Jumaat, 15 Mei 2009

SATU LAGI HARTA RAKYAT LINGKUP


WISMA KHIDMAT DIJADIKAN HOSPITAL SWASTA
- bernama


KOTA KINABALU 15 Mei — Kerajaan Sabah akan menjadikan bangunan Wisma Khidmat di sini sebagai hospital sebuah hospital swasta dan bukannya hospital kerajaan seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Ketua Menteri Sabah Musa Aman berkata pemilik bangunan itu, Perbadanan Pinjaman Sabah, yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri, diberi tanggungjawab untuk melakukan persediaaan sewajarnya.

Ketika mengumumkan perkara itu semasa melawat ibu pejabat Perbadanan Pinjaman Sabah di Penampang di sini hari ini, beliau berkata projek mewujudkan hospital swasta itu dijangka menelan belanja RM100 juta. - Bernama

kah kah kah… ROMPAK…. TIPU…. KEMUT…. kah kah kah..

kah kah kah… INI LAH CONTOH KHIDMAT UNTUK RAKYAT…kah kah kah..

kah kah kah… SATU MALAYSIA KENA KELENTONG…. kah kah kah…’

kah kah kah… INILAH DASAR KAPITALIS CARI UNTUNG KETIKA ORANG SAKIT…. kah kah kah…

kah kah kah… MENANGGOK IKAN DI PASAR SELAYANG…kah kah kah

kah kah kah… TAK DA DUIT…. MAMPOS… MAKAN PANADOL SAJE…kah kah kah..

woit…. BERAPA LAMA LAGI SATU MALAYSIA NAK KENA TIPU… CUKUPLAH…kah kah kah…



HOT ! PANAS ! TER –NOW


LAWAN YEOP.... LAWAN


Berita telah mula tersebar bahawa Dun Perak akan dibubar. Masih belum soheh.

Pemilihan wakil rakyat baru akan diadakan di Perak.




MANA PERGINYA KETUANAN MELAYU ?


KABAL BILDERBERG SEDANG BERKUMPUL DI GREECE –
Guardian London


Bilderberg adalah kabal yang paling rashia dalam dunia. Kabal ini sedang mengadakan persidangan tahunan ke 57 di resort Astir Palace Athens Greece.

Bilderberg adalah kabal yang bertanggung jawab merancang ekonomi dan politik dunia kapitalis hari ini.

Kabal ini jugalah yang memastikan siapa naik dan siapa turun dalam percaturan politik dunia.

Kabal inilah yang mengajukan dasar globalisasi.

Kabal inilah yang juga mengajukan dasar penswastaan.

Kali ini ajenda besar mereka ialah merancang untuk menubuhkan Dunia Baru – New World Order – sambungan dari dasar globalisasi, liberalisasi dan ekonomi pasaran terbuka.

New World Order ialah Dunia Baru dibawah satu pemerintahan. Kedaulatan negara akan lupus.

Anak-anak syarikat kabal in telah lama bergerak. Mereka telah menyediakan dan menyusun badan-badan untuk menyamaratakan dasar. Antaranya yang diketahui umum:

NAFTA – untuk Amerika Utara.
SOUTH AMERICAN UNION – untuk Latin Amerika.
LIGA ARAB – untuk negara-negara Arab
Organisation African Unity – untuk Afrika
South Asian Union – untuk negara India/Pakistan dan sekitarnya
ASEAN - APEC
European Union – negara Eropah Barat


If it's happening at all, Kissinger will be here. David Rockefeller will be here. Presidents of banks, and chairmen of boards. The Ben Bernankes and Condoleezza Rices of this world. Heads of oil companies, media magnates, the Queen of the Netherlands and Peter Mandelson. Probably Ben Bernanke, possibly David Cameron. Politicians and financiers from all five corners of the globe (don't let them tell you there are four).



BUDAYA MEREMPIT



MAT REMPIT DAN BAHAN BAKAR MINYAK PETROL


Saya merayakan Mat Rempit. Ini sebagai tanda saya merayakan anak-anak muda. Mat Rempit adalah anak muda negara kita. Mat Rempit adalah warga negara bangsa.

Mat Rempit ini lahir dari pembudayaan yang kita bentuk sendiri. Pembudayaan ini lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam rangkaian ekonomi kapitalis Mat Rempit adalah tangga terakhir. Mat Rempit adalah pembeli, pengguna dan pemakai motosikal yang diwujudkan dalam sistem kapitalis.

