.

Rabu, 12 September 2018

SATU PENCERAHAN





SATU PENCERAHAN

Cik oiii....nak masukkan orang dalam jel bukan mcm nak masuk bilik ibu ayam kat chow kit...bayar je boleh masuk. Mahkamah dah tetapkan tarikh perbicaraan. Hakim sahabat Najib tu tetapkan Febuari tahun depan batu start kes. Terbaru AG ofc minta percepatkan .... 
Tetapi...biarlah dia terseksa makan tak lalu tidur tak lena pelir tak naik menghitung hari.... itu pun suatu penyeksaan juga tau...membuatkan dia kejap2 merepek, kejap2 terinhat balik ada surat transfer duit rupanya dari Arab Prince....bagi la masa simit kat dia....mana tau terjumpa pulak resit beg tangan rosmah.... 
on MASUKKAN SEGERA
Publish | Delete | Spam
Jigit
at 3:23 PM

Perang





------------------

LAGI PROJEK MAT SONGEL





LAGI PROJEK

MAT SONGEL

Guru nanak telah betul dalam nujum.kajang move projek fail, dia buat PD move pulak! lagi belanja duit rakyat abis utk serakah dan picisan on MERAKAM SEJARAH - PROJEK ISLAM MELAYU
Anonymous
on 9/12/18
Lemau la TT .Agenda melayu islam tak laku la dekat PKR . Anwar ngan Rafizi xmungkin setuju dngn agenda melayu islam on MERAKAM SEJARAH - PROJEK ISLAM MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/12/18
Hheheheheh.. .isham sudah start menghover...kejap lagi dia kasi pitch sama yaw itu jet.... Siapa bayar lebey dia bukan mat songel... Kakakakkaka. ..lahanat.... Kakakakkka on MERAKAM SEJARAH - PROJEK ISLAM MELAYU







--------------

KONGSI GELAP





APA?

BERITA BAHAYA

PKR sudah jadi kongsi gelap?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua kecewa dengan calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli kerana mengenepikannya dalam perbincangan berhubung keputusan mengosongkan kerusi Parlimen untuk membolehkan  Anwar Ibrahim bertanding.

“Sebelum ini anda tak habis-habis bercakap mengenai keterbukaan, ketelusan dan kebenaran. Tapi kini boleh pula mendakwa beberapa orang terpilih boleh membuat keputusan besar untuk parti tanpa berunding dengan orang lain dalam kepimpinan.

“Adakah ini parti demokratik atau kongsi gelap?” tulisnya menerusi Twitter hari ini.


APA MAKNA

BERITA INI?

KONGSI GELAP

BERSAMA PKR?

ATAU

PKR JDI

KONGSI GELAP?

TIAN LU

JANGAN

PLAY PLAY

KAH KAH KAH


---------------------

DASAI BELI TIKET



BELI TIKET JET
DASAI memang banyak duit beli tiket private jet selepas gadai bungalownya. on
 NAIK JET BELI TIKET
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/12/18



----------------

BETUL ATAU PROPAGANDA?






PERTANYAAN

APAKAH INI

BETUL ATAU

HANYA KEMPEN

ANTI CHINA

OLEH AMERIKA
A protestor displays a photo of Uyghur prisoners in Xinjiang Photograph: Alex Hofford/EPA


US considers sanctions on China over treatment of Uighurs

Economic penalties in response to reports of mass detentions of Muslims would be a rare US confrontation of Beijing over human rights

The US State Department has expressed deep concern over China’s “worsening crackdown” on minority Muslims in the Xinjiang region, as the Trump administration considered sanctions against Chinese senior officials and companies linked to allegations of human rights abuses.

Discussions have gained momentum within the US government over possible economic penalties in response to reports of mass detentions of ethnic Uighurs and other Muslims, which has prompted a growing international outcry, US congressional sources said.

Any sanctions decision would be a rare move on human rights grounds by the Trump administration against China, with which it is engaged in a trade war while also seeking Beijing’s help to resolve a standoff over North Korea’s nuclear weapons.


