bernilai RM252K! 

Jadi sudah sampai masa Anwar REFORM TOTAL 100% sistem pentadbiran Kerajaan ,berikan kepada skim lain seperti pensyarah/profesor universiti atau sektor swasta.

Lihatlah kelemahan KSN dan KPPA, PMX dah beri arahan sejak tahun lalu supaya kakitangan awam dinaikkan gaji melalui cadangan skim baru tu, tetapi sehingga ke hari ini masih diperingkat draf. Cadangan skim pencen pun KPPA dan KSN failed.

Kalau nak cakap bab Rasuah, statistik menunjuk skim PTD lah paling banyk amal Rasuah. Boleh google laporan SPRM. Lihat saja pegawai-pegawai khas KSN, baru gred 48/52 dah ada beberapa buah rumah mewah, lot tanah dan kereta mewah. Macam mana kawan satu batch tak bengang dan bocorkan ?!

Sudah sampai masa Anwar mencuba skim lain menjadi KSN. Lihatlah KSU Zaini Ujang dari pensyarah menjawat beberapa KSU Kementerian, mantan KSP pun bukan PTD, dan banyak lagi. 

Mantan KSU DSIS sendiri hanya berpendidikan SPM jer pun tapi masa tu semua KSU malah KSN pun kecut telor. Nazimah KSUS walaupun pendidikan SPM tapi dapat gaji Turus tau! 

Contoh terbaik Anies Baswedan (academician), Ahok (bisnesmen) mentadbir kota jutaan penduduk Jakarta dengan cemerlang. 

Kesimpulan, pegawai2 PTD zaman sekarang bukan lagi pentadbir diplomatik yg baik. Mungkin kerana kemasukan mereka pun melalui kabel mcm anak Dr Zulkapli, ujian kemasukan PTD sekarang pun sangat mudah kerana melalui onlne ramai dah berjaya menipu JPA.

Kebetulan ramai penjawat kontrak lantikan PMX dan Menteri2 PKR yg lead the government drpd UIA, Univ Malaya, ABIM, Unisel, IDE Selangor dll, maka sudah sampai masa Anwar melaksanakan REFORMASI TOTAL ke atas sistem Pentadbiran Kerajaan dengan melantik KSN dan KSU-KSU drpd skim lain yang lebih sesuai!

Contoh, jika nak lantik KSU Kementerian Kesihatan lantiklah di kalangan Doktor perubatan mereka lebih tahu masalah di ground banding PTD, KSU Kementerian Perladangan ambillah tokeh-tokeh ladang, KSU MITI ambillah tokoh spt Vincent Tan, dsbnya. 

Kumpulan PTD ne letak mereka sebagai jaga Bahagian Pengurusan BKP sahaja jaga penggajian dan elaun tidak tertangguh, logistik dan kenderaan, atau Pegawai Daerah saja. 

Di negara2 maju, perkara ini sudah lama dibuat, kepada PMX inilah masa untuk anda Reform TOTAL 100% sistem Kerajaan kita. 

Tetapi tidak dinafikan ada PTD tidak ambil komisyen project, solat tak tinggal, berintegriti, disegani, berpengalaman, berilmu pengetahuan, people centric, jika jumpa PTD mcm ini bolehlah lantik dia KSN dan KSU.

Hari ini siapa respect KSN Zuki? Surat arahan dia paksa kakitangan kerajaan daftar PADU pun tidak laku. Sebab itulah PADU failed baru mencecah 20% minggu ini.

Laporan sulit menunjukkan 80% kakitangan Kementerian Kesihatan tidak mengisi PADU, 90% staf Kementerian Luar tidak isi, itu belum lagi pasukan keselamatan PDRM dan ATM. 

Kepada penulis upahan yg dah biasa terima wang pau dari KSN, Presiden UMNO, mantan PM, Cukup2lah pau KSN! 

Janganlah suka call dan text KSN, kamu ingat kami tak baca ker!!! Tapi jgn risau kami tidak akan share di Edisi Siasat. Kerana kamu sudah tua, tiada pekerjaan, kami kasihan. 

Nasihat kami, jgn pau PMX, kalau Pau KSN dan Presiden/pemimpin2 UMNO teruskan sebab telor mereka u dah pegang.

Mari kita doakan sahabat kita arwah Rafi Awang Kecik mudah2an diampuni dosanya dan dimasukkan dlm Syurga. AAMIIIN YRA.

