Khamis, 26 Jun 2014

DARI MAHKAMAH JALAN DUTA




DALAM KANTEeeeeN MAHKAMAH

baru lepas makan tengah hari
mahkamah berhenti rehat
mula balik pukul 3 ptg

cilaka tadi gwa bangun pagi
tapi masih belum dipanggil
untuk didakwa  gwa tak tahu bila

petang ni dipanggil atau tidak

sapa yang tak pernah masuk mahkamah
pasti akan ketawa kah kah kah
kerana dalam mahkamah Malaysia tak boleh
kaki bersilang
tak boleh tangan atas kerusi
tadi hakim dah sound gwa
kerana letak tangan atas tempat sandar
kah kah kah

sepatutnya yg penting ialah keadilan
bukan hal seluar pendek
bukan hal coli tak pakai
bukan hal duduk kaki bersilang
tapi hal keadilan
kah kah kah

ciiiiis...

nota
kah kah kah
berita ini ditulis dg tab
kah kah kah

NOTA
lunch was bad




----------

INI MESTI CINA PUNYA KERJA




Keputusan A Bahasa Inggeris dalam SPM, tetapi tidak mampu bertutur dengan baik

Ramai majikan kecewa dengan pencari kerja daripada kalangan "generasi Y" yang umumnya mempunyai kelulusan baik mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksan tetapi kemahiran berkomunikasi yang lemah, terlalu dimanjakan bagi menangani sebarang tekanan, dan ingin cepat naik pangkat walaupun tiada pengalaman.
Rekrut Gen Y, berbanding generasi sebelumnya, juga kurang tertarik dengan faedah pekerjaan yang ditawarkan majikan seperti insurans perubatan dan bonus tetapi lebih tertarik terhadap ganjaran wang tunai serta merta bagi prestasi yang ditunjukkan, lapor hasil tinjauan di kalangan kumpulan majikan dan pengusaha syarikat.
KAH KAH KAH
wat is de bekause
mi spik no inglis
mi melayu
mi bumiputera
mi islam

ini mesti 
syarikat cina

KAH KAH KAH



CUTI UMUM 16 SEPTEMBER




16 SEPTEMBER 
MENGINGATI CHIN PENG
Chin peng bunuh Henry Gurney laa..Henry Gurney ni dipuja oleh balaci Melayu sebagai tuan..tempat dia mampos diletakkan tanda peringatan..Abu Chin Peng masih lagidalam siasatan polis..Abu Chin Peng dilarang masuk Malaysia..16 September Hari Malaya, Sabah dan Sarawak diketawakan oleh dunia sebab cuti cari abu Chin Peng.. on MENUNTUT CUTI UMUM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/25/14
PEJUANG ANTI KOLONIAL

----------

MALAM INI MARI KITA KAH KAH KAH










MALAM  

INI

26 JUN 2014

JAM 8:30

tukar tiub buat lawak berdiri
di pj live arts
seksen 17 pj one
semua di jemput
untuk
KAH KAH KAH



---------

KABINET BARU MAT MONGOL








FACE BOOK

Keputusan Najib hari ini mungkin menyebabkan BN kalah dalam PRU14. Beliau sepatutnya memasukkan dua ekor panda ke dalam kabinet, dan kemudian masukkan Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong ke zoo dan namakan mereka "Tiong Tiong & Siong Siong".
LikeLike ·  · 




---------

KE MAHKAMAH LAGI






KAH KAH KAH

punya nasib

pagi pagi

pergi mahkamah

kali ini jadi

saksi pulak

kes saman

dbkl 

bersih 3

KAH KAH KAH







------------

KEMPEN KELUAR MALAYSIA MEREBAK





Kempen keluar Malaysia didalangi pembangkang

 | June 25, 2014
BN sentiasa berpegang kepada polisi untuk memastikan rakyat akan menikmati keamanan dan keharmonian antara kaum.
SarawakKUCHING: Tindakan “tidak bertanggungjawab” segelintir badan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai didalangi oleh parti pembangkang memainkan sentimen kenegerian menghasut Sarawak keluar dari Malaysia “menjurus negara ini ke arah kehancuran”.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Awangku Jamuddin Pengiran Kon berkata “isu perkauman dan tuntutan hak sering menjadi modal utama parti pembangkang sejak kebelakangan ini”.


