Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 1 Ogos 2009

PENILAIAN TUKAR TIUB -



SYABAS ANAK ANAK MUDA


Pertama TT mengucapkan ribuan terima kaseh kepada
pemberita TT yang berselerak bersama para demonstran.

Mereka bukan saja melapor tetapi mereka juga berdemo.

Terima kaseh - Dakila - Harifi - Salehan - Faridah -
Jack - Michel- Lim - Shan - Irwani - Diko, Diki
Demang - mereka adalah diantara yang melapor berita.

Merciu beaucoup !

ANAK MUDA MELAKAR SEJARAH

Rata- rata dari apa yang diperhatikian bahawa yang turun
ke jalan raya kali ini 90% adalah anak muda.

Ini pertanda baik. Mereka telah berani keluar. Keberanian ini
tidak akan dapat dipadamkan lagi. Sekali berani turun berdemo
seratus kali menunggu lagi akan ada demo.

Inilah budaya turun ke jalan raya. Inilah budaya anak muda.
Inilah budaya yang wajib dirayakan.

Budaya turun ke jalan raya ini awjib di kekalkan.

Kepada kawan yang gagal datang - ceritakan kepada mereka pengalaman
berdemo. Jadikan ianya satu sejarah untuk diturun temurunkan.
Jadikan ianya sebagai lagenda untuk ditaburkan dari satu mulut ke satu mulut.

Jadikan turun ke jalan raya sebagai cara untuk membawa perubahan.

Kepada yang lain - berani kan jiwa - mari bersama membuat sejarah.

NOTA : Percayalah - ISA akan terus wujud jika tidak diguddam. Awas
jangan bagitu percaya bahawa aqda kajian akan dilakukanh. Kajian untuk apa?

Ingat bagaimana Suruhanjaya DiRaja untuk Teoh - lihat bagaiman satu Malaysia
ditipu. Betul ada Suruhanjaya - tapi bukan untuk menyiasat bagaimana Teph mati.
Suruhanjaya untuk menyiasat cara kerja SPRM. Waspada - ISA - mungkin akan menjadi
kes yang sama.

Biawak yang makan bangkai akan terus makan bangkai.
Lidak bercdabang akan terus bercabang.


Tukat Tiub mengucap jaga diri dan jumpa lagi.



YANG DI TAHAN - YANG DI PASONG - YANG DI LOKAP




JUMLAH BERAPA YANG DI TAHAN


Masih belum jelas bertapa yang sedang ditahan
dan di pasong.

Di Cheras - Rumah Pasong - telah kelihatan 10 trak
masuk mungkin membawa OKT - Orang Kena Tuduh.

Dari laporan pemberita TT - dari jam 11 pagi lagi telah
berlaku tangkapan. Tangkapan berlaku di Jalan Tar, di Pazsar Seni,
Dataranh Merdeka, Sogo, Chow Kit, Masjid Jamek, Masjid India, Masjid Negara.

Hanya seorang yang di ketahui nama: Puspa - yang juga seorang peguam.

Semua tenaga guaman diperlukan.

Para vdemonstran sila tanya kawan-kawan sendiri - ada atau tidak yang hilang
cedera atau di tahan. Jika ada sila talipon SUARAM atau Majlis Perguam.

Cari alamat dan number talipon mereka dengan bertanya kepada Lebai Google.




JAM 4. 20 - BERURAI - TAKLIMAT UNTUK MALAM INI



MEDAN TUNKU DISERANG DENGAN GAS DAN ASID


walaun pun telah diresmi tamat.
serangan masih berlaku

FRU

Fru sedang menjalankan rodaan.

Merewka masih berligar ligar di kawasan Masjid Jamek


FEDERAL HIGWAY JAM GILA

Pian Habib malam ini ada program untuk Anak Muda
di Shah Alam masih tersangkut.



HELIKOPTER MASIH LAGI BERLIGAR DI KAWASAN SOGO



TANGKAPAN DITERUSKAN


Walau pun tunjuk perasaan MANSUH secara
resmi telah di tamatkan tangkapan masih
berlaku di sekitar Jalan TAR.

Awas dan waspada kepada para demonstran.

Jaga diri musuh berkeliaran

MALAM INI DI TAMAN MELEWAR

Telah diberitahu bahawa pada malam ini
semua warga satu Malaysia terutama yang
telah bermandi gas dan asid untuk hador ke
Taman Melawar untuk mendengar ulasan kejayaa
pada petrang ini.

PEMIMPIN

Pemimpin GMI secara resmi telah menamatkan
perhimpuan pada petang ini.

Kelihatan semua pucuk pimpinan Pakatan Rakyat telah
turun ke jalan raya untuk bersama menunjuk perasaan.