Baca pendedahan lanjut di Es. Selamat berpuasa semua.

PERISIK NEGARA
PUTRAJAYA.

LOMBONG HARAM DI PAHANG


Tiada pengeluaran nadir bumi dari Lipis, dakwaan Nik Nazmi kurang tepat – Wan Rosdy

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang menafikan sekeras-kerasnya berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis.

Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam adalah kurang tepat.

“Tiada sebarang aktiviti pengeluaran bahan nadir bumi di daerah Lipis meskipun terdapat cubaan untuk melakukan aktiviti melombong bahan tersebut.

“Ini kerana, hasil maklumat dan initipan yang dilakukan oleh Pasukan Elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 20 Mac 2023 telah mengesan dan menjumpai satu lokasi yang cuba dijadikan kawasan lombong nadir bumi berdasarkan peralatan yang ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, tiada aktiviti pengeluaran dikesan dan semua peralatan tersebut telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Malah, lanjutan daripada kes ini, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penguatkuasa Perhutanan Zon Pahang Barat telah melakukan pemantauan berkala bermula 3 Mei 2023 hingga 15 Februari 2024 di kawasan Pahang Barat.

Tambah beliau, melalui maklumat yang diperoleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Pahang mendapati tiada sebarang aktiviti perlombongan nadir bumi berlaku.

“Saya berharap fakta ini dapat diperbetulkan kerana kenyataan yang dinyatakan semalam telah menjejaskan nama baik negeri Pahang.

“Lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri Pahang sejak lima tahun lalu begitu tegas melaksanakan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti pencerobohan tanah secara haram termasuk aktiviti perlombongan daripada berleluasa, “ jelasnya.

Semalam, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timor (DAP) di Dewan Rakyat semalam, Nik Nazmi berkata, terdapat pengoperasian nadir bumi secara haram di beberapa kawasan termasuk Hutan Simpan Jerai di Lipis.

Lee Chuan How terdahulu bertanya status larangan eksport nadir bumi ketika berlaku peralihan teknologi bagi pemprosesan dan industri hilirannya dibangunkan, sebagai suatu langkah untuk memanfaatkan kadar ringgit yang optimum bagi eksport tersebut.

Untuk rekod, sejak penubuhan UPNP pada 9 Oktober 2019, sebanyak 137 kes pencerobohan tanah kerajaan negeri telah berjaya diselesaikan dengan 129 kes telah dikenakan kompaun dan lapan kes lagi telah didakwa di mahkamah dan telah dijatuhkan hukuman.

Wan Rosdy menegaskan, aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi aktiviti penerokaan tanah secara haram yang berlaku di ini pada masa akan datang. –

JIKA TAK WUJUD

LOMBOG HARAM

BERITA BAIK

AMIN

TAPI PAHANG

SELALU ADA BERITA

CURI BALAK

PENEROKA HARAM

AMIN

MUSTAHIL 

TAK NAMPAK

LORI BESAR

BAWA BALAK

AMIN

KHALAS

AWAS !!! MALAPETAKA IKLIM

Cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Kawasan tersebut adalah Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak serta negeri Perlis.

Kategori tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian mencapai 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia berkata, kawasan utara Semenanjung, Perak, Pahang dan Kelantan diramal mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan sehingga penghujung Mac ini susulan fasa akhir Monsun Timur Laut.

Dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan adalah kurang di kebanyakan tempat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi berkata, cuaca panas yang dialami ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku pada saban tahun setiap Februari hingga Mei.

Dalam tempoh itu, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celcius pada awal petang.

Setakat ini, suhu tertinggi dicatatkan di stesen meteorologi utama adalah 36 darjah Celcius di Chuping, Perlis pada 7 Februari lalu.

“Berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda dunia ketika ini, dijangka suhu maksimum harian di negara ini boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam keadaan ini, semua pihak dinasihatkan mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan cuaca panas.