AMERIKA KEMPEN

HAK ASASI 

BUKAN JUJUR

KENAPA TAKDA

HEBOH KEMPEN 

HAK ASASI

UNTUK WARGA

SAUDI ARABIA


-------------------

TOK GOPOH






TOK GOPOH
Mat songel pun masih menyongeh.. Datang pulak watak Tok Gopoh.. Tok Gopoh nak cari apa cepat2 nak naik kuasa..Tok gopoh nak buat apa sampai kelam kelibut?...sudah Ada janji dengan cukong ke? hairan bin ajaib. PH da menang dah...nak kejar apa sampai Tak boleh tunggu?? 
on BELI JET PRIBADI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/11/18



----------------

CIUM JANGAN TAK CIUM




CIUM JANGAN

TAK CIUM
Mangkuk mana tu yg bandingkan TT dgn Anwar? Mmg la tak sama level, dol. TT tak bodek raja cium tangan bagai. 
on PAK SHEIKH BELI JET
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/11/18

tun





-----------------

MASUKKAN SEGERA




MASUK SEGERA
Takkan tak ada satu kes pun yg clearcut dan indefensible? Masukkan dia dlm penjara. Sementara tu kes2 lain terus berjalan 
on SUMBAT CEPAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/11/18





--------------

MERAKAM SEJARAH - PROJEK ISLAM MELAYU






MERAKAM SEJARAH  

PROJEK ISLAM MELAYU

‘I speaks the truth. You have every right to mention the truth and fact to the people and the rakyat…’ 

Ini kata-kata Agong kepada Anwar Ibrahim yang saya pungut dari YouTube. Kata-kata ini adalah petikan labon ceramah pertama Anwar  di Padang Timur satelah dibebaskan pada 16 Mei 2018 yang lalu.

Saya pungut ucapan ini kerana saya juga akan  mengekori  nasehat Agong kepada Anwar. Saya juga wajib  bercakap benar dan memaparkan fakta kepada rakyat dan orang ramai.

Menjadi tugas saya untuk menyangkal yang karut. Untuk mengenepikan berita palsu. Untuk menyebar luas maklumat yang betul. Untuk menganalisa kemungkinan baru.
  
Justeru, pada hemat saya pada ketika ini anak semua bangsa wajib bertanya arah ke mana negara bangsa kita ini sedang dipacu? 

Soalan ini  amat penting. Satelah 9 Mei  ruang demokrasi telah terbuka maka anak semua bangsa  wajib terus berhadapan dengan kebenaran dan mendapat  fakta.  Bukan lagi dikelentong dengan retorik dan berita  palsu. Kebenaran dan fakta  wajib  dipapar kepada umum. Amin.

Lalu satu lagi soalan timbul. Apakah projek sailang rancangan Mat Songel telah tamat? 

Jawabnya: Projek Mat Songel masih berjalan. Belum selesai. Belum tamat. Masih lagi wujud ? Betul wujud  - masih lagi berjalan.  

Biar saya nyatakan secara jelas bahawa projek sailang adalah projek yang mahu menghalang kelahiran  kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Mahathir Muhamad.  

Projek sailang ini mahu Pakatan Harapan gagal menubuhkan kerajaan. Projek sailang ini memastikan agenda reform - digagalkan. 

Pada 9 Mei 2018 anak semua bangsa telah memilih empat parti - PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH untuk memimpin negara ini. Fakta sejarah  telah menunjukkan kelahiran kerajaan PH bukan mudah.  Dalam tulisan-tulisan awal,  saya telah merakamkan bagaimana Mat Songel  yang menyamar sebagai Bidan Terjun telah cuba menggugurkan kelahiran kerajaan  baru ini. 

Walau pun akhirnya  Bidan Terjun telah gagal menghalang kelahiran PH ini tidak bermakna projek sailang Mat Songel  telah tamat. Atau telah dibubarkan.  Tidak. Projek sailang ini saperti gamat  dan hydra. Dipancung, dipotong dan  dicincang tapi  masih berupaya  menyambung diri untuk meneruskan projek mengsailang kerajaan Pakatan Harapan.

Projek sailang ini telah berubah bentuk satelah kerajaan PH baru berjaya ditubuhkan.

Sekali lagi saya nyatakan disini. Politik ialah kuasa. Dengan memiliki kuasa politik kita boleh memiliki punca ekonomi. Dengan memiliki punca ekonomi kita akan berupaya untuk memperkuat kuasa politik. Ini hukum politikal ekonomi yang tidak akan berubah-alih dimana saja politik bergerak. Di Amerika, di Eropah atau pun di Asia hukum ini semuanya sama.  Selagi sistem ekonomi kapitalis digunakan maka hukum politikal ekonomi ini akan wujud. 

Apa sangkut pautnya hukum ini  dengan Mat Songel dan Pakatan Harapan? 

Jawabnya cukup jelas. Mat Songel dan kuncu-kuncunya  mahu memiliki kuasa politik. Kumpulan Mat Songel sedang merancang untuk mendapat kuasa. Kegagalan untuk menghalang Mahathir dari menjadi Perdana Menteri tidak memadamkan cita-cita kumpulan Mat Songel untuk merampas kuasa.