TUNJUKAN PERASAAN BERJAYA
Hampir 50 ribu warga telah turun ke Kuala Lumpur
untuk menunjukkan perasaan marah mereka terhadap
kerajaan Najib Razak yang terus berdulask dalik
tentang ISA.

Rakyat satu Malaysia mahu ISA dimansuhkan HARI INi.

Walau pun di serang dengan asid dan gas tetapi
para demonstran masih gigih berjuang.




SERANGAN DI JALAN RAJA MUDA



GAS DIN TEMBAK - jam 16-05


Di Ibu Pejab PAS gas sedang di tembak - jam 16.05

KETUA PEMUDA AMK BATU MEMIMPIM
Anak anak muda kelihatan dipimpion oleh Ketua AMK Batu
di Sogo

RAKAYAT MASIH DI SOGO

Para demonstarn hampir jam 4.00
masih berkumpul di Sogo.

Hampir 10,000 warga sedang melaungkan REFORMASI
danm MANSUHKAN ISA.

Kedengran juga laungan - ALTANTUYA !


GAZA DI JALAN RAJA LAUT

Di udara heli berligar ligar
di bawah FRU menggans menermbak
demonstran.

Ini samalah seperti di Gaza di mana
anak anak muda Palestin sedang bertempur
dengan regime Zionis Isreal.


KEJA MENGEJAR DI CHOW KIT ROAD


FR terus menyerang. Ornag ramai
bertempiran lagi.

Kejar mengejar bermula.



FRU MENGGANAS


FRU telah menembak gas pemedih mata kepada
pada demonstran yang ingin menuju ke Jlan Raja Laut.

Pertempuran berlaku berhampiran Hotel Grand Continental.





LAPORAN DARI WARTAWAN TUKAR TIUB - TERKINI



MB PERAK BERJALAN DI JALAN RAJA LAUT


Nizar sedang berjalan bersama hampir 1000
penyokong menuju ke Ibu Pejabat Pas
di Jalan Raja Laut

ANGGARAN SEKARANG

Hampir 20 ribu telah turn berkumpul di sekitar
Sogo dan Jalan Raja Laut

DOMONSTRAN BERKUMPUL

Para penunjuk persaan sedang berhimpun di hadapan Public Bank
Jalan Raja Laut - Mereak di kepong polis.

PEMIMPIM BERKUMPUL

Pemimpin POakatn Rakyat - Anwar, Hadi dan Kit
berkumpul di Jalan Raja Laut di hadapan ibu
pejabat Pas.

Turut hadir ialah Tian Chua, Mahfiz Omar, pemimpin GMI
pemimpina Pas, Dap dan Keadilina




HADI AWANG MUNCUL BERSAMA LIM KIT SIANG



TERKINI JAM 3.17


Hadi Awang bersama dengan Lim Kit Siang baru sahaja keluar
darui bagunan Pertama di sebelah Sogo.

Ini bererti Sogo ada permulaan tempat para pemimpin
ingin bergerak

Kini di Sogo telah ada - Salehuddin Ayub, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Dr. Naser,
Mat Sabu dan Hadi Awang.

Jalan TAR yang menyambung Sogo ke Mssjid Negara sedang digempur.




SATU LAGI KETUMBUKAN BARU SAMPAI



ANGGRAN TERKINI


Telah ada hampir 10,000 warga yang sedang sedia
berkumpul di dalam pusat kota Kuala Lumpur sekarang.

Mereka berada di Sogo - Masjid jamek - Masjid India
Masjid Negara - Pasar Seni - semua ingin mengarah ke
Istana Negara.

Gas gas pemedih mata dan tembakan asid terus meneruskan
dilakukan.

Polis dan Fru cuba memecah belahkan perhimpunan.

Setakat ini gagal.

Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Ahmad Sabu, Dr Hatta, Dr. Zul, Piyan Habib,
Ainon Muhamad, Amir Shaari, Sallehuddin Ayub - telah kelihatan memimpin
para demonstran.

Pemimpin Ngo dan para aktivis kelihatan disana sini.

Ada yang berhubung dg talipon. Ada yang mengambil gambar.
Ada yang merakam dlam video.

Semua ini adalah bahan sejarah perjuangan rakyat melawan kezaliman.

Jalan Raya adalah suara rakyat. Parlimen rakyat ialah jalan raya.




BERIBU-RIBU


Beribu warga kelihatan sedang berjalan dari Chow Kit
menuju ke Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.

Mereka ini ini memberi sokongan kepada kumpulan
yang sedang digempur di Sogo dan Masih India.

Tembakan gas dan asid terus dilakukan di kawasan Masjid Negara.




TERKINI JAM 3.02 - HUJAN ASID DI MASJID NEGARA



HUJAN ASID


Hujan Asid telah mencurah datang dari
kereta FRU - mengarah ke dalam kawasan Masjid Negara.