KAH KAH KAH

woit
dayak iban kadazan
sarawak dan sabah
nak keluar malaysia
bukan kerana pembangkang
mereka nak keluar
kerana perangai perkasa
kerana dasar isma
kerana tak boleh 
sebut allah
parti pembangkan
hanya mengumpul
sokongan

KAH KAH KAH






----------

CUBA RENONGKAN






NOTA BACA INI
tukar tiub sedang 
kah kah kah
di pj live arts
 KAH 

KAH KAH

KAH 

KAH KAH 



KAH

 KAH KAH




















----------

LAGI PROJEK KAYAKAN KRONI






PEMEGANG KONSESI UiTM KOTA SAMARAHAN JUGA DIANUGERAHKAN KONSESI LEBUHRAYA
 
Pemegang konsesi penswastaan UiTM yang terakhir mengikut jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan Parlimen saya ialah Rekajaya Projek Sdn Bhd yang dianugerahkan konsesi penswastaan UiTM Kota Samarahan. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat ini dikuasai oleh pasangan ahli perniagaan bernama Dato’ Mohamed Raffe b K. Chekku dan isterinya Datin Nilufar Yusupova melalui Rafulin Holdings Sdn Bhd. (Sila semak carian SSM bagi Rekajaya Projek Sdn Bhd dan Rafulin Holdings Sdn Bhd)

Sementara saya tidak mempersoalkan kebebasan ahli-ahli perniagaan seperti Dato’ Mohamed Raffe untuk menjalankan perniagaan masing-masing, kaedah rundingan terus yang digunakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan berselindung di sebalik alasan pendekatan “private finance initiatives” (PFI) begitu mudah disalahgunakan atau dipengaruhi yang membuka ruang kepada rasuah yang merugikan rakyat.

Melalui kaedah rundingan terus ini, ahli perniagaan yang mempunyai akses dengan pimpinan Umno dan pegawai tinggi kerajaan berpeluang mendapat konsesi-konsesi yang diikat dalam tempoh yang lama dan boleh merugikan rakyat.

Selain konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Kota Samarahan, syarikat yang dikawal oleh Dato’ Mohamed Raffe juga dianugerahkan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (atau LATAR) melalui satu konsortium Kuala Lumpur Kuala Selangor Expressway Berhad. Konsesi lebuhraya LATAR ini adalah selama 40 tahun.

Syarikat-syarikat yang dikawal oleh Dato’ Mohamed Raffe boleh diibaratkan sebagai pakar perunding konsesi yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan konsesi-konsesi sebegini sementara pembinaannya diberikan kepada syarikat bukan Bumiputra sama ada melalui perkongsian (joint venture) atau sub-kontrak.

Di dalam kes pembinaan Lebuhraya LATAR dan UiTM cawangan Kota Samarahan, pembinaannya dikendalikan oleh Binapuri Holdings Berhad, sebuah syarikat pembinaan bukan bumiputra yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur.
Semakan ke atas carian syarikat SSM dan laman web syarikat-syarikat terbabit menunjukkan bahawa kos pembinaan kedua-dua konsesi yang dianugerahkan kepada syarikat Dato’ Mohamed Raffe dibiayai melalui pinjaman dengan Bank Pembangunan Berhad, sebuah bank milik penuh kerajaan.

Saya mengambil contoh konsesi penswastaan UiTM cawangan Kota Samarahan ini untuk menunjukkan bagaimana kaedah PFI yang dijadikan alasan untuk memberi anugerah konsesi kepada ahli-ahli politik Umno dan rakan perniagaan mereka sebenarnya samalah dengan Kerajaan Persekutuan menanggung sendiri kos pembiayaan tanpa perlu diikat dengan perjanjian konsesi 23 tahun yang membebankan rakyat; atas pertimbangan berikut:

1.      Kontraktor akhir yang membina kampus-kampus ini atau lebuhraya adalah syarikat pembinaan sedia ada seperti Binapuri Holdings. Syarikat-syarikat ini boleh sahaja turut serta dalam satu tender terbuka pembinaan kampus tanpa perlu melalui syarikat konsesi seperti sekarang. Akhirnya projek dikendalikan kontraktor bukan bumiputra walaupun Umno memberi alasan ia perlu dianugerahkan melalui konsesi untuk memberi peluang kepada kontraktor Bumiputra
2.      Projek sebenarnya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan sendiri melalui Bank Pembangunan milik penuh Kerajaan Persekutuan. Sekiranya kampus-kampus ini dibina sendiri tanpa diswastakan, Kerajaan Persekutuan boleh sahaja meminjam dari Bank Pembangunan tetapi kos yang ditanggung rakyat adalah jauh lebih murah

Siri penswastaan UiTM menjadi bukti bagaimana nama Melayu dan Bumiputra disalahgunakan untuk mengkayakan kroni Umno. Saya akan terus bersuara mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan di dalam kaedah PFI supaya Umno tidak sewenang-wenangnya menganugerahkan konsesi yang akan membebankan rakyat kelak.

Saya juga sertakan jawapan bertulis Perdana Menteri yang mengesahkan syarikat-syarikat yang memenangi anugerah konsesi penswastaan UiTM ini sebagai bukti fakta sepanjang pendedahan.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

25 Jun 2014


---------