Dalam masa yang sama para songel yang telah kalah  ini tidak akan menyerah diri.  Kalah ertinya hilang kuasa. Hilang kuasa ertinya masuk penjara.

Pada Khamis 10 Mei 2018  jam 11  pagi Najib yang masih lagi memimpin kerajaan penjaga  - caretaker goverment - telah membuat ucapan  siaran langsung dimedia leteronik. Isi ucapan Najib ini ialah ‘ …tidak ada satu pun  parti yang memiliki kerusi majoriti dalam PRU14…’  

Najib kemudian memperinci dengan menyatakan bahawa Barisan Nasional mendapat 79 kerusi, PKR mendapt 49 kerusi dan Pas mendapat 18 kerusi. Apa makna ucapan Najib ini?

Jam 5 petang pada hari Khamis  yang sama saya telah bertemu dengan Zahid Hamidi. Ini telah saya nyatakan dalam tulisan awal.  Zahid telah mengulangi kenyataan Najib tentang tidak ada parti yang memiliki kerusi majoriti.

Zahid telah mengeluarkan nota dari saku seluarnya tentang angka-angka kerusi yang dimenangi  oleh UMNO, PKR dan PAS

Sama saperti Najib, Zahid juga memisahkan kemenangan 104 kerusi Pakatan Harapan yang menggunakan   logo PKR. Untuk Zahid yang menang ialah  PKR  yang mendapat 49 kerusi.

Apa maknanya ini? Mengakui hanya  kerusi PKR bermakna mengenepikan kerusi AMANAH, DAP dan BERSATU. Apa udang ada tersimpan dibelakang Istana.

Ingatkan kembali tentang babak panggilan talipon. Satelah dibebaskan Anwar telah mengumumkan bagaimana Najib telah membuat dua panggilan talipon ketika dirinya masih lagi dalam tahanan. Ertinya panggilan  talipon Najib kepada Anwar dibuat  sebelum kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan. Sebelum Mahathir mengangkat sumpah dihadapan Agong.

Minggu lalu dalam temubual dengan stesen tv Siam  sekali lagi Anwar telah menimbulkan pekara ‘ panggilan  talipon Najib’.

Dari temubual  stesen tv Siam ini  kita mendapat tahu  bahawa Najib ada  ‘ projek cadangan’ untuk Anwar.  Jawapan Anwar kepada Najib ialah menasehatkan Najib untuk membuat pangggilan talipon kepada Mahathir.

Apa projek cadangan dari Najib ini?

Jangan lupa Zahid juga telah menerangkan  kepada saya bahawa….’ bos ada call…’

Pada petang Khamis itu Zahid telah memberitahu saya tentang stratiji baru. Stratiji untuk  mewujudkan  satu kerja sama baru. Justeru pada hemat saya kiraan angka-angka kerusi yang dimenangi itu adalah sebahagian dari stratiji perancangan kerja sama baru ini.
‘ Tanpa Mahathir….’ Inilah yang keluar dari mulut Zahid.

‘ Tanpa Najib…’ Inilah jawapan dari Hishamuddin Rais.

Apabila saya kumpulkan semua fakta. Apabila saya cantumkan semua kenyataan ini maka saya rumuskan bahawa Najib mencadangkan untuk  menubuhkan satu altenatif - perserikatan politik baru. Satu perseriktan yang lain dari Pakatan  Harapan.  Perserikatan baru ini tanpa Mahathir Muhamad. Perserikatan baru ini melihat Mahathir sebagai   musuh utama.

Mahathir dilihat sebagai musuh kerana Mahathir telah berjaya menjatuhkan Najib. Berjaya mengalahkan parti United Malays National Organisation. Justeru perserikatan baru ini sedang melihat bahaya yang  akan dibawa oleh Mahathir dan kemungkinan Parti Ketuanan Melayu bakal  dimusnahkan oleh Mahathir. 

Untuk menyelamatkan ‘ Bani Melayu’ satu kerjasama baru wajib diwujudkan. Satu pensenjajaran baru wajib muncul. Maka Najib membuat panggilan talipon. Maka Zahid membuat panggilan talipon.

Tetapi, sikap Anwar yang menasehatkan Najib agar membuat panggilan talipon kepada Mahathir pasti telah memandulkan projek cadangan Najib. 

Apakah agaknya sampai ke sini sahaja projek Najib ini?