Para demonstran mengundur kemudian berkumpul kembali.

Ini kelihatan serangan yang paling ganas dalam sejarah
hujan asid.




PIYAN HABIB - HOT HOT HOT



PENYAJAK PALING KOOL


Piyan Habib penyajak paling kool di malaysia
kelihatan bersama berdemo di kawasan Sogo.

Kawasan Sogo sedang di tembak oleh gas pemedih mata.




ANWAR MUNCUL DI SOGO - jam 2.51




Di PERTAMA KOMPLEK

Pemimpin GMI - sedang memberi ucapan - jam 2.57.
Salehuddin juga memberi ucapan.

Keadaan masih digempur oleh polis dan Fru.




TERKINI

Anwar Ibrahim kini telah bersama Lim Kit Siang di Sogo.

Beribu-ribu sedang berkumpul untuk menuju ke Istana Negara.

Gad pemedih telah dilepaskan di Jalan Tar, Masid Jamek dan Masjid Negara.

Seramai 2000 demonstran sedang berkumpul di sekitar kawasan Masjid Negara.





TEMBAKAN GAS DI JALAN TAR - jam 2.40



MAT SABU KINI DI KAWASAN SOGO


Dia sedang memimpin.

Dari Sogo mereka sedang berundur ke Masjid India.
Melintasi jalan belakang kerana Jalan Tar sedang di kepong.

Salehuddin Ayub dan Lim Kit Siang tidak kelihatan lagi.



MASJID NEGARA DI SERANG
- jam 2.42

Ada 500 warga dalam Masjid Negara.

Ada lebih dari 500 wrga di luar Masjid Negara.

Mereka sedang diserang oleh gas pemedih mata.



GAS MULA DI TEMBAK DI JALAN TAR


para demonstran dari Sogo sedang digempur.

Salehuddin dan Lim Kit Siang antara pemimpin
yang sedang digempur Fru.

Ainon MUhamad, Dr. Hatta dan Dr Zul kini di Masjid Negara.
Mat Sabu di kawasan hotela Heritage - stesen kereta apai depan
Masjid Negara.

Masjid Jamek sedang bertempur. Gas pemedih mata telah dilepaskan.

Keadaan masih terkawal.




GAS MULA DI TEMBAK - jam 2.17



LAPORAN BARU MASUK


Gas pemedih mata telah ditembak di kawasan Lrt Masjid Jamek.

Para demonstran tidak berundur.




JAM 2.13 - PERARAKAN BERMULA DARI SOGO



MULA BERARAK


Hampir 5000 demonstran telah mula berarak
dari sogo menuju ke Istana Negra.

Pemimpin politik Lim Kit Siang ada bersama.

Dr. Hatta dan Dr. Zul telah menunggu di kawan Masjid Negara.

Ribuan lagi sedang bergerak dari kawasan Masjid Jamek dan
kawasan Pasar Seni.

Mat Sabu telah sedia menunggu di Heritage Hotel di hadapan
Masjid Negara.





TERKINI DI SOGO



LIM KIT SIANG - jam 2.11 petang

Lim KIt Sing bersama dengan para vpenyokong sedang berjalan menuju ke Sogo.

Dia sedang mendapat sorakan gegak gempita dari para demonstran.





GEROMBOLAN PRO ISA PULANG



GEROMBOLAN PRO ISA
- jam 2.10

Gerombolan pro Isa telah membuat sidang
akhbar di Pasar Seni.

Ahli-ahli mereka telah gagal datang.

Justeru mereka akan menghantar delegasi 10 orang ke Istana Negara.

Hujan tidak turun maka tidak ada kelihatan katak.




BERITA TERKINI - jam 1.49



MASJID TUTUP
- jam 2.05

Masjid Jamek, Masjid Infdia, Masjid Negara
semuanya ditutup.

Sogo yang menjadi masjid kepada para konsumer
juga telah ditutup sama.



TANGKAPAN


Tangkapan berlaku di Pasar Seni, di Sogo,
di Dataran Merdeka, di Masjid Jemek,
di Jalan Tar.

Hingga kini masih belum dapat jelas berapa yang
ditahan.

Seorang peguam Puspa telah dipasong.

Empat pelajar juga telah dipasong.

Berita tangkapan terus masuk.



ADA SEKATAN -
jam 2.01

Jalan keluar dari Univeriti Malaya
ke Lebuh Persekutuan di nkawal rapi.

Pelajar ingin keluar untuk turut berdemo.



BARU


PINTU SOGO TELAH DI TUTUP - jam 1.58



JAM 1.56 petang

AINON MUHAMAD DAN DR HATTA DAN DR ZUL SAMPAI KE MASJID NEGARA.

MEREKA DIHALANG MASUK




TERKINI


Jam 1.53 - tangkapan bermula di kawasan Dataran Merdeka.