Mengukutuk dan memperlekeh mereka - sekali pandang kelihatan cukup senang - tetapi dalam sistem ekonomi kapitalis Mat Rempit ini penting. Tanpa Mat Rempit motosikal akan bertimbun-timbun di gudang. Syarikat pemasang motorsikal, syarikat mengimpot motosikal dan penjual motosikal akan muflis. Ini hakikat ekonomi kapitalis.

Mereka yang mengutuk Mat Rempit tidak memahami jaringan sistem ekonomi kapitalis. Kapitalisma memerlukan pengeluar dan pengguna. Mat Rempit ialah pengguna. Tanpa pengguna sistem kapitalis tidak dapat bergerak.

Penggunaan motosikal ini wujud kerana adanya keperluan. Keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat memerlukan sistem pengkutan. Dalam sistem pengangkutan ada dua bentuk sistem. Satu sistem pengangkutan awam dan sistem pengangkutan milik pribadi.

Dalam negara kita ini sistem pengangkutan awam tidak wujud. Apa yang wujud ialah sistem pengakutan pribadi. Sistem pengangkutan milik pribadi ini adalah manifestasi budaya kapitalisma. Kapitalisma mahukan kita semua memiliki benda. Memiliki dan mencintai benda-benda adalah sebahagian dari budaya kapitalisma.

Dalam budaya kapitalisma – jika individu memiliki banyak benda – maka individu ini akan dihormati. Jika tidak memiliki benda maka individu ini tidak akan dinilai. Ini budaya kapitalisma. Kita tidak dapat lari dari budaya ini kerana negara kita mengamalkan sistem kapitalisma.

Sistem pengangkutan awam diajukan oleh sistem yang mengamalkan ekonomi sosialis. Dalam ekonomi sosialis apa yang di dukung dan di kembangkan ialah pengangkutan awam. Ini selari dengan falsafah sosialisma dimana kebaikan ramai lebih dipentingkan dari keuntungan individu.

Kapitalisma menyembah dan mengagungkan keuntungan individu. Sosialisma mengagungkan keuntungan ramai. Inilah bezanya dua sistem ekonomi yang wujud dalam dunia ini.

Budaya merempit ini datang dari kotak kapitalisma. Merempit lahir dari budaya pemilikan sistem pengakutan individu. Yang dirayakan oleh Mat Rempit itu ialah manifestasi kebebasan individu yang selari dengan budaya yang di sebarkan oleh kapitalisma.

Justeru jika ingin menghapuskan budaya merempit – apa yang perlu dilakukan ialah menghapuskan sistem kapitalisma itu sendiri. Mat Rempit adalah manifestasi dari budaya kapitalisma.

Satu cara awal ialah mewujudkan sistem pengakutan awam yang cekap. Ertinya semua kampong dan badar akan di jaring dengan sistem pengakutan awam. Tidak ada pekan, tidak ada kawasan Felda atau kampong yang tidak di jaringi dengan sistem pengangkutan awam.

Sudah tentu ada kawasan yang tidak ramai penduduk akan mengalami kerugian. Pasti juga akan ada kawasan yang padat dengan penduduk akan membawa keuntungan lumayan. Ini samalah dengan sistem francise MacDogal – kawasan yang tidak untung akan di sokong oleh dana dari kawasan yang untung lumayan. Apa yang penting disini bukan keuntungan individu tetapi keupayaan warga untuk bergerak dengan menggunakan sistem pengangkutan awam.

Sistem pengangkutan awam ini hanyalah satu usaha awal sahaja. Apa yang wajib difahami ialah dalam jangka panjang budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi kapitalis ini tidak dapat bertahan. Ekonomi kapitalis ialah ekonomi beli, pakai dan buang untuk beli lagi. Sistem ini menggalakan pembaziran bahan mentah.

Dunia kita ini – bahan mentahnya - tidak dapat menampong budaya dan gaya hidup yang dianjurkan oleh ekonomi kapitalis. Jika semua warga dalam dunia ini mahu hidup dengan budaya kapitalis maka kita memerlukan 4 buah lagi dunia. Ini mustahil. Banyangkan jika hanya setengah warga Malaysia memiliki kereta dan motosikal maka dengan sendirinya semua jalan raya dalam negara ini akan jam. Ini hakikat.