Projek ini jelas untuk mewujudkan kerjasama antara UMNO, PKR dan PAS. Asas kerjasama ini ialah Bani Melayu dan Islam. Maka pensejajaran baru ini mahu mewujudkan apa yang dikenali sebagai  Negara Melayu Islam.

Hari ini suara  Melayu Islam ini masih kedengaran. Rentak dan tarinya masih belum reda. Ianya tidak mencurah jatuh tapi tanda-tanda masih  dapat kita baca.

Kita terbaca kenyatan Anwar Musa - Setiausaha Agong United Malaysa National yang baru.  Annuar Musa menyatakan yang dia sanggup  berkerjasama walau pun dengan DAP. Kita juga terbaca kenyataan Anwar Ibrahim yang sanggup bekerjasama dengan pembangkang.

Desas desus juga sering kedengaran tentang kedudukan kerusi Parlimen. Kita terdengar bahawa Zahid Hamidi memiliki sekian sekian banyak kerusi. Kita terdengar si Nazri Aziz memiliki sekian sekian banyak kerusi.  Kerusi yang ‘dimiliki’ ini adalah tanda sokongan dari para YB. Jika  dilakukan satu perserikatan baru maka para YB itu akan ikut sama.

Kelihatan perserikatan baru ini  satu bentuk united front. Kalau dulu saya mencadangan united front untuk menyokong Mahathir menjadi PM. Kini pensejajaran baru ini ialah united front untuk mengsailang Mahathir Muhamad.

Pelik tetapi inilah hakikat politik yang pada hemat saya sedang berlaku hari ini.

Najib kecewa kerana  Mahathir mengambil alih kuasa darinya. Para  Mat Songel juga kecewa kerana projek sailang Mahathir telah gagal. Justeru ada titik pertemuan terhadap Mahathir. Ada sesiapa lagi siapa yang merasa terancam dengan Mahathir?

Jawabnya ada. Jangan lupa suara   tangisan rayuan tentang Jakim. Suara tangisana tentang UITM. Suara bantahan terhadap 17,000 talibarut Najib yang diberhentikan kerja. Suara tidak puas hati kerana DAP memiliki kuasa dalam Pakatan Harapan. Semua ini adalah tangisan untuk merayu dan mengolah persetujuan dalam persediaan mendirikan perserikatan baru.

Ada lagi ke? 

Mahathir Muhamad cukup jelas dengan pendirian tentang China Merah. Untuk pertama kalinya semenjak 1949 pemimpin Parti Komunis China mendengar ditelinga mereka bahawa Komunis China sedang mengamalkan penjajajan bentuk baru - new form of colonisation.  Menurut Mahathir kita bukan sahaja mahu ‘ free trade ‘ kita juga mahu ‘fair trade’.  Bukan hanya perniagaan bebas tapi juga perniagaan adil bukan berat sebelah.

Dengan tersenyum Mahathir menyatakan pekara ini dalam satu sidang akhbar bersama pucuk pimpinan Parti Komunis China di Beijing.

Peranan China Merah dengan Jho Low, peranan China Merah di Forest City, peranan China Merah dengan Tembok Besar Kuantan - semuanya telah dibongkar oleh Mahathir Muhamad. Pasti ada  yang tidak senang mendengar. Forest City di Johor menjadikan Mahathir tidak popular dengan kerabat Johor. Ini amat jelas. 

Justeru Melayu Islam Raja - agenda lapok United Malays National Organistion sedang dijaja sekali lagi.  Suara laungan tentang Pakatan Harapan hendak menghapusakan kaum feudal dan raja raja melayu  telah mula kedengaran. 

Sebenarnya semua ini adalah tangisan mengolah persetujuan untuk mengsailang Mahathir dan membantutkan agenda reform.

Satelah melihat dan merakamkan semua ini saya ramalkan   dalam masa tidak lama lagi Parti Islam PAS akan membuat kenyataan  kesediaan Parti PAS untuk bertahaluf siasasi dengan agenda Malayu Islam saperti satu ketika dahulu dalam Pakatan Rakyat.  Bertahaluf dengan siapa hanya Guru Nanak yang mengetahui. 

Jika ini berlaku apa maknanya. Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-------------------

DAH DAPAT SAHAM KE?








APA ERTINYA

BERITA INI?
Fuziah mahu Pahang 

pastikan tiada 

perlombongan 

haram bauksit 
KERAJAAN negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport (AP) bahan itu secara terhad. 

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata kemungkinan perlombongan haram boleh berlaku, yang telah menyebabkan stokpile bauksit tidak dapat dikosongkan walaupun tempoh moratorium telah berlangsung sejak 15 Januari 2015 dan dijangka tamat hujung tahun ini. 