Hampir 20 demonstran telah ditangkap.




TANGKAPAN DI SOGO


Tangakapan telah mula dibuat di sogo.

Tidak diketahui jumlah yang ditahan.

Mereka dibawa ke dalam trak polis.

Pada demonstran dengan gagah berani telah melaugkan REFORMASI !!

Laungan ini disambit oleh para demonstran yang lain.





BERBAJU HITAM DAN MERAH



JAM 1.45


Kuala Lumpur telah dipenuihi dengan baju merha dan
baju hitam.

Dalam LRT kelihatan hampir 90% penumpang memakai
baju hitam

Rock Kuala Lumpur. Rock laa bradeer !!!





BARU MASUK NOW - JAM 1.41



PEMIMPIM SEDANG MENUJU KE MASSJID NEGARA



Ainon Muhamad pemimpin anti-PPSMI , Dr Hatta, dan Dr. Zul
pada jam 1.42 ini sedang berjalan menuju ke arah Masjid Negara.

Semua para demonstran harap mengikut arahan.



LAPORAN DAIRI DATARAN MERDEKA - jam 1.39

.


SEPULUH TRAK


Kelihatan 10 buah trak FRU
sedang siap siaga di Dataran Merdeka.

Susana Gaza dan Faluja sedang bermula di Kuala Luimpur.



YB ZURAIDA - jam 1.37



SOGO


YB Zuraida telah muncul bersama ribuan
demonstran di Sogo.




BERITA DARI MASJID JAMEK JAM 1.30




BERIBU TEALH TURUN



DiMasjid Jamek beribu telah mula berkumpul.

EMPAT PELAJAR DI TAHAN

Empat orang pelajar telah ditahan


SOGO

Sogo telah mula dibanjiri oleh ratusan para demonstran.

Polis membawa beberapa ekor anjing di Sogo


MASJID JAMEK


Seorang perempuan telah menjerit
kerana begnya telah dirampas oleh polis.




HELI BERLIGAR LIGAR



>HELIKOPTER

Sebuah heli kelihatan berligar ligar
disekitar pusat kota.

Heli ini sedang menghabiskan minyak.

Adalah dimaklumkan besar kemungkinan heli ini
sedang mencari saekor anak lembu yang diberitakan
hilang kelmatrin.




LAGI TANGKAPAN DI PASAR SENI


LEBIH 20 ORANG


Wartawan TT telah melihat hampir 20
orang penunjuk perasaan telah dibawa
ke dalam trak polis.

Kemana mereka akan di lokap masih belum tahu.




PEGUAM DI TANGAKAP



PEGUAM YANG MENJALANKAN TUGAS DI TAHAN


Puspawati Rosman seorang peguam yang
datang untuk membantu dan memantau
perhimpuan.

Majlis Peguam telah menghantyar ramai
peguam untuk memantau.

Masih belum jelas dimana Puspa akan dikurung.




TANGKAPAN BERMULA



BERITA JAM 1.19



Laporan telah mula diterima.
Tangkapan telah dilakukan.

36 orang tealh bditahan awal pagi tadi.

Tangakapan juga berlaku di Pasar Seni.
Tidak pasti berapa yang di tahan.

MASJID NEGARA TUTUP

Masjid negara telah menjadi kawasan yang tidak
boleh dilawati lagi. Semua daerah ini sedang dikawal
hebat.

MASJID INDIA

Kawasan ini juga sedang di kawal ketat.
<--!-- nuffnang -->


KUALA LUMPUR PESTAN ROAD BLOK



MERATA-RATA


Polis dari malam tadi telaqh mula melakukan
road blok untuk menyusahkan warga kota.

Langkah ini amat-amat dibenci oleh
warga kota. Ramai yang tidak tahu tentang hal
demo telah mula tahu.

Mat Rempit yang diganggu hujung minggu telh mula
marah. Mat Rempit yang biasanya 'anti-establishment'
telah sekali lagi terdorong untuk turut besama.

Semua jalan masuk ke Kuala Lumpur telah dihalang.

FRU

Dari awal lagi anggota FRU tambahan telah dibawa masuk dari
kawasan kawasan luar Kuala Lumpur.



LAPORAN JAM 1.00 - DARI KUALA LUMPUR



PARA DEMONSTRAN DARI SELURUH NEGARA TELAH BERKUMPUL



Lewat malam tadi ramai orang dari seluruh pelusuk
satu Malaysia telah berkumpul di sekitar Kuala Lumpur.

Ada yang datang dengan bas. Ada yang datang dengan kereta
sendiri.Ada yang datang kereta api. Semua datang untuk
berdemo melawan ISA.

Ramai yang melepak di sekitar kota.
Ramai yang menumpang di rumah kawan-kawan.

Mereka turun untuk MANSUHKAN ISA.