Apa yang wajib makhluk dlam dunia ini disecdarkan iakah ekonomi kapitalisma asasnya ialah minyak petrol. Dalam masa yang tidak lama lagi – dalam usia hidup ini – kita akan menyaksikan kekeringan bahan bakar ini.

Apabila bahan minyak petrol ini semakin kurang maka dengan sendirinya sistem kapitalis ini akan mengecut. Justeru sebelum masa itu sampai kita wajib memikirkan untuk menyususn dan mencipta kembali tamadun manusia moden. Tamadun yang akan wujud ini tidak mungkin lagi berasaskan bahan bakar petrol.

Kita perlu mengubah seluruh hidup kita. Cara kita befikir. Cara kita berhubung. Cara kita mencari makan. Cara kita bercucul tanam. Dimana kita tinggal. Bentuk kota kita. Semua ini perlu berubah. Satu pekara yang pasti berlaku kita akan dipaksa mengurangkan pergerakan kita juga. Kita terpaksa kembali berbasikal, bersampan, berkapal layar dan berjalan kaki. Sungai Klang, Sungai Pahang, Sungai Perak akan menjadi penting kembali.

Saya yakin ramai pembaca akan menganggap apa yang saya tulis ini sebagai tidak masuk akal. Tapi yakinlah masanya akan sampai apabila bahan bakar minyak petrol akan menjadi bagitu mahal sekali. Dan akan sampai ke satu masa dimana memiliki sistem pengangkutan pribadi akan dilihat tidak berbaloi lagi.

Bila masa ini sampai maka seperti lagu arwah Along Spoon kita akan ‘ rindu serindu-rindunya’ terhadap Mat Rempit. Cilok mereka akan hanya tinggal dalam ingatan.Merempit akan menjadi mahal. Justeru tidak lama lagi anak-anak muda ini juga wajib melahirkan stau budaya baru untuk merayakan kemudaan mereka.(TT)



JANGAN CAKAP LAIN TAPI BUAT LAIN


MAHU JUMPA TAPI PILIH BUBAR DUN
- mkini

Pakatan Rakyat sepakat menyatakan kesediaan bertemu Najib Razak demi mengukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan dalam mencari penyelesaian kemelut politik Perak.

Bagaimanapun mereka juga percaya langkah terbaik adalah melalui pembubaran DUN dan pilihanraya semula peringkat negeri seperti disarankan oleh beberapa pihak, termasuk ahli politik BN dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

"Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan perdana menteri untuk memperkukuh demokrasi dan institusi kerajaan Perak.

ah kah kah… KALAU NAK JADI PM RAKYAT … IKUT LAH CAKAP RAKYAT…kah kah kah..

kah kah kah… RAKYAT SATU MALAYSIA MAHU BUBAR DUN PERAK… kah kah kah…

woit… GENG GEROMBOLAN SENDIRI MAHU DUN BUBAR … kah kah kah..

kah kah kah… GERAKAN… MCA… PPP…. SUHAKAM… SEMUA MAHU DUN BUBAR…. kah kah kah…

kah kah kah… YANG TAK NAK DUN BUBAR HANYA SEORANG… kah kah kah..

woit… MAT MONGOL DAN MAT MANDELA TAK MAHU DUN BUBAR….kah kah kah..



SATU MALAYSIA KETAWA !!



NAJIB MAHU DIKENALI SEBAGAI PM RAKYAT



Najib Razak berkata beliau mahu dikenali sebagai 'Perdana Menteri Rakyat' yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat.

"Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau adalah anak golongan bangsawan.


kah kah kah… MAT MONGOL NI PERASAAN DIA ANAK BANGSAWAN…kah kah kah…

kah kah kah… BILA PULAK MAT MONGOL INI ANAK BANGSAWAN…kah kah kah…

kah kah kah… ANAK BANGSAWAN … YEM… SITI TANJUNG PERAK… NENG YATIMAH…kah kah kah…

kah kah kah… TAK PERNAH DENGAR NAMA MUNKEE NI SEBAGAI ANAK BANGSAWAN…. Kah kah kah…

kah kah kah… INI MESTI BIK MAMA PUNYA ANGAN ANGAN NAK JADI FIRST LADY…. Kah kah kah..

woit… PERDANA MENTERI RAKYAT?.... TAK PERNAH DENGAR PUN NAMA NEGERI INI ?.... kah kah kah…