“Kerajaan negeri kena pastikan penguatkuasaan lebih tegas…  sebelum ini sudah ada kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perlombongan bauksit yang mungkin menunjukkan berlaku unsur salah guna kuasa dan rasuah. 

“Kita kena pastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Kena pastikan pasukan penguatkuasaan yang ada tegas, dan meletakkan kepentingan serta kesihatan rakyat dan kelestarian alam sekitar sebagai fokus utama mereka,” katanya. 


ERTINYA AKAN

DIMULAKAN

KEMBALI

KENAPA TAK

DITERUS

PENGHARAMAN

CISS  MAKLUMAT

TT TEPAT

APAKAH YB KITA

DAH DAPAT

SAHAM?
------------------

OBOR LANCHAU





OBOR
LANCHAU

CHINA MERAH

NAK JADIKAN

TANAH MELAYU

PROVINSI

China marah pada Malaysia kerana batal ECRL, kata Najib


NEGARA China marah kepada Malaysia ekoran tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan projek East Coast Rail Link (ECRL), kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Katanya, Beijing berang kerana projek itu merupakan komponen utama projek One Belt One Road (OBOR) yang dicetuskan presiden negara itu, Xi Jinping.

“China marah sebab ECRL (sebahagian) OBOR. Bila dibatalkan (Xi) marah lah, projek dia itu. Dia beri kerana saling menguntungkan Malaysia dan China,” kata Najib dalam satu rakaman video.


CHINA MERAH

MARAH

KERANA NAJIB

AJEN MEREKA

TELAH DITERAJANG


---------------------

CERITA SEDIH





CERITA SEDIH

bekas PM buat cerita sedih, konon dia la yg baik.. dialah yang tak salah... dia la yg berjuang... dia lupa sebelah dia ada big mama, sebelah dia ada menteri bangang, sebelah dia ada lembaga eee, sebelah dia ade pelahap2 dedak, 
cukup pekej kejahatan dia nie nak menghumbankan negara... cepat2 la simpan bekas PM tu dekat sungai buluh... bosan la, penipuan kononnya dia baik... 
on JAUHKAN ANAK ANAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/11/18p







-------------------

DUNIA HANYA PERSINGAHAN





DUNIA HANYA

PERSINGGAHAN

Jangan rasa bangga sgt sbb pernah bersentuh bahu di festival deklarasi rakyat...ingat Allah hisham....bila kamu dpt sedikit kenikmatan dunia kamu lupa...kamu lupa...kamu lupa...Dunia hanya persinggahan...byk yg kamu tulis yg kamu rasa benar dan hebat tp yg mencatit di kiri dan kanan kamu tdk pernah pinjam pemadam...cukup sudahkah bekalan kamu di sana... 
on AWAS DAN WASPADA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/12/18




---------------

NAIK JET BELI TIKET




DASAI BELI TIKET

NAIK JET
DSAI dah bagi tau,dia naik jet tu dia beli tiket...bukan naik free...! Yg kalut nak spin ni...pasai apa? dah makan Ketam Kayu ka...? on BELI JET PRIBADI
Publish | Delete | Spam
Whiteeagle Brando
on 9/12/18


--------------

KAKI BODEK






KAKI BODEK

DAN KARTEL

Awal2 penubuhan pkr, parti dipenuhi reformis, semua bersemangat utk tujuan; terajang madey, terajang bn dan bina semula negara. 
Selepas puluhan thn, parti pkr mula dipenuhi kaki bodek, politikus perut gendut dan kartel2. Semoga PH istiqomah bina semula negara di celah2 kemelut mat mat songel berebut jawatan. 
on BODEK JANGAN TAK BODEK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 8:47 PM





----------------

KERUSI DASAI




KERUSI DASAI

Dalam keadaan sekarang ..lebih2 lagi malam bulan penuh ..mungkin Haji Najib akan kosongkan kerusinye untuk Sudara Nuar ..apa tak picaya ka? on BODEK JANGAN TAK BODEK
panglimo potaseh
at 9:22 PM
Sekarang ni TT Apa saje pasal DSAI semua tak betul,bodek.. Tun semua betul..cayalah TT.. Dah nampak belang TT sekarang..huhuhu.. 
on BODEK JANGAN TAK BODEK
Publish | Delete | Spam
rosli shahuddin
at 9:18 PM




----------------

HANTU BIRKIN






HANTU BIRKIN 

the witch @ kuala . zila Rubik video nogori sembilan on
 JAUHKAN ANAK ANAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 9:29 PM 



--------------