Tambahnya, MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dan orang ramai diminta peka dengan perubahan cuaca. – MalaysiaGazette


PANAS BAWA

KEMARAU

AMIN

KEMARAU SAWAH

KERING

AMIN

SAWAH KERING

PADI TAK JADI

AMIN

LAGI PARAH

BERAS MADANI

KHALAS

KES NAJIB ALTANTUYA DAN 1MDB


KEVIN MORAIS

ARWAH INI BERTANGGUNG  JAWAB
MEMBUAT KERTAS TUDUHAN
TERHADAP NAJIB
JENG JENG JENG

SEBAGAI TANDA HORMAT
PEJABAT PEGUAM NEGARA
MENAMAKAN SATU DEWAN
SEBAGAI DEWAN KEVIN MORAIS

LU PIKIR SENDIRI
I REST MY CASE MY LORD
KHALAS

BOIKOT KURMA ISRAEL


BOIKOT

KURMA ISRAEL

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "BERNIAGA DENGAN ISRAEL"

Tadi .. Gwa syok tgk kat TV Polis tunjuk kurma Israel yg di rampas .. polis tu semua tampak sonyum gumbiro .. sobab buka mulo dgn kurma akan terus masok syurgo .. kahkahkah

OMEGA DAN CHINA DOLL


OMEGA DAN

CHINA DOLL

KHALAS

Amier The Hero commented on 
"1.2 JUTA WARGA CHINA MERAH
 LESAP - APA JADI ?"

Simple je tt.. rohingya abihkan duit gomen, sakau mata pencarian rakyat jelata. Warga china, menjana pendapatan negara.. memberi kenikmatan komut pada rakyat jelata. Jgn lupo tt, ado penggomar china doll di negharo kito ni. Ingat omega mako ingat la china doll. Ingat towel labuh mako ingat jugak la cina doll. Kah kah kah kah kah.. tu pun tt payah nak pikir. Hapo laaa tt ni...

KUMA ISRAEL


KURMA ISRAEL

KHAMIS 14 MAC 2024

KITA DAH  MASUK 
HARI KE TIGA  BERPUASA

TERTIBA MELEDAK BERITA
ADA KURMA DARI ISRAEL
DALAM PASARAN

WOW
INI MEMERANJATKAN
SATENGAH ORANG
TAPI DARI MAKLUMAT
BDS - BADAN BOIKOT ISRAEL
MASIH BANYAK LAGI
BARANGAN ISRAEL
YANG ADA DALAM PASARAN KITA
DAN WAJIB DI BOIKOT

KINI AMAT POP
BILA MELAYU ISLAM
BOIKOT MEKDONAL
BOIKOT STARBUCKS
INI LANGKAH BIJAK TEPAT

BDS - PASTI AKAN
MENGELUARKAN SENARAI
PRODUK ZIONIS YANG WAJIB
DI BOIKOT
AMIN

AMERIKA
NAK HARAMKAN TIK TOK
KERANA TIK TOK
KUMPUL MAKLUMAT
UNTUK CHINA MERAH

LEBANON
PBB MENDAPATI
ZIONIS ISRAEL LANGGAR
UNDANG DUNIA
BILA BOM LEBANON
DAN SEORANG WARTAWAN GUGUR

AMERIKA
HAKIM DI GEORGIA
LUPUSKAN 6 TUDUHAN
TERHADAP TRUMP
BERKAITAN PRU 2020

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
LANGIT BIRU TERBENTANG
KL & KL SENTRAL CERAH
HUJAN PETANG KELMARIN
BAWA CERAH

HOKKIEN 
DAH JADI PADANG RUMPUT
BILA HUJAN TURUN
WILAYAH TERBAKAR TUMBUH RUMPUT
HIJAU CANTIK
PERSEDIAAN UNTUK
SEMBAHYANG KUBUR

MATAHARI DAH KELUAR
TIONG SIBUK
TERKUKUR MERAYU NON STOP
WARGA ASAL HOKKIEN
MENYALAK  MARAH
KAMI LINTAS WILAYAH MEREKA

HARI INI AKAN PANAS
PETANG ?
GUA TAK PASTI
KALAU HUJAN MACAM KELMARIN
KESIAN PENIAGA
BAZAR RAMADAN
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
HIDUP DENGAN IMIJINASI LU
BUKAN DENGAN
SEJARAH LU

BRO
BILA LU GAGAL
JANGAN GAGAL
DARI BELAJAR DARI
KEGAGALAN ITU

BRO
JANGAN KETAWAKAN
IMPIAN ORANG LAIN
MELAINKAN  BETUL BETUL
IMPIAN BODOH

BRO
DUA KALI SALAH
TAK KAN JADI BETUL
CUBA KALI KETIGA

BRO
KALAU LU GAGAL BELAJAR
BUAT CARA BETUL
LU BELAJAR ENJOI
BUAT CARA SALAH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA